Monday, March 12, 2012

Kyoto: Jatuh Cinta Pandang Pertama

Entry ini adalah sambungan dari entry ini --> Kansai: Misi Ke Jepun Jadi Kenyataan

Lebih kurang jam 1 tengahari, kami keluar dari bilik dan terus menuju bas stop yang terletak betul-betul di hadapan 7eleven. Jarak bus stop (Kawaramachi Sanjo) dari hotel cuma 1 minit berjalan! Sebenarnya kami tak tau pun situ ada bas stop, reception dekat hotel tu yang bagitau kekekeke..

Sedang aku mengeluarkan map city bus Kyoto untuk melihat bus nombor berapa hendak menuju ke Ginkaku-ji, tiba-tiba aku disapa oleh makcik dalam gambar dibawah ni. Dia tanya nak ke mana?? (in japanese, bukan bahasa melayu) Aku cuma menunjukkan Ginkaku-ji di dalam peta, terus dia... "aaa ano...$%^&*$% anooo (dengan sedaya upaya dia cube menerangkan dekat aku) anoo ^&*(&^%$..bus number 17.. Aku pun hait! hait! arigato! (sebab tak tau nak cakap apa dah! sambil melemparkan senyuman terbaik aku hahahaha)


Aqilah gigih menunggu bus di Kyoto! Di KL belum tentu!! ngeh ngeh ngeh

Perjalanan menaiki bas ke Ginkaku-ji dari bus stop di hadapan hotel kami cuma mengambil masa selama 15 minit saja. Di dalam bas, ada disediakan electronic board yang memberitahu korang next station bus yang korang naiki akan stop. So memang takde masalah langsung! 

Kami berhenti di station Ginkakuji-michi. Berbekalkan peta city bus, memang la kami langsung takde hala tuju. Sebenarnya map city Kyoto aku tak bawah pun hari tu. Dilihat kiri, dilihat kanan, arghhh aku tak boleh mengagak, mana satu aku nak pergi, sebab signboard semua dalam Nihon! Last-last aku cuma follow crowd yang masing-masing menuju ke kiri jalan. Sampai simpang, aku sengih, dan tunjuk Ginkakuji, budak tu sengih jugak balik kat aku, sambil tunjuk suh cross jalan. 

Ok dah jumpa signboard! Ginkaku-ji temple & Tetsugaku no michi (The Philosopher's Walk)

Lega sebab kami dilaluan yang betul. So aktiviti berjalan kaki diteruskan. Sepanjang jalan, ada banyak teksi menunggu, so if korang malas nak jalan kaki, naik la teksi (tak berbaloi pun sebab walking distancenya dekat benor). 

Opsss..posing dulu. Aqilah time ni macam meragam sikit, sebab dia nak tidur, tapi aku dan Cawan kejam, bawak dia turun naik bas, siap suh jalan kaki lagi..ish ish.. bukannya apa,ni semua untuk train dia jadi travelholic berjaya, mesti la kena kental!!

Hmm kalau nak merasa naik benda alah ni pun ok gak. Tapi pastikan berat korang tu sedap-sedap la tukang tarik beca tu nak tarik, jangan menyeksa dia plak!! hehehehe

Jarak berjalan kaki dari bus stop Ginkaku-ji michi ke Ginkaku-ji temple tadi lebih kurang 600 meter. Dan sepanjang jalan tu, akan terjumpa rumah-rumah orang, dan kedai-kedai yang menjual bermacam-macam jenis souvenirs.

Bumbung rumah traditional di Kyoto

Aqilah mintak upah ice cream, dia tak nak berganjak dari sini, sebab taksub tengok patung tu pegang ice cream besar! Dan dia tertanya-tanya, napa mummy tak nak beli ice-cream besar tu untuk dia hehehe (agaknya la kan)

Kedai souvenir lagi..boleh rambang mata!

Jalan menuju ke Ginkaku-ji temple sedikit mendaki. Jadi terasa letih tu ada la sikit. Aqilah pun boleh buat, inikan korang..

