Monday, March 19, 2012

Kyoto: Terjatuh Cinta Sekali Lagi Walau Basah

Ok abaikan tajuk aku yang macam hampeh tu!!

Sedikit info tentang latar belakang Kyoto. kyoto merupakan ibu negara Jepun dari  1180 – 1868, sebelum berpindah Edo (kemudian bertukar nama menjadi Tokyo). Pada perang dunia ke 2, Kyoto hampir-hampir menjadi sasaran pihak Amerika untuk dibedil dengan bom atom, sebab Kyoto adalah pusat intelek Jepun ketika itu, tapi Kyoto bernasib baik, kerana pihak Amerika menukar fikiran mereka di saat-saat akhir. Dan disebabkan itu, Kyoto telah menjadi kota lama yang paling terpelihara di Jepun, kerana masih terdapat 2000 kuil-kuil Buddha dan Shinto yang berusia beratus tahun dan juga istana-istana dan senibinanya di sekitar Kyoto yang masih terpelihara sehingga hari ini.


Arashiyama 

Pagi itu agenda kami ingin ke Arashiyama untuk ke Bamboo groves. Tapi hari ini bukan hari bertuah kami, sebaik saja keluar dari pintu depan hotel, aku lihat cuaca mendung, dan hujan rintik. Arghhh memang boleh spoil mood. Aku dah 50-50 nak pergi, sebab aku yakin dekat Arashiyama pun pasti hujan, sebab jarak Arashiyama dengan Kyoto tidak la jauh sangat, tempias-tempias tu pasti ada kan. TAPI, Cawan berkeras juga kata nak pergi, dah alang-alang bangun awal pagi, seawal 6.30 pagi, sampaikan subuh pun dah hampir-hampir terlajak dah ish ish ish..so pergilah kami tiga beranak ke subway station Kyoto Shiyakusho-mae menuju ke station Nijo. Di sana nanti kena ambil JR train menuju ke Saga Arashiyama pula. Perjalanan menaiki train lebih kurang 20 minit saja.

Subway station lengang, mungkinkah kerana rakyat Jepun punctual datang kerja?? Padahal waktu ni baru pukul 9 pagi! Kalau kat Station LRT Wangsa Maju aku berani kerat jari confirm queue panjang lagi time ni hehehe.. Ok aku terlupa ini Kyoto, bukan Tokyo mahupun Osaka...zzzz

Tiket ke Saga Arashiyama dari Nijo hanya 190 yen, agak murah. Perjalanan lancar, aku cuma boleh berharap hujan rintik ni berhenti secepat mungkin. Yang aku perasan hujan rintik diorg tak sama macam kat sini, sebab air hujannya halus-halus, macam kena sembur dengan air spray kat bumbung restoran mamak tu..boleh korang bayangkan tak?? hehehe

Di station JR Nijo. Sekali lagi kami rasa sungguh bertuah hari ni, sebab tak perlu susah payah nak cari platform mana dan train mana nak naik, bayangkan pekerja JR yang dibawah jual tiket kat kaunter tadi tadi tu, kejar kitorg naik tangga, semata-mata nak kasitau platform mana nak naik, dan pukul berapa train akan sampai!! Korang tak rasa dihargai ke???? Aku rasa terkejut sangat tengok dia tiba-tiba ada kat belakang kitorg termengah-mengah kejar semata-mata nak kasi tau simple info yang aku sendiri pun rasanya boleh nak figure out..duh....terima kasih la encik jual tiket, buat susah-susah je! Jasa mu kami kenang selalu.

20 minit kemudian kami tiba di station Saga-Arashiyama. Hujan! Seperti yang ku sangka. Ok lepak kat station kejap, menenangkan fikiran aku. Cawan entah ke mana, tau-tau je hilang! Dia memang suka menghilangkan diri, disaat-saat aku nak berbincang, so aku memuncungkan diri la sekejap kat tepi dinding tu, sambil melayan Aqilah dan selak-selak buku Walking Guide Kyoto tu!!


Ok nak jalan ke tak? jalan ke tak? jalan ke tak? Aku tak pasti berapa jauh Bamboo grove tu dengan station JR ni, sebab sepanjang aku di Kyoto ni, dah masuk hari kedua ni, aku cuma bawak map city bus Kyoto yang memang langsung tidak membantu, sebab dalam tu cuma ada map Kyoto dan bus stop di seluruh Kyoto saja! Kali ni memang gamble gegila, GPS pun takde, sebab Cawan lupa nak unlock code map yang dia download tu, dan dia baru teringat pasal tu masa dah sampai LCCT..bijak kan Cawan???..kekekeke. So kitorg cuma mengharapkan tanya orang atau tengok signboard je la (if ada english ler). Map Kyoto semua simpan dalam beg, motif?? hahaha

Sebabkan daddynya entah rewang ke mana, so aku je la amik gambor Aqilah, sebab dia tengah masyuk nak tidor, maklum la time hujan, sejuk pulak tu. Tapi sempat dulu posing sambil puting kat mulut..hancus!!

