Showing posts with label Food. Show all posts
Showing posts with label Food. Show all posts

Monday, January 13, 2014

Resepi Scone Simple & Sedap

Semalam hari minggu, sambil baring-baring depan tv, dan bermain whatsapp geng-geng, rupanya masing-masing ada agenda sendiri, ada yang buat pizza, ada yang test lori baru, ada yang kemas barang nak pindah ke UK, ada yang berlari-lari di padang bunga matahari, dan ada juga yang mengemas rumah dan tebas-tebas pokok, tidak ketingalan ada juga yang bekerja seharian (yang ni memang loser gila lah hehee)..hmm sungguh berisi hari-hari mereka. 

Jadi untuk tidak membazirkan hari Ahad yang indah semalam, aku gatal-gatal tangan mencari resepi yang simple-simple untuk minum petang. Dan akhirnya, jumpa resepi untuk buat scone. Tema pencarian resepi semalam, haruslah mudah nak buat, dan bahan-bahan masakan juga haruslah dah siap sedia ada kat rumah, sebab aku malas nak keluar beli barang. Hampir setengah jam tercari-cari menu apa nak buat, akhirnya dapat la resepi buat scone ni.

Jom tengok apa bahannya.. (wah macam masterchef nak mengajar orang pulak hehehe)

Masukkan sekali 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self raising flour), dan 1 sudu besar baking powder.

Lepas tu keluarkan butter yang keras gedebuk dari peti ais, dan potong 4 segi kecil macam ni, sebanyak 50gram. Pastikan butter tu masih dalam keadaan beku ye kengkawan..

Lepas tu lagik, masukkan butter yang dah dipotong dadu kecik2 tu, kedalam bancuhan tepu tadi tu, dan ramas-ramas la ia sampai jadi macam peroi. Jangan gunakan mixer tu, nanti hancur sangat, guna tangan saja ok.

Bila butter dan tepung tadi dah sebati, masukkan gula halus 3 sudu, dan setengah cawan susu fresh milk atau apa-apa susu yang memenuhi kriteria (sebab aku semalam takde stok susu fresh, so aku tibai susu Aqilah, bancuh dengan air panas dan tuang ke dalam ni hehehe)

Gigih aku ha amik gambor sambil tuang susu dalam bancuhan, sampai Cawan pun naik heran, u amik gambar ke nak buat scone? muahahaha..biasalah multi tasking kan!

Ok berbalik pada cara buat scone.. kemudian, masuk kan susu tersebut dalam bancuhan tu, dan gaul sebati dengan sudu. Aku suggest susu tu masukkan sikit-sikit, make sure jangan keras sangat, atau lembik sangat..sedang-sedang je, kiranya kalau cuba pegang kat tangan, mudah la nak dibentuk-bentukkan.

Ikut suka hati korang lah nak bentukkan scone memasing macam mana, aku semalam buat bulat macam kuih cucur badak tu je, tebal lebih kurang 1.5 inci je, nak tebal lagi pun boleh. Dah siap semua cun-cun, masukkan dalam oven dan bakar selama 10-12 minit pada suhu 200 darjah celcius. Kejap je kan? 

TINGGGGGG...

Inilah rupa final produknya, ice cream ni encik Cawan yang request, aku tak minat makan dengan ice cream, so aku punya buh susu pekat dan buh butter sikit. Rasanya??? ya ampun lazat dan sungguh mengemukkan sekali hiks.. cubalahhhhhhh bila ada masa nanti yek!!



Nota: Bancuhan resepi ni hanya boleh dapat 8 ketul scone yang bersaiz seperti cucur badak, kalau nak banyak lagi, sila topup bahan-bahan diatas mengikut kesesuaian.


Wednesday, December 5, 2012

Singapore: Makan-Makan

Selain misi tiada hala tuju di Singapore dan berphotography, Chawanna juga telah melaksanakan misi makan-makan di sekitar Kota Singa (aummmmm). Ye lah, sebelum ni pergi Singapore tak sempat nak singgah makan-makan, jadi dah alang-alang sampai, jom kita cuba apa yang orang-orang war-warkan kata sedap dan mesti cuba tu..

