Terjaga dari tidur, tengok jam, oooo baru pukul 5.30 pagi..tidur lagi laa, takde apa dah nak kejar hari ni.. Dari tingkap nampak langit macam oren. Emm sunrise la tu..
Setengah jam kemudian, jam 6 pagi, tersedar lagi. Tengok ke tingkap, hari masih macam 'sunrise'..eh tak kan la dah pukul 6 pagi pun nak sunrise lagi, semalam cam dah terang benderang je..Lampu jalan kot.. Menuju ke tingkap, bukak tirai, cam terdiam jap..Apa yang berlaku sebenarnya ni??? Tak penah lagi rasenya tengok macam ni. Mimpi ke aku?? Tak pe la,, kita amik gambar dulu..
Pastu dalam 5 minit kemudian, Cawan pun bangun, aku suruh dia tengok ke tingkap. Dia pun terkebil-kebil tengok. Agaknya tak pasti kot apa yang ditengoknya tu. Apasal merah u? Aku jawab..emm entah la..cuba u on tv, mana tau ada berita..
Setengah jam kemudian, jam 6 pagi, tersedar lagi. Tengok ke tingkap, hari masih macam 'sunrise'..eh tak kan la dah pukul 6 pagi pun nak sunrise lagi, semalam cam dah terang benderang je..Lampu jalan kot.. Menuju ke tingkap, bukak tirai, cam terdiam jap..Apa yang berlaku sebenarnya ni??? Tak penah lagi rasenya tengok macam ni. Mimpi ke aku?? Tak pe la,, kita amik gambar dulu..
Pastu dalam 5 minit kemudian, Cawan pun bangun, aku suruh dia tengok ke tingkap. Dia pun terkebil-kebil tengok. Agaknya tak pasti kot apa yang ditengoknya tu. Apasal merah u? Aku jawab..emm entah la..cuba u on tv, mana tau ada berita..
Tengok tv, dalam berita terkini, diorg cakap, Sydney telah dilanda oleh ribut debu merah yang datang dari outback desert. Oh...ribut debu..emm kena amik gambar lagi ni, tak penah mengalami situasi macam ni lagi sepanjang hidup. Ribut debu ni dikatakan yang paling teruk sekali melanda Sydney, dalam tempoh 70 tahun. Last sekali berlaku dalam tahun 1930-an. Kitorg buat tak kisah je, sebab tengok kat luar semua seperti biasa je, orang ramai dah mula keluar nak pergi kerja. Sampai la pemberita tu cakap, semua flight akan DELAY, sebab kebanyakkan flight dah kena divert ke airport lain. Visibility time tu cuma 5KM je. Baru la kitorg tersedar yang ni pekara merupakan pekara yang sangat2 SERIUS..hehehe ..
Lepas breakfast dan mandi manda, kitorg pun check out la dari hotel. Hari ni hari terakhir kami di Sydney ni. Walaupun dust storm, aktiviti kena diteruskan, tapi ada slight changes la dekat itinerary kitorg. Mula2 nak pegi Sydney Aquarium tu, tapi memandangkan macam kat tempat2 lain pun ada aquarium, terus tak jadi pegi. Kitorg nak ke Opera House sekali lagi untuk amik gambar dia dalam ke-oren-an.
Kali ni kami tidak berjalan kaki lagi. Sebab dah ada kereta hehehe..Parking kat Opera house ni mahal nak mampus. 1 jam = AUD 9, so kalau convert dalam ringgit lebih kurang RM 25-27!! Tapi Opera punya pasal, tutup mata je la. Nak parking sebarangan takut kena saman pulak, lagi naya..
Membelakangi Harbour Bridge yang samar-samar..
Opera House cantik time ni, sebab kat bumbung dia nampak cam biru2 silver disinari cahaya matahari..
Singgah jap kat souviner shop kt Opera House ni, nak cari magnet. Tapi tak de la pulak, jual benda2 lain banyak la..ish fed up betul cam ni..