Ada parking untuk basikal di station JR ni. Tak tau celah mana Cawan jumpa tempat ni tah!

Disebabkan sakit hati dengan hujan yang renyai-renyai tak mau berhenti dari tadi, , so kitorg amik keputusan untuk keluar dari station JR tu, dan redah je la, bukan mati pun kena hujan, paling busuk pun basah je la hahaha. Demi bamboo groves kami redha dan redah. 

Bila dah keluar, nampak macam ada satu complex di tepi tu, tak pasti apa benda. Rupa-rupanya station Sagano train. Sagano train ni train untuk sightseeing. So kitorg pegi la tengok kejap apa ada dalam tu. Untuk train Sagano ni, harga one way 600Yen (seorang). Aku tak tau la berapa jauh dia bawak pusing, sebab aku memang takde intention pun nak naik, sebab nanti bukan dia ada kasi turun train dan boleh benti suka hati.                                   

Dannnnnnnnnnnnnnn sambil aku syok-syok cuci mata di kedai souviner sekali lagi Cawan HILANG!! Huhhh ni yang aku nak naik angin time sejuk-sejuk ni! Tadi dia kata nak pegi toilet, tapi ni dah dekat 10 minit tak keluar-keluar lagi apa hal???!! Berak batu apa?? Aku tunggu depan pintu toilet, 10 minit kot aku tunggu depan tu, tapi orang lain yang keluar. Haihhhhhhhhhh aku punya meter kesabaran pun dah macam bunyi ketapi ..ting ting ting ting..tingal nak keluar asap je!! Tarik nafas untuk menenangkan diri pun entah keberapa kali pun aku tak tau. 

Entah macam mana, aku terpandang ke aras satu pintu transparent di sebelah kiri toilet. Aku scan kawasan di sebelah sana...dannnnnnnnnn aku nampak Cawan tengah sibuk amik gambar!! Sampai terbongkok-bongkok!! Dengan segala kudrat yang ada, aku tolak pintu tu dengan stroller Aqilah, berjalan laju dengan muka masam menuju ke Cawan! Tak sempat aku nak bukak mulut nak tanya dia, napa tak bagitau aku dia nak pegi sini. Dia terus cakap "ha bak Canon tu sini, bak sini, cantik ni kalau guna prime lens tu..kite tukar camera dulu" sambil buat muka sardin!!

MINIATURE TRAIN!! INILAH PUNCANYA PERPISAHAN KAMI HAMPIR 15 MINIT TADI! Memang dasar lelaki!! 

Ok tidak dinafikan, aku pun teruja tengok train-train dan bandar miniature ni berfungsi..terus hilang nak sambung marah kat Cawan tadi..


Siap ada pasang camera mini kat celah-celah pokok mini tu. Dan segala pergerakan train miniature ditayangkan secara langsung di screen besar di situ..kekeke..macam real jek! Kalau Icam ada, mesti dia lekat kat sini terus. 

Ok sudah-sudah la tu, bapa jam pulak nak bertenggek kat sini..dah jom kita ke bamboo tu.. Cawan tu selagi aku tak bising, selagi tu la dia tercacak kat situ..haishh ..



Disebabkan keadaan masih hujan renyai-renyai, kitorg beli payung dekat kedai souvenir tu, dengan harga 300Yen. Maka bermulalah perjalanan kami yang tiada arah tuju ke bamboo groves. Bila dah kat luar, baru perasan ada tourist info center kat celah bangunan tu..alahaiiii keciknya, macam kaunter tiket bas kt Pudu dulu-dulu. Kata minah jepun tu, dekat saja, terus dan kanan, kiri dan kiri..erkk..entah lorong mana yang nak kiri ke kanan..macam la ada satu lorong jek!! cis.. ok takpe..kita jalan dulu..

Arashiyama Bamboo Groves

Sepanjang jalan ke Bamboo groves tu, aku dan Cawan tak keluar camera pun, sebab takut basah, maklum la camera bukan kalis air ke hapa, kang jadi cam dalam mimpi aku tu naya jek. So kitorg teruskan berjalan, main agak-agak je lorong mana, nak harapkan signboard memang satu haprak pun takde. Cuma ikut orang je, mana yang ramai orang lalu, kitorg follow la. 

