Friday, June 15, 2012

Swiss: Golden Pass Scenic Train

Kami pergi meninggalkan Barcelona dalam cuaca yang cantik sekali. Tidak tahu bagaimana pula nasib kami bila tiba di Geneva, Swiss. Mengikut ramalan cuaca, ribut petir bakal menyambut kedatangan kami di Geneva pagi itu. Hmmm tidak mampu berbuat apa-apa, aku hanya boleh berharap dan berdoa supaya ramalan tu salah. Muka aku pun pagi tu dah macam kena petir..tak tahu nak rasa apa..teruja kah? 

Menaiki EasyJet. Flight tambang murah yang ternyata memang murah jika dibandingkan menaiki tren. Cepat pulak tu.

Sementara menunggu giliran kami untuk boarding, sempat lagi Mika dan keluarganya, dan tidak ketinggalan si Aqilah berposing sakan. Airport agak lenggang pagi itu. Tidak seperti AirAsia, easyjet memberi priority kepada penumpang yang mempunyai baby/budak kecil untuk boarding dulu. Walaupun announcement dibuat dalam spanish, tapi aku dah boleh mengagak apa yang cuba disampaikan (cewah cam reti spanish sangat! acah je, aku tengok semua orang yang bawak budak semua tiba-tiba kedepan je, so aku follow ler muahahahaha)

Penerbangan ke Geneva dari Barcelona cuma mengambil masa 1 jam 15 minit. Kami diberitahu cuaca agak mendung, dan suhu sekitar 8 celcius. Takpe la, asalkan tak ribut petir, mendung pun ok kan? sekadar menyedapkan hati..

Semakin menghampiri Geneva, dan lake di dalam gambar tu ialah Lake Geneva. Tapi apalah agaknya yang kuning-kuning tu ye? 

Cuaca nampak baik sebaik saja kami melangkah keluar dari pintu flight. Wow ini sudah cukup bagus! Airport Geneva agak kecil. Tempat nak collect luggage pun jauh. Jadi puas la Aqilah bermain travelator sepanjang jalan nak menuju ke belt!

Tiada kejutan apa-apa yang terjadi di sini. Cuma kelihatan signboard dalam multiple language, french, german, italian serta english. Tapi di belah-belah Geneva ni, semuanya dalam French! Masuk kedai, tanya information counter, semua cakap french. Tapi kat information counter tu, diorg pandai cakap english, so tak de la payah sangat.

Misi kutip beg kat belt dah selesai, misi ke toilet pun dah selesai. Sekarang misi untuk membeli Swiss Pass. Dalam kesibukan aku dan para jemaah mencari kaunter tiket nak beli pass tu, Aqilah pulak budget nak test power suara dia sepanjang berada dalam Geneva airport! Sambil duduk dekat depan troli beg, dia nyanyi lagu airpasang pagi, surut pukul 5..nyonya bangun pagi..siram pokok bungaaaaaaaaaaaaaa... repeat berkali-kali kot..sampai kan semua orang yang dengar pandang kat dia, tergelak-gelak..tapi ada Aqilah kisah??? hmmm harammmm

Ok berbalik pasal swiss pass tadi, setelah buat kira-kira tolak tambah darab bagai, aku akhirnya membuat keputusan untuk membeli Swiss Pass je. Mudah dan senang. UNLIMITED transportation di SELURUH SWISS, dan ada discount untuk mountain train, funicular, cable car, dan ferry. Dan yang paling best sekali ada sesetengah attraction atau scenary train tak perlu bayar satu sen pun dengan adanya SWISS PASS.. tak ke untung???

DAN YANG PALING ULTIMATUM sekali, apabila Swiss Pass ada promotion - Buy 1 free 1. Bayangkan kalau tak kitorg kena beli 2 pass, tapi dengan adanya promosi ni, bayar satu harga, dapat percuma 1. Harga Swiss Pass ialah CHF 226 untuk 2nd class. (tu jek yang aku mampu, tapi jangan risau, walaupun 2nd class, tapi semua dalam keadaan tip top) 

Cehhhhh, kertas je pun pass ni.. Langsung tak exclusive! Date yang tertera di atas pass ni adalah validity date. Sebabkan aku cuma akan berada kat Swiss selama 4 hari je, jadi aku ambil la swiss pass yang valid untuk 4 hari. Kalau nak tau info pasal Swiss pass sila rujuk sini --> Swiss Pass

Dah dapat beli Swiss Pass tadi, tanpa membuang masa, kami terus ke platform train yang terletak di underground airport ni. Agak pening juga mulanya nak baca timetable train diorg ni. So dari Geneva airport kami menaiki train menuju ke Montreux. Tak jauh, cuma 1 jam perjalanan saja.

