Thursday, March 8, 2012

Kansai: Misi Ke Jepun Jadi Kenyataan

Penerbangan selama lebih kurang 7 jam terasa kejap berlalu.Walaupun aku tak berapa boleh nak tidur sangat, Cawan macam biasa, mudah benar terlena, Aqilah pun tak banyak ragam, main dan main, terus tertidur, tingallah aku terkebil-kebil keseorangan lepas tu, melayan mata dengan membaca bahan-bahan bacaan yang disediakan. Sesekali terlintas di fikiran aku, rasa tak percaya akan tiba di tanah Jepun dalam masa beberapa jam lagi. Aku tersenyum sendiri.

Tepat jam 9.25 PM waktu Osaka, kami selamat tiba di Kansai International Airport. Urusan immigration dan luggage sangat cepat dan pantas. Tidak membuang masa, kami terus ke level 2 di Kansai Airport untuk ke train station Kansai Airport. Cuaca malam tu agak dingin, lebih kurang 8 celcius.


Railway Kansai Airport. Ada 3 jenis train yang beroperasi di sini. JR Haruka (paling mahal, tapi lebih cepat, sebab tak banyak stop, free if guna JR West Pass), JR Rapid Kishuji Service dan Nankai.

Mesin penjualan tiket train untuk JR Rapid (biru), Nankai (oren) dan Haruka (hijau), kalau nak beli JR Rail Pass atau JR West pass, boleh proceed ke office penjualan tiket di sebelah kanan mesin-mesin ni semua. Jangan lupa tunjuk passport, sebab pass ni cuma untuk foreigner saja.

Ok nak buat lagu mana nih?? semua nihon jek!!

Mula-mula melihat mesin tiket ni, aku terpinga-pinga sekejap. Walaupun di tangan dah ada nombor train, nama train, destinasi mana yang nak dituju, tapi aku masih tak boleh nak figure out macam mana nak tekan-tekan mesin tu untuk beli tiket!! Cawan pula sibuk asyik amik gambor je. Lepas 2-3 minit aku terkebil-kebil dia datang tanya kat aku..ha cam mana? dah beli tiket?? u reti tak?? Memang soalan kurang asam yang menduga ego aku sebagai otai kepada family Chawanna bila bercakap pasal hal2 travel ni!

Aku ternampak button bahasa inggeris di situ. Aku tekan. Tadaaaaaa..oh ada english. Lepas baca satu persatu baru la aku paham. Rupanya kena masuk duit dulu, baru leh pilih quantity tiket dan harga. Ok takde masalah. Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..ada tapi lagi...

Bila aku tengok papan board train routes di bawah ni, aku balik masuk ke mode terpinga-pinga. Semua dalam nihon lagik! Aku cuma tau Kansai Airport je, sebab tu tulis dalam english. Yang lain-lain semua nihonnnnnnnnnnnnn!! Sia-sia je aku ada nombor train, nama station bagai, tapi masih tak tau yang mana satu. Nak mengagak, memang tak dapat la kan hehehehe.. Aku kehairan melihatkan nombor-nombor disetiap nama station tu, memang langsung tiada kaitan dengan nombor train dalam buku aku!! Cis tipah tertipu bang!!

Nombor loterikah di situ??

Sambil aku meng'control' cun depan peta train tu, sebab malu tak reti nak beli tiket huhuhuhuhu, sebenarnya malu dengan Cawan, sebab aku cakap kat dia, aku dah study hahahaha, tak kan la beli tiket pun tak reti kan!! Tiba-tiba datanglah seorang perempuan, lengkap beruniform. Bertanyakan aku nak ke mana. Aku jawab Tsurugaoka station. Dia jawab hait! hait! sambil angguk-anggup kepala dia. Dia cek map, suh aku masuk duit, dan suh pilih button yang ada nombor 950 tu. Aku tanya dia, apa kebenda 950 tu??? Rupa-rupanya nombor-nombor disetiap nama station tu adalah harga tiket train tersebut! Cissssss mana la aku tau kan hahahaha..

Misi membeli tiket ke station Tsurugaoka berjaya!! Arigato gomaista!

