Thursday, March 3, 2011

Day 2: To Agra with Bhopal Shatabhi

Shatabhi Express
Seawal pagi Chawanna bangun bersiap sedia untuk menaiki tren ke Agra. Sebenarnya tiket train dah beli awal lagi melalui website Cleartrip. Lokasi hotel dan railway station tidak sampai 10 minit berjalan. Jadi kami cuma berjalan kaki saja menuju ke railway station dalam kesejukan subuh itu :p

Pemandangan di New Delhi Railway Station. Tidur di station keretapi adalah satu pekara biasa. Disetiap ceruk, ada saja manusia yang sedang enak dibuai mimpi, macam tidur atas tilam Vono pulak.
Tandas awam? Bau 'harum'nya sesekali dibawa angin dalam dingin subuh pagi itu..pffff...

Tren yang kami naiki untuk ke Agra adalah Bhopal Shatabhi 2002, katanya, tren ini adalah the FASTEST train di India. Perjalanan cuma 2 jam 30 minit sahaja. Tak sabar nak rasai dan lihat sendiri betul ke tidak hehehe.

Sebaik tren Bhopal Shatabhi tiba, kami semua hanya mampu tercengang. Biar betul tren ni. Inikah yang dikatakan Fastest Train? Sungguh huduh sekali. Tapi takde la ramai sangat berebut-rebut naik macam dalam citer Hindi/Tamil tu. Mungkin bukan peak hour kot, tak pun sebab kami tiket first class, mungkin tak ramai warga mereka yang mampu so kurang la orang bangsa mereka. Kusss selamat..

Sebaik duduk diseat yang telah diaturkan, tren pun mula bergerak, tak sampai 10 minit, surat khabar diberi oleh 'pramugara' tren tu. 5 minit kemudian, dia kasi bunga ros pulak, lepas tu, satu-satu makanan dia duk bawak keluar untuk setiap penumpang first class. Perggg....makan je la keja kami. Masa ni tak de kira dah bersih ke tak, makanan dia memang best..

Breakfast @ Bhopal Shatabhi Express

Jangan terlalu mengharap pemandangan yang cantik-cantik seperti menaiki Trenz Alpine New Zealand atau Glacier Express di Swiss, kerana sepanjang perjalanan dari Delhi ke Agra, kami hanya disajikan dengan sampah sarap sepanjang jalan, orang-orang yang melepaskan 'hajat' kesumat berbekalkan sebotol air, tanpa segan silu bertinggung ditepi-tepian rail, dan juga kabus!! Urggg..


Kami telah tiba di Agra!! Yeayyyy!! Lihat muka-muka excited (tak mandi pagi) mereka itu?? Yaaa sungguh teruja!!! Sebaik keluar dari Station Agra Cantt, kami diserbu ulat-ulat teksi dan juga peminta sedekah!!! Letih betul nak menepis specis mereka ni..

Agra Fort
Satu jam selepas check in hotel, kami meneruskan aktiviti kami, melawat Agra Fort. Agra Fort adalah salah satu UNESCO World Heritage Site, dan juga salah satu Fort terpenting di India. Fort ini pernah didiami oleh Shah Jahan, Humayun, dan Akbar dari empire Mughal. Belum sempat beli tiket masuk ke Agra Fort, kami semua dah terpegun dek kecantikan dan keunikan seni fort ni. Sebaik je masuk, memang terpesona habis. Bayangkan Agra Fort ni dah wujud sejak beratus-ratus ribu tahun dahulu. Dikatakan ia mula dibina sejak tahun 1156!! So imagine la dah berapa lama??!!  Ukiran didindingnya tersangat la cantik, dan seluruh fort ni, dibina dengan menggunakan red stone, ataupun dalam bahasa melayunya bata merah. Sebenarnya Agra Fort ni macam satu bandar dalam bandar. Dalam fort ni ada masjid dan istana, antaranya Jahangiri Mahal, Diwan-i-Khas, Diwan-i-Am and Moti Masjid.