1. Kacang Pool - Kami naik teksi dari hotel menuju ke Geylang Serai Market, semata-mata malas nak jalan, maklumlah Singapore ni bukan negara 4 musim, silap-silap baru keluar hotel je, ketiak dah basah kot hahaha. Tak susah nak cari kedai kacang pool Mustafa nih, naik je food court Geylang Serai tu, nanti pepandai la cari sendiri. Harga murah saja, kalau telur 2 bijik ni cuma SGD 2.80 je, kalau nak sebijik telur harnyanya SGD 2.30. 

Setelah berbulan-bulan lamanya menunggu nak makan kacang pool nih, akhirnya dapat juga merasa. Memang kena dengan taste aku, sebab ada masam-masam (hasil perahan limau nipis), cumanya kalau cili hijau tu kalau digantikan dengan cili api, mungkin lagi terangkat. Memang syok la makan benda ni di pagi hari yang indah. Total kalori lebih kurang 400 kcal. (gila banyak!)

So yang ini aku kasi 7.5/10

 Kacang Pool Mustafa:  #02-118 Geylang Serai Market & Food Centre

2. Murtabak Zam-Zam - Banyak sangat yang memuji murtabak ni, jadi kami pun cubalah, mula-mula masuk kedai macam tak tau nak pilih yang mana. Menu murtabaknya tak banyak, ada 4-5 jenis je, rusa, kambing, ayam, sardin pun ada, yang jadi susah nak pilih tu adalah saiznya, sebab ada yang harga SGD 5, 6, 7 dan 12. Selepas bersoal siasat dengan tukang amik order tu, kami sepakat pilih yang SGD 6, katanya yang tu sesuai untuk makan berdua. So kitorg pun order la beef murtabak. 

Ha amik kau..besar gila kot, aku ngan Cawan mengah nak abis kan, siap main tolak-tolak lagi suh masing-masing abiskan hahaha.. Overall, memang sedap, kuah kari dia pun sedap, inti dalam murtabak tu pun sedap, terasa daging-daging hancur tu, agak kasar. Yang tak bestnya, servicenya agak lembab, diorg sibuk layan orang yang take away je, dah la yang order semua berplastik-plastik, tak tau la nk buat kenduri ke hapa..eiii nak marah dah aku tunggu turn aku tau!

Tapi aku tetap baik hati nak kasi 8/10 untuk murtabak dia yang lazat hehehe :)

 Restoran Zam Zam, Arab Street

3. Nasi Campur Minang - Ini sebenarnya tiada dalam senarai jalan-jalan cari makan kami, tapi kami termakan di sini, skali makan, alamak sedap la pulak.. so terpaksa share ngan peminat semua (poyoss) . Masakan di restoran ni semua masakan minang, semua menu 80% ada perkataan BELADO. Boleh pilih nak sambal belado merah atau hijau. Harga pun boleh tahan, takde la mahal sangat. 

Untuk makan tengahari, memang berbaloilah makan kat sini, kalau korang tak lalu nak makan nasi beriani mamak-mamak yang bersepah di Arab street tu hahaha.. Memang berbaloi-baloi, tapi kalau tengok takde tempat duduk, jangan kaget, sila naik ke tingkat atas, sebab ada air-cond, dan banyak tempat kosong, tak paham napa semua nak rebut duk bawah dan berpanas-panasan begitu..ish ish.. So yang ni aku kasi 7/10 la.

Rumah Makan Minang, bersebelahan Sultan Mosque di Arab Street.

4. Sup Merah - Yang ini yang paling aku nak cuba sekali, sebab jarang dengar ada sup warna merah nih, ke ada sup warna lain diluar sana yang aku tak tau?? biru? hijau? hehehe.. Ok mari kita bercerita, kedai ni kat belakang Kampung Glam je, kitorg pusing maha la jauh, sebab masa tu tak reti short cut. Sekali sampai kedai dia kata tak bukak lagi, padahal masa tu dah jam 1.40PM. Hoi gila ke hapa, aku lapar kot, nak lunch ni..ewahhhh.. So dia kata datang balik pukul 2 PM. Tepat 2 PM aku dan Cawan dah terpacak depan kedai hehehe. 

