Friday, December 30, 2011

2011 - Edisi Pantun

2011 berlalu dengan warna warni,
Banyak azam 2011 berjaya Chawanna kecapi,
Moh ramai-ramai kita pergi review Wawasan 2011 ini..


February 2011,
Bulan yang sangat kami nantikan,
Maklumlah dah lama tak berjalan,
Trip ke India menjadi pujaan,
Agra, Jaipur, Delhi berjaya kami tawan,
Tidak disangka-sangka hati kami tertawan, walaupun India tidak rupawan..


Masuk rumah baru, tidak berduit,
Terpaksa kumpul sedikit-sedikit,
Bila dah cukup, kami ke Perfect Living,
Bayar booking kitchen cabinet,
2-3 bulan berlalu, kabinet dipasang,
Macam-macam hal, terpaksa kami layan,
Sumpah aku rasa nak pecah otak, bila melayan banyak karenah,
Tapi tak pe, hasilnya, memang boleh tahan,
Budget cik Poziah rajin memasak? Hahahaha dah nama pun cik Poziah, rajinnya angat-angat taik ayam,
Kitchen baru sekadar hiasan...ihiks


Semua tahu aku ni jenis tembam-tembam,
Nak kuruskan badan memang susah,
Cubaan 27893x sehingga aku pun naik frust,
Rupanya ada hikmah aku ke India,
Aku tak perlu susah-susah,
Berat turun tanpa susah payah,
Scala penimbang jadi peneman setiap bulan..
Aku hanya tersenyum lebar..


Ke Kiwi-land, destinasi berikutnya,
Memang ditunggu-tunggu, bagai nak gila,
Dup dap dup dap tengok kalendar,
Tiba jua kami di sana,
Kiwi-land cantik, tidak terkata, aku dan Cawan jadi speechless,
Terasa bagai di syurga, rasa tak mau balik pun ada..
Next time mungkin nak try North Island pula,
Kena tunggu tiket promo dari airline putih merah la nampak gayanya ...


2011, tidak penuh dengan agenda,
Berlainan pula dengan 2012,
Tiket dirembat ikut sedap,
Pantang promo, main tekan BUY,
Penyudahnya sendiri garu pala,
Buat budget macam orang gila,
Demi impian ke SANA terlaksana..


Setiap hari bermain blog,
Pantang ada update, terus diterjah,
Cerita sensasi, cerita hangit, cerita basi, semua dilayan,
Makin lama, makin ramai kenalan,
Siapa sangka punyai minat sama,
Berbalas email dan komen setiap masa macam takda kerja,
Berjumpa setiap minggu macam dah kenal lama,
Sebut je sapa? Rodiah dan Hamid, usah cakap la..
Ditambah lagi dengan Cik Maimon, Fattimatunzaharah, Leman Yusop, Aaron@Harun, Cik Aloyah, Osman, Cik Puan Lela Manja, Mutalib@Ghafur, Rofe'ah Kutip, memang tak menang tangan..
Agenda USS dan Redang sudah dirangka, hanya tunggu masa nak jalan je..
Diharap persahabatan yang terjalin ni berkekalan lama la hendaknya..


Akaun 2011 akan closing sehari lagi,
Aku pun dah kehabisan idea nak berpantun di sini,
Sebab entry closing orang lain, semua power belaka,
Nak tak nak, terpaksa crack kepala, kerja di opis terbengkalai sementara,
Punya la gila nak update entry closing juga..
Diharap korang enjoy la baca..
Hahahaha




Ok abis dah..jom jom buat kerja pulak..ishhh korang nih!!

Tuesday, December 27, 2011

Lepas Gian - Melaka & Port Dickson

Disebabkan trip aku yang terakhir tahun ni telah pun terjadi beberapa bulan yang lepas, iaitu bulan 9 hari tu, dan trip akan datang pula akan muncul lebih kurang 2 bulan lagi, jadi aku secara tiba-tiba telah meng'organize' trip pendek demi melepaskan gian nak pegi jalan-jalan dan mandi laut.

Sampai ke Melaka, terus ke Dataran Pahlawan, dekat situ la aku pegi beli dodol 3 segi tu, perabis RM30 untuk dodol..haihhh (tak sempat nak ambil gambar, sebab time ni dah lapar, so cari dodol secepat mungkin! dapat je terus blah ke lain).. Sebenarnya dalam agenda memang takde plan langsung ke Melaka, tapi dodol punya pasal, aku telah memaksa Cawan dengan segala kuasa veto yang ada untuk drive sampai Melaka..heheheh..

Ha sebab apa aku bergegas beli dodol tadi? Sebab nak pegi makan tengah hari di Restoran Selera Kampung. Local di sini cakap asam pedas kat restoran ni sedap. Actually ni kali ke dua kami makan di sini (4-5 tahun sudah, lepas grad dulu), masa tu memang sedap sangat rasanya. Sekarang agak kureng sikit, tapi aku suka dengan ketam goreng tu..nyammmm. Harga untuk 3 orang makan, RM47. Emm aku tak pasti nak kata murah or mahal. Belasah je la, dah masuk perut pun hehehe..

Lepas makan, pegi bersenam pula hehehe (eh acah je), jalan-jalan di sekitar Red Square tu, saja nak cuci mata, dan amik gambar..tapi cuaca untuk bergambar memang tak best sangat. Tapi syok la untuk berjalan, sebab tak panas hehehe..

Kedai souvenir bersebelahan Muzium Islam di Red Square, tak tau la pula berapa harga FM ni, aku tak tanya, aku cuma amik gambar curik je :)

Ini pula Muzium Islam Melaka. Ada sesiapa yang pernah masuk dalam ni? Aku tak pernah masuk lagi, lalu dah beberapa kali dah..ish ish..mungkin lepas ni patut buat trip ke sini pulak..amacam??

Lepas dijajah Portugis, Dutch pulak masuk line..maka terhasil la Red Building atau nama lainnya Stadthuys. Stadthuys ni adalah perkataan Dutch yang bermaksud town hall.