Agra Fort - luar dan dalam

Kalau nak bercerita history Agra Fort ni, rasanya tak abis menaip kot, aku sehingga kehari ni, masih lagi mencari dan membaca pasal sejarah Agra Fort. Sumpah memang sangat best baca pasal sejarahnya selepas dah lihat sendiri tempat tu, kononya macam ada connection la.. Sepanjang berada dalam Agra Fort (dan semua monumen-monumen yang kami lawati), aku dan Cawan, tak abis-abis terpikir, macam mana diorg boleh terpikir nak buat benda-benda macam ni, pada waktu tu, kalau boleh rasa nak pusing masa tu, kami rasa nak lihat dan feel sendiri! Dah balik hotel time nak tidur pun kami sempat tengok gambar balik, dan masih bertanyakan pekara yang sama berulang-ulang kali, memang tiada jawapan. Kalau lah  ada Doraemon, pasti aku dah suruh keluarkan alat dari poketnya untuk bawak kami ke zaman itu.. tapi sayang .....

On the way ke lokasi berikutnya, Chawanna dan geng tersangkut dalam kesibukan jalan raya di bandar Agra di dalam tuk tuk yang sungguh sempit seramai 5 orang termasuk Aqilah! Oooo tiada kereta ye (kereta kurang), cuma tuk tuk di kiri kanan jalan, sambil mencilok di depan, di belakang, sambil hon-hon, sampai bingit telinga kami, ni lagi worst dari hon-hon kat Bali tu!! Bukan itu saja, sambil-sambil tengah hon-hon tu, tetibe je nanti ada lembu la, kuda la, unta la, lalu kat sebelah tuk tuk korang, rasa macam safari pun ada. Kat Agra ni, tiada sapa kenal traffic light, semua main hantam je, ko bawak la tuk-tuk atau kereta tu sesuka ati ko, janji jangan langgar orang. Jadi nyawa kami sepanjang hari tu, adalah di tangan driver tuk tuk kami. Belum lagi korang tengok dia buat U-turn..gerun beb!!!!!!!!!!!!

Baby Taj (Itmad-ud-Daula's Tomb)
Baby Taj

Digelar sebagai Baby Taj kerana reka bentuknya hampir menyerupai Taj Mahal, tapi sebenarnya tempat ni adalah makam!! Baby Taj ni tak besar mana, comel je. Ada taman di kiri kanannya, ditengahnya la terletak Baby Taj tu. Hampir sejam dua juga kami menghabiskan masa untuk bergambar di sini, sambil-sambil tu berbincang nak cari makan kat mana, almaklum ler, tukang compile buku cookbook kali ni, tersalah ambik input, ada ke patut restoran halal yang dicarinya terletak di Sydney, Australia dan Tsim Tsai Shui, Hong Kong!!! Bukan itu saja, malah di serata dunia!!! Ish ish..Maka terjelepuk la kami dalam kelaparan memikirkan alternatif lain huhuhu..

Mehtab Bagh (Moonlight Garden)
Moonlight Garden

Destinasi kami yang terakhir untuk hari ni ialah Mehtab Bagh. Tempat ni terletak di seberang Yamuna River, belah selatan Taj Mahal. Yuran masuk adalah 100 rupees!! Kat sana yuran masuk tempat-tempat best semua mahal-mahal untuk foreigner, tapi local murah gile!!! Sungguh diskriminasi! Sekali masuk tengok takde la apa sangat..hampeh dot com betul!! Inikah yang dikatakan the most beutiful garden di Agra oleh tourist guide kat situ!!!! U think this is beautiful? *sambil geleng kepala* Wait until you see my grandma's backyard!!! and it's free tau huh!!! lagi cun bunga kertas ada, bunga taik ayam ada, bunga ros pun ada tau, warna warni, berhadapan sg Perak plak tu!!! pulangkan duit kitorg la mangkuk!! - jeritan dalam hati jek hahaha

Malam itu, kami sepakat untuk dinner di satu tempat yang sangat jarang dikunjungi di KL! Cuba teka apa dia kawan-kawan?????????????? PIZZA HUT!! Ha sekali masuk kedai, tengok tak de orang pun!! Masa ni tawakal je la, kami cuma mengharap adalah menu veggie, sekali bukak menu, memang ada pun!! Dan yang paling best, dalam menu takde pun jual benda-benda yang kite tak leh makan. Semua veggie!! Aku confident sikit dengan veggie orang India ni dari bangsa-bangsa lain, sebab veggie diorg, maksudnya, takde sumber2 dari binatang langsung, telur pun tak sentuh!!!! Kalau bangsa lain, telur belasah gak, minyak segala bagai pun tibai jugak, tapi dorg ni lain. So apa lagi..makan la dengan hati yang tawakal... emm lazattttttttttttt..