Sekali lagi kami tak tau nak order macam mana, mintak menu dia kata takde (tipu gile, sebab lepas kami order, ada sekeluarga datang, dia kasi je menu!) so dia pun story mory la jenis-jenis saiz yang ada, dan kami pilih sup tulang yang berharga SGD 10, dalam tu ada 6 ketul tulang dan lelemak binatang (lembu okkkkk)

Bila hirup sup, aku dan Cawan terus macam 'emmmmm emmm sedapnya nyom nyom nyom..' terus tak jadi nak marah orang kedai tu sebab tak kasi menu hehehe.. Makan sup merah cicah roti panjang tu memang layan la, cumanya agak keletihan nak gigit dan melapah tulang dan sedut daging dan lemak yang ada, dari lapar terus jadi kenyang, sebab letih mulut kot, tapi kami gigih la jugak menjilat-jilat sampai licin.. yang pastinya pipi di kiri kanan abis kena sup merah, nasib baik boleh hilang merahnya. Yang ni aku terpaksa kasi rating 9/10!!! Kerana sup merah ini sangat cemerlang hehehe (yang ni aku tak berani nak kira kalori sebab aku yakin kalori dia mau pecah meter DCR aku sehari kot hahahah)

Sup tulang: Restoran M.A Deen Biasa Pte Ltd, di Jalan Sultan

Sunday, February 19, 2012

Sammy's Rainbow Party

Semalam ada birthday party Sammy, bertemakan Rainbow.. Sangat colorful!! I LIKE!! Ok tak perlulah aku nak cakap panjang-panjang, lihat saja betapa colorfulnya party ni okeh!!

Party ni bermula dari jam 2-6 petang, sepatutnye birthday Sammy minggu depan kan? ke minggu satu lagi? tapi sebabkan keadaan mummy Sammy yang dah sarat, takut tak sempat nak celebrate, so majlis sambutan birthday Sammy dicepatkan hehehe...Gigih mereka dan keluarga mereka..

Ni semua hand-made oleh Sammy dan mummynya.. creative!!

Antara hadirin-hadirin party semalam..*emm balik-balik muka deme jugak kan?* hehehe

See i told u! Very colorful. Aku suka.. Cake tu sedap tapi agak manis, tapi tak kisah la, janji masuk gambar cake tu paling meletop sekali. Aku paling suka pulut angka 4 ni. Kenapa 4? Sebab umur Sammy dah masuk 4 tahun yeayyyyyyy (aku plak excited, Sammy rileks je semalam..ala-ala cool gitu). Skin nanti aku nak tiru buat pulut angka 2 untuk Aqilah la nanti, tapi aku nak mintak dia buh rendang banyak sikit. Ish pagi ni aku bangun, terus teringat pulut tu.  Rupanya sangat colorful, dan ada antara hadirin (korang memang DARAT..korang tahu siapa diri korang hahaha) takut nak makan, katanya nampak pelik! Tapi aku ngap je, sebab SUMPAH SEDAP, rasa macam pulut je, bukan rasa macam color pencil ok! 

Antara muka-muka excited dan letih ketika majlis berlangsung. Tapi tak boleh blah, sebab birthday boy sedap je tidur, tatkala orang lain riuh rendah kat situ..ish ish, penat kemas rumah ke Sammy oiii?

Ha ini lah Sammy, budak yang celebrate birthday dia tu..hehehe..belum sempat nyanyi lagu, dia dah tiup lilin dah, so terpaksa la cari lighter nak lit candle tu..ish ish..rakus!! hehehe

Potong! Potong! Ramai Q tunggu kek nih..hehehe

Marshmellow dip coklat kegemaran MasZuber! Tak payah la cover line cakap Aqilah nak makan, padahal dia yang ngap! Bukan 1-2 cucuk, bercucuk-cucuk, kalah John makan satey! Tart buahan tu pun sedap :) 

Lily oo lily, why so serius meh?? Aqilah pula sibuk tarik aku ajak pegi *candy bar*. Entah berapa banyak dia tibai candy kat situ, aku pun tak tau..nasib baik tak hyper sangat..kus selamat.. Selain candy bar untuk budak-budak, ada jugak Sand Art disediakan hehehe..memang meriah.

