Thursday, November 14, 2013

Seoul: Myeong-dong & Namdaemun

Ikutkan plan hari ni nak ke Nami Island, tapi adik aku pulak tak sabar-sabar nak pegi Myeong-dong, so terpaksa tukar plan. So lepas breakfast, kitorg terus keluar, on the way berjalan ke station subway, ada sorang auntie dah tua dalam lingkungan 50an, terus tegur Aqilah, sambil cakap kwi yo un..kwi yo un..lepas tu cium-cium tangan Aqilah..yang Aqilah terjegil je bijik mata dia, mesti heran pasai apa orang ni cium-cium tangan aku nih hehehe.


 
Muka orang yang tak tau nak lalu lorong kiri dulu ke? kanan ke? macam banyak je benda nak tengok ni kekekeke.. Jom la kita..

Theatrical powder? apakah itu?? tak penah ku dengar selama ini..bedak utk pakai masa pertunjukan opera kah?

Face salad katanya..ni aku pulun beli banyak sebab tak tahan tengok packaging dia yang warna warni tu..kalau tak cantik kulit muka aku lepas ni, memang saja la kan..


Antara aktiviti yang best nak buat dekat area Myeong-dong ni, selain dari membeli belah, adalah people watching, macam-macam gelagat orang. Nanti dalam ramai-ramai tu adalah la 2-3 orang perempuan yang super lawa, hidung mancung halus, kulit halus mulus, macam wow sangat.. lepas tu kitorg sure gelak-gelak, kitorg speku mesti dia buat plastik surgery hahaha (bersangka tidak baik) ..maklum la kat Korea ni kan famous dengan plastik surgery, yang rendah nak jadi tinggi boleh, yang tinggi nak jadi rendah boleh, yang gemuk leh kurus, yang kulit kusam boleh jadi kulit halus mulus.. u name it! gitewww..

Amboi glamour ko PSY, tak yah susah-susah nak buat muka nak glamour cam boyband KPOP yang lain kan? huhuhuh


Puas berjalan serata Myeong-dong tu, macam-macam kedai kosmetik yang kitorg masuk, dan macam-macam jenis kosmetik jugak yang kitorg jumpe, antara yang menarik perhatian, snake venom face mask ni..adik aku terus kata jangan beli, takut memudaratkan muka, nanti jatuh haram hahahaha


Ni satu lagi..snail face mask, bukan tu saja, ada cream muka bagai..yucks...tak mampu nak bayangkan snail atau dalam bahasa melayunya Siput Babi (binatang peliharaan kesayangan Tansree Coco dan spongebob) dilunyai-lunyaikan atas nama kecantikan..oh Gary!!!

 Suasana di Myeong-dong waktu pagi



Kebanyakkan yang dijual kat sini mostly barang kosmetik, dan pakaian. Uniqlo, H&M, Zara, dan local brand macam SPAO pun ada di sini. 

Tourist guide yang ada di area Myeong-dong. Kalau sesat jalan, atau tak tau nak cari tempat, boleh la tanya kat diorg ni.

Menarik pulak tengok benda ni..kitorg tanya kat auntie yang jual tu, apa isi dalam, dia cakap "cookies..cookies".. ooo cookies yek..ok la..so kitorg pun amik la satu, yang perisa coklat tu, nampak sangat menyelerakan.. Tapi sebelum tu cek dulu kat kedai dia, kot-kot ada jual jenis makanan yang lain yang ada sumber-sumber tak halal..hmm nasib baik takde.. lepas bayar, ingatkan boleh la makan..tapi dia duk sua tukul suh ketuk "cookies" tu dulu..hmm confused jap aku dan adik aku..

Dah dia suh ketuk, adik aku apa lagi, terus la ketuk sekuat hati "dushh..dush" heheheh.. first time nak makan cookies kena ketuk berkecai dulu hehehe..

Tadaaa...inilah rupa "cookies" yang diketuk tu, rasanya boleh tahan la, ibarat macam makan tepung goreng yang ranggup disaluti coklat..jadilah buat alas perut untuk tengahari tu sebelum makan lunch kat guesthouse karang.

On the way balik ke guesthouse, kitorg ternampak macam ada temple dekat area tu jugak, so Cawan pegi la dulu amik-amik gambar, aku dan Aqilah duduk tepi jalan sambil minum air.

