Buku Hikmat Phuket-Koh Phi Phi-Krabi dah siap. Cantik! Terima kasih Biq!! Tapi inti dalamnya? Hehehehe, masih work in progress lagi. Sabtu ni, lepas tengok THIS IS IT! baru nak finalised dengan diorg tempat-tempat mana nak pegi.
Semalam aku cakap kat Biq, suh bawak cover buku je, sebab tema trip kali ni, SANTAI, tapi dia tak mau, nak juga inti dalam. Emmm kena kerja keras la aku dan 3plepl8 cam ni, demi memuaskan nafsu Biq menyiapkan buku dia tu hehehe..Biq cakap buku tu WAJIB ada!! Kalau takda, tak lengkap trip tu nanti.. Emm betul jugak!!
Perasan tak tema warna dalam cover buku nih?? Cuba teka negara mana yang bendera diorg guna warna-warna nih? Hint* Hint* Gambar ehsan dari blog Biqque. Penginapan
Setakat hari ni, hotel di Phuket dan Koh Phi Phi dah dibooking. Walaupun waktu kami nak pergi tu dah masuk peak season, tapi di Phuket kami berjaya mendapatkan hotel bertaraf 3 bintang dengan hanya membayar harga 2 bintang. Hebat bukan?? Cuma di Koh Phi Phi je harga penginapan sedikit mahal. Mungkin kerana ia sebuah pulau, jadi tempat penginapan agak terhad, harga pun mahal la kan. Takpe la, bukan selalu, mahal pun berbaloi, resort yang bakal kami duduk nanti, mengadap ke laut, dan paling bestnya, swimming pool resort tu bertentangan dengan laut. Argg tak sabar nya!! Bebeh, jangan lupa casing underwater kita, nanti kitorg nak posing banyak2 dalam pool heheheh.. Di Krabi hotel masih belum dibooking lagi, mungkin hujung minggu ni baru nak book. Terlalu banyak sangat pilihan, sampai tak tau nak pilih yang mana satu...
Aktiviti dan Tempat Menarik Untuk Dilawati
Secara tidak rasminya, snorkeling, island hopping dan berenang di laut/pool adalah agenda utama kami. Maklum la, tema kali ni SANTAI (sebab tu itinerary tak siap2 lagi Biq hehehe). Jadi takde apa yang nak dikejar-kejarkan sangat. Selain dari tu, kami juga bercadang untuk berkayak diantara pulau-pulau di Koh Phi Phi. Tidak lupa juga Thai Massage yang sangat kami damba-dambakan tu, maklum lah dah kerja stress2 kan, mesti la syok kalau dapat urut hehehe. Dengarnya Thai Massage ni merupakan antara yang terbaik. Harga pun sangat berpatutan. Sekitar 200-300 THB (RM 20-30) saja.
Tak sabar dah rasanya, tiap-tiap hari menghitung hari nak ke sana nih. Beg pun dah siap packing minggu lepas. Punya la excited!!
11 comments:
dah byk kali dah trip 'santai' tapi sumenya tak santai jugak. penat lagi adalah. mana leh pg tido je. tak thrill. haha...kayak smp lebam.
you should try their paintball there, it's in a "jungle: instead of macam kat msia - plain field with few trees and tong2 kosong. It's fun, ada bungy as well.
hahahaha, tak pe, kali ni masa agak lama, so kite rileks2 la sikit..usah terkejar2 sgt donk...kayak itu mahu aku cuba, lebam pun lebam la..
Paintball? emm menarik jugak..bungy jumping pun cam best..err takut takut..hehehe
To Lily Riani, I nak sangat letak komen kat blog u pasal entry NZ tu, tapi tak leh la...why aar??
buku wajibbbbbbbbbbbbbbbbbbbbb! tak kira!
hehe...ala, if santai sungguh2, kita letak je iti tu bangun tido, mandi laut, makan, blk tido...hahahaha!
cant wait lah!
santai, cuci mate, urut sana sini..
snorkeling menghampakan la kat sana.. aku g tgh lautnye.. dpt tgk ikan 2 ekor je apa cerita?? bamboo island je byk ikan.. tu pn ikan jenis sama.. tp pulau2 dia cantik2!!
dah agak dh...snorkel2 ni balik2 ikan pangkat sarjan tu je. Kt Samui pun sama. Sabah lagi layan kot....
emm kalau cam tu kite mandi manda je la..lagiiii layannnnnnnnnnnnn
laney, kasi up tips kat sana (ur blog).. nanti ade 1 rombongan plak nk pergi ni ha.. pergi Singapore, jangan lupe Hot Wheels cawan.. beat that!
2 ekor ikan je laney??? masyaAllahhhhhh aku dah gelak guling2 dah ni!
Post a Comment