Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri & Selamat Bercuti

Pejam celik, pejam celik, dah nak raya...
Pejam celik, pejam celik, dah nak pegi bercuti...
Tahun ni puasa rasa sekejap je. Adakah aku terlalu sibuk, sampai tak sedar masa berlalu? atau excited nak pergi bercuti & raya di perantauan??


Seperti biasa, setiap kali aku nak pergi bercuti lama, mesti aku dilimpah ruahkan dengan kerja-kerja di pejabat (emm sukenya saya!!!:S), sampaikan nak print cover travel guide Melbourne dan Sydney pun tak sempat, tapi pagi tadi, seawal 7.45 AM, aku dah tiba di pejabat, sebab nak print cover travel guide punya pasal!! Kalau tunggu lewat lagi, memang tak sempat punya, ada je karang macam-macam..Memang dengki betul la!!!

Balik tadi pun tergesa-gesa, nasib baik la beg semua dah packed, tingal nak tokok tambah apa patut je..Oh ya lupa nak kasi tau, kuih raya pun dah siap dlm beg, ni Biqque punya pasal la nih :P
Mulai esok sampai la minggu depan, agak susah nak jumpe internet nanti. Nak update blog dan gambar tu agak susah la kot, tapi tak pe, kalau ada terjumpa cyber cafe, dan tahap kerajinan aku tahap tertinggi, leh la buat live update dari Melbourne dan Sydney kan..hehehe..

Rasanya, tak da apa dah nak cakap ni, cuma nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, kepada semua rakan-rakan, mohon ampun dan maaf atas kesilapan saya selama ini. Moga ramadan dan syawal kali ini lebih bermakna untuk kita semua...(gila ayat novel hahaha, tapi iklas ni, aku mintak maaf ye)


Kepada yang nak balik ke kampung halaman tu, pandulah berhati-hati, jangan gopoh-gopoh, ketupat, lemang dan rendang, tak abis punya. Kalau abis, jiran sebelah rumah ada lagi, nama pun raya kan, mesti tak kisah punya la hehehehe :D

P/S: Kepada kawan-kawan yang berada di Ipoh, jemput la datang beraya ke rumah aku raya ke 5. Aku dah balik dari Melbourne dah time tu..hehehe...

2 comments:

biqque said...

raya ke 5? u balik, i plak berangkat! adios! hahahaha!

jgn lupaaaaaaaaaaaaaa!!! ingat pesanan nenekkkkkk!

Lily Riani said...

selamat raya, enjoy ur trip and have a safe journey anywhere, everywehre at anytime.