Cadangan awalnya aku ingat nak terus ke Kyoto, tapi last train lebih kurang pukul 11 lebih, tak sempat nak sampai Kyoto, so aku terpaksa tukar plan tidor di hotel For Leaves Inn di area Nagai. Dan train station terdekat ialah Tsurugaoka tu la.

Hampir 10 minit menunggu, akhirnya tiba juga train yang ditunggu-tunggu. Masuk je dalam perut train, aku terus ternampak tv yang ada display nama-nama station. Fuh legaaaa..semua in english. So harapan untuk terlajak ke station lain agak mustahil disitu! Aku senyum dengan senang hati, sebab ada announcement setiap kali nak berhenti di setiap station..lalalalalaaaa

Disebabkan JR Rapid Kishuji ni cuma berhenti di setiap station besar-besar je, so kitorg terpaksa tukar train di Otori dan bertukar ke JR Hanwa Line (train color baby blue). 

Ni rupa bentuk dalaman JR Rapid Kishuji dari airport tu. Luas, dan banyak lagi seat kosong, aku tak paham napa mamat jepun tu sibuk nak duduk atas lantai hehehe.

Sebaik tiba di station Otori, kami tiga beranak, dah bersiap sedia berdiri depan pintu, sambil beg di tangan masing-masing (kecuali Aqilah). Train dah berhenti, eh tapi pintu tak terbukak! Aku terkebil-kebil lagi melihat pintu.. Tiba-tiba ada makluk datang dekat, dan tolong press button Open! Aku terus meluru keluar, sebab takut train jalan! Rupanya, kena press button Open baru pintu terbuka, cis lagi, mana la aku perasan kan? Sebab LRT/MRT tempat lain semua pintu train terbukak sendiri, tak yah tekan apa-apa. Ish darat!!

Station Otori yang kami turun tu, sebijik macam station komuter di Mid Valley atau di Batu 3 Shah Alam. Ada electronic board tapi dalam nihon la pulak. Di sebelah track sebelah lagi, ada train warna baby blue, sama seperti yang tercatit dalam buku nota aku. Nak main masuk, takut salah train, dah la sejuk plak tu, nak tunggu lagi ke. Tanpa disuruh, Cawan dengan selamba masuk dalam train, terus tunjuk station Tsurugaoka kat penumpang train dalam tu. Nasib mamat tu paham. Dia kata inilah train yang patut kami naik. Ok lepas satu lagi masalah :) 

Lega dapat duduk dalam train tu, sebab ada heater kat kaki, suam je rasa kaki tangan semua hehehe. Aqilah sempat menyanyi rasa sayang hey, mungkin nak menunjukkan dia sangat happy dah sampai Jepun agaknya hehehe. Sampai ke station berikutnya, mamat yang membantu kami tadi, sempat panggil Cawan suh ikut dia pegi tengok route train tu, dan tolong Cawan kira station nombor berapa yang patut kami turun. Sekali lagi terima kasih ya encik Jepun! 

15 minit kemudian, tiba jugak kitorg di station Tsurugaoka. Lengang, mungkin dah lewat kot, waktu tu dah jam 11 malam. Lokasi hotel memang tidak jauh dari station train. Disebabkan aku nak cepat check in hotel, sebab tak tahan nak terkebil-kebil tengok map lagi, terus aku tanya pekerja JR di station tu di mana arah ke hotel. Aku terkejut dia jawab dalam proper english. Hmm not bad la kan..ada jugak yang reti. Hehehe.. Seperti yang tercatat dalam web hotel, lokasi hotel ni memang dekat sangat, dalam 2-3 minit berjalan, dah jumpa hotel, jaraknya dengan station train tadi lebih kurang 120 meter saja! Dekat kan? memang berbaloi hehehe..


Lega rasa hati bila akhirnya sampai ke destinasi yang nak dituju tanpa sebarang drama macam diva! Bila melangkah masuk dalam hotel, kami disambut oleh seorang pakcik tua di reception, sambil mengangguk-angguk kepala dia dan bercakap nihon dengan aku. Aku tak tau nak cakap apa, cuma tersenyum dan main angguk-angguk juga, sambil mengeluarkan kertas booking hotel tersebut. 

