Wednesday, November 9, 2011

26 Kisah Aku Sebagai Travelholic..

Dengan berkat kesabaran yang tinggi dari tengah malam buta tadi, sambil mata dah separuh tertutup, bersambung lagi tengahari ni, walaupun aku ada kerja, tapi aku cilok gak masa buat benda alah ni hehehe..


Serius bila mula-mula baca entry si Fatt ni, buatkan aku teringat zaman2 sekolah dulu, sebab soklan dia ada PART I, PART II, PART III DAN PART IV, siap ada soklan bonus lagi. Macam nak jawab soklan sains dan sejarah kertas 2 hehehe.. Tapi nasib baik ni jenis soklan tak perlu rujuk buku teks, so senang la aku menaip sebijik-sebijik mengikut pikiran otak aku nih..ha jom tengok apa jawapan aku yek..


Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas - Orang panggil aku Na, so nama tu lekat Na dari sekolah rendah, sampai la dah beso ni. Cuma kat office je tak gune panggilan Na. Dalam dunia blogger, aku selalu guna BlueEwoke, ataupun Chawanna (yang ni combination nama aku dan Cawan). 

2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel? - Terjebak dalam dunia travel sejak zaman universiti, tp mostly destinasinya local je. Sanggup sewa kereta/van ramai2 nun nak pergi ke Kuantan la, Melaka, Genting, mandi kat Cherating, camping di Berkelah, Pulau Pangkor semuanya gune duit PTPTN huhuhuhu..time kasih PTPTN. (aku bayor balik tau PTPTN, sikit2)

3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist? - Hmm yang ni aku tak berani cakap aku yang mana. Mungkin aku diantara Traveler dan Tourist, tapi mungkin lebih pada traveler kot, SEBAB, aku suka buat plan sendiri, dan selalunya aku research dan study pasal negara aku nak pegi tu, sebab nak tau background negara tu sikit b4 aku jejakan kaki ke tempat tu. Takde la sampai tempat org aku terpingga, so sedikit sebanyak leh la membantu bila tiba ditempat org. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing, mengembek, masuk kandang harimau, mengaummm..ye dak?? hehehe

4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency - Konsep aku adalah memandai sendiri, selalunya suka suki aku je (contohnya macam buat itinerary tu, aku buat ikut suka aku, tak kisah la dlm buku guide/internet kata tak best, tak rekemen, sekali sekala aku try jugak la), aku tak kisah pun kalau orang lain kata tak best ke, tak mencabar ke, tak lawa ke, janji aku suka dan aku puas hati..lain-lain tu belakang kira..

5. Siapakah travel partner anda? - Cawan selalu jadi travel partner aku, dan of course Biqque dan Shahrul (ala laki biqque tu) selalu join sama. Pusing-pusing, orang yang sama jugak hehehe, sebab kami memang sekepala, walaupun sebenarnya ada 4 kepala. 

Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara? - Tahun 2006, pegi Phuket, disponsor oleh company, naik Star Cruise lagik, punya la excited aku time tu..ish ish..rasa macam nak riuh sekampung halaman..(nasib kampung jauh nun kat Ipoh hahahaha). Teringat lagi time nak buat passport, perghhh rasa cam bahagia gile, maklum la nak ke oversea kah kah kah...

7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini - Setakat ni takde la banyak sangat, antaranya, Australia (GC, Brisbane, Sydney, Melben), Indonesia (Bali), Thailand (Phuket, Krabi), Hong Kong, Macau, China (Shenzhen), India (Jaipur, Delhi, Agra), New Zealand (South Island).

8. Pernahkah anda melawat sesebuah tempat/negara lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut - Ada la beberapa tempat dan negara yang aku dah lawat 2-3 kali, Sabah adalah feveret spot aku di Malaysia, diikuti dengan Langkawi, so asyik2 2 ni je aku duk return. Kalau negara lain, Australia, tahun 2009, awal tahun pegi Gold Coast, ujung tahun 2009, pegi Melbourne dan Sydney. Phuket aku pegi sampai 3 kali, aku sendiri pun tak paham napa sampai 3 kali hahaha

9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa. 