Montreux

Terletak di persisiran tasik Geneva, satu pekan kecil yang sangat cantik. Tapi kami sebenarnya tak punyai cukup masa untuk berjalan-jalan di sekitar Montreux. Agenda utama kami adalah menaiki scenic train dari Montreux sehingga ke Interlaken. Sebaik saja tiba di station Montreux tadi, aku tingalkan luggage dan Aqilah dengan adik aku, sebab nak pergi ke kaunter GoldenPass train untuk confirmkan yang kami boleh naik train ni dengan percuma dengan Swiss pass tadi tu..

Kaunter GoldenPass terletak di bawah platform station Montreux. Hanya ikut saja signboard yang disediakan, confirm akan sampai ke main officenya. Setelah bertanya pelbagai soalan dan meng'confirm'kan yang kami boleh naik free saja, aku pun ajak la Cawan keluar dari station, konon nak cari makan minum buat bekalan dalam train nanti.

Wow wow weeee.. memang website Wunderground yang aku selalu cek ramalan cuaca tu tidak boleh dipercayai sangat! Buat penat aku je duk bersedih-sedih mengenangkan cuaca tak best tadi tu! Sebaik melangkah dari station Montreux tadi, terus jumpa deretan kedai-kedai. Lengang! Mana pergi semua orang? Oh hari minggu, mungkin diorg lepak kat rumah je kot.. Pendek cerita la senang..depan station ni saja dah cantik! Budget nak tengok tulips dan bunga-bunga kat Holland kan? Huhhhhhhhhhh ni kat depan station pun boleh nampak!! Kat tepi kaki lima berderet-deret dengan bunga.. sungguh menakjubkan..baru la aku paham kenapa production Bollywood selalu sokmo nak buat filem kat Swiss, menari-nari kat tengah jalan! Sebab memang lawa pun..hahaha

 Sebelum kami pergi cari makanan, kita jalan-jalan dekat-dekat sini dulu tengok apa ada..

 Signboard dalam french.. tiba-tiba rasa macam kat Perancis plak..

 Hospital..comel sungguh signboard ni..

Dalam syok-syok berjalan dan ambil-ambil gambar, tiba-tiba kami terjumpa bakery shop. Harapnya adalah makanan yang kami nak, dapat roti veggie pun ok ni.

Kebiasaannya ambil gambar kedai dari depan, tapi kali ni Cawan pegi ke belakang kedai..bukan ada tong sampah, bukan ada lorong-lorong kecil macam dekat Barcelona hari tu, tapi ada Lake Geneva!!! Ok on the spot aku dah jatuh cinta dengan Swiss ni hehehhe

Ye, sementara aku Cawan sibuk berfotografi sengsorang di belakang kedai, aku pula sibuk bertanyakan roti atau makanan veggie dekat orang kedai. Hmm nasib baik ada! Pekerja kedai tu orang Albania. Dia kata dia muslim, tapi aku muskil sikit, sebab tengok rantai emas kat tengkok dia hahahaha. Sambil bersembang-sembang dan memilih tu, aku pun tak sedar dah berapa kali telan air liur tengok harga roti veggie tu, satu roti CHF 7.90! gulp.. dah laparkan, so beli je la.. Nasib baik saiz besar, boleh share berdua. Tanpa ragu-ragu aku suh mamat Albania tu bungkuskan 2 set roti. Total CHF 15.80. Harap-harap kenyang sampai pagi esok, bapak mahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. Sambil bungkus-bungkus tu, sempat lagi dia CSI aku, tanya dari mana bagai, aku kata Malaysia, dia kata dia tau Malaysia.. pastu dia kata ada sorang lagi kawan dia kat belakang orang Malaysia! Rupanya budak tu dari Sarawak, belajar kat Swiss, part time keja kat bakery tu..huhuhuhu..

 Awning kuning, langit biru..perfecto..