Tak tahu la temple apa, sebab takde dalam list aku pun tempat ni, tapi yang pastinya ia berwarna warni..ceria sangat ihiks.


 Mahabodhi Temple di Jong-No


Sempat berehat dan makan tengahari di guesthouse. Petang ni agenda nye nak ke Namdaemun pula. Tak pasti nak beli apa, sebab fridge magnet Korea dah bersepah kat rumah tu, maklum la semua kawan-kawan dah pegi Korea, jadinya aku macam 50-50 nak ke sini. Jadi dari pergi ke market tu, aku suggest kitorg pegi ke gate Namdaemun untuk amik gambar, if rajin nak pegi market tu, kite jalan je la, lagi pun dekat je pun. So pukul 4.30 petang kami keluar semula.

Cawan cakap tak yah bawak stroller la, sebab sekejap je nak keluar, nak pegi satu tempat je. Tapi aku skeptikal sikit, larat ke nak bawak Aqilah dengan carrier je..Cawan cakap..ok boleh punye..boleh..ha kita tengok nanti ye..boleh ke tak.. anak you berat bukan 5kg, tapi dah 14kg!

Seronok Aqilah kena carry macam ni..tak nak turun langsung!

 Just in time before sunset, waktu ni baru pukul 5.30 petang, langit dah mula gelap. Aku dah start sakit pingang dah, dah la dalam subway tadi takde tempat duduk, orang-orang kat Korea ni tak sama macam kat Japan, kalau kat Japan dulu, tengok aku bawak Aqilah je, yang tua dan muda, dan-dan kasi laluan untuk aku duduk..isk..I heart Japan..always..ngeee.. 
 
Time ni yang syok Cawan dan Muni la, duk amik gambar sana sini..aku ni sengsara hai mencari tempat nak duduk hahaha... lambat betui la nak jumpe kusi ni..

Dari depan pulak dah..ya ampun takde ke tempat aku boleh duduk ni.. tak leh nak pikir bergambar dah, sebab tak larat berdiri dah carry budak Aqilah ni.. 

Aqilah oh Aqilah, dia pulak lebih-lebih cakap letih nak berjalan, sebab tu mummy kena dukung. Dah la request mummy ok..tak nak kat daddy..motif sangat la budak ni..uwaaaa..
 Akhirnya..phewww..dapat jugak duduk sekejap..

Dalam kata tak nak jalan Kat Namdaemun market tu, last-last Cawan ajak jugak jalan, dia kata dah alang-alang dah sampai jom la..heh! tak mengerti langsung yang aku ni tak larat dah nak berjalan?? Akibat dipaksa dan majoriti vote untuk masuk berjalan kat sini, aku terpaksa mengalah..so berjalan la jua akhirnya..sambil muka terpinga-pinga tak tau nak shopping apa, aku cuma tau nak balik baring terlentang je time ni.. Tak lama lepas tu Aqilah request cakap nak turun, sebab letih duduk kat belakang aku tu..boleh? LETIH DIA KATA?? LETIHHHHHHHH? ya ampun diva sangat ko nih Aqilah oiiii.. tak nak tanya mummy letih ke tak? ha? ha? ha?

Rupanya ada agenda dia nak turun dari carrier, sebab dia nampak benda menarik yang boleh dia boleh beli..eh correction, yang mummy/daddy boleh belikan untuk dia..teng..teng..teng..dia mintak getah rambut yang berharga KRW 2000 iaitu bersamaan RM6! mak oii mahai nya Aqilah oi..terpaksa jugak beli, sebab kalau tak dia tak nak gerak dari situ..So daddy kuar duit bayar, tapi dengan syarat, Aqilah kena jalan sendiri sampai balik rumah..deal? Aqilah angguk tanda setuju sambil tersengih.. phewww..lega..

Dah puas berjalan, dah dapat jumpa kedai kebab halal kat tepi jalan tu, kitorg terus balik ke guesthouse..dan surprisingly Aqilah berjaya mengotakan janji dia nak berjalan sampai balik rumah ngeh ngeh ngeh..


Pecah rekod malam tu, lepas makan kebab tu, semua terbungkang tidor, padahal baru pukul 9 malam huhuhuh..