- Fatehpur Sikri, Agra. Yang ni aku agak ralat sikit, sebab masa pegi tu, kitorg macam lost sikit, lepas tu tak byk abiskan masa utk betul2 explore, mebi sebab kitorg penat sgt, sebab asyik tengok fort2 ni, sampaikan satu tahap rasa nak muntah, so kitorg agak pening2 lalat di situ. Bila dah balik KL, aku rasa nak nangis nonggeng2 sebab byk benda dlam tu aku miss, so insya Allah ada $$, dan masa of course tiket murah, aku nak repeat Fatehpur Sikri tu sekali lagi hehehe..

10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan - Hahaha yang ni susah sikit, tapi antara tempat idaman aku yang aku teringin sangat nak pegi South Africa, Mongolia, Morocco.

11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti - Kenangan kelakar rasanya macam ada banyak, tapi yang paling tak boleh blah, masa kat airport Sydney tahun 2009. Masa tu cuma pegi travel berdua dengan Cawan, kebetulan pulak hari kitorg kat Sydney tu, kena landa dengan red storm, so habis semua flight kena delayed, dan yang paling teruk sekali kena cancelled. Time tu dah la kitorg nak catch flight balik ke Melben, sebab flight balik KL midnight tu jugak. Memang suspen gile. Tapi bila cek kat kaunter Tiger airways, diorg kata flight cuma delay je, so kena la tunggu sampai turn kitorg nanti. Minah tiger tu siap kasi tau lagik suh tunggu kat mana, sebab senang nak tgk apa2 update. Sekali tunggu punya tunggu, dan tungguuuuuuuuuuuuuuuu, berjam2, sampai aku pun dah naik angin, tergerak la hati aku nak pegi jalan-jalan cuci mata, sebab kat Sydney airport time tu, crowded gile, rasa cam kat pasar je, nak duk atas lantai pun takde tempat! So entah cam mana, aku terlihat kat electronic board yg display semua jadual tu, sekalik aku tgk flight ke Melben kitorg dah FINAL CALL dah!! Haaa apa lagi, kitorg berlari macam tak cukup tanah ok!! Dah la pintu dia jauh gile, tak sama macam minah tu ckp tadi, nun kat belakang sana, dan paling sadis sekali, Cawan lariiiiiiiiiiii tingalkan aku jauh nun kat belakang!! Memang lahanatttttt, aku dah la kaki pendek, gile nak kejar dia, bila sampai dekat depan pintu tu, tengok ada yg masih beratur nak masuk flight, Cawan steady je  tengok aku termengah2, abis peluh satu badan..heee..sampai la ni aku tak leh lupa la, kalau ingat balik, memang menonggeng aku gelak ngn Cawan.. (eh panjang plak citer aku nih hehehe)



12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti - Pengalaman buruk bila aku kena allergic masa bercuti di Phuket dulu, mata aku bengkak, sampai tak leh bukak, last2 aku terpaksa admit kan diri sendiri ke Hospital kat Phuket tu..siap kene inject lagi heee..dah la hospital dia cam takde orang, so cam seram2 la sikit, sebab teringat citer antu siam. Pengalaman kedua yg buruk, kena allergic gak, masa kat Gold Coast, 2 hari mata aku bengkak!! So siang malam aku pakai cermin mata itam, dlam mall waktu malam pun aku pakai tau!! sungguh memalukan..

13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara? - Ikut negara mana aku pegi la, kalau masakan tempatan diorg kat sana halal/veggie, aku berani la cuba, macam kat India haritu, aku balun jek, dalam2 aku geli dan takut sakit perut, aku tibai baekkkkkkkkkkk punyaa...

14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
- Ni sarapan aku masa dalam Bhopal Shatabhi dari Delhi ke Agra. Mula-mula tengok rupa macam kembang tekak, tapi bila dah masuk mulut, hmmm layannnnnnnnnnn.. Apa istimewanya?? Mungkin ni first time try makanan India yang betul2 India mari, so aku rasa lain dari masakan india kat Kl ni. Rempah ratus dia pun takde la pekat sgt, sesedap tekak aku la menunya pagi tu. Jus mango dia pun sedap, tapi tak pasti la manggo india yang mahal or manggo biasa2 tu ke.. Sori aku tak ingat nama sebenar makanan ni..

Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli? - Beg troli, senang aku nak seret. Backpack pun ada, ikut keadaan la mana yang sesuai.. Tp most of the time kitorg bawak bag troli, sb aku malas nk angkut bag pack tu, beg camera plak Cawan dah angkut, so dia tak available la nak angkut begpack satu lagi kan huhuhuhu..

16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan 

- Beg troli tu kalau ikutkan dia dah ikut aku ke merata tempat, aku ngn Cawan kongsi satu beg je, selalunya sparuh dr beg tu kosong, tp sejak ada Aqilah, barang dia dah amik space yg separuh lagi, begpack tu plak baru beli tahun ni, sebab nak pergi India haritu, kononnya sebab takut train tu kecik susah nak letak beg, jadi aku beli la begpack tu, so tade la byk tempat dia dah pegi..

17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti - Passport, camera, duit (nak tambah satu lagi, travel adapter pun wajib gakkkkkkkk, kalau tak cammana aku nak charge bateri camera)

18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe - Laptop, kunci keta, seterika (aku kan pakai tudung, so tudung mesti la wajib kena iron hahahaha, tp Cawan selalu marah aku bila aku bercita2 nk angkut seterika, aku bukan nya apa, cuma risau hotel/hostel tak provide je, abis la tudung remuk2 semua..ish ish..) 

19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar) - Ambik gambar tu wajib sgt, kalau tak buat, rasa macam berdosa sangat hahaha bleh? Tulis poskad memang dah lama aku amalkan sejak mula travel dulu. Selalunya time bercuti la aku disconnect dengan dunia cyber ni, kecuali di NZ hari tu..Bila disconnect tu, rasa cam aman damai je , kalau tak selang seminit nak tgk blog org la, nak tgk FB la..haih macam2..

20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing? - Aku kategori malu2 kucing, kalau dlam camera tu ada 1000 gambar, aku berani bet dlm tu cuma ada 60-70 keping je yang ada muka aku. Yang lain2 tu byk gambar tempat2/pemandangan jek. Aku memang tak gemar bergambar, baik ngn Cawan atau sesapa la..tak tau la napa entah..

21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah - Emm yang ni aku kena korek la, sb aku memang tak reti nak budget amik gambo cam diva..nanti aku cek yek hahaha.. (24 jam kemudian..tadaaaa...) penat aku korek tau..ish ish..ha ada rupe diva? budget bagus? heheheh

Zaman kegemukkan di Hong Kong tahun lepas huhuhuh..ada rupe diva ke nih? Aku rasa patung tu lagi diva hahaha

Ewah posing cam bagus..

Atas tangga pun jadiiii huk alohhhhhh...huuhuhuh

22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut? Fridge magnet la selalunya, tshirt pn ada jugak, lain2 tak berapa sgt. 

23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan? Of course ada, selalunya family la, kawan2 tu kadang2 ada la, itu pun atas permintaan diorg jek, kalau tak aku buat dek je hahaha (tertakluk pada currency negara tu, kalau murah ada la utk kawan2)

24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat? - Emm aku suka kumpul map/brochure/pamplet yang aku amik dari epot tempat aku travel tu. Banyak sgt sampai sekarang ni aku tak tau nak taruk kat mana. Dan benda2 tu lah yang memberatkan beg aku tiap kali nak balik KL hahaha.. 

Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang yang pernah dikunjungi (pick random) 
- India, sebelum pegi aku dah dengar dan baca macam2 pasal India, tapi bila dah pergi, semua benda yang merisaukan aku tu..pufffff ilang entah ke mana, aku sangat terpegun bila tengok dan lihat sendiri cara hidup diorg. bayangkan kat dalam dunia, orang lain tak buat macam tu, tapi orang kat India masih buat lagi. Benda yang kita rasa pelik, tapi pada diorg, benda tu normal. Dan diorg seolah-olah bangga dengan cara hidup dan culture diorg. Setiap hari di India, mesti akan terjumpe sesuatu yang mengujakan (tak kisah la benda tu apa, tapi mesti akan buatkan korang macam haaaa..oooo..huhhh gileee!!) Dan secara conclusion, aku boleh kata india ni memang lain dari yang lain. Setakat harini, tak pernah lagi aku lawat negara yang SEGILA ini. Tapi GILA-GILA di India ni lah yang buatkan aku terpanggil-panggil untuk balik ke sana semula..(kalau korang yg bukan jenis baca sejarah2 ni, jgn risau, korang tetap akan impress gegile bile dah sampai forts, palaces tu semua dengan cerita2 dari local, walaupun tak tau betui ke tak...tp memang sgt menariks)