Dekat 15 minit berjalan, kami sampai ke satu simpang kecil, macam celah-celah rumah orang, aku hairan, napa diorg ni benti minum-minum dan makan kat sini dulu, ada apa kat dalam tu??? Bila aku toleh kiri..tadaaaaaaaaaaaa..laaaaaaaaaaaaaaa dah sampai rupanya kita kat bamboo groves ni..kus selamat..nasib toleh, kalau tak terlajak ke mana la pulak nanti..hehehe

Bukan mudah nak amik gambar dengan hujan renyai-renyai, dengan payung lagi kekeke..DANNNN bukan mudah nak tunggu line clear takde orang kekekek..sila bertapa lelama sikit okeh kalau nak gambar takde orang kekeke


Seriusly masa masuk dalam bamboo groves ni, rasa tenang dan aman damai je, sebab semua hijau. So banyak la cas ion-ion positif yang aku dapat kumpul hari tu kekeke.. segar rasa badan..cewahhhh

Payung ini menjadi saksi yang kami bermandi hujan demi bamboo groves..hahahaha

Walaupun hujan renyai-renyai, tapi ramai jugak orang datang melawat, dan mostly yang datang adalah orang-orang bangsa diorg juga!!

Payung pun payung la..tengok Aqilah rileks je main hujan..ni kalau tok wan nampak nih, confirm kena sound berdas-das kekekekek.. 

Selain bamboo groves, ada beberapa attractions lain yang boleh dilawati di sekitar kawasan ni, antaranya Moon Crossing Bridge, yang ni aku tak pegi, sebab aku tau mesti tingal ranting-ranting je dekat pokok-pokok tu, ditambah lagi dengan hujan renyai-renyai..CANCEL je le. Tenryuji temple, Sagano Scenic Railway, Monkey Park Iwatayama dan yang lain-lain lagi. Sila refer ke sini --> Arashiyama guide

Ok dah puas berbamboo-bamboo dalam tu, moh kita pulang ke Kyoto semula. Walaupun sekadar tengok bamboo, kami menghabiskan separuh hari di sini!! Layan sangat tengok bamboo macam la kat kampung takde hahahaha.. Kami balik semula ke JR Saga Arashiyama station melalui jalan lain. Aku pun tak pasti kenapa kitorg tak ikut jalan masa pergi tadi. Macam la reti sangat. Kitorg main redah je ikut celah-celah rumah orang, dan magicnya, lagi dekat!! Tak sampai 15 minit kitorg dah sampai ke station JR tu..cis..yang tadi tu mesti jalan jauh, mungkin minah tu tak nak kitorg sesat. Takpe la janji sampai, mana-mana jalan pun belasah je le.


Eastern Gion & Higashiyama District

Sepatutnya kami terus ke Kyoto station, tapi bila mengenangkan agak susah nak cari tempat solat, kami balik semula ke hotel, untuk solat dan lunch. Kami tiba di Kyoto Station lebih kurang jam 2 petang. Dari Kyoto Station, kami ambil bus nombor 100 menuju ke Gion. Kalau semalam kami dah explore Okazaki area dengan berjalan kaki separuh hari, hari ni kami nak explore Higashiyama dan Gion (eastern). Gion ni sebenarnya agak  besar, bukan 1, bukan 2 lorong, tapi berlorong-lorong. So pilih la mana satu korang nak lenjan. Macam aku, aku pilih belah Higashiyama sebab ada banyak benda nak tengok.

Ishibe-koji
Dari bus stop Gion, kami terus melintasi Yasaka Shrine untuk menuju ke Kiyomizu temple. Jarak Kiyomizu dari Gion adalah lebih kurang 2KM. Tapi sebabkan kegigihan kami yang melampau, kami mulakan dari Gion jugak, sebab ada pit stop menarik sepanjang jalan menuju ke Kiyomizudera.

Yang pertama sekali dalam misi kali ini ialahs Ishibe-koji. Merupakan satu kawasan yang agak sunyi jauh dari kesibukan city centre Kyoto. Tujuan kami kesini sebab nak lihat dan feel 'Old Kyoto'.


Machiya di Ishibe-koji. (Petikan tentang Machiya dari Wikipedia) The typical Kyoto machiya is a long wooden home with narrow street frontage, stretching deep into the city block and often containing one or more small courtyard gardens or tsuboniwaMachiya incorporate earthen walls and baked tile roofs, and could be one, one and a half, two, or occasionally even three stories high.[1] The front of the building traditionally served as the retail or shop space, generally having sliding or folding shutters that opened to facilitate the display of goods and wares. - 


Laluan sempit dengan pintu entrance yang sungguh kecil. Memang tak perasan langsung yang ni ialah pintu masuk ke Ishibe-koji. Kalau nak tengok Kyoto yang tradisional di sini la tempatnya, kalau bernasib baik, korang akan jumpa maiko atau geisha yang memang purposely akan posing untuk tourist yang datang. Tapi kami tidak bertuah pada hari itu. Mungkin lain kali agaknya??