Ini sekadar illustrasi saja. Aku tak beli pun donut ni. Sebab mamat tu tak recommend pun hahaha.. Emm napa la aku tak ambik gambar roti mahal yang beli tu.. ?? Mahal sangat kot, sampai terlupa nak amik gambar hahahaha

Golden Pass Panoramic Train

Tanpa membuang masa, selepas lihat dan dapat apa yang kami mahu, kami naik semula ke platform train tadi. Kelihatan Golden Pass train tadi dah standby tunggu di platform.

Golden Pass Line ni sebenarnya sama taraf dengan Glacier Express. Ok lah senang cerita ada beberapa lagi jenis scenic train yang ada di Swiss ni, Bernina Express dan William Tell Express. Nak pilih nak naik yang mana satu BUKAN PEKARA MUDAH! Sebab semua review cakap ke empat-empat ni memang view semua cantik-cantik. Tapi yang selalu masuk iklan kat mana-mana ialah Glacier Express, jadi lebih ramai la orang tau pasal Glacier Express berbanding scenic train yang lain. So Chawanna memilih Golden Pass ni, sebab pertamanya laluan train ni akan sampai ke destinasi akhir kami pada hari ini. Dan melihatkan jadual train ini ngam dengan itinerary, jadi dia jadi pilihan kami, sebab keduanya, train ni tak selembab train Glacier Express, bayangkan Glacier Express mengambil masa selama 8 jam untuk completekan journey dia! Golden pass cuma 3-4 jam saja. So imagine cam mana perasaan aku nak duduk lama-lama dalam tu selama 8 jam! If aku ada masa, memang aku nak cuba.. Tapi jangan risau buat yang ada rancangan nak try Glacier Express tu, sebab walaupun journey tu lama, korang pasti tak kan menyesal, sebab viewnya cantik-cantik. 

 Inilah rupa train Golden Pass Line ni.. ada coach panoramic, yang ni ada tingkap besar dan luas, senang nak tengok view kat belah kiri dan kanan, manakala coach vintage pula tanpa tingkap luas tu.

 Kami naik yang ni, sebab nak tingkap luas..senang nak tengok alam sekeliling heheheh

GoldenPass train pun cangih hehehe.. semua electronic. Aqilah tak menahan nak main tekan-tekan button nak bukak tutup pintu, ingat tren ni daddy dia punya kot!!

Coach 2nd class rupa macam ni. Luas. Coach yang kami duduk ni takde orang sangat, so kami bebas memilih tempat duduk masing-masing. Rasa cam nak split badan nak duduk kat belah kiri dan kanan! Tiba-tiba rasa cam tren ni kami yang punya.. #untungla

Macam mana dengan beg-beg dan stroller tadi yang kami angkut dari airport tu?? Hmm coach ni memang ada sediakan satu ruang kosong kat pintu masuk, khas untuk letak beg-beg dan wheelchair/stroller. So hal nak angkut-angkut beg dan storage yang remah temeh tu memang takde hal la.

Gambar atas kiri: Kat bumbung train pun ada tingkap, senang nak tengok ke atas hehehe Gambar bawah: Tingkap train yang luas, memudahkan orang nak lihat pemandangan dan ambil gambar!

Lake Geneva berlatarbelakang gunung ganang yang masih bersalji..ohh aku tak suka lihat awan kelabu ada di situ..hahaah.. Route Golden Pass yang kami naiki ni adalah dari Montreux menuju ke Zweisimmen. Dari situ kami kena ambil train Golden Pass yang lain untuk sampai ke Interlaken OST.

Kami disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik. Walaupun NZ tu aku kata cantik nak mampus, yang ni pun sama. Tak tau nak letak rating macam mana lagi dah! Sebab memang berbakul-bakul cantiknya hahaha.

Golden Pass scenic train ni melalui alpine forest, air terjun yang lawa-lawa, dan juga kampung-kampung di celah-celah gunung..sumpah lawa.. 


Sebenarnya, Golden Pass ni adalah salah satu train ride yang paling picturesque di Swiss. Jadi kalau korang berpeluang ke sini, cuba lah..

 Ok kena tukar train dulu kat sini, sebelum menyambung perjalanan ke Interlaken OST.

Route dari Zweisimmen ke Interlaken pun lawa. Tapi kali ni kampung-kampung kecil lebih banyak kelihatan. Bayangkan orang-orang kampung tu naik Golden Pass train ni nak pergi ke kampung sebelah. Memang kelas. 

 Tengok rumah-rumah kecik comel tu..semua rumah kayu ok! Bestnya la kalau ada rumah kat sini..