Red Clock Tower yang terkenal di Red Square ni.

Berdekatan dengan Christ Church dan Stadthuys di Red Square, ialah port beca-beca berkumpul, jadi sesiapa yang nak merasa naik beca pusing keliling kawasan tu, boleh naik dari sini. Harga adalah seperti gambar di atas hehehe..

Queen Victoria Fountain yang turut berada di Red Square. Memang ramai sangat orang lepak kat sini, susah nak ambil gambar tanpa muka/tubuh badan manusia, so terpaksa amik angle begini jek hahaha

Melaka Art Gallery, aku tak pasti ada orang masuk sini ke tak, tengok macam sunyi sepi jek, orang lebih ramai lepak di luar je aku tengok, termasuk la aku..hmmm

Sila beri laluan untuk orang buta ni..dia nk menyeberang jalan pegi makan cendol Jam Besar hahahah..

Sedang melintas jalan nak pegi tengok Melaka River Cruise tu, dan nak makan cendol di seberang jalan ni. Tapi memandangkan, river cruise tu diberhentikan perkhidmatan sementara waktu sempena solat Jumaat, kami terpaksa skip buat cruise ni, dan mengambil alternatif lain untuk melihat kawasan sekeliling dengan berjalan kaki saja. Mula-mula aku macam malas, tapi selepas di*sound* oleh Cawan berbunyi begini *amboi dekat Hong Kong dari pagi sampai malam berjalan kaki tawaf satu HK, boleh je, tak mengeluh pun, ni nak jalan sikit pun nak bising*.. terus aku haaa ye la..jom jalan sampai bengkok kaki heheheh

Di lorong belakang bangunan merah-merah dan mengadap sungai Melaka yang tidak seberapa tu. Tapi kawasan ni bersih. Sementara menunggu Cawan dan Icam melepaskan hajat di toilet berdekatan, aku sempat la menjalankan aktiviti fotografi. Aku tak pasti ni rumah orang ke hape, sebab ada yang macam kafe, ada yang macam rumah, tapi semua tutup. Tapi kat belakang ni agak cantik la (pada pandangan mata aku, sebab batu bata ni..hehehe)

Dan kami terjumpa benda ni. Rupa-rupanya bangunan di sini menggunakan Dutch brick yang dibawa dari Belanda. Patut lah nampak lain dari batu bata merah yang biasa tu. Nanti kat Belanda nanti, aku nak tengok ada ke tak batu bata macam ni heheheh..

Melaka, diiktiraf sebagai World Heritage City..anda bangga? Saya bangga, walaupun bukan berasal dari Melaka..emm bilalah agaknya Perak nak diktiraf nih!!

Laluan Melaka River Cruise. Walaupun airnya tak sejernih mana, tapi aku boleh cakap, sungai ni agak bersih, sebab sampah sarap tidak kelihatan. Begitu juga disekitar kawasan ni. Keep it up Melaka!!

Kalau tadi dah lalu di belakang lorong, sekarang kami di belah hadapan pula. Bila lalu kat sini, rasa nostalgic je, mungkin sebab bangunannya yang lama-lama tu, ditambah lagi dengan warna merah/maroon tu, ish best pulak rasanya. Sebenarnya dah beberapa kali pegi Melaka, ni baru pertama kali menjejakkan kaki di kawasan ni, sebelum ni memang tak pernah, cuma lalu dengan kereta je.

Akhir sekali singgah berhenti makan cendol dan ABC di Cendol Jam Besar, betul-betul berhadapan dengan Clock Tower tadi tu. Harga murah je, dan memang sedap. Diorg ni dah pernah masuk JJCM, so agak famous la jugak hehehe..

Banyak jugak diorg dapat liputan dari media hehehe.. syabas!!

Tengah sambil syok layan makan cendol, hujan dah mula turun, tanpa buang masa, kami terus bergerak ke kereta untuk meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Hmm nampak gayanya tamat sudah perjalanan kami di Melaka.

Sampai je ke Port Dickson dah pukul 6, terus check in di Glory Beach Resort (tak best hotel ni, dia macam service apartment, tapi semua perabot ala-ala 90an, aku rasa cam zaman dulu kala, kalau dia kasi perabot antik takpe gak, dah la aku bayor mahal..cisss!!)

Malam harinya pula, kitorg pergi makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Pasir Panjang, sejauh 26KM dari Glory Beach Resort tu..hummm hasilnya boleh la tahan, nasib baik sotong goreng tepung dia sedap, ikan siakap dia pun sedap (sori takde gambar, tempat tu lampu semua malap2, sesuai sangat untuk nak bercandle light dinner hahaha, so takde la aku sibuk nak amik gambo, sampai je makanan, terus ngap tanpa sebarang kata-kata hahhahah)

Keesokan harinya, lepas breakfast di hotel, kami terus ke Teluk Kemang, yang terletak lebih kurang 5-6 KM dari hotel. Cuaca memang mendung, tunggu masa nak hujan je. Teringat kenangan pergi ke PD tahun 2009 dulu, memang sumpah PD sangat kotor, di pantai banyak sangat sampah sarap, ko cakap je nak apa? botol minuman, plastic makanan, puntung rokok, lampin pakai buang bayi pun ada tau! Air laut pula, usah cakap la, memang agak kotor dan berMINYAK! (mungkin hasil tangki minyak kapal pecah? atau minyak dari bot/jetski yang berada di sekitar kawasan tu?? emm entah la..).

Tapi yang terbaru ni, banyak sangat kelainan di Pantai Teluk Kemang PD ni, pantai bersih, aku tak nampak sampah sarap macam hari tu, dannnnnnnnnnn paling bestnya, air laut dia sudah tak berminyak, dan bebas dari ranting-ranting kayu atau serpihan plastik-plastik, memang jauh beza dari 2009 dulu.. Dari aku malas nak mandi, terus terkinja-kinja melompat masuk dalam air (maklum la, last sekali mandi laut tahun 2009 dulu!!) huih.kedebussssssshhhhh tau-tau aje lenjun.. (sori gambar mandi laut agak sensitif untuk tayangan umum, kerana pendedahan aurat yang berleluasa hahahah, eh aku tak bogel, masih lagi tutup atas hingga bawah, cuma segan nak tayang, ditambah lagi Cawan dan Icam separuh bogel, biarlah menjadi rahsia kami je hahahaha)

Sampah sarap takde, tapi banyak pulak benda-benda mainan nih..ish ish..aku tak tau la diorg nak bawak benda ni kat mana, sebab pantainya agak crowded, silap-silap pusing setempat je hahahah..