Aku tak pasti siapa yang main sand art ni. Aqilah atau MasMZ cikgu tadika nih? Dia pulak excited lebih..hehehe..


Ini pula kanak-kanak riang yang tak sedar diri, suka benar mereka-meraka ini dapat main sand art tu. Maklum la, zaman-zaman dulu benda alah ni mana wujud, main batu seremban ada ler..ye dak geng??

Apa-apa pun, aku nak ucapkan terima kasih bebanyak pada Sammy dan keluarga Sammy, sebab sudi menjemput kami sekeluarga dan geng-geng yang lain untuk memeriahkan majlis yang colorful ni, kenyang makan semalam, semua sedap-sedap. Tahun depan jangan lupa jemput lagi okay.. Hehehe.


Dan kepada rakan baru kami yang baru pertama kali bersua muka..ehem ehem..memang kami semua terkejut beruk..sebab langsung tak sangka, dah la tu, ko nampak lain pakai spec, kalau ko tak pakai spec tu, mungkin aku boleh cam dah hehehe..Apa pun aku yakin, minggu-minggu akan datang, kita pasti bersua muka lagi hehehe..

Dan akhir kata, terima kasih jugak, sebab sudi melepak-lepak dirumah aku selepas majlis birthday Sammy di Bukit Antarabangsa semlam, dan menghabiskan air-air dan kacang kat umah aku..dengan ucapan, aku tak kisah..esok lusa datang la lagi..heheheh..

Sekian..


Sunday, December 4, 2011

Acara Bina Badan

Aktiviti Bina Badan 1: Rak Thai Restaurant - Mid Valley


Hmm selama aku bercawangan di The Gardens ni, memang tak pernah berhajat nak makan di Rak Thai ni, sebab tengok kedai dia memang macam tak tempting langsung. Tapi satu hari dalam bulan September hari tu, masa tengah browse website myDeal, aku ternampak ada kupon Special Thai BBQ Chicken Set + 1 Iced Lime Mint + 1 Tub Tim Krob @ Rak Thai dengan harga cuma RM10.90 je, harga normal dia RM 27.80, so apa lagi, aku beli la 2 kupon, satu untuk Cawan dan aku.

Jadi Rabu hari tu kitorg pegi la makan kat situ, tu pun nyaris-nyaris nak expired dah, kalau aku lewat sehari, confirm la hangus kupon tu.

Ni dekat *entrance* Rak Thai, kalau kedai lain nak letak nama kedai sebesar-besar alam, tapi Rak Thai, hanya ada banner ni jek..memang *humble* gila hehehehe.. Kalau orang tak biasa datang sini, mesti terlepas pandang kedai ni. (Lokasi sebenar: Restoran ni terletak betul-betul kat sebelah Big Apple, jalan underground yang hubungkan Mid Valley dan The Gardens)

Deco restoran ni biasa-biasa je, adalah ciri-ciri Thai tu sikit. Sementara tunggu makanan sampai, snap la apa yang boleh, buat syarat..

Air Lime Mint, memang best, sambil minum lime, boleh kunyah mint sekali, memang terangkat hehehe..

Inilah BBQ set yang dimaksudkan, ada 2 pilihan menu, sama ada nak pilih BBQ set, atau macam ayam percik serai, kitorg amik ayam percik tu, sebab yang tu makan dengan nasi, yang BBQ tu plak makan dengan pulut, macam tak kena gaya jek. Tapi rasa ayam percik Rak Thai ni sedap jugak, adalah ciri-ciri Thai disitu, portion nasi pun banyak, memang puas la makan, selain tu ada jugak macam acar sayur jeruk gitu, aku tak pasti nama apa..