 Church yang terdapat di kampung yang kami lalui dengan GoldenPass train tu..

Dah sampai satu tahap, kami dah tak larat nak petik camera dah..last-last kami cuma menjamu mata dengan melihat sendiri keindahan kampung-kampung dan gunung ganang Swiss ni.. tanpa kami sedari, kami sudah pun tiba di Interlaken OST. Dari situ kami kena menaiki train lain untuk ke Lauterbrunnen. Hebat tak hebat la Swiss ni, Lauterbrunen ni nun jauh kat dalam lagi tau, kat celah-celah gunung lokasinya..pun ada train!! Kan ke bagus kalau kampung aku pun ada train service cam tu! heheheheh

Dari train station tadi, kami bertanyakan orang, macam mana nak ke tempat penginapan kami, katanya boleh berjalan kaki! Kami pun berjalan kaki la........ ya Allah jauh wehhhhhhh dalam 15 minit, turun naik bukit!! hampehhhhhhh dah la tolak stroller dan beg semua...eee dalam kelam kabut tu, akhirnya sampai jugak kami ke penginapan kami..hujan pun dah mula turun! Alhamdullilah, nak ribut petir pun takpe dah aku pikir time tu, janji aku dah puas cuci mata dengan scenery lawa-lawa dengan Golden Panoramic Train tadi..


Berbaloi walaupun penat, sebab bilik kami boleh nampak salah satu air terjun yang gah hebat di Swiss..tak sabar nak tunggu esok...

Untuk real life timetable train, boleh refer ke website ni Swiss Train Timetable



57 comments:

just.HY said...

ya ALLAH...subhanaallah..cantiknya! aku hanya mampu menangis sahaja sbb terlampau cantikkk!!!

nk dtg sini!!!

Anash said...

wow!!
tempat movie " the sound of music"
Subahanallahhhhhhh
gile lawa
swiss...diakui salah satu tempat tercantik di donia

Biqque said...

YA ALLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH! CANTIKNYERRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRRR!

*pukul diri sendri*

CANTIK SGT RASA MCAM NAK BUNUH DIRI...SOB SOB...

bagus la tingkap tren bersih dan besar, puas hati amik gambar. kalo tingkap kotor, aku sanggup turun cuci dulu hahaha!

cantek sgt na...cantek sungguh...haih...sapa kata Swiss tak cantik, aku pelangkung!!!

Unknown said...

Danny: Insya Allah berkat doa aku ni, satu hari ko akan sampai jugak ke sini..hehehehe

Kak Anash: Lawo kan? kan? kan? Akak dah jumpe tan sri ke? cancel la GC, bawak kitorg p swiss skali round pun okehhh hahahahah.. Dan saya menGAKUI Swiss memang lawa..tak tau nk letak rating lawa cam mana lagi dah hahaha

Biq: Lawa kan?? Walaupun NZ tu lawa..yg ni pun lawa gak..tak peduli la mcm mana pun org lain kata hahahah.. boleh selit ni utk thn depan..teng teng teng... :))

Biqque said...

aqilah lawakkkkkkkkkkkkkkkkk! lagu tu dia nyanyi? nasib baik lagu best, kalo lagu tah pape, tak ke naya malu besar hahaha!

tahun dpn? whoops!

Ren said...

YA ALLAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH SANTEKNYAAAAAAAAAAAAAA (SAMA MACAM KOMEN2 DI ATAS!)
AQILAH NYANYI LAGU TRADISIONAL MELAYU! CAYALAH! DUTA MALAYSIA SANGAT!

NAK PEGI SITU MINUM TEH.

june said...

cantiknya.. superb

rose said...

huaaa missing lauterbrunnen so much. i punye route from start dai geneva. lepas tu kami singgah bern. dari bern ke interlaken. lepas tu ke lauterbrunnen. dua hari kat situ jelajah interlaken & lauterbrunnen lepas tu gerak ke zermatt. kat zermatt naik matterhorn.

tido kat zermatt 2 malam lepas tu ke geneva. otw nak ke geneva singgah lausanne. lepas tu esok pagi nye ambik tgv ke paris. dalam banyak2 tempat tu Lauterbrunnen le paling amazing skali view dia.

Wa said...

ni yang aku tunggu...:).......nanti bagi tips banyak2 tau kat swiss nih ..jasamu akan ku kenang sampai bila2...
lawa2 sangat gambar yang korang tangkap..