Bila dia lihat booking tu, terus bercakap nihon lagi dengan aku. Aku tengok je dia, dengan harapan dia paham la yang aku memang tak paham apa dia cakap! Tapi salah..dia terus bercakap lagi dan lagi.. Aku dengor je la, sambil senyum-senyum. Lepas tu dia tunjuk dua kunci kat aku! Aik..apa kebenda plak ni. Aku macam dapat rasakan dia nak cakap bilik takde ke?? Pastu aku cakap lagi "twin room, 2 person" sambil angkat 2 jari tunjuk kat dia. Dia hait..hait.. ok paham la tu kot kan. Pastu dia geleng-geleng lagi. Dia tunjuk jari 1 pastu angkat tangan sebelah tangan lagi, dan tunjuk jari 1. Dia seolah-olah bermaksud single room untuk aku dan Cawan. Haihhh susah ni.. Aku jawab balik, "no..no..twin room..2 person.." sambil tunjuk harga Yen 5500 yang tertera tu adalah untuk twin room, pastu aku angkat jari dua, kasi dia paham..

Dekorasi diruang lobi hotel. Meriah..hilang kejap stress aku bercakap dengan pakcik reception jepun nih..

Beberapa minit kemudian, dia kasi kunci bilik. Aku tanya dia lagi..twin room?? Dia angguk dan cakap..twin..twin..ok lega. Terus bayar, dan naik lif. Sempit lifnya, teringat macam dekat Ajanta hotel di Delhi dulu hehehe..

Aqilah pun busy gak ni nak buat air kopi, sementara menunggu aku settlekan hal check in hotel tu..ish ish..

Ini la rupa bilik twin nya. Nasib sama seperti yang ditulis diwebsite. Bunk bed, ada bilik air (hot & cold water), tv, dan electric jug nak masak air. Cukup la tu kan untuk semalam, nak lepas untuk tidor. Sebelum melelapkan mata, Cawan sempat lagi bersuara "kita kat jepun dah ni.."..aku hanya tersenyum sekali lagi..

Esok harinya...

Seawal pagi aku dah bangun. Sunrise di sini awal, lebih kurang jam 6 lebih dah terbit matahari. Kami sempat breakfast dengan bekalan yang dibawa dari KL, sekadar mengalas perut. Yang penting Aqilah kena makan. Jam 8.30 pagi, kami check out dan terus menuju ke train station Tsurugaoka. Hari ni kami akan meneruskan perjalanan kami ke Kyoto. 

Disebabkan  aku confident yang aku dah pandai beli tiket train dari mesin yang ada di station tu, so aku dengan bangganya (sebab nak tayang skill beli tiket kat Cawan), tanpa segan silu, terus masuk kan duit, tengok route train di atas  mesin tu, dan tekan harga untuk ke Kyoto. Kali ni agak mudah, sebab station Kyoto ditulis dalam english. Sebab tu aku confident jek hehehehe.

 Cewahhhhh terer sebab pandai dah beli tiket, tanpa ragu-ragu...lalalalaaa

Kami terus proceed ke kaunter officer tu, sebab nak tanya platform mana nak menuju ke Osaka station. Untuk menuju ke Kyoto, kami kena tukar train lain di Osaka station, sebab ada train lain yang perlu kami naiki untuk ke Kyoto iaitu JR Kyoto Line. Sekali dia cek tiket, dia kata salah, sebab aku dah terlebih bayar la pulak!! Cissss salah la pulak huhuhuhu.. Part ni paling bagus, dia mintak izin dari kami untuk menukarkan tiket dan refund duit kami, sebab dah tersalah dan terlebih bayar! Kan ke bagus MRT station kat Singapore beradab macam kat Jepun ni, ni tak, semua nk buat kat mesin, dan la staff pun takde manners, kalau mesin ko bagus sangat tak pe la jugak!!! (eh tersasar ke Singapore plak dah!)

Ha ini baru betul..tiket ni cuma berharga 890 Yen one way, dari Tsurugaoka, transit di Osaka Station dan naik JR Kyoto Line. Perjalanan ke Kyoto dari sini mengambil masa lebih kurang 40-45 minit.