- New Zealand , negara ni bersih, dan aku noticed New Zealander ni semua ramah2, tiap kali aku masuk kedai, baik kedai runcit, atau supermarket/shopping mall yg besar2, diorg tak penah fail nak senyum dan wish Selamat kat aku. Satu lagi, kat sini kebarangkalian macam nak kene scam atau tipu seperti kat India, Thailand or Indonesia, sangat tipis. Macam amanah je la org2 kat sini. Satu lagi bab kebersihan, memang bagus sgt. Toilet tak berbau, mana2 pun susah nak cari sampah sarap. Kat kawasan kampung2 pun bersih je. Tapi kat sini takde apa sgt yang gile, cume gila tang scenery je, yang lain2 tu hidup normal seperti biasa hehehe..


- China, tak byk sgt aku nak kongsikan psal China ni, sebab aku baru pegi Shenzhen je, tapi dari observation aku, diorg ni pun masih dalam dunia diorg sendiri. Bahasa Inggeris memang ke laut, kalau aku ckp dog atau cat pun belum tentu diorg paham dog tu anjing or cat tu kucing hahaha. Aku tak pasti kat Beijing dan Shanghai macam mana. Yang pastinya, kalau diorg bercakap sesama sendiri pun, kalau ko dari province lain, ckp dengan org dari province lain, mesti macam itik dan ayam jugak, sebab diorg ada byk dialect, so no wonder la maharaja diorg dulu suh invent mandarin, untuk menyatupadukan semua manusia yang ada lam province di China nih. So communication memang agak susah disini. Tu pun silap2 ckp mandarin pun lum tentu diorg paham hehehe. Dari segi kebersihan, aku leh ckp, agak kotor la jugak, berbeza sekali dengan HK, wlaupun HK tu kaum2 diorg gak. 

26. Lengkapkan ayat ini. "Saya berangan......." dan ayat tersebut mestilah berkaitan dengan travel
- Saya berangan nak jadi travelholic sejak kecik lagi, sebab arwah abah selalu bawak aku dan adik-adik pegi jalan-jalan. Masa kecik2 dulu merasa la naik kapal terobang pegi Sabah nun, MAS lagik hehehe. Tapi sekali tu je la. Yang lain2 tu byk dlm semenanjung jek. So dari situ dah mula timbul keinginan nak lihat dunia luar. Kalau orang lain nak kerja elok-elok, gaji mahal-mahal, nak kumpul harta benda, duit/emas, aku pulak lain, aku sibuk nak berjalan, aku tak kisah rumah kecik, keta biasa2, janji aku dapat jalan. Dan alhamdullilah, sejak aku dah mula bekerja beberapa tahun dulu, aku dah pun memenuhi sedikit impian aku nak travel, walaupun baru beberapa ketul negara je aku penah pijak, tapi aku bersyukur sgt dengan apa yg aku dah berjaya lihat.

Soalan Bonus :
Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
- Hmm tadi aku pi belek passport aku, tapi malangnya, belum ada lagi stamp passport yang buatkan aku rasa teruja atau pun rasa unik. Semua aku tengok biasa2 jek. Jadi aku takde la nk kongsi kat sini. Stamp dari India dan China pun biasa jek. Jadi non ado picture utk soalan ni..hehehe


(sambil lap peluh, dan mulut makan pisang, berjaya jugak aku siapkan jawapan utk semua soklan ni...Fatt ko baca ke tak????? baik ko baca..penat aku taip tauuuuuuuuuu)

33 comments:

Biqque said...

i rasa u ada gambar lagi diva, masa kat phuket-pp-krabi :D hahahaha!

bab fatehpur tu mmg nyesal...haih...

sedap pulak teringat arabiata kat pizza hut india tu!!!

