Monday, June 11, 2012

Barcelona: Seharian Bersama Gaudi

Cuaca pagi itu agak mendung, jadi elok sangatlah kalau habiskan masa dengan buat aktiviti indoor saja. Jadi kami ke Casa Battlo yang terletak di Passeig De Gracia, Eixample.

Eixample, merupakan satu kawasan yang mempunyai banyak bangunan modernisma yang dibina sejak dari abad ke 19. Bangunan di sini dihiasi dengan warna warni, architecture yang berbeza dari kebiasan bangunan yang biasa ada di Europe. Dan Gaudi adalah artist modernisma yang paling dikenali di Barcelona.

Casa Battlo, Barcelona

Jom..

Casa Batllo, salah satu bangunan Modernista ciptaan Gaudi yang menjadi tumpuan orang ramai kerana keunikkan senibinanya.

Rumah ini pada mulanya hanyalah rumah biasa saja, tapi selepas dibeli oleh Josep Batllo, iaitu seorang businessman yang berjaya, dan kerana ianya terletak di Passeig De Gracia, satu kawasan yang sangat berprestig dan sangat high class, jadi Battlo telah bercadang untuk membuatkan rumah diorg ni lebih outstanding dari rumah-rumah lain yang ada di kawasan tu, supaya lebih glamer lagi kekdahnya.

So demi merealisasikan impian Batllo untuk mendapatkan rumah yang 'cool' dan hebat ketika waktu itu, dia telah melantik Gaudi untuk revamp balik rumah tu. Kalau ikutkan hati si Batllo tu, dia nak suruh Gaudi bina balik rumah dia dari scratch, siap nak robohkan bagai, tapi Gaudi telah berjaya convincekan client dia, supaya tidak berbuat keje gila tu, dia kata renovate saja sudah heheheh..

Tingkap oval yang luas memudahkan cahaya masuk.

Dinding yang sangat colorful, macam coral dekat dalam laut

Aqilah tengah beratur nak beli tiket masuk. Harga tiket EU 18.50. 

Design unik di tangga dan ceiling di dalam Casa Batllo.

Ceiling di Casa Batllo ni berinspirasikan dalam laut. Designnya ceilingnya berombak, dan tingkap-tingkap nya pula mengunakan kaca berwarna warni, macam bubbles dalam laut.

Setiap ciptaan di Casa Batllo, semua ada tujuan tersendiri. Handle tingkap ni dibuat secara ergonomically, bagi memudahkan orang nak pegang handle dan buka tingkap tu dan sangat sesuai dengan design tingkap nya yang berbentuk oval tu. 


Colorful tiles ni pun salah satu dekorasi oleh Gaudi. 

Yang ni central light well. Juga diinspirasikan oleh laut. Translucent, untuk memudahkan pergerakkan cahaya di dalam rumah tu. Gaudi memang mementingkan pencahayaan dan pengudaraan semulajadi. Jadi memang tak hairan la kalau design dia nampak pelik, tapi ada purposenya sendiri kan. Aku pun sama macam Gaudi bab-bab pengudaraan ni (eh perasan pulak hehehe), memang sangat mementingkan pengudaraan keluar masuk rumah aku. Aku tak leh duduk dekat rumah yang tingkap dan pintu tertutup 24 jam, suffocate ko! Rasa macam tak cukup oksigen..

Di catenary arches.. Aqilah pun sibuklah nak bergambar.. 

Aqilah berada di rooftop Casa Batllo, tapi cuaca mendung, so rooftop yang colorful tu jadi tak memberangsangkan sangat, sebab takde matahari. Heh budak ni, bukan main suka lagi dia datang sini, tak reti nak duk diam, abis dia 'explore'

Tips untuk yang nak datang ke sini, tiket boleh dibeli online, kalau nak beli kat kaunter pun boleh, tapi make sure datang pagi, kalau tak queue panjang! Ok, selain Casa Batllo, ada lagi casa lain yang boleh dilawati, antaranya Casa Mila, Casa Amatller, Casa Lleo Morera dan macam-macam lagi la. So kalau nak cuba yang lain pun apa salahnya.

Parc Guell, Barcelona

Sebabkan hari ni dah prepare lunch siap-siap, so kitorg takde la balik ke rumah or nak cari-cari makan. Jadi kami terus ke Parc Guell.

