Tuesday, December 27, 2011

Lepas Gian - Melaka & Port Dickson

Disebabkan trip aku yang terakhir tahun ni telah pun terjadi beberapa bulan yang lepas, iaitu bulan 9 hari tu, dan trip akan datang pula akan muncul lebih kurang 2 bulan lagi, jadi aku secara tiba-tiba telah meng'organize' trip pendek demi melepaskan gian nak pegi jalan-jalan dan mandi laut.

Sampai ke Melaka, terus ke Dataran Pahlawan, dekat situ la aku pegi beli dodol 3 segi tu, perabis RM30 untuk dodol..haihhh (tak sempat nak ambil gambar, sebab time ni dah lapar, so cari dodol secepat mungkin! dapat je terus blah ke lain).. Sebenarnya dalam agenda memang takde plan langsung ke Melaka, tapi dodol punya pasal, aku telah memaksa Cawan dengan segala kuasa veto yang ada untuk drive sampai Melaka..heheheh..

Ha sebab apa aku bergegas beli dodol tadi? Sebab nak pegi makan tengah hari di Restoran Selera Kampung. Local di sini cakap asam pedas kat restoran ni sedap. Actually ni kali ke dua kami makan di sini (4-5 tahun sudah, lepas grad dulu), masa tu memang sedap sangat rasanya. Sekarang agak kureng sikit, tapi aku suka dengan ketam goreng tu..nyammmm. Harga untuk 3 orang makan, RM47. Emm aku tak pasti nak kata murah or mahal. Belasah je la, dah masuk perut pun hehehe..

Lepas makan, pegi bersenam pula hehehe (eh acah je), jalan-jalan di sekitar Red Square tu, saja nak cuci mata, dan amik gambar..tapi cuaca untuk bergambar memang tak best sangat. Tapi syok la untuk berjalan, sebab tak panas hehehe..

Kedai souvenir bersebelahan Muzium Islam di Red Square, tak tau la pula berapa harga FM ni, aku tak tanya, aku cuma amik gambar curik je :)

Ini pula Muzium Islam Melaka. Ada sesiapa yang pernah masuk dalam ni? Aku tak pernah masuk lagi, lalu dah beberapa kali dah..ish ish..mungkin lepas ni patut buat trip ke sini pulak..amacam??

Lepas dijajah Portugis, Dutch pulak masuk line..maka terhasil la Red Building atau nama lainnya Stadthuys. Stadthuys ni adalah perkataan Dutch yang bermaksud town hall.

Red Clock Tower yang terkenal di Red Square ni.

Berdekatan dengan Christ Church dan Stadthuys di Red Square, ialah port beca-beca berkumpul, jadi sesiapa yang nak merasa naik beca pusing keliling kawasan tu, boleh naik dari sini. Harga adalah seperti gambar di atas hehehe..

Queen Victoria Fountain yang turut berada di Red Square. Memang ramai sangat orang lepak kat sini, susah nak ambil gambar tanpa muka/tubuh badan manusia, so terpaksa amik angle begini jek hahaha

Melaka Art Gallery, aku tak pasti ada orang masuk sini ke tak, tengok macam sunyi sepi jek, orang lebih ramai lepak di luar je aku tengok, termasuk la aku..hmmm

Sila beri laluan untuk orang buta ni..dia nk menyeberang jalan pegi makan cendol Jam Besar hahahah..

Sedang melintas jalan nak pegi tengok Melaka River Cruise tu, dan nak makan cendol di seberang jalan ni. Tapi memandangkan, river cruise tu diberhentikan perkhidmatan sementara waktu sempena solat Jumaat, kami terpaksa skip buat cruise ni, dan mengambil alternatif lain untuk melihat kawasan sekeliling dengan berjalan kaki saja. Mula-mula aku macam malas, tapi selepas di*sound* oleh Cawan berbunyi begini *amboi dekat Hong Kong dari pagi sampai malam berjalan kaki tawaf satu HK, boleh je, tak mengeluh pun, ni nak jalan sikit pun nak bising*.. terus aku haaa ye la..jom jalan sampai bengkok kaki heheheh