AKO @ retna said...

so overall, na mmg suka india la kan ;-)
ishhh teringin jgk nak pegi tapi erkk takut x mampu jer nk redah lautan hindi hehe

Janggel said...

Wah aku ralt okay baca pengalaman manis ko berlari termengah2 sebab ko berkaki pendek! Memang kalau aku pon cenggitu.

Aku pernah gak kene macam tu masa kat bali...dah final call nak balik Malaysia, berlari kami semua dari hujung ke hujung epot! Yang lembab semua tertinggal kat belakang hahahaha. *dalam pale otak pikir, korang taknak balik korang punya hal, aku kopak dah takde duit nak beli tiket lain hahahaha. keji kan.

Janggel said...

* ralit ye bukan ralat . hehe

BlueEwoke said...

Biqque: Hahah ok i dh cari gambar u ckp tu. gile laaa nk taruk gambar tu..sungguh memalukan okkkkkkkkk!!! Tu biarlah menjadi rahsia kite kah kah kah..

Ako: Ha a..suka ako..lautan hindi tu ko tak yah susah2 redah, naik je AA huhuhu

Janggel: Hahahaha seram kan kalau dh kena final call, aku pun pikir duit melayang gak kalau betui2 kena tingal. Walaupun agak keji nk tingalkan kawan2, tapi rasenya aku tetap akan buat, lain la diorg nk tlg bayarkan balik tiket aku tu hahha. (entah2 Cawan saja lari tingalkan aku, mana la tau kan uhuksss...)
Ko orang Ipoh gak ke??

bdk2@John said...

amboiii...diva sangatkan pakai cermin mata hitam dalam shopping mall! ahahah

btw, gmbr yg tunjuk diva yg second tu kat mana ek? mcm kat syria or somewhere yg middle east... cantikkk

BlueEwoke said...

Bdk2@John: Ha macam middle east kan? Tu kat Delhi-India la.. Qutab Minar nama tempat tu..ko jgn lupe p sana nanti..memang rasa cam middle east..uhuhuhu

Janggel said...

Tu la pasal! Kalau depa nak bayar flight tiket kite talpe la jugak kan! Hehehe.

Haah aku asal Ipoh, umah atuk n opah kat sungai rokam. :)

3plepl8 said...

wow...26 persoalan dikupas satu persatu...aku agree India ni harus diulang 2-3 kali pun xboring.

fatt said...

aik, komen aku yg pes ilang...aku dah letak tadi tau Na..ok takpe, kali ni aku dtg lagi sekali utk me-review :)

2. HAHAHA...siot, PTPTN tuuu...aku rasa kalau org PTPTN tau ni matilah kita. pecah lobang!
4. aku setuju, buat memandai sendiri lagi best dr tour agency sbb kita bleh buat ikut suka, brp lama, klu guna guide sume kena jaga masa..pastu lebih ke sopping. hampeh!
5. klu aku dah ada partner @ hasben nti bleh ke aku join group korang? ngeee~ :D
6. apsal jwpn kita lebih kurang sama aaa? aku pun pes time masa trip kompeni, pegi phuket! kebetulan kah?
8. ape yg best kat phuket tu wei smpai 3x...mak nyah byk le...tercabar rasanya tgk dorg
11. agaknya dorg terlupa psl korg kot. aku pun penah hampir alami benda yg sama kat epot melben..coincidence ke? takpe, nanti aku akan cerita dlm jwpn aku :)
12. ko allergik ape sbnrnya ni yg smpai mata bengkak? ceciter...ada ubat tak utk rawat penyakit ni?
14. nmpk simple tp mgkin sedap spt yg ko kata. tp masa kat sini ko ada ceriberi tak?
18. ada sterika mini philips...tak smpai 100rgt. tp klu ko gi hadyai..bleh jumpa jgk jenama philips tp design lain skit & harga cuma 30rgt jek..mebi ko bleh bwk yg tu sbb ringan & space savvy
21. motip gmbr atas tangga?? hahaha
24. aku pun, suka kumpul brochure..mcm dah boleh bukak travel agency sendiri tau...siyes!
25. beb, aku teruja part observation ko psl india...bleh aku tau apa benda yg aneh yg paling ko teruja sekali masa 1st time tgk & rasa waahhh...dahsyat! cer kasik sedas...aku nak imagine
26. semoga semngat berjalan2 & melihat dunia takkan luntur dlm diri kita...cewah...harta dunia tak penting, yg penting ialah pglmn :)

soalan bonus - alaaa, kecewa aku bila ko ckp takde 1 pun stamp passport yg ko suka...sob sob...