Lepas selesai aktiviti mandi manda, kitorg balik semula ke hotel, dan check out, memang cuaca tak best hari ni,  sampai je di hotel, hujan turun mencurah-curah, so aktiviti ke Ostrich Farm terpaksa cancel, dah la lama pulak tu hujan nya, ish memang kacau...apa nak tunggu lagi? terus cabut balik ke KL laaaaa..

Hmmm..lepas la gian, walaupun tak seberapa..harapnya, aktiviti awal tahun yang dirancang oleh geng travelholic menjadi kenyataan la..lalalalalal..ha mana? mana? USJ? USS? USLA? ewahhhh..


Tuesday, December 20, 2011

QA session Bersama Travelholics

Lokasi: Food Court bersebelahan Petronas, McDonald, MaxValue Ampang (alah belakang Spetal Ampang Putri tu)
Tarikh: 17 December 2011
Masa: 8 malam - tengah malam buta, sampai mamak kedai pun naik bengang kitorg asyik order air kosong! (air kat mamak tu mahal nak mampus, air kosong pun 50 kupang!!!)
Aktiviti: Lepak sampai lebam
Peserta yang hadir: Biqque, Sharul (laki Biq), Lily Riani, Cawan (laki aku), Na (aku la tu), John@bdk2, Shah_rule, Ely@Skin (dan keluarga).
Peserta yang tidak hadir: Fatt (ada kenduri tahlil disaat akhir, so terpaksa cancel!), Kemang (masuk spetal sakitnya tidak dapat dikenal pasti), Janggel dan MasMZ (diorg kawin lari), Kak Anash (tidak pasti sebab apa ye?)

Minit mesyuarat: Omong kosong.. Tah apa-apa, dari sessi berkenal-kenalan, masuk ke topic travel (yang hanya dibincangkan seciput je), isu-isu semasa (kes panas student kat Ireland yang kawin dengan bf dia kat sana, siap cium molotttttttttttt) dan isu-isu 18 Sx yang tidak patut ada dibincangkan pada malam itu (John yang bertanggungjawab bawak citer nih..ish ish)

Ok sebabkan banyak sangat benda yang diceritakan pada hari perjumpaan yang pertama secara besar-besaran tu, jadi aku tak dapat la nak rekod segala maklumat, camera pun aku tertingal kat rumah, so takde la muka sekor-sekor yang hadir ok!

Tapi secara conclusion nya, aku nak bagitau semua orang sangat sempoi dan semua senang nak beramah mesra walaupun baru jumpa. Jom aku nak QA sorang-sorang, mengikut pemerhatian aku la kan..

Kite mulakan dengan...bismillah...

1. Biqque - Aku no comment boleh? Sebab aku dah kenal dia lama, jadi takde segan silu.. ok nexttttttt (hahahaha...jangan marah ye Biqque!... kalau korang nak tau Biqque cam mana, kena jumpe dan lihat dengan mata kepala dan rasa sendiri..haaa baru tauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu)

2. Sharul (laki Biq) - Hmm yang ni pun aku tak leh comment banyak, yang aku boleh cakap, dia ni pendiam, TAPI, kalau betul suis nya, boleh byk cakap..so korang try la tekan suis yang mana satu ye..selamat berjaya!!

3. Lily Riani - Ok yang ni aku baru je berkenalan secara face to face awal tahun dulu..sangat bubbly dan BANYAK CERITA..ko cakap je nak citer apa, citer lawak? citer orang gaduh? citer geli-geli..ko kasi je mic kat dia..tau la dia nak cakap apa! Dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn dia ni boleh tahan lawak dan creative! ada je la benda ni nk buat yang orang tak penah terpikir pun...... DAN YANG PALING PENTING, DIA NI SANGAT PEMURAH, macam-macam kitorg (aku dan Biq dah dapat dari dia, ok tak leh ckp lelebih hahahah) timer kasih bebanyak ye Lily..sampai aku ngn Cawan pun kekadang malu nak terima (eleh ye ke? hahaha)..so sapa baik ngan dia, memang ada ganjaran, tapi jangan sebab tu pulak korang nak kipas2 yek..Lily ni ada kelebihan leh baca air muka org..hahahahah!!

4. John: Paling jambu la antara semua hahaha..konon macam suci gitu.(eh ye ke John? ko pasti?? hahahah).. Tag line dia --> Ko mampu???? haaa sapa nak jawab? mampu korang nak jawab? John memang banyak cakap, dari aku first jumpe dia, sampai kali ni, memang tak henti-henti cakap, ada je la benda mamat ni.. Sampaikan adik aku sanggup nak ikut aku p gathering ni, sebab nak dengar John gossip!! Dia dengan Lily kalau dapat pegang mic, memang non stop..sila bawak ear plug kalau tak larat dengar yek!! (jgn marah John hahaha)

5. Shah_rule: Ok yang ni boleh tahan jambu, tapi John masih lagi diatas, tapi part suci murni ni, aku percaya dia masih suci, berbanding dengan John. Nampak macam pemalu, mungkin ni first time kot..first time kan selalu malu-malu hahahahah..ok tak pe, next gathering kalau leh datang, sila la yek. (ari tu Shah_rule datang lambat, so tak sempat nak edisi siasat sangat, sebab time dia sampai tu, kitorg dah masuk gossip student Malaysia kawin ngn gay kat Ireland..hahahah)

6. Ely/Skin : Yang ni aku dah jumpa 2-3 kali, mula-mula tengok muka nampak macam sombong (FYI, sama la cam aku mula-mula jumpa Biq, mukaaaaa sombonggggggggggggggggggggg, nasib baik tak ropenya!!) tapi ati baik rupenya..ramah tamah..boleh laga-laga pipi..baru kenal 2 hari pun dah boleh gosip tau dengan dia nih..ade je la citer dia.. tapi sayang, ari tu Skin kena balik awal, sebab Sami nak berak!! (sami saja la tu..dengki org nak lepak lama-lama!! dah la sami kidnap dulu Timeout aku weh dari kotak cekelat John kasik tuuuuuuuu) Lain kali ko bawak menan dia yek, kasi dia lupe nak berak2 tu..hahaha

7. Na (aku la tu) - No komen jugak, kena kenal sendiri la kot..ye dak?? Tak kan aku nak komen diri sendiri..ish tak sesuaii..

