Emm cam malas la nak tulis panjang lebar, apa kata aku ceritakan secara ringkas je pasal journey kitorang ke Grand Pacific Drive dan yang seangkatan dengannya...
Hari cuaca di Sydney sangat baik. Cerah. Matahari tersenyum lebar, dan tak berapa windy seperti semalam.
Hari cuaca di Sydney sangat baik. Cerah. Matahari tersenyum lebar, dan tak berapa windy seperti semalam.
Agenda pagi ni, nak pergi ambil kereta sewa di Mascot. Kereta sewa ni ada sejarahnya juga. Alamat dalam website tulis lain, kitorang pun pegi la sana naik train. dah sampai sana, tak de pulak. Rupa2nya kat tempat lain. Memang celaka betul la..Dah kena jalan kaki lagi, nyaris tak jauh sangat..
Kali ni kitorg sewa GPS skali. Saja nak try, sebab 2 hari je sewa kereta. Kononya nak save masa, takut tersesat kat bandar Sydney yang sesak tu. Dah jenuh plak kan..
Grand Pacific Drive ni sejauh 140 KM ++, laluan ni sebenarnya boleh sampai ke Melbourne.
Attraction pertama yang kami lalui, adalah Royal National Park, 32 KM dari bandar Sydney. Merupakan the oldest national park in the world. Dalam ni cuma hutan je, tapi ada banyak la tempat2 picnic. Kami tak singgah pun, lalu je sepanjang jalan tu, ambil udara segar di waktu pagi.
Pokok-pokok yang ada dalam Royal National Park ni, sangat menarik, ada satu kawasan, pokok-pokoknye renek dan kontot, pastu satu kawasan lagi, pokok yang tinggi-tinggi ala2 LOTR tu..Angin kat kawasan ni boleh tahan kencang. Bunyi pokok2 tu agak menyeramkan bila ditolak angin. Macam bunyi ombak di laut, tapi seram sikit...
20 minit berlalu, kami tiba di penghujung jalan Royal National Park, dan di depan mata, terbentang laut seluas-luas alam. Pemandangan yang sangat cantik!! Tapi ini merupakan trail untuk pejalan kaki. So kitorg amik gambar kat signboard je la.
Stanwell Park
Kami teruskan lagi perjalanan ke Stanwell Park. Ia merupakan coastal village yang terkenal di Grand Pacific Drive ni. Dari sini la boleh tengok seacliff bridge yang famous tu. Air laut kat kawasan ni biru kehijauan (rasenya seluruh pantai kat Australia ni memang cantik2 kot)
Sea Cliff Bridge
Sea cliff bridge ni baru dibuka tahun 2005. Merupakan icon Grand Pacific Drive. Tapi kalau nak tengok bridge ni, kena tengok dari jauh, sebab kalau tengok dekat2, memang kite tak perasan pun yang rupa bentuk dia cam mana. Sea cliff bridge ni dibina sebab dulu jalan lama kat kawasan ni terletak dilereng2 bukit, pastu selalu pulak batu2 besar dari atas bukit tu jatuh. Kejadian paling teruk adalah tahun 2003. So gomen NSW nak tutup la jalan ni, tetapi dapat bantahan dari penduduk tempatan. Diaorg suruh gak gomen cari jalan penyelesaian supaya jalan ni tak ditutup. Akhirnya terhasil la bridge ni. Dibina jauh dari lereng bukit, tapi di atas laut...
Pemandangan laut dari atas bridge
Destinasi berikutnya Jervis Bay. Jervis Bay ni, terkenal dengan aktiviti whale & dolphins cruises nya. 95% gerenti leh nampak dolphins & whales (itu kata mereka). Tapi kitorg tak pegi la cruise tu, mahal, lagipun aktiviti tu hanya dibuat di waktu. Sepanjang jalan ke Jervis Bay, di kiri kanan jalan, terbentang padang seluas-luasnya, hijauuuuuuuuuu jek...Syok betul rasenya kalau dapat tengok pemandangan macam ni tiap2 hari..
Lihat langit yang biru itu... (akan bertukar tidak lama lagi..)
Setibanya kami kat pantai Jervis Bay tu, cuaca mula bertukar mendung..Alaaa ni yang bosan nih....
Since Sydney pun hujan, kedai2 pulak dah tutup (kul 6.30 PM diorg dh tutup shopping mall..Nyampah!!!), kitorg pun cuma pikir nak cari makanan jek. Dah alang-alang ada GPS, kitorg type je mana nak pegi, last2 kitorg decide nak makan KFC. Tempat ni terletak agak jauh dari Sydney Centre. Tapi KFC ni la satu2nya yang halal kat seluruh Australia!! (betui ni, diiktiraf dan ada sijil halal oleh AUSTRALIAN FEDERATION OF ISLAMIC COUNCILS )
Disebabkan kitorg ditahap kebuluran, kitorg pun amik set yg makan 1 keluarga hehehe..Ini plan makan untuk breakfast esok skali ni hehehe... Ha balik hotel, apa lagi...................mandi manda, dan makan laaaa...sambil layan NCIS..
Di luar, Sydney masih kebasahan dek hujan lebat yang mencurah-curah.... Selamat malam Sydney..
6 comments:
aik yg jenama billabong tu benda apa>?? wetsuit ke?? yg baju pink tu merenung jauh masa depan tuh.
wahh bridge by the beach cantikk..
ha yg billabong tu ala2 wetsuit la cam biq nya roxy. hehehehe...kan nk p puket dan krabi nanti :))
Yg baju pink tu, merenung masa depan la, memikirkan destinasi melancong seterusnya hehehe..
peergghhhhhhhhhh nanti kita bergaya ala2 surfer babes ok??? (akan kucuba kempiskan perutku yang semakin boroi ini...kalo tak, selamat tinggal roxy lama, kita cari roxy baruuuuuuuuuuuuu)
lawa gile bridge tu...local siap marah gomen, dpt plak tu! kalo kat mesia, kim salam la...
itu la..mesti bergaya ala2 surfer babes, i pun nk cube menguruskan ape yg patut..nanti kang segan pulak terbonjol sana sini..kalau tak berjaya kempiskan apa yang patut, i kene tahan nafas je la sepanjang berada di pantai heheheh..janji gambo nampak cun hehehehhe
roxy baru?? roxy lama kasik kiki ke? haa na, tahan napas tu, kalu lama2 tahan nnt kempis la skit2.
Hey! you've covered some of them base on the link below. But ofcos you can have you own 7 wonders too!
http://everything-everywhere.com/2008/09/21/the-seven-wonders-of-australia/
Post a Comment