Malam di Agra sangat sejuk..huhuhu..cakap kuar asap dol.. kami lena kekenyangan dan kedinginan malam itu. Esok nak menjelajah Taj Mahal pula..

13 comments:

Biqque said...

i suka la entry india uuuuuuuuuuuuu! (menyebabkan i malas nak buat huhuhuhu)

first, gambar korang CANTIK GILE!!! second, ye, saya mengaku bersalah dgn kedai2 makan halal kat hong kong dgn sydney tu ye KAHKAHKAHKAHKAH!

Ely Hasrul said...

dpt bunga ros kat train? hahahha comel ok!! aku baru nk tnya sapa buat cookbook tuh hahahahha.. gambo cun! sila post entry lagik..

Unknown said...

Biq: Ha sila jangan malas!! Update blog anda secepat mungkin selepas penyakit ceri beri dan malas itu hilang. Chawanna mau berbalas-balas komen di sana seperti entry GC dulu hahahahaha..

Ely: Iye, bunga ros, tanpa disangka2. Terkejut kitorg semua, padahal V-Day hari sebelum tu, mesti saki baki bunga ros kat tepi jalan yang orang dah buang kot, diorg kasi hari tu hahahahah... Orang yang buat cookbook itu adalah ..... (yg pastinya, orang yg buat cookbook itu, akan digelakkan pasal kisah kedai makan di Sydney dan HK sepanjang hayatnya nanti kah kah kah kah kah)

3plepl8 said...

perut dh lapar konon nk cari halal resto, skali kt UK, sydney, HK daa...kesilapan klasik nih.

patutla dlm filem bollykayu sume nmpk cun walaupun hakikatnya sampah merata2....sbb gambar cantek rupanya.

Unknown said...

3plepl8 : Ye betul sekali. Barulah kini ku tahu, ku sedar, rope-ropenya, citer Bollywood tu hanyalah PLASTIK semata-mata, belakon kat spot2 yang cun jek ataupun negara lain, kat tepi railway India tak de plak depa filming..ish ish... tipah tertipu banggggggggggggg

Biqque said...

haruslah negara lain, aritu tgk cite hindi, nun kat maldives kooooo pantai diaaa! padahal gadis tu katanya dari punjab!

ye, biarlah kenangan resto halal sydney dan hk tu menjadi kenangan bersama hahahahahaha!

Unknown said...

Hahaha...kalau begitu la kaedah nye, marilah kita bersantai di Maldives pula...apa kata geng?? huhuhu...

Ako Retna said...

just came from biqque's blog hehehe ..
nice really tertarik ngan ur pics sumer..

terbeliak biji mata tengok!!

Unknown said...

Ako: Oh kawan Biq rupenye :) Selamat datang!!! Sila laaa hehehehe

Lily Riani said...

gambos lawaaa.... ehheheh baby taj i tak gi... cam kene terjah again jek

kemang said...

chawanna , i'm going to india 12-19 march2012 !! just booked AAX promo ( x de la murah sgt), wahaa. dah save webpage blog ni siap2 nak buat rujukan. .mintak permission ye :) and i'm going to kashmir main salji :)

Unknown said...

kemang: selamat pergi India.. heheh.. u beli tiket ke Delhi or Mumbai? If not mistaken, ada 2 capital city kat Kashmir, Jammu is the capital during winter, Srinagar pulak time summer. So u cek la, masa nk ke sana nanti, senang nk beli ticket flight/train.. distance between 2 bandar ni about 300km..

Samira said...

Nice informative post.Checkout c70volvoforsale.com