Memang feeling macam zaman-zaman citer Oshin hehehe.. AKU LIKE 10000000000000X masa lalu sini! Nampak tak lantern yang kat tepi-tepi jalan tu?? Lantern-lantern tu semua akan dinyalakan setiap tahun pada event Higashiyama Hanatouru, iaitu bermaksud night illumination. Setiap tahun  event ini akan dibuat pada bulan March. Dan pada tahun ni tarikhnya adalah 10-20 March 2012, bermula dari jam 6.30PM - 9.00 PM. So sesiapa yang pergi pada tarikh tu, jangan lepaskan peluang ok!!


Machiya lagi..feel dia memang lain masa di Osaka hari tu. Kyoto memang best!!! dengar tak dunia???? ke aku sorang je yang suka Kyoto?? hehehe. Cara untuk mendekati Kyoto adalah melalui berjalan kaki!!  Sebenarnya ada banyak lagi route-route di seluruh Kyoto untuk diexplore, tapi disebabkan kekangan masa, kami akur dengan Higashiyama untuk hari ini. 

Sedang sambil-sambil kami berjalan, dengan takde hala tuju ke arah mana, sebab berbekalkan map citybus tu jek (terlupa lagi nak amik map Kyoto masa balik hotel tadi), yang aku tau, last sekali kitorg mesti kena jumpa Kiyomizudera! So kitorg redah je..redah, dan redah lagi..sampai terjumpa ini pula.....


Yasaka Kōshin-dō
Tak terlintas langsung nak ke sini sebenarnya! Tapi kami tertarik melihatkan bola warna warni yang banyak tergantung dalam temple kecil ni. So kami masuk untuk melihat apa benda sebenarnya bola-bola warna warni tu. (Nasib baik masuk free!) Dan kebetulan pula ada ternampak beberapa kuntum bunga plum sedang kembang semangkuk!! Tapi pokoknya masih togel..ish ish..

Kukurizaru. Bola yang represent monyet yang diikat kaki dan tangannya. Mengikut kepercayaan Koshin, bola ni simbol sebagai mengikat nafsu yang ada dalam diri manusia!!

Mengikut tradisi dan kepercayaan Jepun, monyet dianggap roh baik yang menjaga diri dan rumah mereka dari roh jahat dan apa-apa harmful intentions.


Adakah ini putik plum yang masih belum mengembang lagi? Nak aku tanya, tapi tak tau nak cakap apa..ish..

Inilah rupa plum tengah blossom. Ada bunga yang warna putih, dan ada yang pink. Yang warna pink tu jenis hybrid. Waktu kami di sana hari tu, sebenarnya masih banyak yang tak blossom lagi, kata seorang local yang sempat kami tanya, tahun ni macam lewat sikit, mungkin sebab cuaca yang tak menentu. Waktu plum blossom dianggap sebagai permulaan pada musim bunga, yang tidak lama kemudian akan diikuti oleh sakura.

Vending machine yang menjual pelbagai benda. Yang jual tie pun ada tau, so if sesapa yang nak pergi interview kerja tapi tak de tie, boleh beli di vending machine hehehe

Yasaka Pagoda

Ketika sedang menentukan arah nak ke kiri atau ke kanan, atau nak terus, kami terserempak pula dengan Yasaka pagoda, walaupun dalam map ada tunjuk pagoda ni, tapi kami tiada clue kami di mana sebelum ni tadi, sebab temple kecik kat atas tu tadi tiada dalam map hehehe..letihhhhhhh. 
Yasaka Pagoda. Nampak tak hujan tengah mencurah tu?? Gigih kami kan!!! Yasaka pagoda ni memang cantik if waktu malam, ketika event illumination tu. Ish, len kali kena pegi time hanatauro pulak nih..

Kami tak masuk pun Yasaka pagoda tu, tak larat la nak menjejak segala temple yang ada kan? Masuk satu dua buat syarat jadi la. Itupun aku pegi yang main temple yang popular dan bertaraf UNESCO. Oh ya,  kebanyakkan temple dan shrine di Kyoto semuanya bertaraf UNESCO, so jangan la hairan sangat jika bayaran masuk dikenakan di setiap temple yang korang kunjungi. Ye la, takde duit, cam mana nak maintain semua taman zen dan segala mak nenek dalam tu kan??? 

Hari makin lewat, memandangkan waktu sunset pada ketika itu lebih kurang 5.50 petang, kami mengambil keputusan untuk bertanya direction nak ke Kiyomizudera pada salesgirl kat sebuah kedai tu. Tapi melihatkan rupa dia yang macam tak tau je kat mana (memang tak logic dia tak tau), aku ikut balik signboard kecik (gambar atas) kat atas jalanraya ni untuk ke Kiyomizudera..

