Semalam hari minggu, sambil baring-baring depan tv, dan bermain whatsapp geng-geng, rupanya masing-masing ada agenda sendiri, ada yang buat pizza, ada yang test lori baru, ada yang kemas barang nak pindah ke UK, ada yang berlari-lari di padang bunga matahari, dan ada juga yang mengemas rumah dan tebas-tebas pokok, tidak ketingalan ada juga yang bekerja seharian (yang ni memang loser gila lah hehee)..hmm sungguh berisi hari-hari mereka.
Jadi untuk tidak membazirkan hari Ahad yang indah semalam, aku gatal-gatal tangan mencari resepi yang simple-simple untuk minum petang. Dan akhirnya, jumpa resepi untuk buat scone. Tema pencarian resepi semalam, haruslah mudah nak buat, dan bahan-bahan masakan juga haruslah dah siap sedia ada kat rumah, sebab aku malas nak keluar beli barang. Hampir setengah jam tercari-cari menu apa nak buat, akhirnya dapat la resepi buat scone ni.
Jom tengok apa bahannya.. (wah macam masterchef nak mengajar orang pulak hehehe)
Masukkan sekali 1 1/2 cawan tepung naik sendiri (self raising flour), dan 1 sudu besar baking powder.
Lepas tu keluarkan butter yang keras gedebuk dari peti ais, dan potong 4 segi kecil macam ni, sebanyak 50gram. Pastikan butter tu masih dalam keadaan beku ye kengkawan..
Lepas tu lagik, masukkan butter yang dah dipotong dadu kecik2 tu, kedalam bancuhan tepu tadi tu, dan ramas-ramas la ia sampai jadi macam peroi. Jangan gunakan mixer tu, nanti hancur sangat, guna tangan saja ok.
Bila butter dan tepung tadi dah sebati, masukkan gula halus 3 sudu, dan setengah cawan susu fresh milk atau apa-apa susu yang memenuhi kriteria (sebab aku semalam takde stok susu fresh, so aku tibai susu Aqilah, bancuh dengan air panas dan tuang ke dalam ni hehehe)
Gigih aku ha amik gambor sambil tuang susu dalam bancuhan, sampai Cawan pun naik heran, u amik gambar ke nak buat scone? muahahaha..biasalah multi tasking kan!
Ok berbalik pada cara buat scone.. kemudian, masuk kan susu tersebut dalam bancuhan tu, dan gaul sebati dengan sudu. Aku suggest susu tu masukkan sikit-sikit, make sure jangan keras sangat, atau lembik sangat..sedang-sedang je, kiranya kalau cuba pegang kat tangan, mudah la nak dibentuk-bentukkan.
Ikut suka hati korang lah nak bentukkan scone memasing macam mana, aku semalam buat bulat macam kuih cucur badak tu je, tebal lebih kurang 1.5 inci je, nak tebal lagi pun boleh. Dah siap semua cun-cun, masukkan dalam oven dan bakar selama 10-12 minit pada suhu 200 darjah celcius. Kejap je kan?
TINGGGGGG...
Inilah rupa final produknya, ice cream ni encik Cawan yang request, aku tak minat makan dengan ice cream, so aku punya buh susu pekat dan buh butter sikit. Rasanya??? ya ampun lazat dan sungguh mengemukkan sekali hiks.. cubalahhhhhhh bila ada masa nanti yek!!
Nota: Bancuhan resepi ni hanya boleh dapat 8 ketul scone yang bersaiz seperti cucur badak, kalau nak banyak lagi, sila topup bahan-bahan diatas mengikut kesesuaian.
17 comments:
hahahahaa thanks bg resipi, esok boleh la saya buat..senang jerk tu..
:)
nak cubalah nampak mcm senang!
aiii edit guna software baruuuuu nampak
Totty: Software baru ke bendeeeee..photoscape dlm laptop kamu tu ler..aiyok... adjust2 je sikit kekekekeke
hai. salam kenal.hehehe blogwalking terus sampai sini.
haritu pi cameron, alahai terlupa plak nak order scone..
tringin plak. harus ke popeye restoran jela makan scones ngan jem strawberry hehehe
tapi kalu rajin, bole buat ni heheheh.
cite pasal UK, semalam suami dpt beli barang2 rumah dari kawan dia punya kawan yg nak pindah UK. berbaloi2 beli walaupun secondhand heheh
mcm sedap je ni..tak pernah buat scone
nk try laaa
jalan-jalan kat blog jumpa resepi buat scone ni! mcm sonanggg jer.. nnti nak try gak lah.. =)
https://the-red-heart.blogspot.com
nampak macam senang! bole try nanti sempena cuti extra sehari
thanks kongsi resepi :)
gambar cantik. benda pun senang je. nak cubalah. terima kasih share resepi =D
Nampak cam senang..kene try nih..
Hai slm perkenalan. Suka jugak dgn scone. Sedapkan bila mkn gan strawberry jam.
www.noramizaahmad.blogspot.com
Hai slm perkenalan. Suka jugak dgn scone. Sedapkan bila mkn gan strawberry jam.
www.noramizaahmad.blogspot.com
nak tanya.. knp scone tu tak naik?
golden goose
supreme outlet
kyrie shoes
stephen curry shoes
golden goose outlet
supreme clothing
a bathing ape
kobe 9
supreme clothing
supreme
site web gucci replica handbags more info here Dolabuy Dior moved here Dolabuy Loewe
official source Dolabuy Celine important source www.dolabuy.co check my blog Louis Vuitton Dolabuy
useful reference replica bags from turkey news zeal replica bags my link replica bags us
Post a Comment