Di lorong belakang bangunan merah-merah dan mengadap sungai Melaka yang tidak seberapa tu. Tapi kawasan ni bersih. Sementara menunggu Cawan dan Icam melepaskan hajat di toilet berdekatan, aku sempat la menjalankan aktiviti fotografi. Aku tak pasti ni rumah orang ke hape, sebab ada yang macam kafe, ada yang macam rumah, tapi semua tutup. Tapi kat belakang ni agak cantik la (pada pandangan mata aku, sebab batu bata ni..hehehe)

Dan kami terjumpa benda ni. Rupa-rupanya bangunan di sini menggunakan Dutch brick yang dibawa dari Belanda. Patut lah nampak lain dari batu bata merah yang biasa tu. Nanti kat Belanda nanti, aku nak tengok ada ke tak batu bata macam ni heheheh..

Melaka, diiktiraf sebagai World Heritage City..anda bangga? Saya bangga, walaupun bukan berasal dari Melaka..emm bilalah agaknya Perak nak diktiraf nih!!

Laluan Melaka River Cruise. Walaupun airnya tak sejernih mana, tapi aku boleh cakap, sungai ni agak bersih, sebab sampah sarap tidak kelihatan. Begitu juga disekitar kawasan ni. Keep it up Melaka!!

Kalau tadi dah lalu di belakang lorong, sekarang kami di belah hadapan pula. Bila lalu kat sini, rasa nostalgic je, mungkin sebab bangunannya yang lama-lama tu, ditambah lagi dengan warna merah/maroon tu, ish best pulak rasanya. Sebenarnya dah beberapa kali pegi Melaka, ni baru pertama kali menjejakkan kaki di kawasan ni, sebelum ni memang tak pernah, cuma lalu dengan kereta je.

Akhir sekali singgah berhenti makan cendol dan ABC di Cendol Jam Besar, betul-betul berhadapan dengan Clock Tower tadi tu. Harga murah je, dan memang sedap. Diorg ni dah pernah masuk JJCM, so agak famous la jugak hehehe..

Banyak jugak diorg dapat liputan dari media hehehe.. syabas!!

Tengah sambil syok layan makan cendol, hujan dah mula turun, tanpa buang masa, kami terus bergerak ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Hmm nampak gayanya tamat sudah perjalanan kami di Melaka.

Sampai je ke Port Dickson dah pukul 6, terus check in di Glory Beach Resort (tak best hotel ni, dia macam service apartment, tapi semua perabot ala-ala 90an, aku rasa cam zaman dulu kala, kalau dia kasi perabot antik takpe gak, dah la aku bayor mahal..cisss!!)

Malam harinya pula, kitorg pergi makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Pasir Panjang, sejauh 26KM dari Glory Beach Resort tu..hummm hasilnya boleh la tahan, nasib baik sotong goreng tepung dia sedap, ikan siakap dia pun sedap (sori takde gambar, tempat tu lampu semua malap2, sesuai sangat untuk nak bercandle light dinner hahaha, so takde la aku sibuk nak amik gambo, sampai je makanan, terus ngap tanpa sebarang kata-kata hahhahah)

Keesokan harinya, lepas breakfast di hotel, kami terus ke Teluk Kemang, yang terletak lebih kurang 5-6 KM dari hotel. Cuaca memang mendung, tunggu masa nak hujan je. Teringat kenangan pergi ke PD tahun 2009 dulu, memang sumpah PD sangat kotor, di pantai banyak sangat sampah sarap, ko cakap je nak apa? botol minuman, plastic makanan, puntung rokok, lampin pakai buang bayi pun ada tau! Air laut pula, usah cakap la, memang agak kotor dan berMINYAK! (mungkin hasil tangki minyak kapal pecah? atau minyak dari bot/jetski yang berada di sekitar kawasan tu?? emm entah la..).