Ha rambang mata kan? Tapi sabor je la melihatkan harga-harganya..kalau nak beli, sila jangan pikir 12 kali, sebab confirm tak kan beli lalalala

Harga tshirt average di sana lebih kurang 1000-1200 Yen. Kalau convert ke RM adalah lebih kurang RM 40 (cincai kira)

Ginkaku-ji Temple (Silver Pavillion)


Akhirnya, kami tiba jua kami di Ginkaku-ji temple ni selepas puas mencuci mata disepanjang jalan tadi. Tiket masuk ke sini ialah 500Yen untuk dewasa. Kanak-kanak below 5, FOC! Ginkakuji ni telah dinobatkan sebagai The World Cultural Heritage Site oleh UNESCO.


Plan asalnya aku tak nak datang sini, tapi bila dah baca sangat review di Trip Advisor, dan bermacam-macam forum. Aku rasa macam wajib pergi, sebab rata-rata cakap kat sini cantik. So aku pun tak nak melepaskan peluang yang ada, dah alang-alang datang tu, aku pergi je la.

Kami disambut dengan view yang nyaman dan tenang seperti ini! Sungguh menakjubkan, ditambah lagi dengan cuaca yang sangat baik, semuanya nampak perfect di sini, di kala itu..cewahhhh..

Tada..inilah rupa Ginkaku-ji temple atau dalam bahasa inggerisnya Silver Pavillion. Kannon hall itulah main temple Ginkaku-ji. Temple ni mula dibina sejak 1482. Tujuan temple ni dibuat adalah sebagai tempat rehat Shogun iaitu macam ketua tentera/pemerintah diorg (lebih kurang la maksudnya tu)

Kalau tengok dalam gambar mungkin tak feel sangat, tapi semasa aku di sana, tidak dinafikan aku rasa best dan segar je (mungkinkah cuaca sejuk ketika itu? hehehe). Taman dia memang cantik. Terasalah ZEN nya itu.

Ada pond kecil, dan relection pokok-pokok dalam tu. Airnya sungguh tenang, teringat Lake Matheson di NZ dulu!

Dekorasi Zen garden yang terdapat dalam kawasan ni. Sungguh pelik rupanya, sebab semua deko tu dibuat dengan batu. Gigih betul tukang buat tu susun batu-batu pasir halus tu jadi bentuk macam tu..

Sesiapa yang berhajat nak berdoa apa-apa tu, boleh la beli stick ni, dan mintak doa macam-macam (not applicable for muslim la yek, kalo buat jugak, dah jadi lain plak nanti hehehe, sendiri mau ingat!)


Gigih..tu je aku boleh cakap! Tapi memang creative..


Aku pun nak bergambar juge..bukan selalu masuk frame pun kekeke



Ginkaku-ji view dari atas pulak.. Mesti pelikkan, napa kata Silver pavillion, padahal satu apa pun takde yang silver disini! 

On the way turun dari tempat view temple tu tadi, ada banyak moss (lumut) yang memang senjaga dipelihara, untuk mencantikkan dan meng'Zen'kan lagi kawasan tu. Nak masuk Kokodera macam mahal sangat, dekat 3000yen, dah la kena buat appoitment plak tu, so layan moss garden kat sini je la.


Kemas je rupa moss ni semua, sejuk mata memandang..cewahhh

Aqilah tadi yang merengek nak tidur, terus berlari keriangan, mungkin suka kot duduk dalam taman lawa macam ni??

Kawasan temple ni tak luas mana pun, dalam 2 jam pusing, dah boleh settle. 

Puas hati dengan apa yang kami tengok, tanpa membuang masa, kami terus ke luar, dan mencari jalan untuk meneruskan agenda hari itu. Ke Philosepher's Walk yang terletak entah berapa jauh, aku pun tak pasti waktu tu. Follow je la signboard yang ada.

Mengintai kedai souvenir ke??

Sambil-sambil keluar tu, sempat la membeli sebarang dua souviner untuk bekalan di hari mendatang, kang nyesal plak, nak repeat bukan senang kan!


Tetsugaku-no-michi (Philosopher's Walk)


Tidak jauh dari Ginkaku-ji kami menuju ke Philospher's Walk. Sebenarnya ini adalah laluan pejalan kaki, dan sangat cantik ketika musim bunga (sakura). Waktu aku lalu disini, semua tingal ranting-ranting je, sebab musim sejuk lagi, baru nak masuk spring. Bertabah je la..


Mat salleh ni pun sejuk jugak ke? hehehe ingatkan kitorg yang overst kesejukkan!

Dalam ada pokok-pokok yang togel, ada jugak la 2-3 batang pokok yang berbuah macam ni, tapi tak tau la pokok apa, paling outstanding antara banyak-banyak yang ada di situ.

