Monday, September 28, 2009

Day 3 - Enjoying Graffiti & Nature

Selesai aktiviti "photo shooting" untuk edisi raya, kami terus tukar baju dalam kereta yang terletak tak jauh dari Federation Square.






5 minit berlalu..

Masih tak de tram lagi. Tanpa membuang masa, kami pun terus berlalu pegi. On the way nak ke parking kereta, tiba-tiba ada sorang makcik tua, bertanyakan hala tuju kitorg, pastu kitorg pun kasi tau la pasal tram tu, mana la tau kalau2 dia tau kan. Rupanya dia memang tau pun, sebab dia event marshall (event marshall ni adalah warga emas Melbourne yang secara sukarela, membantu tourist2 kat Melbourne, cam Tourist Center bergerak la..hahaha) Katanya, hari weekend, tram tourist ni memang lambat, sebab hari Ahad..emm buang karan betul la...

Colors of Fitzroy

Tanpa berlengah, kami terus ke car park, dan terus menuju ke Fitzroy St. Tempat ni terletak tak jauh dari Melbourne city, dalam 15 minit perjalanan je..
Kami sangat-sangat tertarik untuk datang ke Fitzroy St ni, disebabkan oleh street art nya. Grafitti!! Ni macam modern art la (berdasarkan pemahaman aku)




Lembu terbang nak makan ice cream :p

Fitzroy st ni sangat kecil, jalannya macam jalan belakang-belakang lorong. Kat sini la terdapatnya macam-macam grafitti. Unik dan sangat colorful. Bukan takat graffiti je yang unik, orangnya pun nampak macam pelik-pelik sikit. Ala-ala seniman jalanan pun ada..Tapi kitorg tak turun pun kat sini..Cuma snap gambar dari dalam kereta je, sebab parking susah, pastu jalannya pulak panjangggggggggg sangat....



San Remo and Phillip Island
San Remo dan Phillip Island, scenery dekat sini memang cantik-cantik. Memang best betul la sapa yang duk kat sini..Aduhai..Sampaikan aku suh Cawan U-turn balik, dan berenti kat tepi jalan sebab nak ambil gambar punya pasal. Dah le tak de tempat berhenti ke apa ke..ish ish, nasib la Cawan sanggup U-turn balik..






Destinasi pertama ketika tiba di Phillip Island adalah chocolate factory, sekadar ambil gambar je, dah alang-alang sampai..


Kemudian, kami ke Amaze N Things pulak, tempat ni ala-ala Petro Sains kat KLCC, kt sini pun kami tak masuk, sekadar amik gambar je..



Phillip Island pula terkenal dengan penguin parade nya. Tapi kalau nak tengok penguin-penguin ni, kena datang petang sikit, sebab penguin ni balik ke rumah dia waktu senja. Tiket masuk adalah AUD 20 sorang.


Penguin kat Australia ni, merupakan penguin yang paling kecil di dunia. Tapi masuk sini tak leh amik video dan gambar. Memang diorg jaga betul2, sebab penguin ni sensitif sikit, kalau dia ada rasa gangguan, diorg tak kan balik ke rumah diorg. Jadi tak da la gambar penguins ye..Kalau datang sini, jangan lupa bawak baju sejuk, sebab sejuk dia tahap yang memang tak tahan hehehe..


Semasa kitorg kat sini, berkali-kali kami diingatkan supaya check bawah kereta bila balik nanti, sebab kadang-kadang penguin dan wallabies akan lepak dibawah kereta, so chances untuk diorg mati kena penyek amat tinggi. Kesian..Aku pun berkali-kali check bawah keta nak make sure tak penyek diorg ni.


Sebelum tengok Penguin Parade tu, kami sempat lagi pergi ke The Nobbies, untuk kill time sementara nak tunggu Penguin Parade tu bermula senja nanti.


