Friday, September 30, 2011

South Island - New Zealand (Part 5)

~ Invercargill - Te Anau - Milford Sound ~

Hujan renyai-renyai di Invercargill pagi tu. Dah hari ni jugak, first time bangun awal gila, dalam kul 6 pagi, dah ready semua. Cawan tolong prepare breakfast, makan-makan, dan mandi, lepas tu terus chow ke town center jap, nak ambik gambar apa patut. 


Bandar-bandar di NZ ni memang comel-comel agaknya, sky scrapper langsung takde. Mungkin sebab ni belah south kot, kalau kat Auckland mesti ada punya kan?

Misi hari ni adalah menuju Milford Sound. Jarak perjalanan adalah lebih kurang 280KM, dan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Lebih kurang jam 8 pagi kami dah keluar dari town Inveracargill. 

Hmm gambar ni agak menarik sikit. Sebenarnya, ada cahaya matahari sedang menyuluh kat kawasan rumput tu, tapi di belakang sana, langit semua warna grey. Teringat pulak dinding kat rumah aku hahahaha.. 

Yang paling menariknya sepanjang perjalanan dari Invercargill menuju ke Milford Sound, adalah bila cahaya matahari menembusi awan-awan tu, lepas tu kawasan padang tu jadi seperti di bawah ni. Separuh gelap, separuh lagi terang. Macam kat awan tu ada lubang-lubang cahaya gitu..hehehe
Haaa dah nampak dah snow capped mountain tu..


Dan hari ni jugak adalah hari melihat pelangi sedunia.. cewahhh.. (tu aku je pepandai reka). Tapi memang sepanjang jalan, asyik nampak kelibat pelangi je. Walaupun dah pernah tengok pelangi kat Malaysia ni, tapi kitorg excited jugak. Sampai aku pun tak paham kenapa Cawan asyik suh aku amik gambar pelangi jek..haih..confused!  tangkap je le..


Berjam-jam melintasi kampung-kampung comel, ladang kambing biri-biri, dan entah berapa kali stop untuk picture break..akhirnya tiba di Lake Te Anau. Sebelum tu sebenarnya, ada jumpa satu lagi lake, tapi aku tak ingat nama. (Tapi bukan Manapouri Lake yang pastinya).



Melihatkan view dan surrounding lake Te Anau ni, buatkan aku rasa macam fairy tale pun ada. Sebab memang cantik. Dengan itik-itiknya, berlatarbelakangkan snow capped mountain yang gagah perkasa, rumput yang kehijauan, udara yang segar, langit biru dan air tasik yang jernih!!! perghhhh..aku rasa macam nak bentang tikar dan berpiknik di situ jugak! Tapi sayang, aku masih ada halfway lagi nak menuju ke final destination - Milford Sound. Waktu tu, dah jam 11 pagi, cruise kitorang jam 2.45 petang

Tapi sebelum tu sempat singgah jap dekat i-site Te Anau, nak check road condition, kot-kot nak kena pakai wheel chain ke apa ke kan, atau pun jalan tutup ke. Nasib menyebelahi kami, semuanya ok hari tu :) (tersengih kambing la kitorg menuju ke kereta hahaha)

Milford Sound Road ni, antara world's finest drive di dunia, kerana viewnya yang sungguh mengancam dan dramatic itu. Terletak di Fiordland, dan diiktiraf sebagai World Heritage Area oleh UNESCO. Kelasssssss gitu..

~ Mirror Lake ~

Mirror lake ni memang famous la untuk orang yang melalui Milford Road ni, sebab viewnya menarik. Tapi tertakluk kepada rezeki masing-masing. Kalau takde angin, takde kocakan air, memang boleh view langit dan snow capped mountain dari dalam air. Masa kitorg tiba kat situ, separuh dari lake tu macam berkocak sikit, separuh lagi macam tenang sikit.. jadi la...

Signboard Mirror Lake sengaja diterbalikkan. Boleh nampak reflection signboard tu dari air, dalam ejaan yang betul plak..

Itik-itik di tepi lake itu sengaja mencemburi kitorg la..tembak nanti baru tau.. tak pe-takpe.. ada hari aku balas itik-itik sekalian!!