Ok takpe-takpe, kita ikut je signboard tadi.. (kata aku menyedapkan hati). Padahal tu satu je signboard yang kami nampak menunjuk arah ke Kiyomizudera. Hehehe, sepanjang jalan kami cuma ada lorong-lorong kecil, dan rumah-rumah tradisional Kyoto. Hujan renyai-renyai pula dah berhenti. 

Makin lama kami berjalan, terasa macam kami mendaki. Ohhh ini yang letih ni, menolak stroller dengan camera sebelah tangan lagi..wahhhh memang aku gigih. Tapi sungguh berbaloi, bila tertoleh belakang, dapat view macam dalam gambar nih hehehehe.. very classic!! AKU SUKAAAAAAAAA!!! memang berbaloi aku jalan kaki dalam hujan-hujan ni..tak sia-sia!! muahahahahaa
Aku sangat yakin kami semakin hampir dengan Sannenzaka dan Ninenzaka slopes!

Sannenzaka & Ninenzaka Slope

Sannenzaka ini terkenal sebagai laluan orang-orang yang nak ke Kiyomizudera. Sannenzaka bermaksud Three Year slope dan Ninenzaka slope pula bermaksud Two year slope. Dan mengikut kepercayaan mereka, sesiapa yang tergelincir ketika berada di sini, akan mendapat bad luck selama 2-3 tahun kekeke. So make sure korang pegi sini tak tergelincir okay!! (Usah caya citer karut okeh, itu kepercayaan diorg jek)

Ha dah sampai pun. Banyak benda menarik nak tengok disini, selain slope itu sendiri kekeke. Souviner shop merata-rata. Sila sediakan wang secukup rasa saja. Kedai makan pun banyak. Dan bau-bau makanan ketika waktu sejuk ketika itu sungguh mengancam jiwa. Kitorg sempat makan sejenis makanan yang macam fish cake macam tu, tapi lebih gemuk dan padat. Aku yakin sangat yang tu halal, sebab aku tanya 4 jenis menu yang ada kat stall tu, semua diperbuat ikan, dan tiada apa-apa sos yang pelik-pelik disitu. So kitorg rembat sebatang dan share bertiga. 400yen ko rege makanan tu bersamaan RM16 untuk satu fish cake gemuk hahaha. Sila bertabah!!

Dari harga murah hingga yang mahal, presentation untuk semua souviner dan gift di sini, semuanya disusun rapi dan diserikan dengan bermacam-macam deko. Orang jepun memang perfectionist! Beli barang murah pun boleh tanya nak wrapping ke?? Bukan wrapping dengan kertas A4 putih atau surat khabar, tapi dengan wrapping paper yang warna warni tu tauuuuuuuuuuuuuuuuuu...memang kelasss..


Kalau boleh simpan buat display kat rumah best ni kata Cawan, tapi ustaz kata tak baik simpan benda-benda macam ni, nanti umah tak masuk malaikat pulak :)


Orang Jepun ke? Korea ke? Yang pasti bukan orang Melayu hahaha

Aku suka dengan suasana di Sannenzaka dan Ninenzaka ni, sebab feeling macam betul-betul macam kat Jepun zaman lama-lama dulu. (Serius aku banyak berangan macam citer Oshin dulu-dulu, cuma Oshin tu lagi kuno dan lagi lama dari yang ni hahaha)

Geisha. Tak dapat yang betul, dapat gambar yang ni pun jadi la hehehe

Minah-minah Jepun yang budget nak jadi geisha tapi tak pass exam, so berangan je la diorg kekeke..siap pandang camera Cawan lagi time ni hehe. Masa minah-minah ni lalu, ramai gak tourist yang ambil gambar diorg ni, sebab nampak lain dari yang lain. Maklumla diorg pakai kimono. Cawan pun sama! hahaha darat!!

Haihh bertangga-tangga, jenuh mengangkat stroller, nyaris-nyaris nak ada muscle dah kitorg hahaha


Kyoto dolls yang famous. Ingat nak beli, tapi harganya..alahaiiiiiiiiiii kirim salam je la..

Lama gila kitorg berjalan kat sini, ditambah lagi dengan Cawan yang nun kat belakang. So aku pun kena la jalan slow-slow dengan Aqilah kat dalam stroller, nasib baik dia tidur. Orang Jepun dari pemerhatian aku masa di sini, sangat polite, dan ramah. Cara diorg layan orang yang masuk kedai pun mesra alam je, jadi takde la rasa cam seram nak masuk atau pun takut-takut, walaupun kedai tu tengok nampak macam high class. Memang best la diorg ni.. (ceh padahal 2 minggu sebelum pegi Jepun hari tu tengok documentari Jepun tawan Malaya, rasa cam nak cucuk-cucuk je diorg time tu kekeke, dah sampai sana, tak teringat dah kena tawan jepun dulu..ish ish..)

