Friday, November 1, 2013

Senak Perut Ketika Travel

Trip ke Korea baru-baru ni agak mencabar sikit nak cari makanan halal dekat tepi-tepi jalan. Aku pulak, bukan jenis yang main rembat dan tawakal tak tentu hala walaupun orang kata boleh makan, sebab jenis cepat sangat terbayang dan terpikir yang bukan-bukan, so memang susah la sikit kan. So bila makan tak ikut waktu, perut mula la masuk angin. Bila sampai hotel, baru dapat makan yang berat sikit. Tapi lepas makan pasti rasa senak perut (indigestion), sebab perut dah penuh angin hehehe! Ha susah betul la kan jadi aku ni? Korang pernah mengalami situasi macam tu?

Waktu-waktu dah senak perut tu, baru rasa menyesal sebab tak bawak Gaviscon. Bukannya apa, sebab produk ni memang bagus untuk senak perut, aku sendiri pernah guna sekali dulu. Tak tahu la kenapa selama ni pergi travel selalu pandai je bawak segala ubat (ubat demam, ubat allergic etc) , tapi tak pernah bawak Gaviscon, sedangkan benda ni agak penting jugak di waktu-waktu senak yang kritikal ketika travel tu hehehe.. 

So lepas ni, aku pasti akan masukkan Gaviscon dalam list ubat-ubatan yang perlu dibawak ketika travel, nasib baik ada dalam bentuk tablet, mudah nak bawa travel dan yang paling best, ianya boleh dibeli di farmasi-farmasi seluruh Malaysia.




3 comments:

Cik Puan Mimi said...

Banyak kali perasaan mcm tu. Asyik sakit perut je, setiap kali travel mmg slalu masalah tu la. Dah la sy bf bby. Asyik xde susu je. Hahaha

Mie said...

Baik punya promo... hehe. Tapi memang bagus pun, bukan semua orang tau mende ni...

abbazeef-wanderlust said...

@na
tahniah diatas pelantikan sbg duta gaviscon!