Nak pergi ke sini agak azab sikit bagi yang nak menaiki metro. Kena berhenti di station Lesseps, dan lepas tu kena menapak lagi dalam 20 minit berjalan kaki DAN KENA MENDAKI BUKIT YANG SANGAT STEEP! Macam Baldwin street kat Dunedin NZ dulu! korang ingat tak? ala yang kat sini tu --> Baldwin St, NZ. Tapi yang dekat Dunedin tu, takde la drama sangat, sebab aku main tipu, tak panjat pun, cuma tengok dari bawah je huhuhu..

Tak larat nak tolak stroller. Tu pun nasib baik half way diorg letak escalator. Mengigil kepala lutut hahahah. Masa ni aku rasa menyesal plak nak pegi sini!

Setelah puas bermandi peluh menolak stroller daki bukit, plus menolak stroller atas jalan tak bertar! Eiiii hampeh laaa..memang aku takde mood..sehingga la ternampak benda ni dari jauhhhhhhhhh

So dari atas bukit dekat entrace masuk tadi yang berdebu-debu tu, dah boleh nampak Sagrada Familia..at least dapat jugak aku tengok dia dari angle lain. Nampak macam dekat..tapi takde la dekat sangat.. Nampak tak yang background biru kat belakang tu..tu laut.. Ok mood aku dah mula datang balik, kalau tak tadi macam nak marah-marah, dan rasa menyesal jek! hehehe

Bila toleh sebelah kanan, nampak La Rambla pula. Memang senang nak spotted La Rambla, sebab deretan pokok-pokok tu adalah identity dia..walahhhhh..sekarang kadar sesalan aku dah makin menurun. Tapi aku still tak puas hati, sebab aku masih tak jumpa pun semua taman-taman yang ada cicak besar colorful semua tu!

Bila tengok signboard, semua dalam spanish. Argh..bila tengok kiri dan kanan, tak tau nak teka ikut jalan mana yang betul. Dikala ketika dan saat tu, aku cuma nak cepat je, sebab penat satu hal, satu lagi sebab nak pegi shopping hehehehe. 

So kitorg cuma berserah pada takdir je la, dengan harapan, jalan yang kami pilih itu betul menuju ke tempat yang kami nak tuju.. #dramanya!!

Masa mula turun bukit tu, kami dah mula nampak taman yang banyak bunga-bunga warna purple..emm cantik.. harapnya betul la apa yang mata aku lihat ni...

Hmm dah puas berjalan dalam debu tadi, akhirnya sampai juga kami di taman kat bawah tu..dan betul la ada banyak bunga warna purple kat situ..hehehe tak sia-sia..cantik plak tu.. 

Kalau pagi tadi mendung, petang ni dah cerah..so memang lagi cantik la kan..hijau biru dan purple..suka! suka! suka!

Oh lupa plak nak cerita pasal Parc Guell ni. Taman ni sebenarnya terletak di kawasan perumahan, dan taman ini sendiri adalah kawasan perumahan yang terbengkalai. So entah macam mana, dari kawasan terbengkalai, akhirnya dibina taman yang cantik ni. Ada beberapa koleksi ciptaan Gaudi ditempatkan di sini.

Colonnaded footpath namanya. Korang penah tengok tak America's Next Top Model cycle 7 tu. Haa diorg buat last runway yang final tu kat sini ler..ingat tak? heheheh..cer pegi google tengok..ada kan? kan?

Ni adalah bangunan dekat belah entrance kat bawah. Aku tak tau nama dia apa.

Ni pun sama, tak tau apa benda..pintu untuk orang terjun kot? sebab takde tangga pun hehehe..hmm memang luar biasa la Gaudi ni punya pemikiran..


Mosaic tiles di ceiling..

Bila tengok bangunan ni, terasa macam kat fantasyland gitu..kat tempat lain memang takde la kan bangunan-bangunan pelik macam ni.

Gaudi dan tiles tidak dapat dipisahkan..colorful plak tu..memang meriah..pandai kau Gaudi!



Main terrace yang menjadi tempat lepak visitor yang datang melawat..



Kedai souvenir yang menjual segala cenderamata berkaitan Gaudi..