Disebabkan Cawan jauh ketinggalan di belakang, dan Aqilah pula sedang enak tidur dalam stroller dia yang hampir nak roboh tu, aku sempat pula ambil gambar ni. DAN INI ADALAH GAMBAR AKU YANG TERAKHIR DI SANNENZAKA KETIKA ITU. Sedang aku sedap menekan punat-punat camera, aku terdengar ada suara orang terjerit "HARO!! HARO!! HARO!! %^&* ano.....aii ..ano..haro! haro!!" aku pandang ke arah makcik yang terjerit-jerit macam orang kena sampuk tu, dia tunjuk ke arah Aqilah!!

Ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..Aqilah tengah meluncur laju ke bawah slope tu sebab AKU LUPA NAK LOCK STROLLER DIA! Tanpa buang masa, aku terus kejar dan kejar..fuhhhhhhhhhhhhhhhh nasib baik tak tergolek, bila aku selak cover stroller Aqilah, aku tengok dia sedap tidor lagi..haduihhhh.. Lepas tu..aku boleh gelak sengsorang kat situ!! Aku tak tau la apa jenis mummy aku nih, boleh GELAK tengok anak aku melongsor laju dengan stroller tanpa kawalan!!! GILAAAAAAAAAAAA.. Cawan dari jauh cuma geleng-geleng pala je tengok aku.. Haih..sumpah aku rasa lawak time tu... Mungkin makcik tu cuba nak sampaikan aku tadi.. *HARU la anak ko melongsor ke bawah dah tu..HARU!! HARU!!!* hahahahaha.. ok lepas tu aku terus simpan camera, dan tolak stroller naik ke atas balik, sambil tergelak-gelak melalui kedai makcik tadi..kekekeke.. tak pasai-pasai aku berpeluh time-time sejuk nih!! caits!!

Ok nampak gayanya kena bersambung pada entry berikutnya, sebab aku tak abis citer pasal Kiyomizudera lagi..sila bertabah para pembaca sekalian...wasallam..


32 comments:

masMZ said...

wahhh first ke?

siap drama2 marah lagi dalam ni. hahaha.....

seb baik aqilah tak tergolek weiiiiii.... aterrrrrrr kome, kusyukkk mashukkkkk snapping2 gambo yerrrrr.....


tempat cantik, gambo korang pun lagi super marbelesssssss......

*nak fefiling oshin gak larrr...

An said...

Like2 all ur pic..esp yg kat Arashiyama Bamboo Groves...tgk pic pun dh rasa tenang..apalagi kalu dh smp sana kan..(^_^)

congrats sis, mmg leh terfeelin skali baca blog u nie..hihihi.

Azizan Zolkipli said...

saya hold dulu nak tengok drama jam 7.00 malam tu semata nak fokus baca artikel ni sampai habis.

- himpunan pepohon bambu tu memang menyenangkan mata memandang, tengok dalam gambar pun rasa tenang aje. itu belum kesana lagi tu ...

- Kyoto seolah kampung yang zamannya terhenti, setuju tak dengan saya ?

- hampir semua temple tu UNESCO World Heritage ? wahhh, kopak duit kalau teringin nak tengok semua ...

- haro haro haru betul lah, nasib takde apa2 berlaku pada Aqilah akibat kelupaan mengunci tayar stroller tu huhuhu ...

ok, nak sambung balik tengok drama jam 7.00 pm ni. tabahkan diri untuk membaca artikel seterusnya ...

Janggel said...

omg canteknya gambar!!!!!

Mode mamai....

Laney said...

muahahah tak ke lagi haru kalau selak2 cover stroller aqilah pun tengah tergelak2..

Biqque said...

jap nak jerit...

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA CANTIK GILE GAMBARRRRRRRRRRRRRR!!!

ok sambung...

1) lega dengar cara nak gi ke bamboo ngan sagano train tu, mekasih :)
2) AQILAH SUPER COMEL DENGAN HAIR CLIP TU! I NAK KISS DIA BLEH?!
3) miniature train tu SUNGGUH menakjubkan! and i tau betapa u marahnyer bila cawan main magic hilang2 hahaha!
4) i suka gile gambar u berpayung dengan aqilah jalan kat bamboo tu! sila buat profile!
5) i harap i akan berjumpa dgn maiko nanti!
6) yasaka pagoda tu dekat ngan hotel kitorang nanti, yeay!
7) KYOTO CANTIK! CANTIK! CANTIK!
8) i terkesima ok baca stroller tu menggelungsur! gila lah! mcm cite mr.bean!

nak dgr cite kiyomizu plak! cepat!!!

BlueEwoke said...

