Saturday, April 9, 2011

Day 7: Delhi - Rajgath, India Gate and Chadhni Chowk

Emm cerita kembara India Chawanna dah masam terperuk, hampir basi dah, nak tulis pun rasa nak muntah dah..adeh, momentum dah tak macam mula-mula hari tu hehehehe... (eeeeii nak muntah rasanya nih)

Ok, tanpa membuang masa dan dari cerita ni basi, marilah kita menyambung kisah kembara kami ni..

Rajgath (Mahatma Gandhi Memorial)
Tempat persemadian Gandhi yang telah ditembak mati pada 30 January 1948. Dia ni merupakan salah satu politic leader yang terkenal di dunia, merupakan Father of the Indian Nation, sebab berjaya membebaskan India dari jajahan British. Hollywood pun ada buat filem pasal dia hehehe. Kawasan ni luas sangat, macam satu taman besar, yang dikhaskan untuk Gandhi Memorial, dan tempat ni sangat sunyi, walaupun diluarnya bising dengan hiruk pikuk kenderaan. Masuk sini free je :)


India Gate
Monumen nasional yang terletak di tengah bandaraya Delhi. Monumen ni dibina sempena memperingati tentera-tentera mereka yang gugur dalam World War 1 suatu ketika dulu. Ala macam Tugu Negara kita kat KL ni la (lebih kurang).
Berdiri setinggi 42 meter, di dinding India Gate ni, ada tertulis nama-nama tentera yang telah terkorban masa WW1 tu. Tak sangka tempat ni ramai jugak yang nak lawat, especially local. Macam-macam jenis ragam orang yang kami jumpa, dan sayup-sayup tu, kami kedengaran lagu Hindustan dari filem-filem Hollywood dimainkan, kami pun layan sekali la hehehe..

Chadhni Chowk
Kononnya nak shopping fridge magnet, tapi seribu kali sayang, susah betul nak jumpa magnet kat Delhi ni, menyesal betul sebab tak beli masa kat Agra dan Jaipur hari tu. Walaupun ada magnet kat Delhi ni, tapi harganya mahal yang melampau-lampau, rasa disiat-siat je hati ni bila nak kena bayar mahal-mahal cam tu, sedangkan kat Agra boleh dapat half price dari harga yang ditawarkan di Delhi..hishhhhhhhhhhh
Gambar kedai saree lupa nak ambil, sebab sibuk bargain saree. Gambar diatas, adalah Chadhni Chowk dan kawasan sekitarnya, dan locals. Waktu kami di India, sedang berlangsung World Cup Cricket 2011, tapi tak tengok satu game pun, sebab sibuk berjalan je..lagi pun dah sampai sana baru tau ada WC Cricket nih huhuhu

Selain magnet, Chawanna telah memborong kain saree, khas untuk ahli keluarga tersayang, dan juga untuk member yang memesan. Penat bargain, tapi akhirnya berjaya juga memborong, dengan harga yang sungguh murah. (Semurah RM 30 leh dapat tau!!, kat Malaysia jangan mimpi nak dapat saree harga murah macam tu!!).

Tanpa disedari, waktu kami di India sudah hampir dipenghujungnya, flight kami akan berlepas ke KL pada jam 10 malam (waktu Delhi), selesai makan di Pizza Hut, kami balik ke hotel, dan ambil teksi ke airport. Sebenarnya kami dah terlewat, kami hanya mampu berdoa moga-moga tiada sebarang kesulitan berlaku. Makin berdebar-debar rasanya, bila Cawan cakap minyak cab tu pun dah nak abis, hampir E! adeh..serammmmm.. Tapi akhirnya kami berjaya juga sampai ke airport. Selesai hal teksi, sekali lagi kami mengalami kesulitan, apabila Biqque dan Sharul ada problem nak check in!! (Ok yang ni biar la Biqque yang citer yek..nanti tak suspen plak)... Adakah Biqque dan Sharul berjaya dapat naik flight balik ke KL pada masanya? atau terpaksa naik flight lain dek kesulitan check in itu??? Sama-sama lah kita tungguuuuuuuuuuuuuuu.....

5 comments:

Biqque said...

hahahahahahaha tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu!

Ely Hasrul said...

bahbi la kena tungguuuuuu hahahhaha

Ely Hasrul said...

na.. ade tag satu contest.. masuk la jika rajin

Unknown said...

Hahaha lama nya tak tgk blog nih..ada org komen rupenye..

Ok nanti rajin i cek contest tu..heheh...

Biqque cepat citer kes kat epot ari tu..suspen nih...:))

Anonymous said...

salam,
ingat tak nama kedai kain saree tu?
saya kat delhi skrg tgh dok cari tempat nk beli sari.
tq