Mango sticky rice ni, aku order berasingan, sebab ni memang feveret aku, tapi sayang seribu kali sayang, indah kabar dari rupa, tak sesedap yang pernah aku makan kat tempat lain. Selama ni selalu beli mango sticky rice yang dekat food court Ipoh Parade, sebab memang sedap, santan berlemak, mangganya setiap kali aku beli MANIS je, dah la kasi mangga sebijik, kadang-kadang sebijik setengah, harga less than RM5 jek...memang berbaloi-baloi!! (haih ni yang rasa nak balik Ipoh nih!!)

Yang ni dessert yang dah include sekali dalam set BBQ tu, tapi tawar hebeh, rupa memang cun, ingatkan mangga dalam tu, tapi nangka rupanya, dah la santan, ala-ala santan dalam kotak, nak kata manis pun tidak, masam pun tak, pahit pun tidak! Memang taste-less la, melainkan korang makan dan kunyah nangka tu, baru ada rasa. So yang ni memang fail to the max!!

Aktiviti Bina Badan 2: Sweetree Restaurant

Aku teringin sangat nak pegi sini, semenjak tengok JJCM kat TV3 dulu, diorg ada makan kat sini, tengok dalam tv memang macam sedap je. Jadi disebabkan aku ada terjumpa kupon murah dari EVERYDAY.COM, yang cuma berharga RM15.90 untuk 2 orang, so aku rembat je la kan. Jadinya Jumaat malam hari tu, dalam hujan dan jem tahap gaban tak hingat, Chawanna redah jugak, macam la takde hari lain kan? Nak tau sebab apa? Sebab kupon tu expired 2 December hari tu jugak, tu pun nyaris aku cek hahahaha!!

Ha masuk je dalam kedai, memang impressed gila tengok decoration dia, memang lain dari yang lain restoran nih.
Banyak bahan bacaan dalam bahasa Korea. Senang citer kedai ni memang bermotifkan korea la..serba serbi!!

Agak creative jugak la decoration dalam ni, owner Sweetree ni memang Korean, dan sangat baik dan ramah, suka aku kalau orang beramah mesra dan baik-baik ni, sejuk atii...

Mungkin tokeh kedai ni minat collect barang-barang miniature, so kebanyakkan deco dalam ni semua mini-mini je, memang comel..

Kapal terbang pun ada!!!

Agak lama jugak kitorg tunggu makanan sampai, penat jugak la turun naik restoran ni nak ambik gambar. Dan akhirnya penantian kitorg berakhir, makanan yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba...

Bibimbap, ni feveret aku! Tengok rupa memang mengancam, tapi bila masuk mulut, memang rasanya tidak sampai ke tahap piawaian aku, macam ada yang kurang je, dan portionnya agak sedikit. Dan aku berani kata, Korean food kat foodcourt the Gardens tu memang the best la setakat ni, yang tu pun owner dia Korean, dia dah kenal sangat muka aku, tiap-tiap minggu duk pekena bibimbap kat dia, tapi memang power la dia punya. Rasa cukup, kalau order bibimbap daging/ayam, memang rasa ayam/daging dia, kuantiti pun banyak, lepas tu dia punya tu freshly made, berkembut-kembut asap keluar time hidang kat customer, sampai nak makan pun kena tunggu kejap, kalau tak memang cedera parah la lidah sebab panas sangat! 

Memang confirm aku kena balas dendam makan bibimbap minggu ni plak!
Cawan punya sup kimchi tuna dan nasi putih, yang ni pun fail jugak, sebab oily, memang jauh beza dari foodcourt the Gardens tu. Yang ni kalau korang makan rasa macam eh kimchi sup ke ni? Kalau kat The Gardens tu, sekali ko hirup, mata ko leh roll ke belakang terus!! hahahah.. Tapi kimchi dia dalam bekas putih tu yang tidak dinafikan memang sedap, nasib baik ada kimchi tu, so dia kira penyelamat la hahaha..

Jangan tak tau, kat Sweetree ni jugak ada masakan melayu, sebabkan adik aku Icam tak reti nak makan makanan korea nih, so dia order nasi putih, kangkung goreng belacan dan ayam paprik, dan surprisingly, SANGAT SEDAP!! Rasa macam makan kat kedai mat-mat kelantan masak, perghhhhhh nasib baik ler..


