Monday, September 5, 2016

Binalong Bay ke Cradle Mountain (Tasmania)

[Entry Random, tanpa ikut urutan hari)

Sebenarnya kami tiba di St Helen petang semalam, sebelum tu kami di bermalam di Freycinet National Park. Tapi sebabkan takde mood lagi nak tulis entry Freycinet tu, so aku skip la satu hari. Mood aku kelam, sama seperti gambar-gambar yang diambil di Freycinet di hari semalam..sedih sob sob..

Agenda utama di St Helen pagi ni, adalah nak melawat sendiri Binalong Bay, yang famous dengan batu-batu oren tu, Binalong Bay. Distance dari kawasan kami berehat malam tadi untuk ke sini takde la jauh, lebih kurang 20-30 minit perjalanan je. Memang worth a visit la kalau dah road trip ke belah east coast Tasmania ni.

Kawasan Binalong Bay ni terletak di utara bandar St Helen, takde la exact location yang bagaitau ko dah sampai Binalong Bay atau tidak, tapi nak kenal pastinya mudah sangat, sebab boleh tengok dari batu-batu oren tu, bila dah jumpa batu-batu oren tu,maknanya ko dah sampai di area Binalong Bay. So kitorg masuk lagi sampai ke atas, dan parked motorhome di parkir kenderaan yang telah disediakan.

Ayuhhhh..

Orang paling excited, adalah seperti gambar di atas! First time berani nak ke laut. Dulu masa kecik-kecik meraung dengar bunyi ombak. Syukur Aqilah dah berubah hahaha.


Ajak mummy buat sand castle, masalahnya mummy tak reti, kau buat la sendiri okeh?


Tak tau  nak cakap apa, yang pasti cantik sangat. Cuaca hari ni agak mendung, sesekali nampak langit biru, sekejap lagi mendung pulak.

Tak ramai orang kat sini, pantai sangat bersih, pasir warna putih, halus dan lembut je kaki ni pijak, air tu memangil-mangil sebab jernih dan turquoise colornya memancor-mancor, tapi takut nak mandi, sebab sejuk bebenor airnya ha..

Gigih panjat batu, kengkonon nak tengok view dari atas. Confirmed la cun melecun. Macam-macam aktiviti boleh buat kat sini, sapa yang teringin snorkeling, nak trekking, dan yang pandai surfing, silalah!

Close up sikit batu-batuan merah ni. 

Binalong Bay ni sebenarnya terletak dalam Bay of Fires Conservation Area, dan merupakan salah satu kawasan tepi laut yang cantik di Tasmania dan Australia. Dengan kehadiran batu-batu oren ni, lagi la kebabom lawanya. 

Seperti yang dilihat dalam gambar, memasing dengan aktiviti sendiri, ada yang sedang ambil gambar, yang bergambar, main-main pasir, dan Zafran entah hilang kemana..mungkin di celah-celah batu berhadapan makluk berbaju hijau tu..aku? of course la tengah berdiri dari atas batu ni hiks

Di celah-celah batu-batu oren.

Bertapa ke tu? 

Anak gadis aku sorang tu, time orang busy menikmati keindahan tempat ni, time tu la dia nak kencing la apa la, last-last tak tahan sangat, boleh suka hati je terkencing dalam seluar. Uii apa lagi, aku suruh terus dia masuk dalam air tu, dan mandi di celah-celah batu. Gambar mandi tak boleh share, bahaya zaman sekarang nih... 

Dah puas dia mandi, naik semula ke motorhome, nasib baik la ada paip belah luar motorhome tu, pulas je kepala paip, dapat la bersih kan badan dengan air tawar pulak. Malas nak kasi diorg ni basuh kaki dalam bilik air rumah bergerak tu, sebab pagi tadi aku dah sapu bersih-bersih hihihihi.

Ok next, sambung perjalanan nak menuju ke Cradle Mountain. So far ni la perjalanan paling jauh sepanjang ber-road trip di Tasmania ni. Kami mengambil masa lebih kurang 5-6 jam untuk sampai ke Cradle mountain.


On the way ke Cradle Mountain. Dari review yang aku baca, Tasmania ni macam baby New Zealand gitu, tapi bila betul-betul compare, memang cun, tapi cun  dia tak setanding NZ langsung hahahaa.

Salah satu pit stop kami, tapi aku tak ingat namanya, nanti aku update semula nama tempat ni. Yang pastinya, pokok-pokok dalam ni, dah hampir pupus. So hutan ni katanya perlu di jaga untuk pastikan ianya terus kekal sampai ke generasi-generasi akan datang. Dalam ni macam ada walking trail yang cuma mengambil masa sekitar 15-20 minit. Disertakan juga dengan signboard dan informasi pasal pokok ni, dan tumbuhan di sini.


View sepanjang perjalanan ke Cradle Mountain.

Salah satu view di belah country side north Tassy, kat sini agak lawa jugak la, adalah berciri-cirikan NZ.

Salah satu lookout view dalam perjalanan menuju ke Cradle Mountain. Serius lawa. (Sorry tak ingat nama, nanti rajin aku update balik if berjaya bukak camera)


Sampai je di Launceston, kami singgah sekejap di Woolworth, nak beli barang makan, dan solat kejap. Pastu sambung balik perjalanan ke Cradle Mountain. Ya ampun serius jauh betul rasanya..

Selepas bandar Launcheston, kami memasuki semula kawasan-kawasan kampung dan view kat sini lagi lawa dari yang sebelum ni. Di tepi jalan, sudah mula kelihatan signboard menuju Cradle Mountain, dan beberapa lagi scenic drive di sekitar kawasan. Malangnya dengan masa yang sangat terhad, kami tak sempat nak try scenic drive kat kawasan ni, sebab kami terpaksa bergegas kejar ke Cradle mountain jugak.