anyway Na, thnks a lot sudi layankan soalan gila2 aku yg berpart-part ni...sedikit sebanyak kita bleh kenal & tau info2 yg hidden seseorang kaki jalan tu...Insya Allah kalau timbul lagi idea camni aku akan tag ko :)

Lily Riani said...

ko naik tangga nak gi mana??? heheheh...

ko sama ngan wahidah... seterika.....!!! dia bawak yg baby seterika, aku gelak... but logical ler masa dia explain tuh.

morocco!!!!! best!

i takut bila kaki cecah eu, sure susah dah tuk tak nak jejak eu again. hahahhah.... dah confirm country to visit ke?

Ely Hasrul said...

patut letak gambo mata!!! hahahahahhahaha okeh dengki gelakkan ko psl mata tuh hahahahahhahahahhahahahaha xdpt tahan hahahahhahahahhahahaha dengki tahap gaban hahahhahahahhaha xtau napa ku rasa bende tuh lucu hahahahhaha

fatt said...

ely,
sengal ko ni...kang ko terkena tulah si Na aku gelakkn ko oke! HAHAHAHA....

kemang~ said...

9. na, kiteorg ingat nak duduk agra shari je..aiya mcm x cukup la pulak..cer citer ape yg best kat fatehpur tu..plan mmg nak gi situ..

15.deuter tu santek!

21. agak nye tangga tu rare eh, limited edition, available kat nz jer..kihkih

BlueEwoke said...

3plepl8: Ha apa lagi..jom repeat huhuhu..

Fatt: Tq sudi baca 26 kisah aku nih hahaha..Byk betui kene reply soklan ko satu2 ni. Aku ni allergic ubat, panadol, uphamol, aspirin, pongston, aku tak leh makan, so kalau aku demam, memang doc akan prescribe ubat kategori lain, tak leh yg biasa2. Masa mula2 kena dulu kt Phuket la, masa tu makan pongston. Kt GC, aku tak tau lagik aku tak leh makan aspirin, so aku tibai la, ha sekali, amik ko..boink naik kat mata bengkak tu.
- Entah2 ko pun keje compeni sama ngn aku kot, sb tu pegi phuket huhuhu.
- Phuket tu biasa je, tp entah la, mebi sb tiket murah, so aku pegi je la.. Satu lagi pegi yg last tu sb nk pegi Phi2 dan Krabi. Tu yg repeat Phuket lagi tu hahaha..
- Seterika kecik tu ada jumpe kt best denki, tp idok la plak beli.
- Motif gambar atas tangga? hahaha takde motif, aku sebenor nye tgh panjat nk masuk dlm kandang kambing tu, kat bawah tu ada sungai kecik, konon nk p amik gambo la, so aku suh Cawan amik gambo aku jap..heheheh itu je la motif nye..
- Pasal india tu, nanti aku senaraikan apa yg pelik. (pada pandangan aku la)
- Nanti ko ada idea nk main tag2 ni, buat la lagi..takde la pecah pala aku nk pikir idea nk update blog hahahah

Lily: Naik tangga nk p turun ke sungai bawah tu..huhuhu..
- Tu la teringin Morocco tu, tp trip EU akan dtg ni tak sempat la nk terjah ke Morocco, mebi next trip kot, leh skali ngn Spain..uhukss..
- Negara EU yg nk pegi dah confirm dah...

Ely Hasrul: Aaa ko memang kejam... tapi memang kelakar sebenarnya, sb masa aku kena, Cawan gelak2 kan kat aku. Masa kat GC, lagi la kena ngn budak2 tu..ishhh tak sesuaiiii hahaha

Fatt: ha jaga ely! jagaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Ely Hasrul said...

hahahhahaha aku baca berulang kali masih lucu tang mata tu hahahaha.. huish mmg bahaya ko alergic ubat basic. patut ko pakai wristband tulis alergic ko mana tau ko eksiden pengsan dokter cucuk masuk ubat2 gitu ha kan naya.

aku alhamdulillah xpenah sakit mata (ya allah jgn la nk kasik) tp sori la mmg xtahan lucu.. hahahahhahahahhahahahhahahahhahaha aku nk geng dgn cawan sbb gelakkan ko hahahhahahahhaa

BlueEwoke said...