Sepanjang jalan di sini, banyak kelihatan kedai-kedai souviner yang rata-ratanya semua menjual souviner yang ada unsur kucing. Diorg ni memang fanatik kucing ke??
Tak sangka rupa-rupanya kami dah berjalan sejauh 1.8 KM dari Ginkaku-ji tadi. Gigih kooooo

Meowwww meoww.. Ada satu tempat di Philospher's walk tu, ada tempat lepak kucing, Aqilah dan Cawan dah macam orang gila, meow sana, meow sini. Aku tengok dari jauh je la hehehe. Gemuk-gemuk plak tu diorg nih, makan tuna dan salmon selalu kot!

Antara lorong-lorong rumah penduduk di Kyoto yang kami lalui ketika melalui Philospher's Walk tu. Semuanya masih traditional lagi. Teringat pulak citer Oshin (if korang tau la citer tu, aku tengok zaman-zaman sekolah rendah citer nih hehehehe)


Bumbung tiles yang berat tu la salah satu sebab kenapa ramai yang mati tersepit ketika gempa bumi di Kobe dulu, sebab berat bebenor ha, padahal dinding rumah kayu jek (kata National Geographic ler..bukan aku hehehe)

Setiba kami dipenghujung jalan Philospher's Walk, kami berhenti sekejap. Tertanya-tanya sama ada nak terus berjalan kaki sampai ke Higashima atau naik bas saja. Nak jalan jauh lagi ni. Kalau ikut Kyoto Walking Guide tu, dia suggest jalan, tapi kalau mengikutkan stamina aku dikala itu, ditambah pula dengan cuaca yang makin sejuk dan dah nak senja, aku opt for naik bas saja la, alang-alang dah ada bus pass tu kan! 

Station bus yang terdapat di kawasan tu ialah Okazaki-michi. Sebenarnya ada Eikan-do dan Nanzenji temple berdekatan dengan penghujung Philospher's Walk tu, tapi sebabkan kami tak teringin nak masuk, kitorg skip je la terus. 

Menaiki bus nombor 100 dari Okazaki-michi, kami terus menuju ke Gion, untuk ke Yasaka Shrine. Naik bas adalah dalam 7-8 minit je.. TAPI, walaupun jaraknya dekat, harga tambang city bus di Kyoto adalah flat fare, iaitu 220Yen untuk dewasa dan 110Yen untuk kanak-kanak! So gunakanlah city bus pass yang korang ada sebaik mungkin, 3-4 kali turun naik bas, dah dekat 800-900Yen, harga pass 1 hari baru 500Yen..untung kan???

Rupa dalam city bus Kyoto. Kalau rasa benggap sangat tak paham English atau Japanese, tanya je terus nama station kat penumpang dalam bus tu, ATAUPUN tanya terus kat driver bus tu..insya Allah korang selamat okay!!

Turun je di station Gion, tak perlu susah-susah cari Yasaka Shrine ni, sebab dia betul-betul seberang jalan jek. Waktu ni dah pukul 4 lebih. Sunset dalam kul 5.40 petang.

Ada apa sini? Takda apa, cuma saja nak melawat, sebab free, dan mengikut kata buku Kyoto Walk yang aku rembat di Matta Fair tahun lepas, kat sini cantik waktu malam. So aku pegi memang untuk tujuan bergambar-gambar saja la..

Banyak lantern jenis kertas di sini..semuanya terang bercahaya..

Plum nya takde lagi, tingal dahan togel saja..backdrop kat belakang dah cun dah...ranting pun ranting ler..hehehe

Walaupun dalam tu takde apa sangat, gigih jugak kitorg meronda, tengok itu ini, sorang ke kanan, sorang ke kiri, maklum la, masing-masing berlawan nak amik gambar hahahaha.. Aqilah dah start buat perangai, aku pun taktau la apa dia nak. Dia suka benor main kutip-kutip batu kat Yasaka Shrine tu, pastu baling-baling, pastu nangis-nangis..ish motif?? Bila aku dekat je dengan dia, ada bau busuk, ish apa pulak la ni kan..sekali rupa-rupanya dia be***..ler patut la tak senang! Ok terpaksa cari toilet plak, tapi sayangnya, takde baby room! dan toilet kat shrine tu jenis bertinggung!! oh nooooooooooooo..lagi la aku seram..