Na, masa naik easyjet tu, strict x nak check in bag..?

Jard The Great said...

wowee!! am gonna make it one of my stops before I die list!

Unknown said...

Biq: Ha a..tak tau cam mana dia buat pemilihan lagu tu tah..tetiba jek.. tahun depan? whoopssss jugak hahahaha

Janggel: Ha a anak aku memang patriotik tau.. anak Malaysia kekdahnya.. minum teh je?? ish ish rugi..cer minum air sedap lagi hahaha

June: Swiss memang tak dpt disangkal kecantikkannya :)

Unknown said...

Rose: I pun rindu Lauterbrunnen, cam cepat sgt masa berlalu masa kt swiss ari tu.. u ada try mana2 scenic train ke? panjat zermatt or jaufrau or mana2 gunung?

Wa: Bila ko nk peginya nih? Tips kat sana takde apa sgt aku nk share, aku tak study gegila pun swiss ni, cuma kena tau nk pegi mana, dan nk tgk apa jek..
Easyjet agak strict jugak masa kat Swiss ari tu, terpulang pada officer yg bertugas kt kaunter la. Hari tu dia siap hand luggage lagi, tak lebih dr satu..tp semua tertakluk pada kepoyoan officer la..

Jard: Yes. Swiss is a MUST SEE destination for everyone hahahaha

rose said...

masa kat lauterbrunen pagi tu hujan. minah swiss kat launter tu kata kat jungfrau cuaca tak elok. kalau naik pon tak nampak apa. so kami decided naik cable car ke murren. lepas tu masa kat zermatt kami naik cable car ke matterhorn. sampai kat atas tu udara nipis so pening2 lalat skit. suhu -8 darjah. dari matterhorn nampak france & italy.

fuh rasa nak repeat balik swiss ni.memang berbaloi ambik swiss pass

chesakinah said...

MasyaAllah cantiknya... kalau berpeluang nak juga pergi kesana :)

abbazsmakl@gmail.com said...

salam

@chawanna - 1 word je..BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!BENCI!...

sobs..i jeles. =D

haha

Chawanna said...

Rose: I pun diberi nasihat oleh owner hostel tu supaya pegi Schiltorn instead of jaugfrau..heheeh u duk mana kat lauterbrunnen tu?

Sakinah: Insya Allah satu hari nanti, tiba giliran u pule :)

Abbaz: Ko benci aku ke benci swiss? rileks bro, ko kan nk p europ gak, selit la swiss skali.. hehehhe

rose said...

i duduk kat hotel-restaurant steinbock. dekat tepi station ketapi tu. Takde plan pon nak stayed kat situ tapi hari tu pulak kena simptom sakit puan, hubby i kata kita duduk dekat dengan station le. i tak larat nak jalan dah. Malam tu telan panadol pengsan sampai pagi.

Tapi banyak hostel dekat dengan air terjun tu kannn.Best tengok u dapat view depan air terjun tu.

f i d a j a c o b said...

Cantiknya SWISS! Nyesal pulak tak pergi.. Sebab duit tak cukup.. huhuhhhhh...

Memang sangat macam cerita hindustan.. view ni mcm kat scotland..

Padang rumput yang hijau, langit biru, ada cute cottage, then lepastu ada hills, cuma kat scots takde air terjun! huwahuwa

Unknown said...

Rose: Ooo dekat station ketapi..takde la jauh nk menapak hahahah..

Fida: Takpe lain kali repeat la..kalau pegi semua negara skali gus, nanti dh tak leh pegi travel dah muahahahah
U dh pegi Scotland! Tu pun i teringin nk pegi gak..tp kena tunggu trip lain la kot hahahahha

Naqies said...

Hi Chawan, yang kuning2 tu ladang sunflower, mmg cantik sangat time summer...

rose said...

Huhu dekat dengan station ketapi LAHAM le kannn. adoiii

Unknown said...

Naqies: Hi..oh sunflower rupenya, i ingatkan ladang mustard hari tu.. :)

Rose: Maksud u station keretapi Interlaken ke Lauterbrunnen? u dah update blog ke pasal trip u kt swiss?

rose said...

Stesen ketepi Lauterbrunnen. Update blog? hehe i slow sungguh bab2 update2 ni. Sekarang tengah update entry perth.

kalau feel free & easy bukak le rossdowsen.wordpress

puan seri said...