Kemang: Agra satu hari? emm aku rasa 2 ok kot, takut nanti ko terkejar2, nanti bila dah penat takde mood plak. Fatehpur tu complex dia agak besar, so mcm2 nk kena tgk, lagi best kalu ko leh dig history tmpat tu dlu before ko pegi, nanti dh sampai sana, baru ko tau apa yg ko baca tu. Fatehpur tu tempat empire mughal, so Si Akhbar the Great tu la duk situ. Dari jauh ko tgk Buland Darwaza tu ko mesti impress gile, sb sgt tinggi, yg tu diorg buat sb nk celebrate kemenangan Akhbar kt Gujarat. Kalau ko tgk betui2 kat situ ada ukiran ayat2 Al Quran, so ko memang aku berani ckp la, akan impress gegile, dan rasa bangga, sb ada ciri2 keislaman, sama gak mcm Taj. Haih aku pun sampai ari ni memang masih teruja lagi nk korek pasal sejarah2 India ni, memang best, maklum la India salah satu tamadun tertua di dunia. So aku suggest ko jgn rushing2 sgt kat India tu, nanti melopong sb ko tak dpt hayati.. (melainkan ko tak minat sejarah, so leh la ko tgk2 gitu je, so 1 hari sempat la nk p taj dan fatehpur)..sekian..(cewahh)
- Beg Deuter Fox 40, beli kat Pertama complex, kedai auntie cina. Harga murah jek.
- Tangga tu diaorg letak situ supaya senang org nk masuk kandang, dan turun ke trail bawah tu. Sb kandang tu kan gune letrik fence, kang tak pasai plak ada yang mati kene short karen..sb tu la aku pnjat tangga tu hahahah

Ely Hasrul: Ye aku rase cadangan ko tu baik sekali. Mungkin aku akan simpan senarai ubat-ubatan yg aku allergic dlm purse, so senang kalau jadi apa2, aku leh refer. Aritu masa aku pas bersalinkan Aqilah, doc inject bius nak jahit, haaaa babi betul, naik bengkak mata aku on the dot! Doctor pun cuak gile, dia plak tak tanya aku ada allergic ke hapa..haihhhh sabor je lee

Azizan Zolkipli said...

pembacaan '26 kisah' yg kedua selepas laman 'Biqque'

Terima kasih Na untuk perkongsian, terima kasih juga Fatt atas usaha yang sangat kreatif & unik ni.

Azizan Zolkipli, 11.11.11

MasZuber said...

oit, kena extra carefull kalo ko jenis alergik yang macam nie..huhuhu tak penah aku jumpe org alergik macam2 seperti ko. anak ko same tak alergik macam ko?

Bile ko sebut pasal India..semakin tak sabar aku untuk sampai ke sana..harap2 dapat la aku sampai tahun depan.

BlueEwoke said...

Azizan: Terima kasih sb sudi baca citer aku yg tah apa2.. cewah, siap taruk tarikh 11.11.11 hehehe..

MasZuber: Itu lah, memang aku kena jaga2, kalau salah je memang boink naik kata mata, tu yg tension tu, sb tak leh sorok, tak kan la nak pakai spec itam memanjang kan hahahah. Anak aku nyaris takde allergic tu setakat ni.

Ha aku doakan ko berjaya sampai ke India tu, memang *lazat berkrim*. Ko pegi ngn Kemang kan?

Ely Hasrul said...

okeh sori tapiii aku tgh byg ko dlm labor room patu dokter jahit smbil tunduk2 xnk tgk ko sbb ko tgh jeling dia dgn mata yg bengkak tuu hahahhahahahahhahahahahahhaha hahahahahhahah point ko lebeh la sbb mata nih ahhahahahhaha

kemang~ said...

na, maszuber trip lain..kiteorg pegi dulu, baru die pegi.. die gi 10 hari weh, i jeles ni!!!

BlueEwoke said...