Tempat ni macam information center untuk Phillip Island la. Masuk free. Kat sini view nya cantik jugak, kalau bernasib baik leh nampak anjing laut, tapi time kitorg sampai sini, yang banyak cuma burung2 je. Tourist dari Japan dan China pun banyak hehehe..




On the way dari The Nobbies ke Penguin Parade yang terletak sejauh 2 minit diantara satu sama lain. Ada macam kawasan semak samun, tapi cantik. Eeeii geram tengok bush2 tu, sejemput sana, sejemput sini..ish best betui tengoknya.


Tiba je kami kat Penguin Parade, camera semua dah simpan dalam beg. Pastu kena jalan ke arah laut, kat situ ada platform untuk view penguin-penguin tu nanti. Kitorg dapat rebut seat paling depan sekali, dekat ngan pintu rumah penguin nak jalan balik nanti. Hehehehe..TAPIIIIII lama gileeeeeeee nak tunggu diorg ni sampai, hampir sejam lebih, bayangkan tahap kesabaran kitorg time tu!!! Dah la sejuk, pastu kitorg ni langsung tak bawak makanan ke air ke, sebab ingatkan tak boleh. Sekali tengok orang lain syok je minum air panas sedap2!!! Eii sabar je laa..

Aku terpikir time tu, macam mana la kalau ditakdirkan penguin tu satu hari diorg tak jadi balik ke rumah diorang kat Phillip Island tu, agak-agak dapat refund balik tak duit pengunjung?? heheheh..

Setelah puas menanti, baru la nampak benda hitam putih kuar dari laut, terkedek-kedek keluar untuk pulang ke rumah diorg. Heheheh comel gile, memang pendek bebenor haa..eee patut la senang penyek kena langgar :) Mula-mula nampak dalam 10-20 ekor je kuar, tak lama pastuuuu, kuar lagi banyakkkkkkkk, katanya dalam 500 penguin akan pulang ke rumah setiap hari..

Emmmm berbaloi la penantian tu selama sejam lebih, untuk first timer cam kitorg, memang rase syok, tapi untuk pergi kali ke dua, mungkin tidak. Tak sanggup nak tunggu lama2..Kami pun tak tunggu sampai semua penguin keluar dari laut, sebab tak larat nak tahan sejuk, dengan laparnya lagi. So kitorg pun kuar la selepas 40 minit tengok diorg beramai2 pulang. On the way nak balik ke car park, kitorg dapat la jalan seiring dengan penguin2 tu, rupanya, rumah2 dorg pun kat dalam kawasan semak samun kat kawasan sekitar tu, tapi kawasan berpagar la..Lagi dekat leh nampak diorg dari platform tadi hehehe...

Perjalanan balik dari Phillip Island selama sejam setengah berakhir di hostel, kami cuma dinner dalam kereta je, beli fish n chips kat Phillip Island on the way balik tadi. Malam tu kami tidak ke mana-mana, sebab rasenya dah abis cover dah bandar Melbourne. Di hostel, kami cuma berehat dan mengemas beg sebab esok dah nak berangkat ke Sydney.. On the way keluar dari QVM, Cawan suggest untuk pusing city naik tram. So kami pun menuju la ke station tram berdekatan. Kat Melbourne ni ada disediakan tram yang khas bawak tourist, secara percuma. Tapi tram ni limited sikit laluannya, sebab dia cuma lalu kat Melbourne CBD je. Ok la kan dari tak de langsung cam kat KL nih!!

So tunggu punya tunggu, tak jugak sampai tram free nih, tapi yang herannya, laluan opposite kami, dah sampai tram nya. Tak terpikir plak la nak naik yang tu jek. Pastu tunggu lagi, 10 minit....15 minit...20 minit...arrgg... Tak leh jadi ni..mana tram ni??? Tourist yang tunggu bersama kitorg pun dah cabut time tu, agaknya malas nak tunggu dah kot. Aku pun dah sampai tahap bosan, dan macam nak hilang kesabaran je. Cawan masih bersabar, dia cakap nak kasi 5 minit lagi, kalau tak de juga, tak payah tunggu dah.