Tadaaa dah tiba di Osaka Station. Yang bestnya di Jepun ni, semuanya precise, kalau kata platform 8, maka 8 la train tu tiba, takde last-last minit tukar di platform lain ke apa ke. Nak cari platform mana pun senang, ikut je signboard yang ada. Jangan risau kalau tak reti baca nihon, sebab signboard dia ada dalam english juge.

Keadaan dalam JR Kyoto Line. Makcik yang duduk disebelah aku sangat peramah. Dia tegur aku tanya dari mana. Dia tau Kuala Lumpur katanya, dan dia speak minimal english. Kesian aku tengok dia masa nak tanya umur Aqilah berapa. Jenuh dia nak cari perkataan AGE tu. Nasib aku paham, dia tak tanya lagi, aku dah jawab umur Aqilah untuk dia hehehe..

Tanpa membuang masa, sebaik tiba di Kyoto Station, kami terus mencari Kyoto Tourist Info Center yang terletak di bahagian atas (sorry aku terlupa tingkat berapa, mungkin 2 kot). Kyoto station ni sangat BESAR! Dekat underground ada shopping complex, di kiri kanan dia pun ada shopping complex, dan hotel bagai. Kami ke Tourist center sebab nak beli day pass untuk city bus. Dengan harga 500Yen, kami boleh menggunakan bus disetiap pelosok bandar Kyoto (akan aku ceritakan kemudian, bahagian mana yang dicover dengan city bus pass ni).


Inilah rupa city bus yang aku maksudkan. Peringatan, bus di Kyoto perlu dinaiki mengikut pintu belakang, masa turun nanti baru bayar di hadapan dan terus turun. If pakai day pass, cuma perlu masukkan kad dalam slot kad yang disediakan, dan pass korang akan dicop dengan date hari ni. Kami turun di station Shijo Karasuma, sebab dalam map nampak dekat je dengan hotel. Tapi tersalah plak, sepatutnya turun kat satu lagi station di depan. Shijo Karawamachi! Cis, dah kena menapak jauh, lebih kurang 10 minit jugak la berjalan! Aku tertipu dengan map Kyoto nih, sebab semua dah compress dekat-dekat!

Untung jugak tersalah turun bus stop ni, sebab sepanjang jalan, peluang nak mengambil macam-macam jenis ragam orang/benda memang best.

Basikal untuk rental? Menarik gak kan!

Walk your bicycle okay! Jangan pepandai kayuh! Nanti kena saman..

 Ha kan dah kena saman! Anak sapa la yang degil nih ish ish ish.. 

 Muka typical budak-budak sekolah di Kyoto, Japan.. 

Yang ni muka yang dah bekerja kot, sebab rambut dah berkarat, pakai Coach siap! hehehe

 Amacam? Ada hati nak drive keta kat sana? Aku confirm tak yakin! huhuhu

Stricker Dogfight..wowwwww!! Tapi takde yang hensem, kalau tak mesti aku nak pegi tengok hehehe

Haih, dalam sedar tak sedar sambil syok berjalan dan amik gambar, dah nampak dah bangunan hotel tu. Tapi sebelum tu sempat singgah di kedai roti Sizuka untuk beli lunch. hmm roti yang ada inti shrimp goreng! Tak penah aku berhajat nak makan roti dan shrimp kat KL, tapi di Jepun aku makan jugak. Nasib sedap. Harga CUMA Yen 280, lebih kurang RM10 untuk seketul ok!!! 

                            Roti paling mahal yang penah aku makan sepanjang hidup aku hahahaha

3 minit lagi ke depan dari kedai roti tu dah sampai Hotel Alpha Kyoto. Sebelah hadapan hotel ni pula, ada 7Eleven. Cakap je nak apa, semua ada! Best kan semuanya senang nak capai heheheh.
Inilah rupa bilik hotel double room kami. Harga 1 malam 5500Yen. Bilik air bersih, ruang untuk solat pun ada, tv dan semua standard room amenities la ada dalam ni. 

Sampai je ke bilik, terus makan dulu dan melangsaikan apa yang patut buat, sebelum memulakan agenda untuk hari ini.. ok citer berikutnya akan disambung pada entry lepas ini..

Bersambung.....




48 comments:

Diana Diane Teo said...