Cicak Gaudi yang famous..eh cicak ke? ada yang kata dragon..emmm apa-apa je la.. Budak-budak ni sebenarnya ikut rombongan sekolah, agaknya time ni diorg nak balik dah kot. So cikgu dia punya la riuh memaksa budak-budak ni bergambar kat cicak ni. Ko bayangkan budak remaja besar-besar ni, ingat senang nak dengar kata??? Jenuh cikgu tu terjerit-jerit pangil sorang ni, sorang ni lari, pangil yang situ, sorang ni ke lain..ish..aku tengok pun tension, last-last aku jugak yang tak sempat nak bergambar kat sini! Sebab time tu tiba-tiba je mendung dan hujan renyai-renyai! ishhhh

So puas la berjalan satu taman, dari atas ke bawah..dan sekarang masa untuk balik. Bila mengingatkan azab nak datang ke sini tadi, aku terus cakap kat Cawan nak naik taxi je, aku tak kisah la bapa pun kena bayar! Jenuh la Cawan memujuk, jom kite ikut jalan lain pulak, jangan ikut jalan tadi..aku tak nak jugak!! #drama lagi time ni!.. Last-last Cawan cakap 'u nak shopping kan? kalau u dah spend 20-30 euro kat taxi, kang susut la duit shopping' sambil senyum-senyum angkat kening.. Hmm betul jugak kata Cawan tu..20-30 euro bukan sikit tu.. so berjalan kaki la kami balik ke metro, tapi ikut jalan lain yang lagi mudah, tak payah nak turun bukit ke apa ke!! memang sial betul la signboard kat metro tadi tu, aku sumpah signboard tu kena langgar lori biar terpelanting ke tempat lain huhuhu.. Sebagai deal, dapat la aku makan eskrem dan chips on the way nak ke metro dibelanja Cawan huhuhuhu.. (senangkan nak pancing aku? eskrem pun jalan hahahaha)

Info: Masuk ke Parc Guell, percuma je, waktu operasi dari 10 AM - 21.00 AM. Kalau nak pergi sini, make sure allocate half day la, sebab leh tahan besar juga tempat ni. 


Ok berikutnya, kami terus pegi shopping souvenir di La Rambla, dan beberapa kedai lain kat situ, ZARA, H&M dan yang seangkatan dengannya, tapi semuanya untuk Aqilah... dan malam ni kena balik awal sikit, sebab nak kemas beg, esok nak ke destinasi berikutnya pula..tunggu okehhhh..



30 comments:

Danny / John said...

am i first! hehehe...hahah.

aku dah kat ofis. cantiknyaaa sume gmbr2! nak like 1000x je. sbb 1001 dah timbul perasaan riak. haha. wallaweyy! escalator tu takde bumbung ke? kalo hujan takde kene renjatan elektrik?

adoyaii comelnya aqilah! cheeky giler dlm gmbr. bila org dtg umah masam jek. kekeke. sila baca komen ni bila aqilah dah pandai baca!

gmbr yg umah macam fantasyland tu aku pun suka!!! comel gilerrr!

Janggel said...

Subhanallah...sungguh indah Ciptaan Allah yang mengurniakan otak dan akal fikiran sebrilliant gaudi tu. Bersyukurlah sebab benda2 macam ni masih disimpan dan dapat dilihat oleh mahluk sekelian alam. Walaupun aku tak dapat ke sana, tapi melihat di blog ko seumpama satu rahmat yang tak terhingga. Terima kasih di atas perkongsian ini.

Saya suka rumah gaudi tu!

f i d a j a c o b said...

Tiba-tiba terbayangkan castle rapunzel bila ada macam tempat orang nak terjun and menara tuh! so cantik! dgn colourful tiles semua tu. Hmmm

Building kat Europe memang semua sepesen je kan.. tp yg ni lain sikitt... cerah sikit mata nengok nya.. kalau tak sama sajork. haha

BlueEwoke said...