33 comments:

just.HY said...

gate tu tak penah sampai aku sbb ade terpikir nak pegi tapi asyik tak jadik je sbb penat jalan berlebihan. hahaha

mcm mana dgn muka anda? ade dah berseri skit dah pakai mask? ahaks!

Harlaney said...

woii aqilah dah berat.. tak sesuai front carry back carry je tuh.. heheh nak selesa lagi pi sambar wrap la pulak pasni muahahahah~

Ren said...

Gitew ada segmen kecantikan di awal entry katanya. hahaha

ada pulak cookies ketuk2 pakai hammer macam tu hahahaha.

kalau aku duduk je la atas lantai mana2 pon ...kata dah penat kan ahhaha... tapi konfiden level tinggi yakin lantai bersih hahaha.

Azra said...

Lawa giler la gate tu time mlm ...

MasZuber said...

Cantik gile gambo!!

Bestnye jadi aqilahhh...berdukung jekk

Cik Puan Mimi said...

Yang part gary tu mmg kelakar, hahaha.
Nk tny la, u pakai carrier ape ek? Pastu lg satu nk tny pegi Japan perlu ke bawak stroller ek? Ke baik bwk carrier je? Anak i baru 8.2 kg.

Nina Hamdan said...

Aqilah dengan cute membuli mama dia.. huhu

Unknown said...

Henry fox: Mask tu aku tak pakai lagi, sebab sayang nk bukak..aku pakai yg free je dulu hehehe..

Harlaney: mula2 back carry la, pastu sakit pingang aku tukar la depan jap, kengkonon nk kasi even la sakit pingang tu..hehehe

Rain: Pompuan dan kecantikan mana dapat dipisahkan..giteww..aku sebenarnya ada duduk depan pintu gate Namdaemun tu, tp lupe nk amik gambar, sb muka aku tgh kelat tension kat Aqilah

Azra: cun kan waktu malam..

Maszuber: Masa ko akan tiba tak lama lagi..sila senam byk2 nk kuatkan segala otot hehehe

Cik Puan Mimi: Hehehe kelakar ye..Pakai carrier snugbaby. Kalau nk pegi Japan i suggest u bawak stroller dan carrier skali gus. Sebab banyak nk menapak. Biasa la budak, diorg dh bosan duk dalam stroller, nak berjalan sendiri, bila dia dah bosan berjalan, dia nk kite dukung pulak..so carrier tu membantu la, nk harapkan tangan dua kerat ni tak lalu la..

Nina: Adoyaii..pitammm

Biqque said...

na i terpaksa salute kat u...mohon tunjuk ajar ku sifu camne nak tahan kokkong anak seberat itu...mcm tak mampu jer!

cantek gate tu, i pun tak sampai sbb malam tu pi amik bridge tour bodoh tengok jembatan hahaha!

(jaga2 i nak manis mulut) wow best la tgk gambar2 u na rasa macam i pegi balik tempat2 ni! mesti best kan pegi korea? u tetap dihati i :)

Anash said...

hahahahaahahaa....
baca komen biqque...


ops..
ini blog mummy aqila..
*behave*

akak rindu dengan entry blog nih.
gambar cantik macam selalu (dgn harapan dapat mask free satu-nak gak cantekkkkk....)

*pegang heel 5 inci*

Ren said...

Hamboi kak anash tu, tak cukup2 ke gambo dia berdozen2 kat jepun tu?

Anash said...

Janggel,
alo
nih blog ChawanNa...
sila komen pasal akak kat blog sana tuuuuuuuuuuuuuuuu
(memuncungkan molot sampai tahap leh sangkut hanger)


iya..tak cukup gambo akak yg vogue itu
hahaha

Shaza said...

cute je aqilah.. tp mak le hazab... mau patah pinggang mak, ibarat memikul beras 10kg+5kg.. kalo i, tak kuasa le nak dukung... sanggup hangkut stroller... huhuhu...

Anash said...

lupa nak sambung komen

what? gary? letak kat muka?


(terus tak lalu cari gary celah2 semak depan rumah)....


ok melampau plak komen kali ini

*i heart japan too*
eceh

zila@akulovetravel said...

tgk aqilah dah persis anak korea..hahaha.