Bersebelahan dengan Opera House ada Royal Botanic Garden. Cantik jugak kt sini..Boleh tahan besar kawasan nih, tapi kitorg tak pusing la satu taman tu. Tak larat, lagipun nak kejar ke Bondi Beach pulak :)
Berjalan menuju ke Opera House dari parking underground tu, sampai ke atas, sekali tengok ramai orang pulak. Eish, ingatkan ribut2 ni orang tak kuar umah/hotel/etc..Bukan takat tourist je, penduduk tempatan pun ramai time ni. Tidak terkecuali professional photographers (agaknya la, sebab lengkap segala equipment diorg, lense panjang, pendek, semua ada). Kitorg pun apa lagi, join the crowd la kan, tak nak ketinggalan. Buat2 pro amik gambar la dalam ribut2 pun hehehehe...Masa ni angin bertuip sangat kencang, dalam berita tadi dah kasi tau, angin dalam kelajuan 80-100 KM. Orang ramai juga dinasihati supaya tutup mulut dan hidung sebab nak elakkan debu2 tu. Tapi kitorg tak rase apa pun, cuma tau muka dah penuh debu oren bile lap muka ngan tisu. Tak yah pakai bronzer susah2 tau hahahah..
Terbaring sebab rumputnya cantik sangat. Tapi bila dah bangun dari situ, abis baju melekat dust oren2..heheheh..
Cantik botanic park diorg nih, dah la masuk free. Walaupun cuaca tak berapa baik, ramai plak org berjogging dan buat aktiviti lain kat sini, macam tak de apa yang berlaku.. Tapi masa nih, nampak nya hari dah cerah sikit, dah tak merah sangat macam awal pagi tadi..
Destinasi seterusnya..ke Bondi Beach. Beach paling terkenal sekali kat Australia dan di Sydney. Tertanya-tanya jugak macam mana la agaknya beach ni. Terletak tak jauh dari bandar Sydney, dalam 20-25 minit perjalanan menaiki kereta.
Setibanya kami di Bondi Beach ni, terus terpegun. Cantik jugak sini. Ingatkan ala2 Teluk Batik ke, PD ke, maklum la pantai dekat dengan town ni. Mesti la ramai orang dan sedikit kotor. Tapi sangkaan aku tidak tepat sama sekali...
Niat di hati, memang nak mandi sangat2..tapi air pulak sejuk macam ais. Patut la tak de orang mandi, melainkan surfers. Diorang boleh la, sebab pakai wetsuit, kalau takat pakai baju biasa, alamatnye beku la kat situ hehehe..frust jugak time nih, aaa nape la air nye sejuk sangat..tension! tension!!!!
Mata kitorg sampai Bondi Beach ni, keadaan langit masih lagi oren, tapi semakin cerah...Ingatkan Bondi Beach ni besar la, cam pantai2 kt Surfers Paradise tu, sekali tengok, alahaiiii kecik je..cam kalau toleh kiri dan kanan, leh nampak la hujung ke hujung. Tapi kecik2 pun cantik...Begitu juga pantai2 yang berdekatan dengannya, macam Tamarama Beach, Congee Beach, semua kecik2..
Pasir terbang, angin sangat kencang time ni...
Langit semakin cerah..Dalam sejam jugak kitorg lepak kat Bondi Beach ni, sebabkan aktiviti mandi laut dah cancel, kitorg pun bercadang untuk buat last minute shopping, dekat Bondi Junction Shopping Centre. Cari magnet, tak jumpe jugak..aaaaa apa la diorg nih!!!!!
Jam dah pukul 3.30 PM, waktu untuk ke airport. Tapi nak isi minyak kereta dulu, pastu nak pulangkan kereta lagi. Kat situ saja dah amik masa selama 1 jam. Sampai ke airport dalam pukul 4.15 PM. Check in kat kaunter. Strict gile orang2 Tiger Airways nih, beg kitorg terlebih berat sikit pun, dah suh agih2 kan barang kat hand luggage la ape la. Adui senget sikit bahu angkut berat2..(terima kasih kepada Cawan yang memberatkan beg tu, penuh dengan Hotwheel dia jek!!!)
Midnight 24 September, kami berjaya pulang ke Kuala Lumpur..Selamat tingal Melbourne..kalau flight kat Sydney tu delay 4-5 jam lagi, gerenti la tak balik Malaysia hari ni heheheheDisebabkan dust storm yang melanda Sydney pagi tadi, semua flight ditunda. Tidak terkecuali flight kitorg. Airport tak usah cakap la kan, full gile, cam dalam pasar tani pun ada. Sambil2 menunggu tu, macam2 perangai orang la aku tengok. Layan je la. Macam dalam drama tv pun ada. Kitorg pasang telinga je la mendengar kekecohan di sekeliling kitorg.
4 comments:
ala xdek org mandi kat bondi tu.. cess ingat leh dpt tgk gambo seksi.. cis
mana ada org mandi seksi tgh sejuk2 tuh....
hehehe sori menghampakan ko..air nye sejuk cam ais..tak sesuai utk di mandi..hehehe
laaaaaaaaaa camne i leh terlepas entry nih!!!
Post a Comment