Empat jam sebelum tiba di airport, Chawanna sekeluarga masih sibuk buat last minute shopping, demi melengkapkan list barang-barang yang tak ada.
2 jam sebelum tiba di airport, Chawanna sudah berada di Puncak Jalil, tapi tak sempat siap apa pun, sebab dah terlalu lewat, cuma ci Comei je yang sempat mandi. Perjalanan ke LCCT mengambil masa hampir 1 jam, dek ketidakbiasaan driver melalui laluan ke LCCT itu.
Selesai urusan daftar masuk, tanpa membuang masa, Chawanna sekeluarga terus menuju ke gate. Sebaik saja tiba, bau tengik menyucuk lubang hidung kami.. Ish ish..belum sampai lagi sudah ada bau.. Geng Sekupang masih belum sampai, entah di mana lah mereka yek??
Akhirnya, berjaya juga Chawanna board flight D7 2506, menuju ke DELHI INDIA!!
Aqilah menghiburkan diri sendiri. Giraffe lah peneman suka dan duka..ewah..
Aqilah curious sangat nak tengok apa ada bawah kerusi. Nasib tak de kaki busuk..kalau tak, Aqilah mengamok!!! Dan untuk trip kali ni, Aqilah berjaya tidak menangis masa berlepas dan juga sepanjang berada dalam flight, menjerit sebab suka sangat ada lah!! Kusssss selamat..
Aqilah lena selepas penat bermain. Delhi masih jauh lagi. Aku pula sibuk mengisi arrival form. Sungguh leceh sekali..
Mengejar matahari. Waktu Delhi lewat lebih kurang dua hingga dua jam setengah dari KL.. Kami dijangka tiba 8.40 malam waktu Delhi..
D7 2506 berjaya touch down Delhi IGI Airport 20 minit lebih awal. Urusan imigration berjalan lancar, paling laju antara semua negara yang pernah Chawanna lawati. Dan airport mereka sangat besar, sampaikan kalau berjalan kaki, confirm boleh pancit dan mintak nak minum air dulu. Nasib baik ada buggy :) hehehehe..
Sambil menunggu luggage dan stroller, sempat tengok-tengok duty free shop. Dan beli air mineral botol! Kena berjaga-jaga sikit beli air kat India ni, sebab kadang-kadang botol air tu dah takde seal (maknanya botol dah digunasemula dan air tu mungkin tidak bersih). So masa beli kena check seal, dan kalau boleh beli la yang mahal sikit. Janji selamat hehehe..
Malam ini, kami semua akan bermalam di Hotel Ajantha, terletak berhampiran dengan New Delhi Railway Station. Tapi kami bernasib baik, kerana pihak hotel ada menyediakan pick up dari airport ke hotel mereka secara percuma, tapi takde la percuma mana pun, sebab kami kena bayar parking, nasib baik murah je. So takde hal la.
Selamat malam Delhi, esok kami akan bertolak ke Agra menaiki train. Apa tunggu, tidur je la malam tu...zzzzzz...
13 comments:
terkangkang luas dia tdo.. hohoho
wahhhhhh dah kuar post!!!
dan aku masih cirit-birit sehingga ke hari ini...
tinggat dlm cite slumdog mill tuh.. botol mineral tu isi air pipe patu seal blk hahahhaa
airport pickup tu free....dia lupa mintak duit parking. kusss selamat.
Laney: Biasa la Aqilah, katil mesti dia sorang konker..tak aci betul. Nasib la katil2 kat India semua saiz King jek..lagi la dia suka..
Biq: Sila berjumpe doctor dengan kadar segera.
Ely: Realiti nye memang begitu..huhuhuhu
3plepl8: Ha baguih la. Memang rezeki kita la..kuang kuang kuang..mesti diorg tengah sumpah seranah sebab lupa nak charge hahahah
Pelik, kat India ni laa Aqilah nye behave.. balik KL abis lintang pukang mummy daddy.. rumah dh jadi medan perang melayan dia..
sbb kat india ada sapeeeeee? ada auntie biqqqqqqqqqqqqqqq :)
Hahaha iye la tu ha. Ngan u, korek idung pun layan jek, bila i buat, meronta2..eeeeeeee
ke sebab dia happy dapat jumpa sedara mara dia ramai kat sana nun??
hasil korek idung tu mmg terbaekkkk! hahahaha! laney, jgn tak caya, orang sana cun melecun ok! budak2 nyer mata coklat mcm cawan! hahaha!
nazirah!!! i finally jumpe u and dpt tgk gamba baby! yeay! tgh google pasal paster ceiling ok! boleh pulak sesat jumpa blog u kt sini. hehee..
i wish satu hari nanti ada rezeki travel dengan anak, mesti seronokkan travel dengan bebudak..
kalau boleh nak pi Kashmir ... tempat di memang cantik giler
Post a Comment