Kalau ikut plan, nak ronda terus ke Gion, tapi disebabkan Aqilah be***, kitorg tukar plan balik ke Kyoto station, dan jalan-jalan dalam shopping complex dalam tu, sebab Cawan nak cari toys dia, dan nak cari makanan apa yang patut boleh dibuat bekal untuk malam ni. 

Sedang menunggu bus di station Gion. Bus di sini semua accurate, jadual bus pun ada disertakan di tempat menunggu, serta nombor bus mana yang akan sampai, dan route mana yang akan dilalui. Bagus kan?

Dari Gion menuju ke Kyoto Station lebih kurang 10 minit saja, memang boleh sangat nak berjalan kaki, tapi aku tak sanggup, sebab sejuk. Kitorg memang tak sabar-sabar nak masuk dalam bangunan, sebab dalam bangunan ada heater, baru sedap..

Berhadapan dengan Kyoto Station, ada Kyoto Tower, jalan kaki je kot leh sampai, maybe dalam 5-10minit berjalan. Tapi aku tak pegi pun, amik gambar dari jauh sudah. Waktu ketika ni baru lebih kurang 7 malam.

Keadaan di Kyoto station yang sibuk. Kyoto Station merupakan main hub untuk transportation di seluruh Kyoto. Shinkansen juga ada berhenti di station Kyoto ni (tak semua station shinkansen tu berhenti).

Untuk yang nak buat day trip ke Kyoto dan nak tingalkan harta karun korang, boleh la menyewa locker yang terdapat di hadapan main entrance Kyoto Station ni. Locker yang besar berharga 600Yen, yang kecil tak silap aku 400Yen.

Dah selesai urusan Aqilah, kami masuk ke Isetan, dan terus menuju ke bahagian Toys. Aku sempat jugak menjeling-jeling bahagian pakaian kanak-kanak, kot-kot la ada yang menarik, tapi hampeh, semua price starting 1000Yen! padahal tu discount tu..cer without discount, confirm pengsan nak tengok rege nya..

Nampaknya hari ni, hari bertuah Cawan, first hunting dah terus dapat hasil! Aku cemburu!! cissss.

Kami turun ke food market di tingkat bawah Isetan selepas Cawan membayar mainan dia, tapi sayang seribu kali sayang, sebab dalam tu semua makanan yang tak berapa kena taste aku (makanan jepun yang pelik) dan banyak sangat jenis cake, yang satu slice harge 400Yen!!! Ko gileeee ke hapa, tapi rupanya sangat attractive, yang nak makan pun rasa sayang je. 

Aku rasa Japanese ni memang perfectionist kot! Imagine segala tiny2 detail kat kek tu cantik je hiasannya, halus mulus..patut la mahai agaknya.. 

Kecewa kerana tiada bakery yang bersesuaian dengan citarasa kami, terus tanpa membuang masa, kami tunggu bus di hadapan Kyoto station untuk balik ke hotel, sebab dekat sebelah hotel tu ada kedai roti dan 7 Eleven, harap-harap bukak la lagi.. Kami menaiki bus 205 dari Kyoto Station dan turun di Kawaramachi Station. Hmm nampak gayanya esok kena alter sikit la agenda kami, sebab hari ni tak dapat nak pusing Gion lagik.. 

Apa pun hari ni kitorg berpuas hati kerana dapat cover beberapa tempat utama yang nak dilawati, Ginkaku-ji, Philospher's Walk, dan Yasaka Shrine, dan sungguh tidak sangka rupanya mudah nak pusing-pusing dalam Kyoto dengan hanya menaiki bus! 

25 comments:

TottyMatAli said...

aiii lawa baju cik qilahhh haaaa

BlueEwoke said...

Biasa la rm90 haaaa..dia mintak yg tu..hehehe

shah_rule said...

comei nye aqilah.. patut belikan die handbag, nampak cam wanita berkerjaye terus.. haha camera die mane?

yg part sourvenier tuh gigih aku siap keluarkan converter.. mmg rambang mata.. aku suka la view kt park tuh, classic sangat..! haha kalau part modern mmg modern btol.. hish bila la nak sampai jepun pulak!!!