Masa dekat lake ni, jumpa Malaysian satu family, malay. Tapi haram diorg nak senyum. Aku pandang-pandang la jugak kan, tapi diorg buat dek jek..haih..bukan la aku nak beramah mesra sangat, tapi senyum pun tak leh ke?? Mintak-mintak la tak sama cruise nanti..tak kuasa la dengan orang-orang sombong nih..

Sejenis lumut agaknya ni. Aku suka tengok dia kehijau-hijauan tu.. Sejuk mata memandang..

Kitorg tak spend lama sangat kat Mirror lake tu, adalah dalam 10 minit gitu. Dalam hati dah tak sabar dah nak tengok Homer Tunnel tu. Macam mana entah agaknya rupe tunnel tu.


Tapi sebelum tu, berhenti sekali lagi kat satu kawasan yang luas. Kat sini ada 1 bas tourist berhenti, dan 2-3 buah kereta lain. Sebab before ni, ada gak spot-spot menarik untuk photography, tapi sayang, semua avalanche area, memang diharamkan berhenti langsung. Dan kitorg pun tak berani la nak langgar arahan tu kan? (Kat Malaysia ada aku kisah kalau dpt arahan cam tu??) Ok sori gambar aku terlupa nak upload, ni sedang bersiaran dari office, dan gambar-gambar semua transfer dekat laptop kat rumah. Pastu gambar dalam Homer tunnel takde pun, sebab gelap gulita, video je ada, tapi leceh le pulak nak upload.

Burung kea, diorg ni specis parrot jugak. Tapi parrot yang besar punya! Diorg ni kan, aku tak tau la lapar ke apa, tapi memang dasyat, aku punya keta sewa jadi tempat bertenggek, lepas tu, getah kat tingkap keta, abis diorg makan! (Ni memang sama kisah dengan Biqque! tak de tiru ok!)  Haih nasib car rental company tak pasan, takut gak kena ganti ke apa ke kan..gile betui.. 

Pokok-pokok togel bersepah di kawasan tu. Macam comel jugak, ditambah lagi dengan tumbuhan renek-renek warna hijau tu..marbeles!!

Dah puas meng'adore'  alam sekeliling, akhirnya sampai jugak ktorg di Milford Sound. Jam baru pukul 1 suku. So check in dulu di Milford Lodge. The one and only accomodation yang ada di Milford Sound. So kalau korang pegi peak season, make sure booking awal-awal yek. Aku booking untuk bilik double, tapi shared bathroom, harga NZD 85. Memang pricey sikit la, untuk shared bathroom. Tapi jangan risau, shower diorg superb! Bilik air besar, toilet besar, dan bersih! Dekat pulak tu dengan bilik, so agak-agak korang nak terkencing sangat, memang sempat la berlari ke jamban! Hahaha.. Kitchen dia pun best. Besar, dan bersih, kemas, boleh pakai semua alat masak kat sana. Janji bawak barang masak sendiri, sebab kat sana takde kedai runcit2 nih, ada la diorg jual kat dalam lodge tu, tapi barang-barang instance la, ayam/ikan takde la kan!

Disebabkan tersampai awal, so sempat la meregang-regangkan badan, dan lunch dulu, sambil-sambil makan tu, terpikir, mesti si Biqque dan Sharul tengah layan cruise tu huhuhu..janjinye nak lambai-lambai tangan masa kat sana nanti. Sebab time diorg balik, betul-betul sama timing kitorg nak start cruise! haaa kite tengok nanti yek..kena ke dak!!

~ Mitre Peak Cruise ~


Disebabkan jetty cruise dengan lodge kitorg dalam 5 minit naik kereta, so jam 2.20 pm baru kuar bilik. Tengok kat parking, macam tak banyak kereta. Tapi parking jauh la pulak dari jetty tu (takde jauh sgt sebenarnye, dalam 5-10 minit jalan je). Disebabkan cik Aqilah kite masih jalan terkedek-kedek, so 10 minit pun leh jadi 20 minit. So aku suruh la dia drop kat tempat bas, which is depan pintu jetti tu. Haaa abis citer!

So Cawan pegi la parking dulu. Rupa-rupanya dia kata dia parked belakang keta Biqque, so memang confirm la leh main lambai2 tangan kan? huhuhuhu.. Sementara menunggu turn nak cruise tu, Cawan macam biasa, sibuk la petik camera sana sini..busy betui dia yek..