Masmz: Hahahah tu la..sekali sekala kena reveal isu2 domestik rumahtangga, baru la ada garam sikit hahaha.. Aku pn nk drama gak mcm John kekeke. Aku rasa nk cari la citer Oshin tu..(wujud ke lagi pn hahaha)

An: Tq An, bamboo groves tu memang best, rasa sejuk mata memandang, ati pn sejuk jugak kat situ hahaha..

Azizan: Ye memang Kyoto tu macam zaman yg terbantut..saya setuju sesangat. Mungkin diorg sayangkan khazanah2 dan culture diorg, so semua simpan rapi dan dipelihara dgn baik di Kyoto.
Ha a semua berduit, ada juga yg free, masuk semua memang berlobang poket.
Pasal Aqilah tu, bila pikir balik memang HARU kalau jadi benda tak elok.. Ada drama apa kul 7? nak tgk jugak ler..

BlueEwoke said...

Janggel: Bangun2..(kasi tampar sikit pipi2 yang berkilat legam tu hahaha)

Laney: Ha a..memang haru jugak kalau dia yang terkekek2 gelak, budget naik roaller coaster la tu..

Biq: Kuatnya jerittttttttttttttt...
1) Ha a, Sagano tu betui2 bawah station JR tu, bamboo tu dlm 10 minit sampai dah, ikut je celah2 umah org..
2) pegi la kiss dia anytimeee..
3) Jangan lupe amik miniature dgn lens baru..hihihihi
4) Ok nanti nk buat profile.
5) sama2 la kite berdoa supya terjumpe maiko
6) Ok bagus la nak stay kat Kyoto!!! Confirm berbaloi2..
7) Tak tipu KYOTO MEMANG CANTIK! CANTIK! DAN CANTIKKKKKKKK!
8) masih tergelak2 lagi bila teringat pasal stroller tu..

shah_rule said...

gamba cantik!! serious rasa cam nak duduk kat area kedai2 traditional tuh.. environment die menusuk kalbu.. arggghh feeling2 terus tau.. nak jalan2 bawak payung..

*text tak bace lagi skang pkol 1.30am dah, buku banyak nak bace lg nie~ mate dah berair.. hehe nanti bace balek..

Anonymous said...

cantik kyoto
aqilah as usual comey dengan penutup mulut tu.

tetiba mode nak bilang syiling tabung ayam. bila AAX nak buat sales ke osaka nih.


zany

BlueEwoke said...

Shah_rule: Itu lah, next time boleh la kite ramai2 try duduk dlm umah tradisional tu, nk amik feel.
Takpe aku maapkan ko walau tak baca, sb buku ko tu lagi ilmiah dari penulisan aku yg tah apa2 nih..Kang ko tak pas exam, susah la aqilah nk dpt service doctor free plak kekeke

Zany: Hahahah penutup mulut!! first time dengar hehehe. Iye tidak dinafikan Kyoto cantik.
Insya Allah tak lama lagi ada sales AAX buat tu..deras2 rembat okeh!

Lily Riani said...

smlm tgk via phone so komen dlm ati but sbb geram tgk gambo, nak gak komen kuat2. hahahahha....

temple ada bubble tuh i tak lalu, i rasa route kite lain sket to kiyamizu, but tang sannenzaka dah sama balik. there's a few route to kiyamisu... pandai2 ler redah. ehhehe,,

baju aqilah mmg comei...

kira lucky lah jugak i nampak geisha otw to kiyamisu and minah pakai kimono kawaii kat sennedzaka & arashiyama... ehehheh...

Anonymous said...

Assalam kak..
1) comelnya aqilah !!!
2) gambar semua superb !!!
3) kalau tak keberatan, reveal semua kos kat sana boleh ???

~watie79~

Ely Hasrul said...

qilahhhh comelnyeeeeeeeeeeeeee!!!! kalu sami xtackle qilah nnti xtau la nk ckp ape hahahhahaha


aku rasa cam besh aje kalu hujan renyai cam tuh.. cam muka kena spa hahaha.. kt sini org xmo g tmpt ade buluh sbb kompom ade hantu hahaha

kalu aku pon aku gelak kuat2 bile dpt tangkap stroller tuh.. hahahhahahha gile ah sure makcik tu cam 'haru betol la tourist nih' hahahahha

tajuk lucah aku suka

Iza Hyun J @ paE said...

Gambar cantek. suka sangat. Bamboo groves nyer pic terbaik ^_^.

hehehe. tang stroller jln sendiri tu. hahaha dapat bayangkan (sambil tergelak)

BlueEwoke said...

Lily: Dah agak dah mesti ada komen dlm hati hahaha. Ha a..i rasa kite lalu route lain2, sb setahu i memang ada route lain jugak..belasah je la mana2, janji sampai ke Kiyomizutu.
Cis dpt jugak nampak geisha!!