SUBHANALLAH... SUBHANALLAH... SUBHANALLAH

Unknown said...

Rose: Ok le tu Lauterbrunnen, nampak gak ko air terjun yg berdekatan hehehehe.. Insya allah aku cek blog ko kang! hehehehe

Puan Seri: :))

rose said...

hehe....tak nampak dari tingkap bilik macam ko nye bilik. huaaaaa...nak p lagi

masMZ KaKiJaLaN said...

Laaaaa.... lalu kat kampung aku tuh naper tak singgah????? rumah aku yang kat tengah-tengah tu larr.... hehehehhee bestnya kalau ada kan.... haiihhhhhhhhh......

Langit dengan kepuk2 awan dengan tempat yang lawo, memang dabel wow wow wow!!!!

Farra Da Smiley said...

woww superb
mana patut gi dulu agaknya NZ or Swiss?
- tgh gigih menabungg hihi

Unknown said...

Rose: Ada hikmah ko xdpt bilik nampak air terjun tu..mungkin nk suh ko repeat skali lagi kot :p

Masmz: Awat tak bagitau awal2 kampung ko kt situ..kalau tak leh aku singah, xde bazir duit duk byar accomodation memahai..

Smiley: NZ & Swiss sama cantik, sama lawa..kalau kt NZ ada tasik kaler turquiose, kt Swiss pn ada, kalau kt NZ ada alps, kt Swiss pn ada, kalau kt NZ ada scenic train, kt Swiss pun ada, pendek kata memang susah nk buat perbandingan..tp NZ murah sikit dr segi $$, sb currency murah dari CHF.. :)

Rozita said...

Best best best sangat cantik semua gambar gambar tu...Fall in love dgn Swiss. Harap satu hari nanti dapat ke sana jugak

Unknown said...

Rozita: Insya Allah satu hari rezeki u plak sampai Swiss... i pun berharap i ada rezeki lain pas ni nk p ke Swiss lagi huhuhuhu

Indra P Nugraha said...

Ingin sangat pergi ke sana.

Salam perkenalan dari Indonesia :D

Unknown said...

Indra: Salam kenal dari Malaysia :))
Insya Allah satu hari kamu akan tiba di Swiss juga :p

Leez M. Saaid said...

i miss my trip to swiss. yesss...mmg sgt cantik tak terkata.
Kat sana mmg mahal...sy dulu stay kat apartment yg ada dapur...so boleh masak sendiri. Nak makan di luar mmg sgt mahal.

ckucin said...

Cantikkkknnyaaaa permandangan kat Swiss.. ini buat pembakaran semangat dan diri untuk jejak kaki ke situ gaks..

adoii yaii gila meroyan tgk gambar2 tu..

Unknown said...

Leez: Lawakan? hehehehe bersyukur betul masih sempat melihat kecantikan Swiss tu:)

Ckucin: Bagus la pembakaran semangat telah terjadi di pihak sana, mudah2an ada rezeki utk sampai ke Swiss satu hari nanti.. :)

zila@akulovetravel said...

Lawanya kat sana..fresh dan tenang.

Patutnya my frens yg ckp dah ada anak xleh jalan2 patutnya contohi awk..saya tgk ok jer...kan??

Admire ur photo.. :)

shah_rule said...

Swiss wait for me... hehe cantik giler view dari train.. sungguh!!

ok baru nak start bace sume entry europe kt sini..

Unknown said...

Zila: Ha a..memang lawa :)
Takde masalah nak bawak anak2 berjalan, sekali sekala tingal tu takpe la..tp kalau tiap2 kali tingal, kes berat nih..baik tak yah beranak! hahahaha.. kim salam kat kawan u tu yek...

Shah_rule: NZ dah ko tawan..pas ni Swiss plak! :p

zila@akulovetravel said...

Most of my fren ckp cmtu..mcm alasan kan?? kalo nak seribu daya lah kan?? hehehe..

Unknown said...

Iye betul..nak 1000 daya, tak nak 10000 dalih.. tepuk dada tanya iman heheheh.. tu pemikiran orang2 sempit je tu..