Emm jadi sesiapa yang nak mencuba makan kat dua tempat ni, boleh la try sendiri, sebab aku nya taste mungkin tak sama dengan korang, aku rasa biasa, mungkin korang kata sedap, kalau nak tau, cuba la sendiri..Akhir kata, selamat mencuba dan makan-makan...


P/s: Hari ni makan McD Prosperity plak, haduih..... confirm aku kena naik penimbang ni, nak kasi peringatan untuk diri sendiri huhuhuh


Thursday, December 1, 2011

Chocolate Cake & Chocolate Sauce by Chawanna

Huh, tajuk cam gempak, Chocolate Cake & Chocolate Sauce by CHAWANNA tuuuuuuu..padahal resepi tiru kat internet jek.. Ada hati mengaku hasil kerja sendiri konon..haha tak pe la, janji kek aku dah jadi...

Ok semalam lepas selesai kerja-kerja office, aku bergegas ajak Cawan pergi shopping barang-barang buat kek. Habis aku heret Aqilah dan Icam sekali, semata-mata kek coklat punya pasal. Selesai saja shopping, balik rumah, bukak tudung semua, terus ke dapur, siapkan bahan-bahan, dan cari segala peralatan untuk buat kek, punya la semangat. Cawan hanya tengok je la. Tapi sayang, masa sibuk dengan segala bahan-bahan tu, camera pulak takde bateri, so terpaksa la charge kejap, jadinya, semua gambar-gambar tepung, telur, apa segala tu, tak dapat la nak dirakamkan. Tau-tau je dah sampai part mengadun/pukul bahan kek sampai naik!

Ni kalau guna tangan ni mau lenguh, dalam resepi tu takde pulak kasi tau berapa lama aku kena pukul kek ni, katanya cuma pukul guna speed perlahan dulu, lepas tu baru pakai yang laju, tapi masanya tak pulak diberitahu, dia cuma kata biar sampai nampak moist! So aku terpaksa la agak-agak sendiri.

Loyang ni aku beli khas malam tadi, semata-mata nak buat kek punya pasal, takde loyang bulat, 4 segi pun jadi la, janji kek aku siap! Masa ni aku tak tau la nak kata adunan kek tu dah kembang ke, sebati ke, memang aku agak-agak je, mata aku tengok macam dah ok, so aku tuang dalam loyang, sedia untuk dibakar. Oven, Cawan dah tolong pre-heat dulu, 180 celcius, dan haruslah kek ni dibakar selama 30-40 minit, (mengikut keadaan). Bila loceng oven tu dah berbunyi, cek la dengan sudu garfu/lidi tengok kek dah masak ke belum, kalau masa tarik keluar garfu/lidi tu ada sisa-sisa kek basah ikut sekali, tu tanda tak masak lagi la, so tambah la lagi masa 5-10 minit (ikut keadaan kek masing-masing), kang hangus tak pasal jek hehehe..

Ok sementara menunggu kek aku masak, aku teruskan aktiviti lewat malam aku tu dengan membuat Chocolate Sauce. Mula-mula aku nak buat icing coklat je, tapi Cawan kata tak mo,dia nak yang ala-ala macam makan kek kat Chillis atau Secret Recipe tu, yang macam cokat Hershey's syrup tu.. So aku pun google la resepi nak buat chocolate sauce tu, kebanyakkannya semua nak guna cream!! Sebabkan aku takde bahan tu, aku terpaksa la search resepi WITHOUT Cream! Nasib baik la ada..

Campurkan semua bahan-bahan dalam periuk, 170 g Chocolate bar (cooking chocolate bar tu), potongkan kecik-kecik supaya senang nak lebur. 170 ml air, 115 g gula (aku taruk 4 sudu je), 2 oz/55g butter, dan 1 sudu/penutup esen vanila. Lepas tu masakan semua bahan tadi atas dapur dengan api perlahan, sampai semua cair. 