8. Cawan (laki aku) - No komen jugak, sila kenal sendiri ye, tapi sekali sekala, Cawan ni kalau buat lawak boleh sampai orang sakit jantung masuk spetal, ada la orang penah terkena, ye tak Biq? hahahahha

Disebabkan Janggel, MasMZ dan Kak Anash aku dah pernah jumpa hari tu, so aku nak review diorg jugak ahahhahhaha

9. Janggel - Tak ku sangka ni pun pandai gosip gak. Tapi dia macam selenga sikit, macam takde perasaan..kadang-kadang aku rasa nak tampor je kasi sedor (kot-kot la dia mamai time tu kan! hahahaha). Tapi kalau gelak, kasi je kat dia, tambah lagi dengan John punya gelak, boleh runtuh kedai mamak tu hahahah..

10. MasMZ - Aku baru jumpe sekali je, tapi peramah, banyak jugak citer dia, tapi macam cover2 lagi..hehehe engin lambat panas kot..maklum la first timeeeeee..nanti kite jumpe lagik ye..

11. Kak Anash - Kak Anash adalah travelholic yang paling sopan yang penah aku jumpa. Cakap lemah lembut je...gelak pun sopan je..(ihikss malu i tau gelak cam pontianak hari tuuuu)

Ok sekarang tingal lagi 2 travelholic yang aku tak penah bersua muka, melainkan di blog saja..jeng jeng jeng....

12. Fatt - Hari tu dia tak dpat datang, padahal dia yang suggest tarikh tu. Tapi nak buat cam mana kan, dah last minit ada ahli keluarga terdekat meninggal dan ada kenduri tahlil, tak kan la kitorg nak paksa datang kot..so mebi next time kite buat QA session bersama yek..tapi aku rase ko ni kelakar jugak kot, sebab kat blog ko cam kelakar hahahaha

13. Kemang - Skin kata ko cam sopan-sopan, siap cium tangan Skin lagi time jumpa.. Aku rasa ko memang sopan santun la kot orangnya..katanye sesuai dibuat menantu hahaha..

Tak sabor nak jumpe korang berdua, mungkin patut buat cam ujibakat Akedemi Fantasia tu.. siap suh nyanyi lagi...

Nota kecik: Psst aku dengor ada orang nak karoake kat Redang nanti..ehemmmm..(aku tengah asah suara ni, dan makan telur kuning mentah ni hahahah)

Nota lagi: Kepada yang tidak hadir hari tu, korang memang rugi besor, sebab Kek Choc Cheese yang Lily bawak tu sedap gile....aku sampai ngigau2 pasal kek tu, masa bangun pagi Ahad tu..siut betul..

Kepada semua yang sponsor makanan;
Lily: Kek tu memang marbeles, lain kali gathering sila bawak lagi yek...konfirm aku nak makan banyak2!
Biqque dan Skin: Tq atas ole-ole dari Melaka tu..sagun tu memang terbaik, nyesai aku tak rembat semua bawak balikk..hahahaha
John: Tq jugak coklat yang ko bawak tu, tapi Icam dah abis rembat semua..sedih betul..

SO BILA NEXT GATHERING? AKU NK PIKIR BAJU APA AKU NAK PAKAI NIH HAHAHAHAHHA

Monday, December 19, 2011

Eh Tersilap La Pulak!!

Kenal tak muka dua orang makluk dalam gambar di bawah ni?? Pasti kenalkan? Sebelum tu, aku nak mintak permission dari Biqque, sebab curik gambar dia dari FB, sebab apa aku curik? sebab time ni aku tak sempat nak amik gambar, aku sibuk ke lain....so aku takde la gambar ni..hehehehe (penat aku korek koleksi gambar aku tau, rupanya memang takde!!)

Ok dua orang insan dibawah ni, diorg memang antara orang-orang *teristimewa* dalam hidup aku..pergh ayat macam drama!! Tapi takpe, biar aku teruskan.. 



Disebalik kegembiraan diorg sebab berjaya membeli tiket untuk masuk ke Jantar Mantar pada suatu ketika kami berada di Jaipur dulu, diorg siap berposing dengan tiket entrance lagi, dengan muka masing-masing yang sungguh FIERCE!! (bak kata Tyra Banks..FIERCE!!!) ..Ha tengok tu si Cawan, tak penah-penah nak berposing, kali ni tetiba nak bergambar pulak, excited sebab success beli tiket ke? hahahahahah ..huh podacitttt..

Selesai sudah aktiviti berposing, maka aku dan Shahrul dengan perasaan excited (takde la terkinja-kinja sangat), pegi collect untuk tiket masing-masing dekat pasangan masing-masing.. Aku pandang tiket tu.....entah kenapa seperti ada magnet di mata aku time tu, seolah-olah suruh tengok harga tiket tu.. dalam hati..hmm pasai apa mahal sangat nih, kalau macam ni lari la budget aku..ish biar betul.. Sambil tu pandang ke Shahrul..dia pun seakan-akan kepelikkan, tapi belum bersuara lagi, mungkin cuba meng'digest' apa yang dilihat oleh matanya.. Hmm ish takkan la..ari tu aku tengok kat internet, rega lain..hmm mungkin dah naik harga kot.. aku berterusan bermonolog dalam hati dan bertubi-tubi tanya soklan pada sendiri, sebab aku pasti apa yang aku lihat di tiket tu tidak benar sama sekali.....sehingga lah Shahrul bersuara..Eh korang dah salah beli tiket la..ni bukan tiket Jantar Mantar nih, ni tiket combine dengan City Palace ngn Museum dia sekali nih..kita nak masuk Jantar Mantar nih....