AzaleaAyu said...

chawana,
cantik sungguh swiss ni...terjumpa ur blog masa dok cari info pasal swiss ni...nice blog jugak...nak tanya pasal swiss pass tu...beli dekat mana yer kat geneva tu...mmg dia jual kat mana2 station k/api besar2 kat swiss ker...cadang nak ambik jugak bila ke swiss bulan 9 nanti Insyaallah...kalau beli online almost chf300...tu la ingat nak beli kat sana jer...tapi risau gak kot2 dia tak jual kat station tu...

Unknown said...

AzaleaAyu: Swiss Pass boleh dibeli di main airport, eg Geneva/Zurich airport, tempat lain tak sure la. Beli online dr website Swiss pass ngn beli kat kaunter sama je harga, unless u nk beli dari website RailEurope yg sememangnya diorg dh markup sikit..

AzaleaAyu said...

Nak tanya lagi...airport geneva/zurich dekat ker ngan station k/api dier? jgn jauh macam klia ngan kl sentral sudah...

dah tgk website dia...harga pos lagi...jd mahal jugak bila beli online...satu lagi beli ngan bousted travel tu...sama gak harganya...sebab dia ambik untung tolong jualkan...

yg murah sekali beli sendiri kat kaunter di swiss la nampaknya...tapi tula masalah pulak naik train bukan naik flight...
TQ

Unknown said...

Station ketapi Geneva yg i beli aritu memang betul2 bawah airport Geneva je, tapi Zurich i tak sure la. Tapi tak silap i, dua2 ni berdekatan je, cuba u google web page airport zurich or city lain gak, mesti diorg ada list yg jual swiss pass tu selain dari station ketapi kan

Suraya said...

Chawana,
Hi. Nak tanya, kalau naik easy jet, kalo nak hand carry luggage, mmg strict ya?

Unknown said...

Suraya: Tak tau nk ckp strict ke tak, aritu dari Barcelona ke Geneva agak strict, tp dari Basel ke Amsterdam, diorg tak cek pn, ikut nasib la kot :)

AzaleaAyu said...

salam chawana,

InsyaAllah akak akan ke swiss 25/9 nanti. dari paris ke geneva...insyaAllah akan ikut route sama macam chawana rasanya ke lauterbrunnen...cuma dari paris pagi sampai geneva tgh...sempat kot naik goldenpass tu nak ke lauterbrunnen..doakan kami selamat..

Anonymous said...

Salam,

Nak Tanya Kalau guna Swiss Pass perlu buat tempahan tempat duduk dalam train biasa?

Tq.

Unknown said...

Tak perlu buat tempahan seat utk train biasa:)

Unknown said...

salam sis, nak tanya, kalau amik swiss pass, beli kat website lg murah or beli kat sana je murah? buy 1 free 1 tu dpt kat sana ye? sbb tgk dlm website mcm mahal

Unknown said...

Dell: wsalam, beli sana dan beli online rege samanye. Yg buy 1 free 1 tu valid utk thn 2012 je, thn ni xde dah.. Cek la kt website dia kot ade promo lain ke

afiedly said...

Assalamualaikum, ade x fb ke, saya nk tanya pasal u punya travel ke swiss..actually nk tiru je u punya itinerary.. planning nak pegi bulan 5 ni dengan family..thanks

mdnasiridris said...

Salam. Cdg nak ke Europe trmsk Geneva. Kalau beli swiss pass, guna golden pass tu free juga me atau ianya berlainan

Unknown said...

Kalau dh ade swiss pass, mana2 train dlm rangkaian tu free je, termasuk semua panoramic train, funicular, ropeway kt gunung semua, even bas pn ade yg free tak silap.

anim said...

Salam Chawanna,

i nak gi swiss tapi tak tau where to start..baca blog2 u and ur frens mcm byk tempat nak cover in Swiss kan..pening. so apa rahsia nak buat research nak travel ni..nak start dari mana? tak sure nak start dari geneva ke zurich..tolonglah saya..hehe..and nak travel dgn anak 4tahun..thank you!

Unknown said...

Anim, saya cadangkan awak research nk travel ni ikut apa yg awak minat, sb senang nk narrow down kan semua tempat2 best/aktitivi best yg awak nak buat. Zurich / Geneva sama je, ikut la from/to awak dari mana, if memang awak masuk swiss ikut Geneva/Zurich, awak pegi la dulu kt area tu, if takde yg menarik skip je la next town etc.. Saya nk ajar mcm mana pun tak tau jgk hahaha..tp saya selalu ikut minat saya, dan jugak ikut budget dan masa yg ada.