Tapi yang terbaru ni, banyak sangat kelainan di Pantai Teluk Kemang PD ni, pantai bersih, aku tak nampak sampah sarap macam hari tu, dannnnnnnnnnn paling bestnya, air laut dia sudah tak berminyak, dan bebas dari ranting-ranting kayu atau serpihan plastik-plastik, memang jauh beza dari 2009 dulu.. Dari aku malas nak mandi, terus terkinja-kinja melompat masuk dalam air (maklum la, last sekali mandi laut tahun 2009 dulu!!) huih.kedebussssssshhhhh tau-tau aje lenjun.. (sori gambar mandi laut agak sensitif untuk tayangan umum, kerana pendedahan aurat yang berleluasa hahahah, eh aku tak bogel, masih lagi tutup atas hingga bawah, cuma segan nak tayang, ditambah lagi Cawan dan Icam separuh bogel, biarlah menjadi rahsia kami je hahahaha)

Sampah sarap takde, tapi banyak pulak benda-benda mainan nih..ish ish..aku tak tau la diorg nak bawak benda ni kat mana, sebab pantainya agak crowded, silap-silap pusing setempat je hahahah..


Lepas selesai aktiviti mandi manda, kitorg balik semula ke hotel, dan check out, memang cuaca tak best hari ni,  sampai je di hotel, hujan turun mencurah-curah, so aktiviti ke Ostrich Farm terpaksa cancel, dah la lama pulak tu hujan nya, ish memang kacau...apa nak tunggu lagi? terus cabut balik ke KL laaaaa..

Hmmm..lepas la gian, walaupun tak seberapa..harapnya, aktiviti awal tahun yang dirancang oleh geng travelholic menjadi kenyataan la..lalalalalal..ha mana? mana? USJ? USS? USLA? ewahhhh..


29 comments:

just.HY said...

muahaha...ni la kakak saya yang gila nk beli dodol kecik2 tuh! gigih benor smpai pegi melaka nk beli dodol. macam icam punye entry? xde sambungan pun! sila sambung ok...hahaha nk baca!

Ren said...

HAHAHAHAHAHHAHAAHAHAHA.

Ntah le tatau nape..terus teringat entry Icam. hahahahahaha!

Rindu plak kat Melaka...bile nak buat Rombongan Cik Salamiah pulak?

iedaiar said...

canteq gambo2nye ;D

Harlaney said...

asai aku tengok ada gambo2 hilang nye haa?

Unknown said...

John: Aku la kakak yg gila nk beli dodol tu.. Eh citer aku satu entry je..aku dah story pasal PD tu, kira abis la..hahaha..Icam tu tgh skodeng blog aku la tu, nk tiru idea kuang kuang kuang..

Janggel: Nanti on the way ke USS tu leh la singgah kejap kat sini, leh aku beli dodol lagi (kalau ada masa la hahaha)

Ieda: Terima kasih daun keladi:p

Laney: Gambo ilang? ada je nih!

shah_rule said...

terkejut aku sampai2 cari dodol~ ingatkan ape~
wahh masak asam kt melaka memang terbaik ler.. drooling~ haha

Fatt said...

ko mmg suka mkn dodol ye? kagum aku sbb org2 muda jarang suka kuih tradisional ni. err, lagi 1 wajik...ko suke? aku takleh relate benda tu sbb pelik. tp klu dodol panas baru masak aku suka...

yup aku setuju yg pantai PD mmg hazab sgt. since then aku tak pegi dah..klu dah cantek cam skrg bole la pegi...cuci2 mata jln tepi pantai smbil kuis2 pasir ke

Fatt said...

lupa nk tanya, ko tak cuba compare cendol kat jonker walk? org ckp sana pun sodap. wallahualam

masMZ KaKiJaLaN said...

Kan Janggel, terus terbayang blog Icam!!!! Dia leh wat teaser untuk blog nih larrrr... Hahahahaha

Nak dodol!!! Nak dodol!!!

*word verification "priti".. Memang cantik gambo2 ko ;D

Unknown said...

Shah_rule: Itu la..asam pedas diorg terbaik la..aku kena belajor ni cara2 masak asam pedas sesedap org Melaka buat hahaha..

Fatt: Aku memang suka dodol. Wajik tu pn aku suka bebenor, kalau kenduri kawin ada wajik, aku akan amik yg tu, aku tak layan telur2 ke atau cenderamata lain hahaha..
Jonker Walk tu aku tak sempat nk pegi hari tu, dan aku tak tau pun ada cendol sedap di situ. Takpe, mungkin di lain hari aku pegi sekali lagi..kot2 leh buat rombongan ke hahaha

MasMZ: Hahaha teringat Icam? ko tau aku suh dia update sambungan citer PD dia, dia kata nanti2 la..eleh budget bagus je budak tu..konon ramai peminat la hahaha.. Dia siap suh aku tlg dia add nuffnang kat tepi tu, sb nk kumpul duit p Singapore!! hahahaha

Ko nk dodol? huh pegi Melaka sendirik! hahahahah

just.HY said...