Hmm itu la kisahnya, tersalah beli tiket diorg nih, tapi nasib baik Biq pandai berdrama, jenuh dia pusing-pusing pala mintak tukar tiket dan refund duit, nasib baik la orang tu kasi, kalau takkkkk..memang takde shopping saree la kitorg lepas tu hahahah, tiket yang diorg salah beli tu dekat RM20-30 gak kot per entry, padahal tiket Jantar Mantar tu sebenarnya dalam less than RM15 (aku tak ingat dah).
Ok bukan setakat salah beli tiket, ada lagi beberapa insiden yang boleh memerbahayakan kami sekumpulan, (hahahahahah) disebabkan kesalahan pemahaman contohnye, masa di India, senarai restoran halal kami nun berada di seantero dunia, cakap je mana, Sydney? Tandari Chicken di Kowloon HK? New York? London? haihhh satu DUNIA ok!!!!!! what the ........?? Ring a bell Biqque? Ish ish..:p dan masih ingat lagi masa naik cruise di Milford Sound yang Cawan tersalah amik gambar boat tu? hmm aku tak mo komen panjang, nanti panas hati!! biar la aku simpan sendirik hahahah

Kelebihan dua orang yang ter*istimewa* ni, bila tiap kali nak pergi travel, atau pun ketika merancang apa-apa plan yang berkaitan, memang diorg berdua akan jadi orang yang terakhir sekali tau segala detail.. Bukan setakat itu saja, kalau time lepak, bukak story pasal trip akan datang, dua orang ni akan terpinga-pinga ternganga sambil buat muka tak bersalah, diorg slurpp slurppp makan minum je time tu.. dah tingal lagi 2-3 minggu nak pegi, baruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu la diorg pickup apa yang kitorg cakap...time tu la diorang baru nak tunjuk HEBAT..dan dan tu tanya, pegi tak sini nanti? buat tu kat sana nanti? eechehehehehe..kadang-kadang aku terpaksa buat-buat tak tau apa yg diorg tanya tu, konon-konon diorg hebat la dapat cari info pasal tempat/aktiviti tu..sebab apa, kadang-kadang kesian, bila diorg start bagi link macam-macam suh aku pi tengok dan add dalam list/itinerary..so nak ambik ati, aku buat2 la *wahh pandai u cari info ni...nanti update i lagi yek*... heee penat aku berlakon tau.. aku percaya Sharul pun mengalami situasi macam ni bila dirumah bersama isteri tercinta ko kan???

Tapi Cawan lagi worst..dalam kapal terobang baru tanya aku, kita sebenarnya nak buat apa ni nanti kat sana..boleh??? (kecuali pegi NZ ari tu). Perasaan aku masa tu, rasa nak tampor seliang, cium mulut jeeeee..hahahaha..memang tak patut betul tanya soklan cam tu kan...menyirap darah aku kejap..kalau kat rumah boleh gak main hempas-hempas pintu bilik, tak pun baling pinggan ke, ni duk dalam flight, aku nak hempas pintu apa? toilet?? huh tak koser!!

-------------------------------------------------------------


Cons: Semua kerja mencari info, study berkaitan tempat travel itu ini aku buat sengsorang (kalau trip berkumpulan, dengan Sharul skali la)..kadang-kadang berpinau mata..(tapi nasib baik aku suka, so aku tak komplen!! hehehe)

Pros: Bagus ada pasangan yang tak berapa amik port sangat mana hala tuju aku nak pegi, sebab aku boleh buat decision sendiri, hahahaha..(dia cuma ikut dan tolong amik gambar je..dah sampai sana baru dia tau..so dia lagi teruja la kot tengok tempat tu, berbanding aku yang dah tau info sedikit sebanyak ni kan?? heheheh..)



Tuesday, December 13, 2011

Camera aku masuk air!!!

Punya la syok sangak lepak tepi tasik, sambil tengok pemandangan yang cun. Dah la tasik tu ala-ala Lake Wakatipu, air biru hijau gitu..sejuk mata memandang, memang leka aku di situ, asyik sangat la tuuuuuuuuuuuuu, bila rasa dah sampai masa patut amik gambar, ha apa lagi, on camera, sekalikkkkkkkkkk, semua blank, pastu bila zoom in dan zoom out, aku cuma dengar bunyi krekkkkk krikkkkk..ha sudah!!! mati la akuuuuuuuuuuuuu!! Tiba-tiba aku terperasan, ada beberapa titik air asyik keluar dari bawah camera!! 

Ha tidak syak lagi! Ni kes masuk air la nih..berdebor seh, time tu aku cuma ingat nak kena keluar 3-4 ribu lagi la untuk beli camera baru nak ke Japan nanti, hadoi mana aku nak cekau nih, nak dapat yang satu ni pun setahun lamanya aku tunggu!!! Rasa nak menangis nih, macam mane tah aku nak kasi tau Cawan ni, walaupun dia bukan jenis garang maki hamun punya stok, tapi aku dapat rasakan dia confirm mintak aku ganti yang lagi hebat lagi huhuhuhu (tu yang aku takut tu hehehe)

Perasaan bercampur baur, cuma memikirkan alternatif macam mana nak kasi camera ni baik pulih macam biasa. Patutkah aku jemur bateri ni? patut ke aku jemur camera sekali? Hmm macam tak masuk akal plak kan.. Kena antar kedai la kot untuk repair/service, confirm terbarai la camera tu, hilang dara dia..huh tak boleh tak boleh! Lama jugak aku termenung di tepi tasik tu sambil berpikir jalan penyelesaian. Rasa macam nak pukul diri sendiri, sebabkan kecuaian sikit je, dah menyebabkan kerugian besar (ye la aku bukan kaya macam orang lain, camera rosak ke ilang ke rileks je pi kedai beli baru, aku yelekkkkkkkk..tunggu la berjanggut berbulan2 baru dapat huhuhu)