Agenda hari ni bersambung lagi, di Melbourne city. Pagi ni sekali lagi kami ke Queen Victoria Market, untuk mencari baby T Biqque, dan jugak utk Amier dan Icam. Nasib la dekat je, tak de la susah mana. On the way ke QVM, sempat jugak snap gambar2 bangunan menarik. Kat Melbourne ni, bangunan diorang lebih kepada European style sikit.

13 comments:

3plepl8 said...

mana gambar penguin?

Biqque said...

ya Allahhhhhhhhhhh! gambar korang cun2! memang menguji kesabaranku! samada korang mmg pandai amik gambar, or camera korang mmg bagus tahap gaban, or cuaca kat melben ni memang sentiasa cantik utk bergambar!

best nyer dpt tgk penguinnnnn! if dpt tgk seal, lagi best kan?

Unknown said...

penguin tak leh amik gambor..dilarang sama sekali.. :((

Time petang2 tu, macam cun jek..tangkap je mana patut heheheh

Cawan said...

kena saman Ooo kalo kuar kan camera kat penguin ni.. almaklum penguin ni pakai lawyer.. kui3.. klako tgk diaorg ni jln tunggang terbalik mase nk blik umah nye.. and syok mase jln seiringan ngan penguin tu, siap bleh capai dr pagar..

Biqque said...

nape tak curi je sekor buat belaaaaaaaaa :D

Unknown said...

biq, burung yang 2 ekor tu tengah beromen..cawan tangkap khas untuk kasi kat u heheheh...

Biqque said...

CELAKAAAAAAAA! HAHAHAHAHA! I BARU PASAN SIUTTTTTTTTTT! KAHKAHKAHKAHKAH! TAK GUNAAAAAAAAAAA! NANTI U CAWAN! SIAP KO AKU KERJAKAN!

Cawan said...

biq, video pun ade tu haaa.. kah3..

jgn nk belasah2, nanti gift birthday utk shahrul n u xdpt plak nanti.. x lupe fridge magnet nye.. :p

Biqque said...

gagagaga! ok2 :D

Unknown said...

hahahahhaah.. ha tau takut....

Anonymous said...

hi cawan,so nice to read on ur trip. i plan nk backpack ke Mel n Sydney next year.
appreciate if u sudi share some info:
a. stay kat mana masa kat Mel n Syd? hostel ke? which area is advisable?
b. brp sewa kereta sehari di Mel? which car rental company yg ok and cheap?

Unknown said...

Hi,
a. Kitorg stay dekat Spencer St, ada hostel kat situ. Agak murah jugak la. Tapi hostel tu cam lama sikit la, lantai dia kayu, sedikit bising, tapi bagi kami ok jek, janji boleh tidur dan mandi sudah cukup. Ni website hostel tu http://www.spencerbackpackers.com.au/. Hostel ni kirenya kat central Melbourne jugak la, nak ke town dia dekat sesangat..
Kat Sydney kami lepak kat Y Hotel (City South), dekat ngn station train. Circular Quay reachable dalam 7-10 minit naik train.

b. Kereta sewa kitorg cari online. Boleh google jek. Standard rate utk economy car dlm AUD 40-55 sehari. Hari tu kami amik dr company Avis. Better u google and booking awal sikit, kadang2 boleh dpt rate murah. But make sure u cari yg UNLIMITED Millage, sebab kadang2 harga murah, tp ada limit millage.

Bulan berapa u nak pegi ke Mel-Syd tu?

just.HY said...

another place to visit, nampaknya crowded sungguh laaa hari aku nnt kat sini! thanks for the tips!

kekek..mesti ko tgh jetlag bagaikan..gitu. welcome to malaysia. my name is danny.