Ni part yang paling best sekali, sebab nak tunggu bahan-bahan tadi cair takde la lama sangat, sebab bahan-bahan tu semua dalam room temperature je, so dalam 5-7 minit semua dah cair. Jadi sambil aku kacau-kacau tu, aku agak kehairanan, napa la tak pekat-pekat kan, sebab makan kat kedai diorg buat pekat jek!!! Jadi aku tunggu lagi 10 minit. Time ni Cawan dah kecoh-kecoh gelakkan dan kondem aku, katanya sauce aku tak jadi!! Hee memang memalukan aku betul la kan!! Lepas 10 minit tadi, aku tengok tak jugak pekat! Hadui, aku tak tau nak alter macam mana lagi dah! Sekali Cawan cakap, "u dah baca abis ke instruction resepi tu, cuba u cek balik macam mana nak kasi dia pekat.."

Sooooo aku pun pegi la baca balik dari A-Z...laaaaaaaaaaaaa rupa-rupanya, sauce tu kena sejuk kan dulu baru la dia pekat!!!!!!!!!!!!!!!!!!! zzzzzzzzzzzzz...memang memalukan diri sendiri betul laaa! Nasib aku baca balik, kalau aku buat bodoh sombong, confirm la berjam sampai pagi esok aku duk kacau nak kasi pekat!!

Ha ni la rupa chocolate sauce tu masa baru lepas angkat dari dapur. Macam mana la aku tak sakit jantung tengok color tak dark macam kat kedai!! Hadeh..

Tak lama kemudian, KE-TINGGGGG..oven aku dah berbunyi, so maknanya kek aku dah siap, rupa gelap je, sebab nama pun kek coklat, tapi bau macam harum je. Masa ni dah jam 12.15 malam, Cawan dah masuk tidur.. So aku tanpa buang masa terus potong kek dan buh chocolate sauce tu... Masuk bilik dan kejutkan dia dari tidor, sebab aku nak suruh gak dia rasa kek aku buat, kalau tak aku nak merajuk 3 tahun setengah dengan dia..

Tadaaaaaaaaa..siap dah, tapi sauce masih panas dan cair lagi, aku paksa Cawan duduk, dan suruh dia test tengok sedap ke tak!!! (gila kan main paksa2! hahaha).... Sambil dia merasa dengan mata tertutup, dia kata boleh la tahan, sauce tu ada la rasa macam ala-ala kat kedai, walaupun cair..sejuk kata hati dia, kalau tak rugi je beli bahan-bahan kalau tak sedap!! hahahaha.. 

Malam tadi aku tidur lena, sebab kek aku menjadi, first time weh, kalau tak ada je tak kena hahahah..

Pagi ini...


Ha ni la rupa sauce tu pagi tadi, dah likat dan pekat, dan lagi hitam legam dari malam tadi..pagi tadi semua orang breakfast makan kek coklat aku jek, aku tak kasi makan benda lain! Rugi dan membazir kalau tak habiskan..hahahaha


P/s: Aku lupa nak save page resepi kek coklat tu, nanti aku cari balik dan update, tapi chocolate sauce ada di --> Chocolate Sauce Resepi

Saturday, May 14, 2011

Kegilaan Baru!

Pagi-pagi buta lagi, dah mengigau nak makan kimchi jjigae (kimchi stew). Nak buat sendiri macam terlalu complicated, bukannya apa, nak cari bahan-bahan tu la masalahnya dan ditambah lagi dengan *KESABARAN yang TINGGI* aku huhuhuhu..

Jadi apa option yang ada? Emm beli saja yang ready made je la!! Ada dijual kat Jusco. Rasanya boleh tahan juga. Tak silap dulu kawan Biqque, macam ada jual kimchi, tapi masa tu macam tak heran sangat, sebab tak *hooked* lagi dengan kimchi. So lepas ni kalau dia ada jual, leh la try dia punya plak.. *Biqque, nanti roger2 ok?*


Makan kimchi sambil tengok website tourism Korea..emm bila la kan nak sampai??? 