*first dari john ngan jangel sbb deorang takde. hehe

Biqque said...

aaaaaaaaaaaaaaaaa aqilah comel! aqilah comel! AND COVER COAT KORANG DUA2 CUN!!! SAYA JELESSSSSSSSSSSS!!!

na, cantek la gambarrrrrrrr! sumpah suka gambar batang kayu ada moss tu dengan lantern!

if autumn, mesti dah mcm korea aritu :D tapi mana ceri/plum/sakura???

pasal benda tiny miny tu mmg, i penah tgk diorang main masak2 guna cam serbuk bancuh, buat bentuk macam2, kaler2, bleh???

kucing tu duk dalam bakul??? geramnyerrrrrrrrrrrrrrrr!!!

lagi? lagi?

Iza Hyun J @ paE said...

Betulla.. Aqilah comeiiiii..
Lanskap taman kat temple tu cool.. mesti syok2 jer layan taman yang cantek tu...

Erkkk kek yang kecik pun dorang deco comel2 ker..

Lily Riani said...

i tak gi Phil Walk to, temple nih pun i tak gi. Kiyomizu you gi dak?

i merasa naik bus cuma from train station to guesthouse saje. then bila nak balik diarang kata naik train to osaka straight dari gueshouse lagi senang... happy giler masa tuh!

gion i lalu main road, tak sempat masuk lorong either too early or too late.

BlueEwoke said...

Shah_rule: Overst la ko nih, nk suh aku beli handbeg utk Aqilah plak..mencik!!! Camera Aqilah dah berderai dah, mana tah dia campak!
Tu ler..rambang, aku pun gigih buat congak2 diri dpn kedai tu, kot2 ada yg mampu nk byor ke hehehe
John & Janggel tgh kejar ketapi la tu kot, tak pun main guling2 ngn sari yg diorg borong hahaha

Biq: Tu hasil dari Zara dua2 tu, terpaksa tipu daddy dia pasal rege, sb aku kata RM30 je, padahal terlebih kekekeke..
Ha dengar tak org tu..cantik batang kayu ada moss tu..lalalala
Plum nye byk tgh berputik2 lagi, adalah jumpe 3-4 pokok yg dah ada bunga..tp bukan hari ni..esok2 nye entry..

Iza: Ha a..taman dia sejuk mata memandang..i suka!
Kek pn comei2, rasa nk beli simpan letak dlm frame, untuk tatapan saja! heheheh

Lily: I pegi sebab kebetulan dah dekat Ginkakuji tu. Kiyomizu i pegi jugak, but the day after. Gion pn i pegi, tapi tak sempat nk explore seluruh Gion, sb besau..

Anonymous said...

telan ayaq liur tgk entry nii....aqilah dh mcm anak nihonjin laa plak x nmpk melayu lngsung dh haa2222......gmbr cawan xdak pun ..aku nk tgk dia buat rmbut ala2 the last samurai kaa......

PENJEJAK AWAN

Rozita said...

Comeiinya aqilah, sekali pandang cam anak jopun dah...memang cantik kot yg dua beranak ni pakai..View yg ada lumut tu, cantik la..sekali pandang macam karpet pulak..

BlueEwoke said...

Penjejak Awan: Aqilah tu ada baka tersesat dari Jepun kot hehehe..gambar Cawan dlm entry berikutnye hehehe

Rozita: Terima kasih. Memang cantik lumut2 semua. Diorg pencinta alam agaknye hehe

niL said...

Lawo baju Aqilah!

Na, gamba sgt lawa..
Dan aku jeles tgk kekurusan itu!

Anonymous said...

Assalam kak...

nak tanya, kalau utk beginner..apa camera yg sesuai sy beli, sebelum guna kamera dgital biasa dan dah nak rosak pulak tu..tetiba sy di inspired oleh akak nak pakai kamera camtu..boleh rokemenkan kamera yg sesuai ? btw, cantik semua gambar akak termasuk org nya..he he

Almiraz said...

bestnyer!!!!...(lagi sekali)....n Aqilah sangat comey gituuu...dah macam anak Jepun lak I tengok.....gambar2 you seperti biasa...memukau....I love it!....nak tengok lagi...to be continued kan? kan?

BlueEwoke said...

Nil: Aqilah jugak untung semua dpt heheheh. Tq. Kurus? ko pasti ke? cer tgk muka aku tu, mcm dah tembam kekekeke..