Sampai la orang Mitre Peak tu buat announcement yang boat dah ready dan kitorg boleh naik dah. Haih..excited dah ni. Cawan pun excited dah ni.. tapi tak sampai beberapa minit, dia terpinga-pinga sambil berjalan tu.. U, apsal mamat ni bawak kite ke boat kecik ni..i ingat boat besar tu.. sambil tunjuk ke boat kapal Real Journeys. Aku rasa time tu macam nak lempang jek, rasanya masuk ni dah 2-3 kali dah aku cakap naik Mitre Peak. Sebab apa aku pilih Mitre Peak? sebab boat kecik, dan diorg boleh navigate lebih dekat dengan air terjun, dan flora/fauna yang ada di Milford Sound tu, kalau kapal besar macam Real Journeys, diorg tak boleh buat macam tu.

Maka bermulalah journey kami merentasi Milford Sound tu.. Cuaca nampak baik....yahoooo!!

Haaa kitorg dah nampak boat kecik warna putih di ujunggg sana tu.. korang nampak tak yang kecik tu??????? (Sila click gambar yek kalau tak nampak!)

Cawan dah ready dah tu, bila dah makin dekat, Cawan lambai2 tangan ke arah boat tu. Memang yakin sangat la tu boat Southern Discoveries Biqque! Orang dalam boat kitorg pun macam heran tengok Cawan angkat-angkat tangan lambai!!! Bila dah makin dekat, memang sah tu boat diorg, sebab nampak tulisan warna merah, mana ada company lain lagi warna merah2 ni, melainkan Southern Discoveries! Tapi sayang, diorg tak de la pulak melambai2...rupa-rupanya..... diorg tengah syok minum kopi kat dalam tuuuuu (tu pun aku tanya pas balik KL) hahahahaha...so lain kali je la main lambai-lambai yek..


Ok gambar ni je la aku ada pasal Mitre Peak, sebab apa??? Rupa-rupanya dari jetty, sampai la masa nak naik boat, Cawan duk ambik gambar Real Journeys!!!! Sebab dia ingat kitorg booking tiket untuk Real Journeys!!! Dah balik rumah, dan transfer gambar..haaaaaaaaaaaaaaaaaa amik ko..mana gambar Mitre Peak? Dia jawab, mana i tau, ingat u amik boat besar tuuuuu, tapi i ada amik gambar pelampong Mitre Peak, boleh la kannn??? Aku tak boleh cakap apa dah..benda dah jadi pun, rasa nak tendang je dia masuk pool kat bawah tu!!

Nasib la dia nak duduk diam-diam sorang-sorang kat sini.


Menghampiri waterfalls... Sorry la aku tak ingat nama semua, banyak sangat orang boat tu bercerita, aku pun dah lupa yang mana satu..

Cantik kan waterfall nih.. 

Batu berwarna warni., ni pun aku tak ingat nama apa tah..

Ha boat kitorg pun masuk bawah waterfall, tapi Cawan tak duk luar la, kang abis pulak camera tu kan.. so duk bawah cermin je le..

Mitre Peak yang famous. Ni bukan Mitre Peak cruise, tapi puncak yang terkenal di Milford Sound..

Layan je la gambar..aku malas nak citer panjang-panjang ok...


Eh terjumpe fur seal plak.. Masa ni diorg tengah berehat. Masa mula-mula tengok macam best jek. Tapi bila dah tengok gambar kat blog Biqque, aku tengok kedudukan fur seal ni macam sama je dalam gambar aku, padahal kitorg pegi time lain-lain. Ada kemungkinankah diorg ni di'gam' kat situ supaya tak boleh bergerak?? hahaha

Sebenarnya, ada jumpa penguins dan burung sea gull tu, tapi ada video je la. Sebab diorg tengah berenang. Lain tahun la aku upload ok? Macam aku cakap kat atas tadi, hari ni hari lihat pelangi sedunia kan? Ni kat Milford ni pun, kitorg jumpa pelangi betul-betul depan boat. Haaa mau tak ternganga!!!