Chop..Me first =P

Diana Diane Teo said...

Klu banding Orang Korea sama orang Jepun, orang Jepun lebih peramah dan suka menolong foreigners compare the Korean.

Pasal lelaki yang duduk lantai, saya rasa diorang sudah amalkan sikap memberi tempat duduk untuk orang yang memerlukan sejak kecil lagi.

Lily Riani said...

.....
....
..





(tgh komen dlm ati)

masMZ said...

alaaaaa lily..... komen aaaaaaaa....... hahahahahaha

Lily Riani said...

machine tix tuh mmg angin... but atas angkuhan diri sendri, myself n sis figured it out. ahhaha riak tak ingat dunia masa tuh. kira i nasib baik sket sbb nye, tulisan kanji is similar to chinese but bunyi lain.... most of time, anna 7 i leh agak2 (nasib us both skolah cine, tak sia2).

train fair tuh best kan... senang once you know.

shah_rule said...

wah diana pun dah berjangkit dgn 1st komen tuh.. haha kalah janggel & john.. ek kak anash sekali.. haha

wah best giler, bnyak benda unik kat sane.. sejam jugak nampak nak beli ticket train.. haha

orang jepun nampak mesra alam semua, senyum sokmo jugok ni.. haha

pasal train tuh~ bape kalo beli day pass? mahai sgt ka?

bdk2 @ John said...

terlampau byk aku nk komen kat ko ni. tp aku mcm lily jugak penTIRU! maka aku komen dlm hati je dlu. nnt sabtu nnt aku bgtau face to face ok..

1 word: jeles!

Janggel said...

OMG panjangnya entry ni!!! aku baca separuh dulu ...nak sambung brekfes jap...tgahari kang sambung balik!

Weh cuaknya kalo aku tak reti nak beli tiket tuh huhuhu naseb bek ada minah pramugari. keke

mamat jepun tu dok ngangkang kat situ sebab nak bagi org tua duduk kot hehe

BlueEwoke said...

Diana: Hahaha rasa tak prcaya u pun terjebak dengan FIRST nih hahahaha..congrats! :P

Oh no wonder la diorg asyik bercakap je, walaupun tak tau english, diorg ckp dan ckp lagi dengan i..ish ish..hahaha

Lily: I boleh baca apa u ckp dlm hati. Jgn risau hahaha

Memang tak sia2 pegi sekolah cina, sikit2 boleh gak tau baca nihon ye dak. Train fair tu dah tau memang senang, tutup mata pn leh beli tiket..cewahhh

Mas: Ko nih, kan skrg tren komen dlm ati..tak reti2?

Shah_rule: Susah dpt penyakit berjangkit mcm ni kan? doctor pn lum tentu leh sembuhkan hahaha.. Beli tiket tu dlm 10-15 minit gak la, sb ego nye pasal. Train dari Epot ke Tsurugaoka dekat 30 minit, tu yg sampai dekat kul 11..
Train day pass dekat Osaka ada byk jenis, kalau unlimited pass harga 2000yen (lebih kurang 78-90 RM), tapi ada percuma masuk ke 27 tempat attraction sekeliling Osaka. Ada jugak pass yg rege 850Yen, tp limited sikit train yg ko leh naik.
Kalau tren yg mcm shinkansen tu mahai la lagi, dlm RM800+ gak, tp yg tu cuma leh pakai kat JR train & bas saja, subway private tak leh gune. kena buat congak la tgk nk gune yg mana satu mengikut kehendak masing2..

John: Ok ko bgitau je aku face to face, nanti aku type dlm ruangan komen ni okeh!
Tak yah jeles, insya Allah tahun depan kite bantai Tokyo plak..kang aku study dulu ongkosnya hehehhe

Janggel: Omg aku pun terkejut aku leh tulis panjang2 mlm2 buta ni. Aku pun cuak gak, sb frust nota yang ada tak dpt membantu time tu. Tapi nasib baik la semua ok. Memang mujarab doa musafir hehehe.. Cawan kata mamat jepun tu duk bawah tu sb cover line tgk layan majalah porno, tu yg terceruk situ tu hahahahha (pepandai je laki aku kan!)

