Hari ke empat, Chawanna dan geng meneruskan kembara kami ke Jaipur, atau nama lain The Pink City..emmm..apakah yang pink nya? Tak sabar sungguh rasanya nak melihat sendiri.. Menaiki tren seawal pagi di Agra Fort railway station dan menuju ke Jaipur dan perjalanan tren mengambil masa lebih kurang 4 jam 30 minit..
Kali ni tak dapat naik first class punya coach sebab dah abis!! Sebaliknya, kami hanya sempat merembat 2 Tier AC Sleeper class (ada katil, tapi tak de makan-makan). Tapi nasib kami sedikit malang hari ni, sebab trennya sangatttttttttttt lewat!!! Urgg..tension betul, dah la sejuk gila pagi tu, terketar-ketar kami dibuatnya..haihhh kalau la aku tau sesejuk nih....
Nama kami dalam Hindi dan English..baru perasan masa tengah tunggu train tu...Rupanya diorg memang letak nama penumpang tren kat sini..ish ish..very the canggih :))
Sebaik saja melangkah masuk ke *bilik* kami, semua orang pakat teruja..Oooo ada bantal dan selimut..emm leh sambung tidur nih.. Tanpa membuang masa, kami pun mengambil port masing-masing, emm layan sangat la nak tidur dalam cuaca sejuk-sejuk nih...sungguh nikmat sekali, sambil-sambil tu bergosip jugak, sampai tertidur..
Teh tarik halia, made in India.. Lazat. Berkrim...
Masa semua sedang bersiap-siap nak turun, Cawan pula sibuk usung camera pegi ke coach lain sebab nak tengok rupa bentuk coach ekonomi..inilah hasilnya..kerusi pun keras je...pfff..
Kami sudah tiba di Jaipur..Yippie....station tren Jaipur sangat crowded, kami hampir hilang arah tuju, sebab takde signboard EXIT..haduiii laa...
Keluar je dari station nih, terus kami diserbu dengan ulat-ulat teksi untuk kesekian kalinya..Nak marah sangat tu, tidak lah, tapi diorg ni tak paham bahasa. Bila kita cakap NO..diorg masih lagi follow belakang, pot pet pot pet pot pet, sebab nak suruh naik teksi diorg. Sampai satu tahap, kami tak ckp omputih dah, terus cakap Melayu je, TAK NAK LA MANGKUK!! Haaa terdiam la jugak diorg bila dengar kan..huhuhu..begitu jugak la dengan pengemis-pengemis kat sini, cakap NO tak paham, cakap TAK NAK baru paham!!! pffff..
Penyudahnya, dek kepeningan kepala yang melampaui batas masa nak keluar dari station nih, en.Sharul telah bertanyakan seorang mamat nih, muka ala-ala Saif Ali Khan (tapi driver cab je), berapa dia nak charge kalau nak ke hotel kami tu. Mula-mula dia letak tinggi jugak, tapi lepas kitorg cakap hotel tu dekat area sini je, last-last dia cakap 40 Rupees jek!! Ok le tu kan..Baru RM4 je hahahah..Kat Malaysia leh dapat??? Huh kim salam ler..
Sampai ke di hotel, tanpa buang masa, terus check in. Setakat hari ni, hotel H.R. Palace ni la yang paling best sekali. Bilik besar gila dan hotel ni macam boutique hotel la. Masuk je bilik, terus landing atas katil, bersama geng yang lain, duk tengok menu makanan!! Bukan setakat tengok menu makanan, malah siap surfing internet sekali!! Dan jugak update status Facebook masing-masing. (Ada wifi free la katekan..huhuhuhu). Dah la update status berminit-minit, belum kira yang tak leh login la, tak leh load page la, dan macam-macam masalah lain, tapi kami jugak google semua jenis menu makanan yang ada dalam senarai menu tu, sebab nak tau la kan, kot-kot order kang, dapat kacang dal sepinggan je ke..apa ke kan.. Letih gak la meng'google' satu-satu.. Penyudahnya, puas bersurfing, kami pun terus order makanan untuk tengahari tu. Semua makan nasi, dan lauk veggie..Harga? Huh tak de kira apa dah, tapi murah la jugak kan..
30 minit kemudian..
Makanan pun sampai. Maka beramai-ramailah kami makan sekali di bilik Chawanna, harum semerbak bilik bau beriani! Makanan memang mantop!! Haih...(sebabkan mantop sangat la kot aku dan Biqque TERkena Ceri Beri tu!!) Ok cukup bercerita pasal makanan..Destinasi berikutnya..
