Sunday, September 13, 2009

From Ukay Perdana to San Francisco

Wahhh hebatkan?? Dari Ukay Perdana ke San Francisco tuh.....Hahahaha... Jangan terkejut, aku masih belum mampu nak ke San Fran nih, jauh dan mahal tuh..insya Allah satu hari nanti, kan Biq kan?? *wink *wink :)

Hari ni berbuka puasa bersama geng Sekupang Forum, memang happening abis la, kalo berbuka sama-sama ni. Pada mulanya, kami memang tak de plan langsung nak makan sini. Dah seminggu Meor buat poll untuk vote tempat berbuka, dan pilihan majoriti adalah Steamboat Yuen di Sunway. Tapi memandangkan tempat tu dah fully booked, dan terlalu jauh nak pegi, akhirnya kami makan makanan Western kat Pizza San Francisco nih. Nasib baik semua setuju, tu pun last minute punya booking. Dalam ada yang yang "busy" tak dapat datang, akhirnya, semua orang muncul, kecuali 1-2 orang. Takpe la, maybe lain kali kot :)
Sampai je sana, tengok ada yang dah sampai, so kami pun order la dulu. Tengok menu cam juling bijik mata, sebab tak tau nak pilih makanan apa, semua nampak menarik je..hehehe..

Setelah berkali-kali belek menu tu, akhirnya baru buat keputusan, aku order Mushroom Chicken, Cawan dan Amier order beef steak. Dan kitorg order Nachos jugak, untuk air, aku dan Amier order Lime Special, tak pasti la apa yang special nye. Cawan pulak order Cold Chocolate.

Ni pun antara menu kegemaran, Meor dan Sharul pun order beef steak nih..Nak Well Done lagi, penyudahnya, diorg berempat dapat makanan paling last :p

Chicken mushroom yang sangat sedap, portion pun besar, tak abis aku makan, last-last aku sedekah kat diorg sikit sorang.

Nachos yang boleh tahan sedap nya!!

Yang ni memang drink of the day la, sedap gile!! Ramai yang order ni, tapi memang superb!! Cukup rase masam dan manis. Sampai Biqque hentak2 meja la nak tunjukkan air lime ni memang hebat! Aku pun siap order sampai 2, nasib la tak sakit perut.

Ni makanan yang diorder Biqque. Tak ingat nama, tp yang pastinya lamb! Sedap jugak..

Meor dan air strawberrynya, air tu pink sangat, very girly la hahaha..

Ni muka kekenyangan, tp muka si suami dia tak termasuk pulak dlm camera, tak tau sapa yang amik nih, yang pasti nya bukan aku weh..heheheh

Aku dan Cawan. Tengah makan pun sempat lagi nak bergambar..tak senonoh betul hehe..

Pasangan suami isteri, Hafiz dan Aida yang happening, tak sangka si Aida ni celoteh bercerita jugak cam aku dan Biqque, layannnn..

Amier dan Cawan control macho. Macam bagus daaa...ceh..

Muka-muka yang kekenyangan dan sibuk bergosip sesama sendiri..

Nizam dan Aini, pasangan yang sedang hangit bercinta, bukan senang nak ajak jumpe dah diorg nih, ni pun tah ape mimpi tiba2 cakap nak join, kalau tak "busy" memanjang je..(korang nk kawen dah ek??)

Macam biasa, kalau dah jumpe tu, memang bersembang tak ingat la, macam-macam cerita kuar..Citer kelako, citer geram, dan gosip-gosip hangit semua ada..Tak puas di Pizza San Francisco, kami sambung ke mamak berdekatan pulak, tapi order air je la..Kali ni kisah rumahtangga masing2 pulak jadi tajuk perbualan...Ya allah, macam-macam pe'el jugak kawan-kawan aku nih, masing-masing ada kisah kelakar untuk dikongsi, aku jugak tidak terkecuali..Gelak cam nak pecah perut kitorg time nih, memang lawak tahap gaban!!!! Jam 12.45 baru kitorg balik, nyaris tak sambung sampai ke sahur..Rasenya pas ni tak de gathering kot, kene tunggu pas raya la pulak, tengok sapa yang mau buat open house..:P

Oh ya, satu lagi yang best kat tempat ni, harga makanan amat berpatutan, dan paling best diorang tak de jual alcohol pun!! Tak macam western food kat tempat lain..

5 comments:

biqque said...

gambar lawaaaaaaaaaaaaaaaa! arghhhhhhhhh!

tapi best! sampai bergegar meja nak potong lamb shank tu! hahaha banyak sial isi diaaa! seb baik meor tlg sama abiskan. hehe...

BlueEwoke said...

hahahah tu la, silap2 leh terbakar kalori time makan nih, effort nak potong lamb shank banyak tuh..

Cawan said...

Semua selera besar.. x lupa air Lime Special tu.. total kat 10-12 gelas kot korang tibai..

3plepl8 said...

camni bleh hidup la kt france tu nnt....haha

juanita said...

aku semakin tersisih ..kekekekekeke