Mane entry icam??? wahhh...kalo btol la ape yg ko ckp na, mmg icam dh kekwat ni! wakaka..baru 2 entry tue...;p

dodol pun aku sukak tp panas2 mmg syiokk makan. kalo yg lama dh kureng skit. teringin nk makan durian. sob sob sob

Unknown said...

John: Hahaha aku dh suh dia buat, dia kata malam ni ..dia kata TUNGGUUUUUUUUUUUUU.. nak cari ilham la tu kot hahahahahah

Aku suka dodol melaka yg 3 segi kecik2 tu sebab lembut, yg keras2 liat sgt tu aku tak minat gak sebenarnye..Wah jom buat party durian la cam nih, aku suka jugak durian nih, minggu lepas baru je makan, tapi beli ni memang tak puas makan la..sedih betul duk KL nih..

just.HY said...

tau xpe!!! aku duk tgk entry masing2 asyik duk tayang durian jek. haishhh..xleh jadik ni! jom laaa pi makan durian. pastu aku nk bwk balik bwt jemput2 durian. marveles wehhh!!! wahhhhh sedapppnyaaaaaa.

aku tggu dgr sabar entry icam. na, nk pnjm lens weekend ni boleh x? nk pegi somewhere ler....hihii

Anash said...

na,
serius..pandai cari sudut info...
anash yg memang org melaka pun tak gitu punya jelajah...
sebelah muzium islam adalah bekas opis bapak anash keje ...scary gak nengok dengan bilik yang besar kedabak letak meja set2 government tengah2..lantai kayu..but again, sejuk aje ....(orr spooky??)

bangga baca entry melaka nih..dan again, gambar diambil memang ada curlassss..(ayat john kah ini?)

Biqque said...

aku tak bleh blah la icam ni! hahahaha!

ok, part orang buta melintas tu sungguh cilakak! tergelak aku! hahaha!

sian icam tak dpt naik cruise tu, best wooooooo!

nanti i cite melaka i plak! cis! kalo i tau, i paksa u ikut!

SAYA JUGA SUKA DODOL! DAN JUGA WAJIK! TITIK!

Ain Mardhiah said...

dekat belanda memang rumah dia mostly batu-batu mcam tu terutama kalau yang lawa2 comel2 yang dekat area tepi laut macam vollendam. lawa macam dlm gambar! tapi kalau yg bandar macam amsterdam tak banyak sgt guna batu nih, just theme kaler dia memang merah menyala macam dekat melaka~
best! pergi la akak kalau ada rezeki, dekat sana best gak cuma kalau amsterdam tu kena hati2 sket kot kalau bawak budak kecik. azab mata banyak, open gila2 sangat kat sana. >_<

Unknown said...

John: Kat mana ko suggest nk makan durian tu hahaha..aku memang hantu durian. Lens tu aku nk pakai la weekend ni, sebab aku nk balik Ipoh dan ada sessi beramah mesra bersama cik Rodiah kita tu..ko nk pegi mana? hahaha

Anash: Hahaha ye ke org Melaka? Lepas ni leh la saya order dodol kat Anash hahaha..Cari info kat tenet je pun.

Biq: Kite lepak kat Ipoh je la sama2, dah alang2 balik tu.. Cruise tu nampak gayanya memang naik lenkali la hahaha..

Unknown said...

Ainul: tq untuk info pasal batu merah tu ;p . Nanti kalau akak p sana, akak tutup mata Aqilah siap2 hehehe..

