Tuesday, September 29, 2009

Day 4 - Hello Sydney

Flight kami ke Sydney pukul 6.50 AM. Tapi 3.30 AM kami dah bangun, bersiap-siap nak check out dan pulangkan kereta sewa di airport, sebelum bertolak ke Sydney. Perjalanan dari hostel kami ke Melbourne Airport cuma mengambil masa selama 20 minit. Selesai sudah menghantar kereta sewa dan check in di kaunter Tiger Airways, kami menunggu di ruang berlepas. 6.20 AM, sepatutnya kami dah boarding dah, tapi entah apa masalahnya, flight ditunda 1 jam!! Aduii ni yang letih ni..Maknanya, 7.20 AM la baru berlepas nanti. Emm nasib la aku amik flight pagi, kalau ambil yang tengahari, dah rugi masa..



















Opera House di malam hari..



Sydney Bridge dan juga The Rock




View yang sangat menarik di waktu malam..

Masuk je bilik, terus mandi dan buat apa yang patut. Tapi kaki dan betis kami memang sakit gile..Bayangkan dari pagi tadi, berjalan kaki, sampai la ke malam!!! Memang champion!! Nyaris la tak panas cam kat KL, kalau tak mau pengsan kami berdua.. Tak sia-sia kami berjalan kaki sepanjang hari di Sydney ni, view bandarnya di waktu malam sangat cantik. Hilang sekejap penat lelah dan makian sebab berjalan kaki tadi..heheheh..

Dek kerana kesejukan yang tidak dapat dibendung lagi, kami bercadang untuk pulang ke hotel, lagi pun hari dah malam. Menuju ke train station Circular Quay. Kami cek dulu route train ke kawasan hotel. Oh ada pun station Redfern. Station ni lagi dekat dari station Central tadi. Tiket berharga AUD 3.40 sorang. 10 minit kemudian, tau-tau je dah sampai ke destinasi. Jalan kaki pun tak jauh mana, dalam 5-6 minit je..Circular Quay diwaktu senja, berlatarbelakangkan Sydney skyscrapers..waktu ni dah sejuk dah..Bila dah sampai dekat, terus teruja!! Cantik dan besar gile bridge tu, memang gah..Tapi time ni senja dah, so semua dah malap, dah la tripod lak tingal kat hotel..adey..

Tempat yang kitorg sampai ni, namanya Circular Quay, kat sini ada ferry, train, bus macam hub public transport la. Kat sebelah kanannya Opera House, belah kirinya ada Sydney Bridge dan juga The Rock. The Rock ni adalah kawasan penempatan orang Eropah yang mula-mula tiba di Sydney dulu kala..

Opera House di waktu senja, takde sunset pulak..Kami teruskan lagi perjalanan, tiba2, tanpa disangka2, aku ternampak Sydney Bridge dari jalan tu..U tengok tu....jom!!!!! aku dah pegang Cawan dah, nak ajak dia pegi. Tiba2 cam excited je, sebab dah nampak kot!! Hehehe..Cawan ok je, dalam lenguh2 kaki, kami jalan jugak...Melalui AMP tower, atau lebih dikenali sebagai Sydney Tower, kami lalu je, tak masuk, sebab hari nak senja dah, lagi pun tripod tak bawak.Bangunan kat sini pun padat2, memang bandar Sydney ni crowded dengan syk scraper nye.Aku cakap kat Cawan, tak mau pergi sejauh Opera House mahupun Sydney Bridge, sebab rase tak mampu, aku cakap cuma nak jalan selarat mana yang mampu je. Kami pun jalan la sepanjang Pitt Street tu, waktu tu dah petang, waktu orang dah balik kerja, jalan dah mula sesak, orang pun ramai gile..Macam ala-ala New York pun ada, semua jalan laju-laju tak pandang kiri kanan, melainkan kami berdua je, terhegeh2 tengok kiri kanan, amik gambar sana sini..Dah la semua kedai souviner kt situ jual benda yang sama je, adui, sakit otak aku tengok nya. Disebabkan frust sebab tak dapat magnet dan t-shirt, kitorg pun p la makan kat foodcourt diorg, dalam sejam jugak la kami duk kat situ, sambil cek2 peta tengok mana nak pegi pastu.