Watie: Salam, insya Allah semua kos akan ditulis dlm entry akhir Japan trip ni nanti okeh:)

Skin: Ha a, betui gak kata ko, mcm spa, patut aku tadah je muka kasi spray mcm tu.. Heheheh..kat Malaysia aku pn tak berani nk main dekat buluh2.kang ada benda lain plak join masuk gambo, memang haruuuu.
Aku tak terpikir pn tajuk aku lucah sampai la ko mention!! BaB*!!

Iza Hyun: Heheheheh memang lawak tang stroller tu..sampai skrg aku pun masih tergelak kalau ingat balik..

Almiraz said...

Bestnyer!!...rasa macam berada di sana...bamboo groves tu....sejuk mata memandang.....gambar2 u cantik...suke suke suke!...nak lagi lagi lagi...aqilah pun comey naa!!

BlueEwoke said...

Almiraz: Bagus la kalau u ada rasa seperti kat sana hahaha. Bamboo groves tu memang sejuk mata memandang.. Ok lagi, lagi, lagi dan lagi akan keluar tidak lama lagi okey? kekekeke

3plepl8 said...

wow kyoto!!! tak smp lg tp rs cam dh 3 hari dok sana...cik qilah cam budak local je tuh...apa lg ada jual kt vending machines tu? yg mcm burung terbang tu rokok kah?ada yg hybrid jgk tuh....igtkan enjin je diorg bleh hybridkan.

Anash said...

peh..serius lawa weh...
terkesima nak komen
tatau tang mana nak kata 'tak cantik'
sebab sume2 cantik belaka...
(gigih nih nak jual air tebu plak kat koner kedai pak mat jual tempe..)

tengok rumpun buluh kat taman tasik taiping pun dah cantik, nih kan pulak kat kyoto?????mmmm...

BlueEwoke said...

3plepl8: Ha nanti tambah lagi 2 hari korang kat sana dah jadi 5 hari..ok la tu hehehe.. yg mcm burung terbang tu rokok. Vending machine dia yg kitorg jumpe jual air,rokok,tie,mee segara, eskrem, vending machine yg diletak dpn restoran utk pilih menu makanan pn ada!

Kak Anash: Teruskan kegigihan akak untuk menjual air tebu tu, insya Allah sampai la ke nihon nanti hehehe

Rozita said...

Semua gambar memang superb...
CANTIK !!

Aqilah yg comei tuu..kiut ngan putingnya.

Serius takut ngan kejadian stroller tu KUS SEMANGAT

penunggang.bulan.putih said...

hai awak..

1st time baca ur blog..seronok ah dapat g jepang...huhu and ur gambar-gambar sangat cantek,menambahkan lagi kecantekan jepun..ohsem

aqilah pun sangat cute..sila jadi menatu auntie okeh! ^___^

aza

niL said...

naaa...post lah aqilah ke umah aku..nak pinjam!

nway, sila buka kelas amik gambo boleh? perut rasa kenyang bila tengok gambar di atas!

BlueEwoke said...

Rozita: Terima kasih.. Kejadian stroller tu memang diluar jangkaan..

Penunggang.bulan.putih: hi di sana :) Sila la pergi Jepun, memang cantik!

Nily: Mahai rege nak post Aqilah, ko pickup sendirik kekekeke.. Alangkah bahagianya idup aku kalau aku pun rasa kenyang perut bila tengok gambar, confirm tak perlu berdiet2 lagi hahahaha

Janggel said...

Omaigod...tak tahan dah komen dalam hati..nak komen kat sini balik..

Kalolah bleh rekod kejadian stroller Kikilah terjelepot tu kan besh kekeke.

BlueEwoke said...

Janggel: Hampeh ko!!! Aqilah terjelepot jugak ko nk tgk hehehhe

niL said...

eh aku pun rasa nak tengok gak camner laa gaya aqilah terjelepok tu... mesti cute masa makcik tu duk menjerit haro...haro..tu kan!

BlueEwoke said...

Nily: Takde gambar la..aku terus kejar dia, Cawan pun tak sempat nk snap gambar kejadian hahaha..cute la jugak makcik tu tergelak2 kan aku time aku patah balik lalu kedai dia kekeke

Ieda Iar said...

teruja gile tengok pict yang cantek2 nie ! :D geram je XD
aqilah comel~

Anonymous said...

hello dude..nice entry btw..urm we share same interest..huhuhu may i know travel budget to japan?kindly email me for the detail please..really keen to visit 4 seasons country especially japan & korea.

nurulhasanah0507@gmail.com

BlueEwoke said...

Ieda Lar: Thanks.. how's ur baby girl? semua ok?

Nurulhasanah: Budget for Japan? Are u going to Osaka - Kyoto as well? i will write an entry for the budget later.