Dah lama berfikir, aku cuba on camera tu sekali lagi, kali ni takde blank dah, kat viewfinder dah boleh nampak, tapi tak boleh guna auto focus, hmm guna manual boleh plak, ok ni kira bagus la ni, janji boleh focus sudah (jenuh ni nk manual focus, dah la aku jenis rabun, kang mata aku nampak dah sharp dah, bila transfer ke lappy, blur jek!! hancus der!!).. Hmm aku cuba petik nak capture gambar tu..tekan sekali, tak boleh, tekan skali lagi, puunnnnnnnn tak boleh.. kali ke 3,4,5 dan 6 masih tak boleh petik! Hmm apa aku nk buat nih..memang kena bertabah je la, tau -tau je aku dah menangis, sambil pegang camera, sebijik macam meratapi orang mati la aku punya nangis tu... (aku sendiri tak boleh blah sebab aku nangis pasal camera!!)

Intan payung kitorg, Aqilah tolak tepi!!

Tiba-tiba aku terdengar azan berkumandang..... Allahuakbar Allahuakhbar.....

Mata aku terkelip-kelip, cuma meng'digest' apa yang berlaku tadi..betul ke camera aku masuk air? Aku tengok bilik tidur aku gelap je, hmm subuh dah ni, hmmm aku pandang ke wardrobe, tempat tersimpannya camera tu..hmm aku bangun dan berjalan ke situ, bukak pintu, elok je dia disitu, tiada air menitik keluar, aku on camera, ok semua berfungsi macam biasa..huh lega.. ok aku YAKIN aku bermimpi..cis!!! Kalau betul, mau aku sambung nangis macam dalam mimpi tadi tuh...adoiyaiii..

Nasihat kepada semua, jagalah harta benda anda semua, tak kisah la mahal atau murah, hargailah dia seperti nyawa anda..cewah..ayat RTM nih..




Thursday, December 8, 2011

Merembat dan Terembat!

Korang kategory mana Merembat atau Terembat???

Hmm nampak gayanya ramai jugak travelholic yang berjaya MEREMBAT dan TEREMBAT tiket-tiket yang suam-suam kuku murahnya pada promo AA kali ni. Aku pun tak ketinggalan jugak! Eh tapi bukan merembat atau terembat ke mana-mana, sekadar pandang-pandang, test 123, test line Unifi aku, test server AA, semua la aku nak test, nak tengok ok ke tak hahahaha. Walaupun semalam takde idea nak pegi mana, selain macam teringin nak try Hanoi, tapi hati ni macam berat je nak tekan Purchase tu, tak tau la napa, mungkin timing salah satu faktornya.

Pagi ni lepas subuh, bukak lappy lagi, saja nak tengok lagi apa yang tinggal. Hanoi memang dah lesap, dari RM0.10, dah jadi RM200+, so memang confirm la aku tak beli. Lepas tu tertengok satu destinasi, rasa macam nak beli, terus capai handphone, calling-calling dengan Biq, cek itu ini..hmmm macam tak berapa kena plak timingnya jugak...zzzzzz..

Ok aku memang dah mati kutu lepas tu, lepas satu-satu negara SEA aku tengok, tapiiiiiii macam tak berapa mari..mungkinkah kerana aku rasa harga yang ditawarkan kureng memberangsangkan untuk SEA? emm entahlah, nak murah sampai tahap mana pulak lagi kan?? Emm so plan 2012 setakat ni masih lagi sama, tiada apa-apa perubahan, cuma mengharapkan ada promo lain akan datang ni, untuk mengisi kalender pertengahan hingga ke hujung 2012 yang masih lagi *available*, hmm cuti aku yang lagi berbelas hari untuk tahun ni dah approved untuk di carry forward ke 2012, so aku ada total 35 hari untuk 2012, cuma tak tau ada $$$ nak jalan ke tak!!..(takpe..usaha tangga kejayaan!! cewahhh)

Jadi pada kawan-kawan yang berjaya tekan BELI tu, TAHNIAH, yang masih mencuba tekan button BELI tu, teruskan usaha, bak kata pepatah, nak seribu daya.... so kalau korang nak, kena la bertenggek depan lappy/pc korang selagi tak dapat ok!!!, macam gambar rajah dibawah ni hehehehehe!!!



Zombie pun nak beli tiket promo AA...

Akhir kata..SELAMAT MAJU JAYA UOLssss!!!

Sunday, December 4, 2011

Acara Bina Badan

Aktiviti Bina Badan 1: Rak Thai Restaurant - Mid Valley


Hmm selama aku bercawangan di The Gardens ni, memang tak pernah berhajat nak makan di Rak Thai ni, sebab tengok kedai dia memang macam tak tempting langsung. Tapi satu hari dalam bulan September hari tu, masa tengah browse website myDeal, aku ternampak ada kupon Special Thai BBQ Chicken Set + 1 Iced Lime Mint + 1 Tub Tim Krob @ Rak Thai dengan harga cuma RM10.90 je, harga normal dia RM 27.80, so apa lagi, aku beli la 2 kupon, satu untuk Cawan dan aku.

Jadi Rabu hari tu kitorg pegi la makan kat situ, tu pun nyaris-nyaris nak expired dah, kalau aku lewat sehari, confirm la hangus kupon tu.

Ni dekat *entrance* Rak Thai, kalau kedai lain nak letak nama kedai sebesar-besar alam, tapi Rak Thai, hanya ada banner ni jek..memang *humble* gila hehehehe.. Kalau orang tak biasa datang sini, mesti terlepas pandang kedai ni. (Lokasi sebenar: Restoran ni terletak betul-betul kat sebelah Big Apple, jalan underground yang hubungkan Mid Valley dan The Gardens)

Deco restoran ni biasa-biasa je, adalah ciri-ciri Thai tu sikit. Sementara tunggu makanan sampai, snap la apa yang boleh, buat syarat..