Lepas tu, kami bertanyakan dekat Tourist Info Center diorg, cam mana nak pergi ke Opera House dan seangkatan dengan nya. Sekali lagi kami diberitahu, cara untuk ke tempat2 yang dimentionkan tu, kena jalan kaki, iaitu sejauh 20-25 minit perjalanan!!! Haaah!! Apa gila kan aku nk jalan lagiiii...waaaaaaaaa..benciii..

Kami duduk sekali lagi, pastu cek monorail punya route. Emm memang monorail punya route ni tak besar mana, cuma pusing dekat kawasan Darling Harbour. Pastu location train Cityrail pulak, berada jauh dari kawasan monorail. Bus maybe ada, tapi malas la aku. Akhirnya, kami bercadang naik monorail dari Harbourside ke Galaries Victoria. Station monorail ni paling dekat dengan city center yang nak ke Sydney Bridge, Circular Quay dan Opera House.Emm sebabkan cuaca pun cam mendung je, kami pun masuk la dalam Darling Harbour, ni cari kedai souviner, tapiiii hampeh gak, barang-barang mcm tshirt tu, sama je design cam Gold Coast hari tu, baju yang kitorg beli kt GC ari tu pun kt sini ada lagi..ishhh tak sesuai.. Magnet pulak, tak de yang tulis Sydney ke Darling Harbour ke, semua Australia, dan wildlife diorg jek!!! Lerr bosan betuiiiii...Aku ada berkenan tshirt Bondi Beach tu, tapi saiz besar2 semua, yang ladies punya pulak tak cantik. Carikan utk Biqque tapi semua tulisan besor2 pastu design ala-ala indon suka pakai tu, labuci sana sini, manik-manik sebesar alam..eeee ape kes kan..harga pulak, mahai tak kena ngan rupa..Kalau dibandingkan Melbourne dan Sydney, kawasan bandar Melbourne lebih bersih dari Sydney. Kat Sydney, tengok mana2 ceruk pun ada puntung rokok, ngn tisu la apa la..ish..Gold Coast pun lagi bersih!!

Tiba je di Darling Harbour, aku terus Macam ni je ke??? cam tak de apa pun.. Expectation aku sangat tinggi kat Darling Harbour ni, sebab semua orang ckp kat sini cam happening la apa la..aku sampai, cam tak da apa yang berlaku pun..
Yang bestnya pasal train ni, bunyi dia tak bising macam lrt atau komuter. Senyappp je..Aku betui2 impressed. Mesti diorg guna kedap bunyi punya material kot heheheh..Disebabkan train ni besar dan panjang, so tak de sapa pun yang berdiri, melainkan orang-orang yang nak turun dekat station berhampiran je.

Sydney Walking Tour? err...

Tiba je kami di Central Station, terus cari map ke hotel. Mengikut kata website hotel tu, kalau jalan kaki dari Central Station ke hotel cuma 12 minit saja. Alaaa 12 minit je, apa nak heran kan? So kitorg pun jalan la, dengan beg skali..Jalan punya jalan, tak sampai2 lagi, jalan lagi dan lagi dan lagi, tak sampai juga. Cek map sekali lagi..emm betul la jalan ni..jalan lagi sikit, ha macam dah dekat ni, cuma perlu cari hotel tu je, sebab dah berada di lorong yang betul ni, akhirnya sampai jugak. Tapi bila cek jam, memang bukan 12 minit, tapi dalam 20 minit!!! Adeh...Cawan dah keletihan dah, aku pun sama. Dah la tadi breakfast makan roti sekeping. Ni dah macam berkeroncong balik perut ni, tenaga dah abis berjalan sambil tarik beg!!! Naik bukit sikit plak tuuuuu...

Check in kat hotel, terus dia kata bilik dah ready. Fuhh nasib baik, kalau tak kena tunggu 2 PM baru leh masuk. Jam baru pukul 10 pagi. Argg lepak la dulu, macam letih dah jalan kaki ni, boleh mandi manda dan rehatkan kaki jap.

