Tuesday, February 1, 2011

Deuter Fox 40

INI BUKAN ENTRY PROMO.... Saja nak update sebab dah dua minggu sepi je..

Pagi tadi dah selesai amik visa India untuk 5 orang manusia yang ingin mengembara ke India, mid February ni. Alhamdullilah, semua permohonan lulus dengan jayanya (macam amik exam plak dah..). Emm intro yang takde mengena dengan tajuk kan?

Ok berkenaan dengan tajuk diatas, selepas ambil visa, Chawanna sekeluarga telah pergi ke Pertama complex untuk menCARI backpack untuk trip akan datang ni. Dalam kepala, cuma terpikir nak beli yang paling murah je, janji boleh letak barang.

(Flash back) Beberapa minggu sebelum ni, dah pegi cari dah backpack jenis brand TAH APA-APA kat Jusco Setiawangsa, Giant, Carrefour Midvalley, dan yang seangkatan dengannye (maklum ler nak yang murah!!) , ada jumpa semurah RM 49.90. Design pun cun, warna merah pulak tu, kalau tengok dari jauh, ala-ala Deuter la sikit heheheh. Dah set dalam otak, nak yang tu jugak, tak kisah la apa sekali yang mendatang (ewahhh). Tapi Cawan menghalang dari aku meneruskan niat murni ku itu. Dia suruh bersabar dulu, sebab ada banyak masa lagi nak survey... Cuba menjadi seorang isteri yang mendengar kata (walaupun dalam hati rasa macam nak beli jugak!- memang aku kedekut bab-bab macam nih, sebab bukan nak pakai selalu pun, selalu travel bawak luggage biasa tu jek) aku pun setuju dengan kata Cawan tu.. Hari demi hari berlalu..bermacam-macam backpack dah aku jumpe, tapi asyik teringat yang RM49.90 (tak tau brand apa, tapi ada jual kat JJ Setiawangsa jek hahaha). So semalam, sambil membeli belah barang dapur kat Carrefour MidValley, aku pun pegi la mengintai kat department bag kat situ, ada banyak choice backpack, tapi entah APA-APA brand la, dan yang paling tak percaya sekali, harga ranging from RM 60-RM 199!!.. ish ish, tak patut betul.. dari beli yang entah apa-apa, baik beli yang betui punya, kalau dah harga macam tu. So aku pun balik kerumah dengan kehampaan..sedih betul.........

(Di Pertama Komplex) Ok sambung balik cerita hari ni. Setibanya Chawanna di kedai yang dimaksudkan (suggestion oleh Biqque, beberapa bulan yang lalu), kami pun tengok-tengok la backpack yang ada. Tanpa membuang masa (sebab Cawan baru balik keja shift malam dan tak tidur lagi!!), terus aku tanya kat auntie tu, backpack mana yang murah, saiz cabin, dan sedap nak bawak untuk travel, tapi yang paling penting MURAH! Terus dia suggest NorthFace 50litre, harga lepas discount RM 150. Emm macam menarik. Harga pun murah. Lagi auntie? Yang sebelah tu pun murah jugak, boleh masuk cabin, harga lepas discount RM 130... Oooo lagi murah.. Dah nama pun manusia, mana pernah puaskan, so bertanya lagi aku kepada auntie tu.. Option lain lagi ada tak? Ada, tapi harga dua ratus ke atas... Ooo yang mana?.. Itu Deuter Fox 30 ada, Dueter Fox 40 pun ada.. Ni berapa harga yg Fox 30 nih? Itu after discount RM 220.. Fox 40 berapa? Itu after discount RM 270.

