Tuesday, March 29, 2011

Day 6: Delhi - Qutub Minar & Lotus Temple

Hari ni badan rasa dah sihat berbanding semalam. Tak sabar nak keluar jalan-jalan di Delhi. Tapi sebelum tu, kami sempat menjamah (melantak to be exact!!)  breakfast yang disediakan di hotel penginapan kami, Hotel Chanchal Deluxe. Boleh tahan juga masakannya, sesuai dengan tekak aku. Tapi time ni Biqque dah mula diserang ceri-beri..ish ish..kesian sungguh dia..

Qutub Minar

Destinasi kami yang pertama di pagi yang indah di Kota Delhi ini, ialah Qutab Minar. Wuhuuu..nak pergi sini mudah saja, cuma naik metro (macam LRT kat KL tu) dan turun di station Qutab Minar. Tapi lepas tu kena naik tuk-tuk, sebab distance dari station Qutab Minar ke Qutab Minar Complex agak jauh jugak (kalau menapak, mungkin ambil masa dalam 20-30 minit kot). Kali ni naik tuk-tuk yang ala-ala lori ikan yang saiz kecik tu, dan yang paling best sekali, kitorg berlima (including Aqilah) duduk kat sebelah driver!! dan aku pulak duduk dekat cermin depan tuk-tuk tu..bleh? Nyaris tercampak keluar time u-turn, nasib Cawan suruh pegang tangan dia, kalau takkkkkkkkkkkkkkkkkk..harus lah aku tercampak keluar dan tak balik KL la agaknya..hahaha..

Tiket masuk ke Qutab Minar adalah 250 Rupees (RM 15-16). Ramai pulak tu queue untuk masuk dalam ni. Security officer pun beria-ia jaga pintu masuk..adeh.. Terima kasih daun keladi Biqque dan Sharul yang bersusah payah tolong beratur beli tiket masuk (jasa kamu akan dikenang..cewahhh).


Qutub Minar, dan sebahagian monumen lain yang terdapat dalam Qutub Minar Complex. Budak baju kuning tu plak, tak tau anak sapa tersesat, tapi yang pastinya, time Cawan nak ambil gambar, dia purposely posing betul-betul depan Cawan, mungkin ingat Cawan nak ambik gambar dia kot. So snap je la, nasib baik la hensem budak nih..

Mari kita bercerita serba sedikit info pasal Qutab Minar ni. Mengikut kata sejarah Qutab Minar ni sebenarnya adalah sebuah menara yang dibina untuk meraikan kemenangan puak Islam di Delhi,  dan ada juga yang mengatakan ia dibina sebagai kubu pertahanan, ada juga sumber yang mengatakan menara ini digunakan untuk melaungkan azan pada zaman tersebut..wallahualam..

Qutab Minar ni merupakan antara menara individu tertinggi di dunia (berdiri megah setinggi 234 kaki!) and of course la salah satu UNESCO Heritage Site juga :). Katanya Qutab Minar ni  terhasil dari sumber insiprasi Minarets of Jam di Afghanistan. Dan pemerintah Islam pertama di Delhi,  Qutb-ud-din Aibak telah memulakan construction untuk Qutab Minar ini pada sekitar tahun 1193.
Qutub Minar yang masih gah.. Ramai pulak tourist bangsa diorg time ni..ish ish..kacau daun betul..

Caligraphy inscriptions nama Allah terdapat di sekeliling tower ni.. Impressive kan?

Decorative yang bermotifkan Islam dan Hindu..Some of the ruins dalam Qutub Minar Complex..

Alai Darwaza

Dalam Qutub Minar Complex ni juga, terdapat beberapa jenis monumen lain, antaranya, Alai Darwaza, iaitu pintu entrance utama Masjid Quwwatul Islam (a.k.a Great Mosque of Delhi), makam Sultan Delhi - Iltutmish, Alai Minar (monumen yang tak siap dibina), dan madrasah.
Around Qutub Minar Complex, (Top right) Alai Minar.

Lotus Temple

Antara salah satu tempat menarik untuk dikunjungi di Delhi. Tapi kami tak masuk dalam pun, sebab ramai sangat yang beratur tunggu turn nak masuk dalam huhuhu..so kami diluar ambil gambar saja. Lotus temple ni dibuka untuk semua orang, tak kisah la apa jenis agama pun, semua bolehhhh, dan salah satu reason kami datang melawat, sebab ianya free!!

Kalau nak tau, Lotus temple ni attract hampir 50 millions pengunjung setiap tahun, menjadikan ia sebagai salah satu bangunan yang paling banyak dilawati di dunia!  


Ramai sangat tourist dan local queue untuk masuk Lotus Temple ni, free la katakan..hehehe..

Lotus Temple diinspirasikan oleh bunga teratai..

(Left) Apakah air itu? Asam Boi + Mint? (Right) Tak pasti apakah jenis buah yang dijual, tapi yang pastinya, baunya sungguh la wangi...ish ish..

On the way balik dari Lotus Temple, kami terserempak dengan peniaga jalanan. Best betul tengok air yang budak ni jual. Tengok macam air asam boi + mint! Kalau kat KL ni, confirm dah kami beli. Tapi since kami sedar diri yang kami sedang berada di India, kami batalkan saja hasrat murni kami tu hehehe..

Sebelum balik ke hotel, kami kononnya nak melepak di mana-mana shopping complex, nak menghabiskan saki baki masa yang ada sebab hari hujan..tapi sayang seribu kali sayangggggggggggg...takde mall yang best untuk dilepak (walaupun dah tanya local 2-3 kali), so we end up lepak kat metro station diorg dan makan nasi beriani!! Hahahah.... Dah kenyang apa lagi, nak balik la kononnya, tapi Cawan pulak tersangkut tak lepas dari exit metro tu, sebab dah lebih masa duduk dalam station tu..ada ke patut??????????? Dah la takde cakap masa beli tiket tu kata tak leh lebih 2 jam duk dalam tu!! Biqque pun apa lagi, naik hangin la dia kat situ.. Sampai ternganga mat India tu menjawab hahahah padan muka!! So Cawan terpaksalah bayar 10 Rupees, untuk melepaskan diri keluar dari situ..sungguh mangkuk punya sistem!!!

Hari kami berakhir dengan sumpah seranah dan maki hamun terhadap sistem metro Delhi..kah kah kah...

6 comments:

Biqque said...

HAHAHAHAHAHA! I NAK GELAK SAT! masihku ingat betapa marah nyer aku di saat itu. tak guna punya sistem metro! dia ingat orang nak tido situ ape! ikut hati, mmg i akan buat sampai dia lepaskan jugak cawan, tapi cawan that i know sungguh baik hati :) sanggup bayar lagi hahaha :D

Unknown said...

Hahahah..tu la..u memang marah sangat time tu. Cawan cam biasa la, memang maintain cool jek, memang takde perasaan. Ish ish ish...

Anonymous said...

ada satu shoping complex otw nak ke airport delhi..shoping cmplex tu mmg utk golongan high class india..high clas la sgt kan..nak masuk dlm shoping mall tu siap kena scan bagai mcm kat airport..kreta2 pun smua kena chek tkut ada bom..hehe..

Unknown said...

Anony: Wah sampai macam tu sekali kena scan hahaha..ni sama kes mcam kat Taj Mahal la nih. Next time pegi Delhi lagi, leh shopping kat Complex tu plak heheheh

Anonymous said...

nike off white
bape clothing
off white
palm angels outlet
yeezy 500
yeezy shoes
hermes outlet online
off white clothing
off white
bape clothing

Anonymous said...

yeezy
bape
goyard bags
off white outlet
bape hoodie