Ely Hasrul said...

bagus entry melaka ko, bangga Anash hahahha.. aku nye entry melaka tak tersmbung sbb gambo takde, kena courtesy biqque la gamaknye..last aku mkn asam pedas kat melaka tahun 2006 xsilap, kul 3pagi kat kedai mana ntah.. mmg kedai yg attend org blk clubbing aje. hoiii g melaka leh clubbing? hahaha tu la dtgnye sejarah aku bergambo tutup dada *anda berani? hahahhaa



Glory Beach Resort tu punye cite hantu mengarut2 kan? ko penah dgr? aku dh lupe jgn tnya hahaha.. aku xpenah duk situ.. sbb aku tau hotel buruk dan mahal.. hampagas.. tapi ko nih potonn laaa xkesah la ko xletak gambo ko mandi.. tapi letak la yg separuh bogel dua saudara ipar tuuu hahahahhahahaha

Lily Riani said...

nak tau satuh jek, tak sempat baca semua. masuk HRC dak?

Icam said...

Yona sedap spageti tadi. Jangan diet sangat.

Unknown said...

Skin: Aku mana mampu duk hotel mahal2 taraf 5-6 ratus, rumah tumpangan mampu la hahahaha..gambar bogel 2 saudara tu boleh didapati di blog Icam hahaha..

Lily: HRC? melaka ada HRC ke? ke aku yg ketingalan zaman nih??

Icam: Pegi main jauh2!!!

Lily Riani said...

bukak few months back, but HRC kedai merchandise jek kat jonker street tuh.

Ely Hasrul said...

ade ke gambo topless?? nih nk tgk nih hahahaha.. bape ko duk kt situ? aku penah nk duk situ patu dia kasik rate rm250 ape kes?! cisss

Unknown said...

Lily: Sumpah aku tak tau pun kt Melaka ada HRC!! wah gile hebat..

Skin: Gambo topless kat entry Icam yang PD tu. Aku duk hotel tu RM216, apartment 2 bilik. Tp memang fail la, perabot semua usang2, padahal review kat TripAdvisor semua kata ok je..haih aku tertipu!

Ely Hasrul said...

wahh aptment 2 bilik lagik.. tp sbb mmber aku xkasik duk situ dia kata buruk and ade hantu hahahahha.. perabut usang ok lagik kt aku.. jgn air nye kejap sejuk and kejap terlampau sejuk tu yg hangin tuh. bese hotel lama toilet dia alahaiii .. blum dgn aircond tak leh nk ejas, dinding terkopak, bau harum sundal malam hahhahaa

Anash said...

hahahaha....
(adui..lawak aaa komen sini...)
melaka-anash-melaka...
heheh....
nak dodol segitiga?
leh beli siap dari kilang (kat semabok)...
roger2 la kalau nak....(bukan minggu nih..sebab fe'ah tak balik melaka...sapa fe'ah?)

Unknown said...

Ely Hasrul: Yg aku nye apartment ari tu, toilet, ekon, dinding semua ok, takde yg tercabut atau tak leh adjust, bau pun takde, tp feeling tu macam 90an, sebab perabut, dan bentuk bangunan memang fail la pada aku. Tapi toilet nasib baik bersih, kalau tak aku memang confirm mintak tukar bilik hahahaha

Anash: Haa ada dah port nk beli dodol melaka lepas ni. Boleh la aku pulun dodol sedia ada, tanpa rasa sayang nak abiskan, kalau tak makan sikit2 sebab rasa cam susah nk pegi melaka pegi beli! hahahah..

Cawan said...

warghhh, ni musim jalan2 cari makan.. tibe2 jek nk dodol? goshhh.. ingatkn short trip PD, ha amik ke Melaka, jalan mmng smooth almaklum sesudah subuh Jumaat berangkatnye :)

Selera Kampung mmng kedai dia best, ni kes teringgat 4-5 tahun lepas makan ni.. slurrrppp..

Yg pakai spek mate itam bagai tu tgh skodeng 'V' shape, haa padan muka si isteri.. bnyk gadis mat saleh Oooo..

jalan2 menyusur sungai melake tu mmng seronok (blkng red building), kemudahan dia terbaik.. photo shot best!

Mase pilih ikan bakar kt PD, ikannye besar2, pilihan ikan semua yg sekilo.. buncit perut makan..

and mandi laut mmng sungguh ketinggalan, bila last time? Aqilah laa kesian, takut punya pasal, cover line buat2 nk tido.. hu huu..