Danny: Escalator tu memang xde bumbung..aku pun tak terpikir kalau time ujan cam mana kan..confirm aku tak naik kot, xpasai2 mati keras atas tu hahaha. Rumah tu comel kan, best kalau main pondok2 hehehe..memang kelassss

Janggel: Itu la..otak Gaudi yg genius tu dtg dari DIA jugak, so tak salah kalau kite teruja melihat benda2 yg tiada kaitan dgn islamic, asalkan berpada2 ye dak?? Apsal ayat ko skema semacam sgt ni?? Rahmat la..perkongsian la..cittt hahahah

Fida: Memang betul, kt europe bangunan dia lebih kurang je, cuma ada lah kot beberapa negara yg lain sikit architecturenye cam kat Holland tu..so takde la bosan sgt kan heheheh

Danny / John said...

bertabahlah demi keriangan berganda-ganda!

Biqque said...

gaudi ni mmg nak menghazabkan orang yg membina kan? dia reka, tapi yg susuh tiles kecik2 tu mampos letih badan berpinau bijik mata hahahaha!

haih, takat pujuk ngan eskrem jer? jln kaki lak tu. bosia pun dapat makan nasik ayam ngan bonceng moto tauuuu hahahahaha!

BlueEwoke said...

Danny: Amboi koooo banyak masa? bos takde ke??

Biqque: Itu la..agaknya ada allowance utk optical kot utk pekerja2 bawahan dia dulu heheheh..
Pujuk ngn eskrem je la, tak kan nk kasi ferrari sebijik kot... hahahah

Almiraz said...

Na,

Dapat jugak Na amik gambar Sagrada secara full...hehe...really gambar2 yang sangat cantik...

Lepas ni Na gi Russia pulak k?, wakil kitorang pembaca suma amik gambar building dia yg colouful tu yang arkitek dia kena korek mata lepas bina tuh..(tak ingat lak nama apa)...i like this entry!

Iza Hyun J @ paE said...

curik tulang jap. skodeng blog.. Waa santek2 sume gambar ko... termasukla anak korang y comel tu..

Negara dorang x banyak ujan kot. So klu escalator tu berpenabat baik punyer kompom x kene renjatan electric. Hehehehe

abbazsmakl@gmail.com said...

salam

@chawanna - dlm byk2 post kat atas yg plg best yg ade S**L tu! WAHAHAHAHAHAHA...btw sape gaudi tu? hahaha

cntik weh bangunanan2 tu. n nape g casa battlo tu je? casa2 lain nape xg? =D

BlueEwoke said...

Almiraz: Ha a..dpt gak tgk dr angle lain..tak dijangka langsung. Pegi Russia tu salah satu idaman jugak, insya Allah satu hari nanti sampai la kami :)

Iza: Hahahaha bagus sgt la teori ko tu hahaha

Abbaz: Salam. Hahahaha aku geram sgt, tak leh tahan nk maki!! Casa Batllo tu aku spend dekat 2-3 jam gak, so tak sempat la nk kejar casa2 yg lain, parc guell je dh half day.. lagi pun kena choose 1 je, sebab casa2 lain pun berbayar hehehe..

fatt said...

aku harap tempias2 europe sampai ke aku lepas ni. hahaha....mode jeles peringkat ke-80....urut dada

Lily Riani said...

lain entrance lar weiii.... i masuk main dia yg ada iguana tuh. hehehhe..... maka, anda harus naik HOHO untuk menyenangkan urusan. hehehhe...

i dok kat bumbung umah gaudi lama giler.

apa kata kite pecah pinggan mangkuk kat umah and start tempek satu persatu. bila dah mati, sure pemes. ehheheh... untung2 dpt pangkat datuk ke, tansri ke etc.

chup! kim salam i kat tony dak?

BlueEwoke said...

Fatt: Mengikut firasat aku, ko insya Allah akan sampai ke Europe dlm masa terdekat nih..paling lewat pun thn dpan! hehehhe..

Lily: Ha a lain entrance. Menarik gak idea u nk pecahkan pinggan..tp i kene beli pingan warna warni dulu le, kt umah i semua putih je..kuang kuang kuang..
Tony mana yg nk dikirimkan salam tu? :p

CT said...

Huh! Cantik2nya picture nih...:)

masMZ said...

Tiba-tiba saya pun perasan macam gaudi.... air circulation.... lemas tengok tutup sana tutup sini...

Sagrada Familia tu kelihatan sungguh gagah cam raksasa mould yang tiba-tiba muncul di tengah-tengah bandar..

