Friday, February 25, 2011

Mintak Tolong...

Saya mau UPDATE blog ini.

Tapi sindrom M.A.L.A.S masih belum pergi lagi. Jadi ada sesiapa berminat ingin membantu?

Upah?

Ada!! Jangan risau.100 rupees bleh?


Nota Kecik 1: Acah je..saja nak kasi warm up sikit hahaha...
Nota Kecik 2: Patutkan saya meng'update' countdown di sebelah kanan itu untuk trip akan datang?
Nota Kecik 3: Kepala pusing mencari transport + accomodation untuk trip akan datang. Bikin pecah kepala saja..
Nota Kecik 4: Matta Fair akan tiba tidak lama lagi..haruskah??
Nota Kecik 5: Mau massage satu badan ni, semua skru sudah longgar akibat tuk tuk..ehem..
Nota Kecik 6: Berpantang dari makan kari dan dal selama 237.6 hari huhuuhu..uwekkkkk



Tuesday, February 1, 2011

Deuter Fox 40

INI BUKAN ENTRY PROMO.... Saja nak update sebab dah dua minggu sepi je..

Pagi tadi dah selesai amik visa India untuk 5 orang manusia yang ingin mengembara ke India, mid February ni. Alhamdullilah, semua permohonan lulus dengan jayanya (macam amik exam plak dah..). Emm intro yang takde mengena dengan tajuk kan?

Ok berkenaan dengan tajuk diatas, selepas ambil visa, Chawanna sekeluarga telah pergi ke Pertama complex untuk menCARI backpack untuk trip akan datang ni. Dalam kepala, cuma terpikir nak beli yang paling murah je, janji boleh letak barang.

(Flash back) Beberapa minggu sebelum ni, dah pegi cari dah backpack jenis brand TAH APA-APA kat Jusco Setiawangsa, Giant, Carrefour Midvalley, dan yang seangkatan dengannye (maklum ler nak yang murah!!) , ada jumpa semurah RM 49.90. Design pun cun, warna merah pulak tu, kalau tengok dari jauh, ala-ala Deuter la sikit heheheh. Dah set dalam otak, nak yang tu jugak, tak kisah la apa sekali yang mendatang (ewahhh). Tapi Cawan menghalang dari aku meneruskan niat murni ku itu. Dia suruh bersabar dulu, sebab ada banyak masa lagi nak survey... Cuba menjadi seorang isteri yang mendengar kata (walaupun dalam hati rasa macam nak beli jugak!- memang aku kedekut bab-bab macam nih, sebab bukan nak pakai selalu pun, selalu travel bawak luggage biasa tu jek) aku pun setuju dengan kata Cawan tu.. Hari demi hari berlalu..bermacam-macam backpack dah aku jumpe, tapi asyik teringat yang RM49.90 (tak tau brand apa, tapi ada jual kat JJ Setiawangsa jek hahaha). So semalam, sambil membeli belah barang dapur kat Carrefour MidValley, aku pun pegi la mengintai kat department bag kat situ, ada banyak choice backpack, tapi entah APA-APA brand la, dan yang paling tak percaya sekali, harga ranging from RM 60-RM 199!!.. ish ish, tak patut betul.. dari beli yang entah apa-apa, baik beli yang betui punya, kalau dah harga macam tu. So aku pun balik kerumah dengan kehampaan..sedih betul.........

(Di Pertama Komplex) Ok sambung balik cerita hari ni. Setibanya Chawanna di kedai yang dimaksudkan (suggestion oleh Biqque, beberapa bulan yang lalu), kami pun tengok-tengok la backpack yang ada. Tanpa membuang masa (sebab Cawan baru balik keja shift malam dan tak tidur lagi!!), terus aku tanya kat auntie tu, backpack mana yang murah, saiz cabin, dan sedap nak bawak untuk travel, tapi yang paling penting MURAH! Terus dia suggest NorthFace 50litre, harga lepas discount RM 150. Emm macam menarik. Harga pun murah. Lagi auntie? Yang sebelah tu pun murah jugak, boleh masuk cabin, harga lepas discount RM 130... Oooo lagi murah.. Dah nama pun manusia, mana pernah puaskan, so bertanya lagi aku kepada auntie tu.. Option lain lagi ada tak? Ada, tapi harga dua ratus ke atas... Ooo yang mana?.. Itu Deuter Fox 30 ada, Dueter Fox 40 pun ada.. Ni berapa harga yg Fox 30 nih? Itu after discount RM 220.. Fox 40 berapa? Itu after discount RM 270.

Lepas berbincang dengan Cawan, aku terus cakap nak amik yang Northface tu je la, baru RM 150. Sekali auntie to cakap yang tu imitation punya pulak dah..adoi laaa.. Last-last lepas berbincang dan mencuba pakai bag Deuter Fox 30 dan Fox 40 tu, Chawanna, membuat keputusan untuk membeli Fox 40. Tapi sebelum tu, call Biqque dulu, nak tanya dia punya yang mana? Sebab seingat aku, dia punya warna hijau jugak, yang aku nak amik ni pun warna hijau jugak, auntie tu kata Fox 40, semua color sama je. Penyudahnya, Fox 40 jugak la Chawanna rembat (bersabor je la Biqque yek..huhuhu jangan tertukar dengan Biqque sudah la, nanti terjumpa diapers Aqilah plak :p). Dan yang paling tak boleh blahnya, ni la first time beli barang tak buat research awal-awal, main hentam je. Balik rumah baru pegi google..apa kes kan?? Dan-dan tu jugak check dari website tengok ori ke tak, kot-kot la auntie tu tipu ke apa kan, nasib la betui.. Nak tau macam mana nak check ori ke tak, sila ke sini


Chawanna dah ready nak ke Delhi..Biqque dan Sharul, dah ready ke??????????? :))