Sunday, September 13, 2009

From Ukay Perdana to San Francisco

Wahhh hebatkan?? Dari Ukay Perdana ke San Francisco tuh.....Hahahaha... Jangan terkejut, aku masih belum mampu nak ke San Fran nih, jauh dan mahal tuh..insya Allah satu hari nanti, kan Biq kan?? *wink *wink :)

Hari ni berbuka puasa bersama geng Sekupang Forum, memang happening abis la, kalo berbuka sama-sama ni. Pada mulanya, kami memang tak de plan langsung nak makan sini. Dah seminggu Meor buat poll untuk vote tempat berbuka, dan pilihan majoriti adalah Steamboat Yuen di Sunway. Tapi memandangkan tempat tu dah fully booked, dan terlalu jauh nak pegi, akhirnya kami makan makanan Western kat Pizza San Francisco nih. Nasib baik semua setuju, tu pun last minute punya booking. Dalam ada yang yang "busy" tak dapat datang, akhirnya, semua orang muncul, kecuali 1-2 orang. Takpe la, maybe lain kali kot :)
Sampai je sana, tengok ada yang dah sampai, so kami pun order la dulu. Tengok menu cam juling bijik mata, sebab tak tau nak pilih makanan apa, semua nampak menarik je..hehehe..

Setelah berkali-kali belek menu tu, akhirnya baru buat keputusan, aku order Mushroom Chicken, Cawan dan Amier order beef steak. Dan kitorg order Nachos jugak, untuk air, aku dan Amier order Lime Special, tak pasti la apa yang special nye. Cawan pulak order Cold Chocolate.

Ni pun antara menu kegemaran, Meor dan Sharul pun order beef steak nih..Nak Well Done lagi, penyudahnya, diorg berempat dapat makanan paling last :p

Chicken mushroom yang sangat sedap, portion pun besar, tak abis aku makan, last-last aku sedekah kat diorg sikit sorang.

Nachos yang boleh tahan sedap nya!!

Yang ni memang drink of the day la, sedap gile!! Ramai yang order ni, tapi memang superb!! Cukup rase masam dan manis. Sampai Biqque hentak2 meja la nak tunjukkan air lime ni memang hebat! Aku pun siap order sampai 2, nasib la tak sakit perut.

Ni makanan yang diorder Biqque. Tak ingat nama, tp yang pastinya lamb! Sedap jugak..

Meor dan air strawberrynya, air tu pink sangat, very girly la hahaha..

Ni muka kekenyangan, tp muka si suami dia tak termasuk pulak dlm camera, tak tau sapa yang amik nih, yang pasti nya bukan aku weh..heheheh

Aku dan Cawan. Tengah makan pun sempat lagi nak bergambar..tak senonoh betul hehe..

Pasangan suami isteri, Hafiz dan Aida yang happening, tak sangka si Aida ni celoteh bercerita jugak cam aku dan Biqque, layannnn..

Amier dan Cawan control macho. Macam bagus daaa...ceh..

Muka-muka yang kekenyangan dan sibuk bergosip sesama sendiri..

Nizam dan Aini, pasangan yang sedang hangit bercinta, bukan senang nak ajak jumpe dah diorg nih, ni pun tah ape mimpi tiba2 cakap nak join, kalau tak "busy" memanjang je..(korang nk kawen dah ek??)

Macam biasa, kalau dah jumpe tu, memang bersembang tak ingat la, macam-macam cerita kuar..Citer kelako, citer geram, dan gosip-gosip hangit semua ada..Tak puas di Pizza San Francisco, kami sambung ke mamak berdekatan pulak, tapi order air je la..Kali ni kisah rumahtangga masing2 pulak jadi tajuk perbualan...Ya allah, macam-macam pe'el jugak kawan-kawan aku nih, masing-masing ada kisah kelakar untuk dikongsi, aku jugak tidak terkecuali..Gelak cam nak pecah perut kitorg time nih, memang lawak tahap gaban!!!! Jam 12.45 baru kitorg balik, nyaris tak sambung sampai ke sahur..Rasenya pas ni tak de gathering kot, kene tunggu pas raya la pulak, tengok sapa yang mau buat open house..:P

Oh ya, satu lagi yang best kat tempat ni, harga makanan amat berpatutan, dan paling best diorang tak de jual alcohol pun!! Tak macam western food kat tempat lain..