Air Lime Mint, memang best, sambil minum lime, boleh kunyah mint sekali, memang terangkat hehehe..

Inilah BBQ set yang dimaksudkan, ada 2 pilihan menu, sama ada nak pilih BBQ set, atau macam ayam percik serai, kitorg amik ayam percik tu, sebab yang tu makan dengan nasi, yang BBQ tu plak makan dengan pulut, macam tak kena gaya jek. Tapi rasa ayam percik Rak Thai ni sedap jugak, adalah ciri-ciri Thai disitu, portion nasi pun banyak, memang puas la makan, selain tu ada jugak macam acar sayur jeruk gitu, aku tak pasti nama apa..


Mango sticky rice ni, aku order berasingan, sebab ni memang feveret aku, tapi sayang seribu kali sayang, indah kabar dari rupa, tak sesedap yang pernah aku makan kat tempat lain. Selama ni selalu beli mango sticky rice yang dekat food court Ipoh Parade, sebab memang sedap, santan berlemak, mangganya setiap kali aku beli MANIS je, dah la kasi mangga sebijik, kadang-kadang sebijik setengah, harga less than RM5 jek...memang berbaloi-baloi!! (haih ni yang rasa nak balik Ipoh nih!!)

Yang ni dessert yang dah include sekali dalam set BBQ tu, tapi tawar hebeh, rupa memang cun, ingatkan mangga dalam tu, tapi nangka rupanya, dah la santan, ala-ala santan dalam kotak, nak kata manis pun tidak, masam pun tak, pahit pun tidak! Memang taste-less la, melainkan korang makan dan kunyah nangka tu, baru ada rasa. So yang ni memang fail to the max!!

Aktiviti Bina Badan 2: Sweetree Restaurant

Aku teringin sangat nak pegi sini, semenjak tengok JJCM kat TV3 dulu, diorg ada makan kat sini, tengok dalam tv memang macam sedap je. Jadi disebabkan aku ada terjumpa kupon murah dari EVERYDAY.COM, yang cuma berharga RM15.90 untuk 2 orang, so aku rembat je la kan. Jadinya Jumaat malam hari tu, dalam hujan dan jem tahap gaban tak hingat, Chawanna redah jugak, macam la takde hari lain kan? Nak tau sebab apa? Sebab kupon tu expired 2 December hari tu jugak, tu pun nyaris aku cek hahahaha!!

Ha masuk je dalam kedai, memang impressed gila tengok decoration dia, memang lain dari yang lain restoran nih.
Banyak bahan bacaan dalam bahasa Korea. Senang citer kedai ni memang bermotifkan korea la..serba serbi!!

Agak creative jugak la decoration dalam ni, owner Sweetree ni memang Korean, dan sangat baik dan ramah, suka aku kalau orang beramah mesra dan baik-baik ni, sejuk atii...

Mungkin tokeh kedai ni minat collect barang-barang miniature, so kebanyakkan deco dalam ni semua mini-mini je, memang comel..

Kapal terbang pun ada!!!

Agak lama jugak kitorg tunggu makanan sampai, penat jugak la turun naik restoran ni nak ambik gambar. Dan akhirnya penantian kitorg berakhir, makanan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba...

Bibimbap, ni feveret aku! Tengok rupa memang mengancam, tapi bila masuk mulut, memang rasanya tidak sampai ke tahap piawaian aku, macam ada yang kurang je, dan portionnya agak sedikit. Dan aku berani kata, Korean food kat foodcourt the Gardens tu memang the best la setakat ni, yang tu pun owner dia Korean, dia dah kenal sangat muka aku, tiap-tiap minggu duk pekena bibimbap kat dia, tapi memang power la dia punya. Rasa cukup, kalau order bibimbap daging/ayam, memang rasa ayam/daging dia, kuantiti pun banyak, lepas tu dia punya tu freshly made, berkembut-kembut asap keluar time hidang kat customer, sampai nak makan pun kena tunggu kejap, kalau tak memang cedera parah la lidah sebab panas sangat! 

Memang confirm aku kena balas dendam makan bibimbap minggu ni plak!
Cawan punya sup kimchi tuna dan nasi putih, yang ni pun fail jugak, sebab oily, memang jauh beza dari foodcourt the Gardens tu. Yang ni kalau korang makan rasa macam eh kimchi sup ke ni? Kalau kat The Gardens tu, sekali ko hirup, mata ko leh roll ke belakang terus!! hahahah.. Tapi kimchi dia dalam bekas putih tu yang tidak dinafikan memang sedap, nasib baik ada kimchi tu, so dia kira penyelamat la hahaha..

Jangan tak tau, kat Sweetree ni jugak ada masakan melayu, sebabkan adik aku Icam tak reti nak makan makanan korea nih, so dia order nasi putih, kangkung goreng belacan dan ayam paprik, dan surprisingly, SANGAT SEDAP!! Rasa macam makan kat kedai mat-mat kelantan masak, perghhhhhh nasib baik ler..


Emm jadi sesiapa yang nak mencuba makan kat dua tempat ni, boleh la try sendiri, sebab aku nya taste mungkin tak sama dengan korang, aku rasa biasa, mungkin korang kata sedap, kalau nak tau, cuba la sendiri..Akhir kata, selamat mencuba dan makan-makan...


P/s: Hari ni makan McD Prosperity plak, haduih..... confirm aku kena naik penimbang ni, nak kasi peringatan untuk diri sendiri huhuhuh


Thursday, December 1, 2011

Chocolate Cake & Chocolate Sauce by Chawanna

Huh, tajuk cam gempak, Chocolate Cake & Chocolate Sauce by CHAWANNA tuuuuuuu..padahal resepi tiru kat internet jek.. Ada hati mengaku hasil kerja sendiri konon..haha tak pe la, janji kek aku dah jadi...