Ely Hasrul: Hahahah yg kat labor room tu yg tu memang aku nk tergelak pun. nasib tak sakit, kalu tak memang aku tendang je doctor tu time jahit hahahah..

Kemang: Ooo asing2 la ni..ingat korang pegi sama2..all the best my fren....huhuhuhu..(jeles pulak korang nk p India nih, aku nk ikut jugakkkkk)

Anash said...

Na,
akak tengah bayangkan na lari dalam airport..kalau akak..lari jugak...hehe..
ha'a..bila citer kumpul pamplet, akak baru teringat..hobi kita sama la...(padan le berat aje beg bila balik becuti..), kekadang sokabar tempatan pun akak bawak balik msia...hahaha..
usaha Fatt memang berhasil...sharing experience with others....suka

BlueEwoke said...

Anash: Hi kak, heheheh jgn la bayangkan..memang cam penguin lari tau hahahaha..kaki ketot la katakan huhuhuh.. Ye hobi mengumpul benda2 mcm tu memang syok, padahal balik KL tak tgk pun, tapi saja2 je suka amik kan... Tu la bagus idea si Fatt nih, pasni leh suh dia buat benda lain plak..leh ramai2 lagi join huhuhu

masMZ said...

Halu halu tumpang lalussss.... ehhhhh hehehe

jawapan no 26 tu ala2 sama dengan jiwe hati ku jua... biarlarr harta cam tak best (orang yang cakap, aku rasa ok je), yang penting leh simpan duit pi berjalan!! Huuuu :D *peaceeeeee

Anash said...

Na,
akak sambil lalu nengok gamba na hambek...gile lawa...sume-sume..baik kat penang..new zealand, kredit card pun nampak cantik....
kagummm...

BlueEwoke said...

masMZ: Lalu jgn lupa bayar tol heheh (acah je.. Ni la gilpren si janggel tu ek??)huhu.. ye no 26 tu la pendapat aku, dan aku ngan bangga diri mengaku aku memang cam tu, bior la org kata aku apa pun, janji aku *living my dreams* cewaahhh..

kak Anash: Ye ke lawo, kami budak baru belajar amik gambar, sikit2 tu reti la..akak minat photography gak ke? kalau sama passion leh share knowledge nanti:). (tq diatas pujian itu ;p)

Fid Abdullah said...

Salam..

Selalu jugak masuk sini cuma kali ni jer nak nyampuk sikit..

Masa kat Italy, memang kita rasa macam yg u rasa kat Fatehpur tu.. rasa macam nak muntah dan pening-pening jer. Ada orang kata sebab vibes kawasan tu tak berapa nak serasi ngan orang muslim.. Kat Italy kan banyak Church pas tu dengan lukisan dan sculpture dia yg tak hape2 tu. Tapi tak tau la betul ker tak..

BlueEwoke said...

Salam Fid, ye memang betul pasal vibes tu. Memang ada research pasal tu, sb tu org pegi Mekah, tenang je, sb vibes, ion2 positive byk berbanding tempat2 lain, apatah lagi yg mcm Vatican city, dan Italy yg memang byk church tu huhuhu..

Ainul Arina Madhiah said...

salam kenal kak na ^_^

isk, harunya kena allergic time travel.. next time better akak bawak siap2 antihistamin kot kalau nak pergi mana2. nampak mcm ada sign je terus ngap. =) hehe.. sorry, sy belajar medik so dia macam terfokus time yg akak sakit tu je. haha. ;p

langkah kaki.. said...

wa....seriously ngeri part allergic tu.. orang pernah kene gak. but so far, lom pernah kene time travel. selalu kene kat umah n kat hostel. faktor allergic : seafood : salah makan ubat. camtu jugak la.mata bengkak.dah macam hape. nak nengok pon x lei. sampai kene mendongak. T_T. sedih kan kite neh?

salam kenalan n salan kaki jalan..=D

BlueEwoke said...

Salam Ainul: Ooo bagus la belajar medic, lepas ni leh saya cari ubat antihistamin tu, buat bekalan time travel nanti hehehe..

Langkah kaki: Kita serupaaaaaaaaaaaaa..hahah memang sadis betul kan!! Salam berkenal-kenalan jugak :p