Adik Anony: Emm susah sebenarnya nk cakap camera mana yg sesuai hehe. Brand apa pun boleh dik, gambar cantik bukan terletak pada brand cameranya. Tapi if nk suggestion, amik Canon/Nikon la hehehe, sb akak guna dua2 ni, memang so far bagus jek. Utk beginner, leh cube Nikon D3100/D5100 atau Canon 1100D/600D. Selamat berjaya :)

Almiraz: Aaaa tak aci, semua kata Aqilah yg comey kekekeke. Jgn risau, ada byk lagi entry Japan coming up!!

Anonymous said...

thank you kak, sy nak gi google...
cepat sambung entry yaa..

Anash said...

ala...
best plak ke jepun nih
....
...
..
.
(nak jual maruku buat tambang gi sepang...pastu baru pikir nak naik kapalterbang mana yg murah...heheh)
.
.
sume gambar cun!!!!!!!

BlueEwoke said...

Kak Coco: Jual maruku tiap2 ari insya Allah dapat beli tiket ke Jepun termasuk duit belanja di Jepun jugak. Berusaha la..caiyok! Saya nak jual air asam boi nih kat bawah umah nun..hehehhe

MasZuber said...

na, aku suke kasut ko. class ko!!!

aqilah nie bleh jadi suri cruise nie..next time ko belikan dia handback n kasut tumit..kikikiki mesti bole celen suri. muka dah memang comei kan.

nways, bile tengok gambo2 nie..tetibe teringat cite Oshin!!

BlueEwoke said...

MasZuber: Hehehe kasut tu aku beli masa kat NZ aritu. Murah je pun, xde brand kekeke..
Aku ada tgk gak Suri Cruise tu pakai kasut tumit bagai, nanti nk try kasi Aqilah pakai plak (if aku ada jumpe kasut tumit utk budak la). Ko pn tgk Oshin yek? Aku suka citer tu..hehehhe

Ely Hasrul said...

bleh tak aku stuck kat gambo qilah!! comel sungguh!! sori lah penat aje ko amik gambo sana sini tp aku taksub dgn qilah whoaaaa geramnyeee hahahahhaah

bukan kt sana kucing means luck ke? so mmg tak heran la merata cume tu stray cat ker? apesal comel sgt hahaha

tapi part qilah poop tuh mmg poton sbbnye aku tetiba terpikir, anak pompan poop mak nye la kena entertain? huwaaaaa selama ke nih selamat aje dgn sami.. skang cis cis cis

aku dh tbyg berangan la cemana nnti kitorg berempat .. eh nk pegi ke? kihkihkih

Huda said...

Salam..

dah lama jadi silent reader..
saya akan pegi Kansai end of oct..
you all ada beli rail pass tak sepanjang kat sana mcm JR rail pass atau Kansai Thru Pass..
masa kat matta sabtu hari tu budak kat booth japan tu kata ambik kansai thru pass berbaloi sebab boleh guna utk semua train & bus kecuali JR line shj..

BlueEwoke said...

Skin: Hahaha ko nih macam2..ni dah ada baby girl, ko tatap la muka dia puas2, geram2 sendiri hehehe
Maunya tak potong, tgh aku syok2 jalan dia be*** plak..adeh.. Ala korang ber4 ok punya, Sami dah besar, senang dah ko.

Huda:
Wah bestnye. Kitorg tak beli JR rail pass, sebab kitorg cuma dekat Osaka-Kyoto je, lagi pn tak cukup 7ari, so macam rugi plak nk guna JR rail pass tu. Kansai Thru pass pn kitorg tak guna, sb bila dah kira-kira balik, kitorg macam rugi jek. Kt Kyoto kitorg cuma naik bus, senang naik bas dari train dia, sebab bas sampai terus tempat attractions tu, naik subway jauh laluannya. Dan limitation Kansai Thru pass tu sb tak leh gune JR line, kitorg kat sana naik campur2, tapi bila dah kira-kira beli tiket asing-asing, untung tanpa pass lagi. Tapi terpulang la pada Huda, if stay lama, dan nak pergi lebih jauh dari Kyoto-Osaka, mungkin berbaloi pakai Kansai Thru pass tu.. :) good luck

Huda said...

thanks Na for the reply

JM JALALUDDIN said...

Salam. mase ni time spring ke?

Chawanna Na said...

Jm: masa pegi ni awal spring, tapi before sakura