NordinabilaH said...

Begitulah gigihnye & penyayangnya seorg ibu hehehe.. tu blom kene ngn ank sedaro den yg gebu nih. abes patah semuo, hoho. mcm best la tgk night market diorg kat sane. Ck na, mane bleh beli beg sandang ank kat yg u pakai tu ye. nk bli deuter kid carrier mahal sgt la. *mcm ceria je warna nya*

nanadhoi said...

snake venom? bunyi dia pon dah cukup seram, inikan pulak nak letak kat muka. snail mask tu pon eww cam geli je.

comel je aqilah.

Unknown said...

Biq: Begitu di hati sangat..hehehe.. nanti dh kuar baby u tau la nk buat cam mana..skrg memang diluar kebolehan imiginasi u..kekekeke..

Kak Anash: Motifnye nak rindu? dah pakai facial mask yg saya kasi? dh makin berseri2 ke? Akak pinjam kasut tumit tinggi 5 inci beli kt jepun aritu.. ngeee

Shazalyza: Saya pun sanggup angkat stroller..hari tu daddy Aqilah underestima keberatan anak dia sendiri hahaha

Janggel: Hamboi motif komen bertubi2 di sini dgn kak anash? tiada channel lain ke? tak puas2 lagi? kekekek

Unknown said...

Zila: Huhuhu persis ye..sumpah tak layan citer korea, melainkan full house je, tu pun zaman2 belum kawin..isk..

NorDinabilah: hehehe..beg sandang itu dibeli dari fabulous mum, carrier tu brand Snugbaby, design forest, dan ada mcm2 design lain jugak, memang sesuai utk pakai utk baby dari new born sampai la besar Aqilah ni, larat tak larat je la nk dukung huhuhuh

Nana: Hehe..berani cube lah nanti hehe

Irfa said...

diorang ni mmg suka benda2 comel kan?

PaE said...

Sangat gigih dokong Aqilah... good mum.. huhu..
Myeondong mmg cosmetic memacam.. tp kane pilih2 gak.. Entah hape2 jer dorang ni nk bagi kulit gebus katenyer...

yayanrahman said...

ghindunye kt myeongdong, ada kedai makan sedap kt situ..wuuu..
tapi serius waktu g korea dulu mmg kaki mcm dah bengkak dah sebab banyak sgt berjalan, tak kira naik turun tangga lagi tu..tp penat2 pun rasa berbaloi, bertabah je la balik hostel sapu segala mak neka minyak panas kt kaki tu..

Naramas Aman said...

Bestnya jadi Aqilah.

Totty Mat Ali said...

Aiii muni pulak penyebab tukar plan nye? Ewahhh

chazalle said...

kih kih... sakit hati kan dgn org korea... masuk train penuh, xde kesian kita bawa anak, dia buat x nampak jer... lalu sana sini pun main langgar-langgar jer... mmg pun gi jepun lagi best... tapi gi korea takat shopping oklah...

just.HY said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

cantik gmbr dlm blog ni. hi salam singgah.

Orga said...

setuju dengan ko na, aku dulu pun sama, galas beg bukan men besar lagi, diorang tak pandang pun, uhuks...dekat japan, siap suruh aku duduk lagi, heart japan jugak :)

Rei said...

tetiba rindu kat korea plak ni. hahah

nampak gak biskut yg bulat2 tu, tapi tak tempting sgt, sedap ek? jeles.

Anonymous said...

salam.. nak tanya.. gamba2 ni u ambil guna lens apa ye? wide lens? gambar cantikk.
n kat sana tu.. xberat n leceh ke nak bawa dslr ke sana sini. tgh berfikir2 perlu ke i nak bawa dslr nnti.. huhu

Unknown said...

Anonymous: Gambar pakai standard lens 50mm & 18-200mm je. Berat memang berat, tp dh suka pakai dslr, so pikul je le..

HaFizaH aYu said...

Ya Allah gmbar2 kat atas tu memikat kalbu btol la..sharp je nengok..iolls ade dslr pon xtaw nk guna huhu main snap jer

MSfaten said...

Assalam.. Camna ya nak ke Namdaemun Market dari Myeongdong? and which one better untuk shopping souvenir? Boleh tak emel sy fatenfarahin@gmail.com.

tq..