Matahari dah mula nak terbenam. Kami ada sejam dua lagi nak sampai. Tak boleh nak bawak laju sangat, sebab jalan ke sini dah mula bersimpang siur..so bertabah je la. Nak ambil gambar pun tak dan nak turun, cuma sempat ambil dari dalam kenderaan je.

Cantik gile. Tapi tak boleh lama nak tunggu sunset ke hapa, sebab holiday park yang kitorg dah booked tu, office dia akan tutup by 7PM. Walaupun rasa tak sempat nak sampai on time, tapi kami usaha jugak. 

45 minit perjalanan dari last tempat kitorg benti amik gambar (pic atas), kami mula memasuki kawasan yang tanahnya lapang je, cuma ada rumput-rumput kecil, di atas jalan, mula kelihatan wallaby dan beberapa jenis binatang yang aku sendiri pun tak kenal pasti. Tapi nak cakap satu je, suasana senja di kawasan lapang menuju ke Cradle mountain tu seriusly lawa sangat, walaupun belum gelap sepenuhnya, tapi view dia lawa gile. Malangnya laki aku tak mo berhenti sebab dia kata nak kejar check in kat Cradle Moutain Discovery Park. 

As expected, by 8.30 PM macam tu, kitorg akhirnya sampai kat Discovery Park tu. Gelap! Office dah tutup. Aku turun dari kenderaan, dan pergi tuju depan pintu office. Tinjau-tinjau memang takde orang. Hish macam mana nak cek in ni. Sebab nak masuk tak boleh, sebab ada pagar blocked jalan tu. Lepas tu, ternampak ada satu envelope di tepi tingkap. Ada nama aku! Buka envelope, dan ada instruction macam mana nak bukak pagar dan tapak motorhome kami. Yahooooo! Nasib baik.. 

Info: Accommodation di Cradle mountain ni agak limited, kalau time peak, better la book awal sikit. Cradle mountain discovery park ni antara yang affordable la kalau on tight budget. Tapi kalau ada budget besar, boleh la duduk kat resort lain yang lebih lawa. 

Dah berjaya melepasi pintu pagar tu, kami mula mencari tapak *penginapan* motorhome kami, dalam tu memang takde lampu jalan, takde nampak orang, dan sangat-sangat gelap! Yang kelihatan adalah, motorhome dan khemah orang lain yang menang gelap! Gila awal diorg ni tidur! Segan gak lalu kat tempat diorg dengan bunyi kenderaan besor gedabak macam tu hahahaha. Memang pure tidur dalam hutan, cumanya kami tak duduk dalam khemah je! Teruja jugak la kan..

Sebabkan malam ni nak cut cost, kitorg amik unpowered site. So memang kena jimat letrik dan air lah. Toilet ada berdekatan dengan tapak camping kami, tapi takde sapa nak pegi mandi, sebab sejuk nak mampus, paling kuat amik wuduk jek. Pastu pagi ke common pantry yang betul-betul berdepan dengan tempat kitorg parking tadi. Kosong dan gelap!..Ok fine..bagus la takde orang, leh masak sesuka hati..Pakai stove letrik dapurnya,  goreng fries pun berkurun, 30 minit tak siap-siap, letih betul tunggu dapur letrik ni. Last sekali aku bawak balik masuk kuali tu, on api stove dalam motorhome tu, tak sampai 10minit dah siap goreng fries..ha makan la kenyang-kenyang..Sedar tak sedar, tau-tau dah pukul 11 malam, punya la lama aktiviti memasak dan makan-makan. Agenda aku dan adik aku hari ni nak amik pic milky way, kalau langit cerah..

So kami dua beradik pun keluar la bawak camera, yang lain-lain sibuk makan dan kemas-kemas dapur. Setting tripod la, apa segala..cuba dan cuba dapat la sekeping dua. Tu pun langit kejap berawan, kejap ok. Dengan mata kasar, memang boleh nampak milky way, tapi sebabkan ni first time, gambar pun tak berapa cun sangat. Dah la sambil-sambil setting tu, ada pulak bunyi binatang duk mengendap sambil buat bunyi mendengus-dengus. Uih suspen jugak..entah apa la bendanya.. Last-last Adib keluar, pegi cari apa benda bunyi tu, rupa-rupanya Tasmanian devil berdekatan dengan pokok tepi kitorg tu..paling tak guna sekali, Adib cabut lari dulu masuk motorhomes, siap ajak kitorg berdua masuk jugak, katanya tasmanian devil tu gigit orang kalau kacau tempat dia!

Yihhh stress aku dan Muni duk amik gambar time tu. Aqilah pulak, sedap main torchlight, suluh sana sini atas pokok, pastu duk "mummy look..there's something on the tree!!..." pastu kang "mummy look overthere.." ish seram okeh! Suka hati je nak look sana sini, petua orang tua dulu jangan main suluh2 atas pokok! kau sedap je suluh sana sini.. hiks..

Laki aku pun sama, langsung tak beri sokongan, katanya penat drive, so dia suh la aku ambil gambar berhati-hati..penyudahnya, tinggallah kaum-kaum hawa saja, berdepan dengan cuaca sejuk, dan tasmanian devil yang berdengus tak berhenti-henti, dan Aqilah yang bermain torchlight suluh sana sini.. dan hasilnya adalah seperti berikut.... sobs...


Hasil suluhan Aqilah..tak tau la dia nak suluh apa..Tak lama lepas tu, langit kembali berawan, dan pastu hujannnnnnnnnnnnnnnnnnn..


So tamat la aktiviti nak ambil gambar milky way nya! Malam tu tido kesejukan dalam blanket tebal..uii sedap...