Jantar Mantar
Jantar Mantar ni sebenarnya adalah macam tempat observatory, nak tengok cuaca pada zaman dulu-dulu. Di sini terdapat beberapa jenis alat yang dibina khas untuk predict hujan, suhu, masa dan benda-benda lain yang berkaitan dengan astrology. Alat-alat ni semua dibina sejak beratus tahun dulu..
Since tempat ni kecil je, Chawanna tak ambil masa yang lama nak pusing dalam ni. Tapi untuk 100 Rupees, quite mahal la jugak kan..ish ish...sekali masuk tengok ini je ada..ish ish.. Dah la sebelum tu, kitorg tersalah beli tiket plak. Tiket combo untuk masuk 2-3 tempat lagi kat situ, harga dekat 300 Rupees plak tu. Nasib kami baik, berjaya jugak kitorg mintak mamat tu, tukar tiket tu, dan dapat refund balik..fuhhhh, kalau tak, menangis la kami berempat di tepi jalan tu huhuhuhu...
Jantar Mantar, Jaipur
Jaipur ni sebenarnye lebih besar, lebih maju dan canggih sikit dari Agra tu. Kat sini, baru la boleh nampak kedai Nokia, Dell, Sony, Toshiba, dan yang seangkatan dengannya, butik Levi's pun ada (ha jangan main-main!!). Lepas tu bangunan dia pun lebih modern sikit. Jaipur ni lokasinya terletak di kawasan gurun di negeri Rajasthan. No wonder la tempat ni sangat dusty dan malam tu, aku dan Biqque dah start sakit tekak! Perit gila. Aqilah usah cakap la, siap batuk-batuk lagi..ish ish.. Masa kitorg kat Jaipur hari tu, diorg sedang giat membina laluan subway untuk MRT, dijangka siap 2014, so lebih senang la nak jalan kat Jaipur nanti hehehe..
Manakala Pink City tu plak, sebenarnya adalah Old Jaipur. Diorg masih preserve lagi kawasan tu, dan dalam tu, semua bangunan dibina dengan batu merah tu, nak kata pink sangat tu tak la, tapi memang nampak cam merah bata tu la..cun jugak. Ada 7 pintu nak masuk ke kawasan Pink City tu, pintu utamanya Ajmeri Gate. Dalam ni jugak ada banyak bazaar (sumpah aku sangat le menyesal sebab tak pegi ronda kat situ..adeyyyyyy!!..en.Cawan nanti kite datang Jaipur lagi yek!!! Nak ronda dalam Pink city puas-puas..dah la gambar tak de masa dalam walled city tuh!!! haihhh lagi la sakit jiwa..)
Hawa Mahal - Palace of Winds
Emm nama macam happening kan? kelas!! Hawa Mahal ni sebenarnya istana. Dibina pada tahun 1799. Bentuk Hawa Mahal ni kalau tengok macam beehives sikit. Hawa Mahal ni kalau mengikut ceritanya, dibina untuk perempuan-perempuan pada zaman tu, supaya diorg boleh melihat keadaaan/suasana di bazaar kat bawah tu, dan juga disekitar kawasan tu, tanpa orang lain/lelaki nampak muka dan rupa bentuk diorg. So senang la tak yah nak pakai cover-cover ke apa ke..begitu la cerita nya..
Hawa Mahal, Jaipur
Waktu kami sampai di Hawa Mahal ni, memang dah petang sangat, matahari pun nak masuk tidur dah. So lighting untuk gambar sangat la tidak memberangsangkan. Untuk korang yang nak pegi ke sini, sila lah datang di waktu pagi, time matahari tengah nak naik, confirm gambar korang lagi cun melecuns..
Tingkap kecil untuk mengintai orang di bawah...sungguh comel..
Nampak lebih menarik bila lampu dipasang. Tapi 18-105mm kami hanya mampu zoom sampai sini jek..kalau dapat dekat lagi, mesti lagi cun dek!!