Rasa nak tepuk2 bahu Gaudi ~Bravo. Brovo... Gud job! Brilliant!

abbazsmakl@gmail.com said...

@chawanna - hahaha..tu mmg btol maki tahap gaban tu. haha. owh mesti hebat casa battlo nih smpi berjam2 spend kat situ. tp mg sgt unik n menarik. eh, yg lain pn kene byr eh? xde integrated ticket ke? byr skali blh masuk semua? hehe.

aish, nih mmg dah kene masuk itinerary lak barcelona neh. mengancam btol. hahaha

BlueEwoke said...

CT: Terima kasih :)

Masmz: ha a..mau tak lemas..aku memang rasa mcm sesak nafas.. ko nye imagination melampaui batas betul..siap raksasa bagai hahha..kalah Sammy!

Abbaz: Casa Batllo antara casa2 yg lawa antara semua2 casa yg ada, sb tu aku pilih ni. Sekurang2nye 2-3 jam gak kt sini, kalau nk pusing satu bangunan. Intergrated ticket aku tak ingat, sb aku memang tak beli. Tapi try tgk kt sini http://www.barcelona-tourist-guide.com/en/products/barcelona-card.html

abbazsmakl@gmail.com said...

@chawanna - tq for the link! korng gune card tu ke? unlimited transport tu kot. =D owh plg lawa eh? study xabes lg nih. hahah..fuh..mcm berhari2 plak korng kat barca nih. hahaha..

but for me barca seems art2 ni mmg berbaloi lah utk dilihat kan? korng x masuk eh museum2 tu? i kalo g europe museum2 tu antara yg wajib kot. haha

Azizan Zolkipli said...

ohhhh senibina kat sana, sangat menjadi 'casa impian'ku ...

indah nian ...

Orga said...

lepas tengok pic korang y cun tahap gaban,terus aku survey tiket utk next yr trip.haha..return tiket ke europe or nz zealand,-+3k,ok x?ke ada promo y lg murah?mcm korg y dh pg 2-2 tempat,better pg y mn dulu?ehh..pjgla pulak komen aku ni..

Ely Hasrul said...

byk kali aku tgk entry nih tp aku stress xnyempat nk komen. tp qilah comel

BlueEwoke said...

Abbaz: Aku tak guna kad tu pun, aku beli daily metro pass. Museum kat Barca aku tak masuk, xde yg menarik minat aku, mungkin sb aku tak pandai menghargai arts tu semua.. ko pegi la try mana2 museum diorg, mungkin berbaloi kot..

Azizan: Boleh buat umah sendiri design cam ni heheheh

Orga: Hahaha ko tak leh la nk compare NZ atau EU, ternyata, 2-2 sangat berbeza. -+3k utk NZ/EU memang standard price la kalau takde promo, kalau promo pun murah sikit je.. Aku takleh nk recommend mana satu, sb memang dua2 wajib pergi..cumanye currency NZ lagi murah la dr Euro heheheh

Ely Hasrul: Aqilah je la yg comel nye hahahah

abbazsmakl@gmail.com said...

@chawanna - owh ok. kita ni kalo jmpe muzium blh dok dlm tu n belek 1,1 ag haha.. jenuh wife n adik2 tunggu ms g korea aritu. hahaha...

btw kene qilah rambut bertoncet tu mmg cute. hahaha..

BlueEwoke said...

Abbaz: Bagus la kalau ko suka masuk museum..aku tak, hanya yg aku minat nk tgk je baru aku pegi masuk.. Wife ko memang kena bertabah byk2 la dengan minat ko nih..

Aqilah kim salam hahaha

abbazsmakl@gmail.com said...

@chawanna - mmg kene bertabah ok. hahaha...wow! baby retis kem salam ok! hahahaa

waalaukumussalam qilah! =D

Aspen @ MyLovelicious said...

Cantiknye......cantiknye....eee...cantik....bertuah badan dapat ke sana...hu3x akak nak ikut!!!

BlueEwoke said...

Abbaz: :))

Aspen: pegi laaaaa.. :)

Anonymous said...

hye BlueEwoke,

Boleh dpt email add u x nak tny pasal swiss sket.. thanks ya

Dyna

BlueEwoke said...

Salam Dyna, email i kt nazirahmatali@gmail.com :)