Setelah puas berehat selama 2 jam, kitorg pun bercadang untuk meneruskan aktiviti hari ini, agenda pertama nak ke Darling Harbour, dengar nama cam best je, kat sini macam2 ada, shopping center, entertainment center, aquarium, garden, harbour dan macam2 laa..Kami tanya pada receptionist, public transport mana yang boleh kami naik untuk ke Darling Harbour dari hotel. Dia ckp tak de!! Kena jalan kaki, cuma 15 minit je. Taxi ada la, tapi macam tak berbaloi katanya, train pulak memang tak lalu situ. Emm jalan kaki lagi la kitorg..Nasib dah makan dan rehat tadi. So berjalan la kami selama 15 minit, cuaca kt Sydney tak sejuk macam Melbourne, cuma angin je kuat, so terasa la sejuk sikit2 ala2 Cameron Highland waktu tengahari hehehe..Tapi sayang, cuaca plak cam mendung je. Aku nak amik gambar pun macam tak de mood..sigh..

Masa yang dinanti-nantikan telah pun tiba, masuk je dalam flight, tak sempat nak dengar apa-apa taklimat, aku dan Cawan dah kroh..Tau-tau je announcement cakap dah nak sampai Sydney. Penerbangan dari Melbourne ke Sydney cuma mengambil masa selama 1 jam 5 minit.

Lepas ambil beg, kami duduk sekejap di airport, untuk menghilangkan mamai2 baru bangun tidur tu. Dah segar sikit, terus kami turun ke bawah, iaitu train station diorg. Ni macam KLIA express la. Kami beli tiket menuju ke arah hotel kami yang terletak di South Sydney. Tiket train airport ni agak mahal, mungkin sebab dia express kot. Bayangkan kalau naik teksi atau bas dari airport ke hotel kami, mengambil masa dalam 30-35 minit, dengan train CityRail ni, cuma 9 minit saja.

Turun je ke platform kami terkejut tengok train diorg. Train 2 tingkat!! Ni memang tak penah jumpe lagi kt Malaysia ni. Seronoknya nak naik!!

9 comments:

Biqque said...

i baru nak marah sbb takde gambar opera house! sekali ada hehehe...

gile pe sume jalan kaki! kitorang pun kat saigon ada gak jalan kaki, crocs pun tak guna, melecet gak! mmg kena cari walking shoes la niiiii...

gambar korang cantik macam pakai dslr sialllll!!! *dengki mode*

Unknown said...

hahaha mesti ada gambar opera house. WAJIB tu...

Yang jln kaki tu memang gile la. Agaknya diorg tau tourist kot, sebab tu suh jalan kaki, sebab i tengok kat Sydney memang banyak WALKING TOURS dalam city..adeh..CROCS i pun tak jalan, melecet kaki..

Mana ada dslr hehehe..tu pun berpeluh gak amik gambo malam2, tak mo goyang..letih tahan nafas la, tahan kentut semua laa kena tahan..

Cawan said...

tgh ari agak mendung.. pastu seronok lah x pakai sweater.. dh ptg windy start, and mlm dh jadi beku.. amik ko menggigil.. gile kentang.. night shot tu xde tripod, tp di bantu oleh palang2 platform.. bleh laaa tu..

Biqque said...

ha tu la, jenuh tahan napas bila guna iso tinggi...tak leh gak, still gegar! cis! cis!

na, kita beli kasut lain jom? wink wink!

Unknown said...

itu la..kena cari nih..maklum la kaki2 jalan ni, kasut kena gempak2 sikit..hehehe

Cawan said...

terompah ade, selipar jepun ade, yg paling best selipar vietnam dr pic biq tu.. buat dr tayar Dunlop, Michelin, korang pam laa angin kasi lembut.. gerenti laa sedap2 memakai nye..

3plepl8 said...

teva, teva....

3plepl8 said...

eh mana dust storm tak hit sydney lagi ke?

Unknown said...

belum lagiii...tungguuuuuu tgh nk resize gambo ni haaa..