Bertentangan dengan Hawa Mahal ni pulak, terdapat banyak kedai berderet-deret, macam bazaar. Kain saree, barang-barang perhiasan dan yang seangkatan dengannya dijual bersepah-sepah. Dan sekali lagi Chawanna, tidak mengikut firasat hati, kami tak beli apa pun!!! Citttttttttttttttt...dah la murah plak tu...lagi la double citttttttttttttt... Memang sangat best la jalan kat sini, sebab setiap kedai sangat colorful, sungguh tertarik dan menarik sekali.. Tapi sayang, seperti yang telah diketahui, Chawanna tidak membeli apa pun!!!! Aqilah pun tak shopping apa-apa, walaupun ada baju cantik untuk dia kat sini yang hanya berharga 100 Rupees (RM 7 je pun!!)
Aqilah terpaksa berselubung, sebab ramai orang datang dekat dia dan cuba pegang pipi Aqilah yang halus mulus tu. Macam Biqque cakap, Aqilah jadi Blanket sepanjang di India huhuhu...
Ada sekolah kat celah bazaar tu..
Malam itu, Chawanna dan geng, mencuba MC Donald di Jaipur, nasib baik ada veggie burger. Nak burger ayam pun ada, tapi sendiri tanggung la, confirm kepala tak sembelih ayam tu hehehe.. Disebabkan kepenatan yang melampau, lepas makan, terus cabut balik ke hotel dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzz sampai pagi esok...
14 comments:
terkejut aku baca korang tulis lightNing! kilat? lighting kowttttt...hahaha!
GAMBAR AQILAH TU COMEL GILE WEHHHHHHHH! mmg halus mulus si blanket itew...
weh lawa gambar...bagus gak sume entry ada sume cite n gambar ek...i tak mampu deeeeee, banyak nor citernyer, patu nak letak sume gambar cam tak muat2 hahaha! luv ya blog!
Hahahah..mintak maaf..kesalahan sudah dibetulkan..
Ala masuk je mana gambar yang berkenaan..tp i tak citer semua pun yg jadi kat sana, salah satunye yg tuktuk tipu bawak kite p shopping tu..baru jap ni teringat..u je la citer kat blog u hahahaha..
hahaha tu la, harus la i cite sume benda kan, tu yg panjang berjela tu...takpe, sharul cite history, u cite history + experience tapi in a brief way (gambar cantik!) while I, ha tau2 je la hahaha!
aqilahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh comelnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee napa xikut firasat???? lein kali soping!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Biq: Hahaha tau dah u tu..memang panjang berjela-jela..Lane siap cakap akan baca entry India u, HANYA BILA U DAH ABIS CITER SEMUAAAAAAAAAA..
Ely: Itu la nye..firasat hari tu cam 50-50..tu yg jadi cam tu..lepas ni akan ikut firasat!!
firasat kali kedua nanti mmg bukan firasat dah, NAPSU!!!
hahaha kena tunggu abis sume? laaaaaaaaaaaagi la berjela2 hahahaha!
akhirnya....smp jgk jaipur. hehee..
Jantar Mantar, oh tpt mane cawan tr'nganga jap berteka teki ape laa benda2 ni.. ish ishhh.. rupenye nk sukat astronomi laa, ape laa..
Hawa mahal, mmng pink color! sini laa tpt murah shopping tu, tp si na tu tr'lepas sudahhh.. almaklum pergi laa lagi ye..
Aqilah dlm blanket time ni trlalu cumeiiiii sgt.. Aqiiiillaaaaahhhh :)
Ha, kat Hotel Jaipur sini laa korang tibai nasi dgn pelbagai laukkkk kaaaaan!!!
uuuu gambar very the nice.. langit biru tak hingat!!! cuns!
Cawan: Oh biasa la tu..kene cari tiket ke India lagi la nih..keh keh keh.. Kat sini la kot bermula segala episod cirit birit dan sakit tekak i tu..ish ish..
Laney: Nasib langit biru, kalau tak gambar cam dull je. Ni kalau aku reti edit gambar gune software lagi best nih..tp sayang, tak reti la sgt, kang edit2 takut cam fake gile..huhuhu, so biar la dia seadanya..
the funniest thing masa kat hawa mahal ni..masa time tgh amik gambar tiba2 ada org tgh wat mogok..bejalan sepanjang jln tu bogel lg..haha..sambil jerit zindabats sambil yg lain2 ikut kat blakang..mcm dlm cita hindi..hehe..itulah uniknya india..
Wow weee, u dpt tgk mogok dpn hawa mahal!!! menariks betul heheheh.. India memang unik!!
curry shoes
supreme shoes
off white outlet
off white
kd 12
bape sta
supreme t shirt
golden goose
adidas yeezy
fear of god outlet
Post a Comment