Ok semalam lepas selesai kerja-kerja office, aku bergegas ajak Cawan pergi shopping barang-barang buat kek. Habis aku heret Aqilah dan Icam sekali, semata-mata kek coklat punya pasal. Selesai saja shopping, balik rumah, bukak tudung semua, terus ke dapur, siapkan bahan-bahan, dan cari segala peralatan untuk buat kek, punya la semangat. Cawan hanya tengok je la. Tapi sayang, masa sibuk dengan segala bahan-bahan tu, camera pulak takde bateri, so terpaksa la charge kejap, jadinya, semua gambar-gambar tepung, telur, apa segala tu, tak dapat la nak dirakamkan. Tau-tau je dah sampai part mengadun/pukul bahan kek sampai naik!

Ni kalau guna tangan ni mau lenguh, dalam resepi tu takde pulak kasi tau berapa lama aku kena pukul kek ni, katanya cuma pukul guna speed perlahan dulu, lepas tu baru pakai yang laju, tapi masanya tak pulak diberitahu, dia cuma kata biar sampai nampak moist! So aku terpaksa la agak-agak sendiri.

Loyang ni aku beli khas malam tadi, semata-mata nak buat kek punya pasal, takde loyang bulat, 4 segi pun jadi la, janji kek aku siap! Masa ni aku tak tau la nak kata adunan kek tu dah kembang ke, sebati ke, memang aku agak-agak je, mata aku tengok macam dah ok, so aku tuang dalam loyang, sedia untuk dibakar. Oven, Cawan dah tolong pre-heat dulu, 180 celcius, dan haruslah kek ni dibakar selama 30-40 minit, (mengikut keadaan). Bila loceng oven tu dah berbunyi, cek la dengan sudu garfu/lidi tengok kek dah masak ke belum, kalau masa tarik keluar garfu/lidi tu ada sisa-sisa kek basah ikut sekali, tu tanda tak masak lagi la, so tambah la lagi masa 5-10 minit (ikut keadaan kek masing-masing), kang hangus tak pasal jek hehehe..

Ok sementara menunggu kek aku masak, aku teruskan aktiviti lewat malam aku tu dengan membuat Chocolate Sauce. Mula-mula aku nak buat icing coklat je, tapi Cawan kata tak mo,dia nak yang ala-ala macam makan kek kat Chillis atau Secret Recipe tu, yang macam cokat Hershey's syrup tu.. So aku pun google la resepi nak buat chocolate sauce tu, kebanyakkannya semua nak guna cream!! Sebabkan aku takde bahan tu, aku terpaksa la search resepi WITHOUT Cream! Nasib baik la ada..

Campurkan semua bahan-bahan dalam periuk, 170 g Chocolate bar (cooking chocolate bar tu), potongkan kecik-kecik supaya senang nak lebur. 170 ml air, 115 g gula (aku taruk 4 sudu je), 2 oz/55g butter, dan 1 sudu/penutup esen vanila. Lepas tu masakan semua bahan tadi atas dapur dengan api perlahan, sampai semua cair. 

Ni part yang paling best sekali, sebab nak tunggu bahan-bahan tadi cair takde la lama sangat, sebab bahan-bahan tu semua dalam room temperature je, so dalam 5-7 minit semua dah cair. Jadi sambil aku kacau-kacau tu, aku agak kehairanan, napa la tak pekat-pekat kan, sebab makan kat kedai diorg buat pekat jek!!! Jadi aku tunggu lagi 10 minit. Time ni Cawan dah kecoh-kecoh gelakkan dan kondem aku, katanya sauce aku tak jadi!! Hee memang memalukan aku betul la kan!! Lepas 10 minit tadi, aku tengok tak jugak pekat! Hadui, aku tak tau nak alter macam mana lagi dah! Sekali Cawan cakap, "u dah baca abis ke instruction resepi tu, cuba u cek balik macam mana nak kasi dia pekat.."

Sooooo aku pun pegi la baca balik dari A-Z...laaaaaaaaaaaaa rupa-rupanya, sauce tu kena sejuk kan dulu baru la dia pekat!!!!!!!!!!!!!!!!!!! zzzzzzzzzzzzz...memang memalukan diri sendiri betul laaa! Nasib aku baca balik, kalau aku buat bodoh sombong, confirm la berjam sampai pagi esok aku duk kacau nak kasi pekat!!

Ha ni la rupa chocolate sauce tu masa baru lepas angkat dari dapur. Macam mana la aku tak sakit jantung tengok color tak dark macam kat kedai!! Hadeh..

Tak lama kemudian, KE-TINGGGGG..oven aku dah berbunyi, so maknanya kek aku dah siap, rupa gelap je, sebab nama pun kek coklat, tapi bau macam harum je. Masa ni dah jam 12.15 malam, Cawan dah masuk tidur.. So aku tanpa buang masa terus potong kek dan buh chocolate sauce tu... Masuk bilik dan kejutkan dia dari tidor, sebab aku nak suruh gak dia rasa kek aku buat, kalau tak aku nak merajuk 3 tahun setengah dengan dia..

Tadaaaaaaaaa..siap dah, tapi sauce masih panas dan cair lagi, aku paksa Cawan duduk, dan suruh dia test tengok sedap ke tak!!! (gila kan main paksa2! hahaha).... Sambil dia merasa dengan mata tertutup, dia kata boleh la tahan, sauce tu ada la rasa macam ala-ala kat kedai, walaupun cair..sejuk kata hati dia, kalau tak rugi je beli bahan-bahan kalau tak sedap!! hahahaha.. 

Malam tadi aku tidur lena, sebab kek aku menjadi, first time weh, kalau tak ada je tak kena hahahah..

Pagi ini...


Ha ni la rupa sauce tu pagi tadi, dah likat dan pekat, dan lagi hitam legam dari malam tadi..pagi tadi semua orang breakfast makan kek coklat aku jek, aku tak kasi makan benda lain! Rugi dan membazir kalau tak habiskan..hahahaha


P/s: Aku lupa nak save page resepi kek coklat tu, nanti aku cari balik dan update, tapi chocolate sauce ada di --> Chocolate Sauce Resepi