Lepas berbincang dengan Cawan, aku terus cakap nak amik yang Northface tu je la, baru RM 150. Sekali auntie to cakap yang tu imitation punya pulak dah..adoi laaa.. Last-last lepas berbincang dan mencuba pakai bag Deuter Fox 30 dan Fox 40 tu, Chawanna, membuat keputusan untuk membeli Fox 40. Tapi sebelum tu, call Biqque dulu, nak tanya dia punya yang mana? Sebab seingat aku, dia punya warna hijau jugak, yang aku nak amik ni pun warna hijau jugak, auntie tu kata Fox 40, semua color sama je. Penyudahnya, Fox 40 jugak la Chawanna rembat (bersabor je la Biqque yek..huhuhu jangan tertukar dengan Biqque sudah la, nanti terjumpa diapers Aqilah plak :p). Dan yang paling tak boleh blahnya, ni la first time beli barang tak buat research awal-awal, main hentam je. Balik rumah baru pegi google..apa kes kan?? Dan-dan tu jugak check dari website tengok ori ke tak, kot-kot la auntie tu tipu ke apa kan, nasib la betui.. Nak tau macam mana nak check ori ke tak, sila ke sini


Chawanna dah ready nak ke Delhi..Biqque dan Sharul, dah ready ke??????????? :))

16 comments:

3plepl8 said...

uiyo...beg pun sama....takpe, mat saleh kt vietnam pun pernah tny mana nk dpt beg deuter camni. satu vietnam tak jumpa katanya hahaha...

Biqque said...

gile la dari budget 50hinggit terus ke 270hinggit ko! hahahahaha! gerak gempur deuter fox 40 hijau pucuk pisang la kita nanti ke YINDIAAAAA hahaha!

jgn risau, deuter fox 40 ni dah sah akan ketulenannyer sbb i mmg nak yg ori. beg ni sangat sedap ok support system dia, sesuai utk kita yg kecik2 molek ni :D dah la tu, bleh bukak atas bawah! tak susah nak seluk kedalam! kiri kanan bleh sangkut tripod lagi tau! slipar pun muat!

yg penting, nak bawak naik cabin, jgn oversize lepas kepala sudah...pepandai la pack, if nak i ajarkan pun bleh :D kahkahkah!

Cawan said...

ingat nk ambik beg Swan je, yg ade roda tu mmng trbaik! Kalo pkai brand tu, 1 dunia nk cari kt mane.. ni tak, fox ape ke..

Biqque said...

baik beli beg otoman hahahaha leh main fire2 :D

Unknown said...

Cacat punya mat saleh hahaha

Tu la nye, dh terover budget pulak biq.. nanti ajar nk sangkut kt bdn, td xsempat tnye, nk cepat blik, Aqilah dan Cawan merengek nk tidur..

Swan? lerrrr apsai xckp awal td, leh beli satu sorang hehe

Cawan said...

Sah saya nak tawan Mt. Fuji!! eh.. Mt. Kinabalu.. kalo Mummy ngan Aqilah nye susah sgt banyak ragam, mlm ni jugak saye pergi sendiri.. beg dh besar dh.. is ishhh..

Lily Riani said...

northface is the base camp tuk evcerest tuh, i tot chawan wanted to go there? ahhahah.. another brand yg baguis but not avail kat mesia kot (kat AU & NZ ada) is kathmandu.

chup, leh letak aqilah kat dlm tuh...

http://www.kathmandu.com.au/default.aspx

Cody@Farid said...

fikir2...nak angkut satu google2 FOX 40 tjumpa kat blog lu laa

Nurul said...

Hi.. Saya nak tny.. Bag fox 40 ni lepas tak masuk cabin? Atau sy kena check in baggage? Tlg reply.... Urgent....

Unknown said...

Nurul, beg ni memang lepas masuk cabi

Nurul said...

Sorry, nk tny lg.. Mana2 pon boleh kan? Xsemesti Air Asia. Saya nk naik Tiger Airways. Tgh fikir nak add check in baggage ke x masa nk depart tu.

Unknown said...

Nurul, saya pi singapore naik tiger airways, lepas je, tp kena make sure berat xlebih 7kg la

Nurul said...

Ok.. Terima kasih ye awk....

Anonymous said...

Bagi yg tak mampu nak beli yg ori... boleh singgah ke kedai online backpacks, Gred AAA, Made in Vietnam.

http://begdeutersale.blogspot.com/

Anonymous said...

Deuter 50L boleh masuk cabin?

Anonymous said...

golden goose sneakers
jordan travis scott
nike sb dunk high
bape shoes
yeezy shoes
off white
off white t shirt
goyard
hermes bag outlet
fear of god clothing