Iza Hyun J @ paE said...

tang pintu train kene press button to open tu agak pelik. kalau x tau mau terlepas.. safety precaution kah. huhuhu

niL said...

Na...mana gambar ko?
Aku nak tengok gambar setelah berdiet utk ke Japan!

AKO @ retna said...

erkkk yup tang button kena press to open tu mmg cuak klu tak tau..tapi u all nasib baik kan coz ada je yg membantu... hehe

btw sumer train konsep mcm tu ke?
nak kuar ke press button??

Biqque said...

owh godddddddddd! entry dah kuarrrrrrrrrrr!

ok! ok! tarik napas!

1. cam celaka jer sume dalam nihon kat board tu! ada ke taruk harga! cis!

2. tukar hotel malam tu, then what happen to hotel yg dah dibook? ke tak book?

3. best tau duk atas lantai...cuba u try :D saya dan kak anash, sudah!

4. ok, kena ingat utk tekan button bukak!

5. comelnyer dia nyanyi rasa sayang heyyyyy! dia rileks jer, makpak dia yg cuak ye :D

6. baik ek orang sana, sanggup tolong. bagus!

7. seb beik dpt twin room, kalo tak, tido asing, aqilah cmne? hehehe.

8. wah siap dia yg mintak ijin refund duit? *pengsan!*

9. u tak ckp basic numbers in nihon? mesti makcik tu teruja :D

10. nak sewa beskal lah!

11. muka chickas tak macam av idols punnnnn! hahaha!

cepat sambunggggggggggggg!

Janggel said...

sambung baca...ok nak komen.

semput ok baca...panjang gile. bestnya Kikilah nyanyi lagu Rasa Sayang!!! mesti macam kat kedai Hiyaki tu..eh hiyaki ke nama kedai bawah umah ko tu? aku lupa.

Dog fight tu mende? tinju ke ? bestnya aku suka tgok org begaduh...lagi best kalo bleh jadi batu api..ops

basikal pon kene saman cenggitu?? wow terbaek..

pesen MRT dia macam ERL kat mesia ni la...nak kuar kene tekan button bukak pintu.

ok sekian..nanti kalao terpikir aku komen lagi.

BlueEwoke said...

Iza: Memang terlajak la kalo takde org tlg tekan kan hahahaha.

Nil: Gambar aku ada untuk entry berikutnye. Memang aku ada diet before pegi, tapi sokmo asyik kena sabotaj dengan Cawan kekekekek

Ako: Hehehe memang nasib baik. Tak semua train yg ada konsep tekan button Open, yg airport ni jek!

Biq:
2. Hotel tu kan i kata leh amend tarikh dlm Booking.com, FOC, sb tu la i rileks je main tukar2 hehehe
4. Tak semua train kena tekan button, yg epot train tu jek
8. Tu la, siap mintak izin, kalau kt sini, kite yg terhegeh2 mintak refund hahhaha
9. Xsempat nk cek nota number dlm nihon.
10. Try la sewa basikal kat kyoto tu, mcm best jek. Tapi tak tau bapa rege sewa
11. AV idols tu rekaan semata2..usah caya hahahah

Janggel: Memang dia nyanyi cam kat Hayaki ari tu la. Dah la semua senyap, dia sorang terpekik terlolong..aish..
Dog fight tu cam tinju la lebih kurang, tp xde peninju ensem pn, tak usah tengok hehehe
Aku tak pasan plak ERL kt sini kena tekan button..kena try naik skali lagi nih hahaha..

Ely Hasrul said...

pertamanye kalu aku, aku study gile bagai, smpai aje kt stesen aku akan ckp 'ok u pg beli teket' ahhahaha hal2 gitu mmg aku xkan amik tau aku akan ckp ke stesen mana aje hahaha.. tp sama lah aku susah nk tdo kalu dlm perjalanan..

aku dh tbyg time cawan selamba masuk tren tnya destination tuh kan dia cam gaban hahahha.. maklum la dia kan cm hero angkasa lepas.. bagus qilah siap nyanyi2.. comel betol! kalu sami dh excited nk melompat sana sini bile nmpak tren tp part kena press button open tuh kalu aku dh sumpah gelabah gile hihi

Almiraz said...

Wholeheartedly screaming BESTNYER!!!!

BlueEwoke said...

Skin: Hahahaha ko tau sampai je kan..lain2 belakang kira ngeh ngeh ngeh.. Ha a Cawan hero angkasa lepas? alien kah?? Malu gak aku aqilah terjerit2 nyanyi!

Almiraz: Hehehe..tunggu kan episod berikutnye..cewahhh

AjlaA said...

dah sampai jepun!
*clap clap*

angka2 harga tren tuh mcm murah tp kalo convert boleh nangis nih. hrga hotel tu pun. gulp

sgt bagus lah diorg, willing to help bila masa dan di mana saja. eceh. suka part mintak izin tlg refund itu

niL said...

Bestnya jadi anak Chawanna! :-)

Anash said...

hehhe
citer jepun yg santai
kalau akak pegi..sure terpegun darat nengok suasana di sana...
qilah nyanyi rasa sayang??? wow..retis tau!! comel gitu...
skit lagi kalau dipolish akan buat flashmob...hahah
akak akan fail bab beli tiket...sah hanya tau follow aje..huhu..

Anash said...

lupa plak (sambung komen balik..)
yess...dodok atas lantai train memang beshhh...
hahahaah...

MasZuber said...

alamak, toilet dia macam best jaaaa!!!

BlueEwoke said...

AjlaA: Ha a dah sampai Jepun, dan dah balik ke tanah melayu punnn.. Tu la usah diconvert la bab2 duit ni, dah nama pn travel. Memang taraf living kat sana tinggi, apa nk buat.. Kalau kite berkira sgt, duk bawah tempurung je le..ye dakkk heheheh

Nil: Best ke? kena dera sokmo Aqilah tu hahaha..

Kak Anash: Ha a..trip Jepun kami agak santai, tak rushing, sb nak menikmati jepun..kang tak feel plak :) ..takpe next time kite pegi beramai2, akak follow je la, kalau tak reti, org jepun leh tlg keh keh keh keh
Esok nak naik lrt duk atas lantai dia..ecececece..

MasZuber: Toilet dia best, semua dihujung jari kekekeke

bdk2 @ John said...

bestnyaaa na. actually, aku still confius dgn sistem train kat jepun ni. banyak sgt rail yang available. kene stdy hard giler babas ni. supaya dapat faham betol-betol nanti. ishhh...x sabar pulak rasanya!!!

BlueEwoke said...

John: Tidak dapat disangkal ke*best*an nye di sana hahaha. Sebenarnya aku cakap terus terang, mula2 je ko rasa pening2..once ko dh paham nk tgk apa, guna cam mana, petik jari jek..

Sabtu ni kite bincang!! kekekeke

Azizan Zolkipli said...

pertama-tama, tahniah kerana berjaya menjejakkan kaki terlebih dahulu dari saya ke Jepun (uhuk uhuk sob sob, sedih dalam hati)

mencabar juga ekk nak membeli tiket tren di sana. mujurlah ada staff2 yang sudi membantu.

tak sabar nak bacakan entry seterusnya. gambar2 yang diambil pun semua lawa2. sebab saya minat berbasikal, tertarik dengan gambar yang basikal kena saman tu hehehe ...

BlueEwoke said...

Azizan: Aku rasa nanti kalau ko p Jepun nanti, memang harus lah ko berbasikal, sb kat sana memang ramai org naik beskal kat town dan dimana jua, tp kena tgk sign kat mana boleh, mana tah. Sangat sesuai dengan jiwa ko heheheh

Anonymous said...

baru g jepun..mcm ner nak visa??senang tak??ada plan nk g sendiri ni

fatt said...

akukah yg penghabisan T__T

sejak masuk alam pekerjaan ni aku punye masa nak hadap internet punya la payah..mencik!!!

na, sbnrnya ada la train tekan button open kat cni...haritu aku naik ERL yg KLIA tu..tapi dari luar le..dari dalam takde...err, aku pun tak pasti sbb masa tu ada org tlg tekan sbb aku melangut depan pintu yg tak bukak..hahaha

btw, AKU DAH PANIK OK BILA BACA ENTRY NI!!! oii camne aku nak survive kat sana sorg2?? gelabah dah ni...matilah @__@

Janggel said...

Fatt:

Bengkel dslr? Ko keene beli dulu kekekek..

Weh erl tu ada button kat dalam juge ye. Kalo tak tkan dia tak tebukak.

BlueEwoke said...

Hi Anon: Visa Japan tak de la susah nk buat. Sila refer pada entry aku sebelum ni, dan kawan2 aku;
http://blueewoke09.blogspot.com/2012/01/visa-jepun-barulah-semangat.html
http://biqque.blogspot.com/2012/02/visa-for-japan.html
http://lilyrianitravelholic.blogspot.com/2011/12/japan-visa-application.html
Selamat berjaya!

Fatt: Patut la blog ko pun sunyi sepi jek kekeke.. Aku sebenarnye darat jugak, naik ERL adalah 2-3 kali jek, aku tak pasan langsung ada tekan2 button tu..esok2 naik aku cek heheheh.
Usah panic, hari pertama je kite rasa cuak sikit, sb language barrier, lepas tu ok dah..insya Allah ko boleh punya!! caya la cakap aku..
Ko mai umah aku tak ari ni?? Kata nk rasa masakan aku hahahahaha

Janggel: Jom ari ni kite buat bengkel DSLR sambil2 makan tu, kite tekan2 camera memasing okeh. Kalau takde camera tak pe (nanti ko beli la Fatt), aku ada Nikon & Canon kat umah skrg ni, ha tekan la mana2 yg ko nak kekekeke

Anonymous said...

Assalam kak..

tetiba pulak mcm teringin nak ke jepun nih bila baca entry nih, selalu gak tgk "now boarding japan"..mungkin 1 fine day :)

BlueEwoke said...

Ye dik, *Now Boarding Japan* tu memang best.. boleh cilok mana yg patut. Insya Allah satu ari nanti, akan sampai gak ke sana, doa dan usaha je la okay?? :)

Miss said...

wuhuhuhu..giler best hokey!! daebak!!!

Anonymous said...

dah 4 hari masuk sini tp takder entry baru...sedeihhh
cepat update entry baru kak... :)

BlueEwoke said...

Miss: Best, nanti ko pegi sini plak ek!!

Anon: Ha akak dah upload entry baru dah..pegi la cek..terima kasih sb sudi datang :))

muhamadakmalwahab said...

I honestly do think that i went to Japan in the wrong season...went there June-July 2011 attending a course...but did not enjoy it as much...it was seriously scorching hot...and we all were left with a head ache...huhuhu...

BlueEwoke said...

muhamadakmalwahab: Its ok, u can always come back to Japan anytime, airasia is flying to Tokyo everyday (eh promote plak):D just make sure u pick the right month, and avoid the summer! okayyyyyyy

Sya said...

Hi..Bestnya Kyoto. Hopefully one day boleh visit situ jugak. Jom exchange link. Already add yours..:)

Sya said...

Oppss..tertinggal link.

http://lovetraveldiary.blogspot.com

ju said...

Pn chawana ni semakin gorjes la

3plepl8 said...

yeke tu budak2 sekolah? ntah2 berlakon...

BlueEwoke said...

Hi Sya: Nanti satu hari pergi la Kyoto :)

Ju: Hahaha tang mana yang gojesnye tu?? cer kabor sikit nk tau gak kekekek..

3plepl8: Mungkin jugak bukan, tapi bawak beg sekolah, mungkin belakon jadi budak sekolah mungkin hehehe

Anonymous said...

salam nak tanya sikit ...utk itenary form ke japan tu ade tulis contact & accomodation..nak isi apa ye dalam tu?tqvm

BlueEwoke said...

Salam anonyms; utk yg kat contact & acco tu, letak hotel address dan contact nombor yg korang nk duduk. Tak perlu taruk semua hotel la, untuk 1-2 cukup dah

yad'z said...

hyep.. minta izin pinjam maklumat dalam ni, nak buat cerita. hope diizinkan. Thanks. =)

BlueEwoke said...

yad'z: boleh amik info yg ada ni, tapi nk buat cerita apa plak? jgn citer bukan2 sudah.. ;)