Yang bestnya amik cruise boat yang kecik-kecik ni, sebab passengernya cuma ada lebih kurang 15-20 orang je. Tak crowded sangat, nak amik gambar pun senang, takde la masuk muka-muka orang yang tidak sepatutnya dalam gambar kita kan?? Ha sambil-sambil tu boleh la minum air kopi/tea percuma jugak. Harga cruise Mitre Peak ni aku beli NZD 65- online. Sebab aku tak amik Southern Discoveries kerana timing tiket murah tu waktu pagi, memang aku tak sempat nak kejar, kalau tak, mesti boleh together-gether dengan Biqque sekali. Dan sedikit nasihat untuk yang nak ke Milford Sound ni, elakkan pegi pegi time lunch macam pukul 12-1 tengahari tu, sebab time tu ramai sangat tourist! Better amik awal pagi, atau late afternoon. (tapi amik small boat tak pe kot) Macam aku nya nih, cruise jam 2.45 PM. Memang cruise kitorg yang last sekali, so Milford Sound tu kami yang punya petang tu huhuhu..

Pelangi lagi...

Waterfalls di sini memang cun la. Tapi kalau korang pegi masa musim hujan, lagiiiiiiiiiii banyak waterfalls yang akan muncul. 

Tetiba je ada avalanche terjadi di depan mata.. ha jakuuuunnn lagi...

Cruise 2 jam di Milford Sound memang berbaloi. Sila bawak memory card spare banyak. Cruise kami berakhir lebih kurang jam 5 lebih. Puas hati? Memang puas hati! Sampai je kereta, tengok ada surat cinta, rupa-rupanya dari Biqque. Hamboiiii memang drama betul la kisah kitorg nih, tak penah-penah lagi main tinggal-tinggal note sebelum ni..


Hari nak malam dah..babai Milford, malam tu kami cuma menghabiskan masa di bilik kitorg dan di kitchen lodge, esok dah nak ke Queenstown pula..


18 comments:

Biqque said...

hoi! i tak pasan pun signboard terbalik tuuuuuuuuuuu! dangggggg! burung kea tu mmg suka makan getah tingkap! and guess what, ada pakcik ni kata keta dia pun kena aim, dlm tu ada bbq chips! dia mmg nak mkn yg tu!

bab cawan amik gambar boat lain tu mmg TERBAEK! lawak ok! hahahahaha! part lambai2 tu lagi TERBAEK! tak bleh blah!

ha menatang tu kena gam agaknyer...sumpah sama tempat macam tak berubah ok!

avalanche tu cantik siutttttttttttttt! pelangi bersepah2 ek? cun!

niL said...

cantek dan menjeleskan!!!

cik gold said...

hai...1st time tinggal komen kat blog u...tp dah lama flow blog ni...nak tnya ye sorang pi belanja brapa ye??? hehehe...

AKO @ retna said...

eh bila tgk road yg kowang lalu ni rasa seriau lak hehehe.. mcm sunyi lak..
psstt mlm suasana kat sana mmg sunyi sepi ek?

BlueEwoke said...

Biqque: Hahahahaha rugi Biq..rugiiiiii (grin)..Sila datang lagi.. (ehem ehem..)
Lawak Cawan tu, seeloknya kena makan penampor je!!

Nil: Esok turn ko plak la pegi sini..

Cik Gold: Hi jugak.. terima kasih sudi datang. Roughly budget kami sekepala lebih kurang 2700-3000. (tu pun sebab pegi time peak, sebab ada rugby world cup, so semua price naik, kalu time2 biasa mungkin leh murah lagi + tiket flight kitorg dpt pun murah)

Ako: Tak usah risau la..memang nampak serius, tapi ada je kenderaan lalu. Yang penting kena cek condition jalan la, kadang2 tutup, tapi fun lalu sini, sb view cantik. Malam aku tak rase ada org nk lalu kot, sb bahaya gak, gelap. Suasana kat Milford Sound Logde tu tak de la sunyi sgt, ok je, takde la seram sunyi sepi tu..cam biasa2 je.. try la nanti. Kalau tak mo tido Milford, leh tido Te Anau cam Biqque.

Biqque said...

malam yg sepi pi pi pak mat jual roti ti ti...mmg sepi macam town koboi yg ada zombie tu ako! hahahaha! TAPI BEST! so sila la jalan siang ye :D

3plepl8 said...

laaa...sudah silap boat ka cawan...
yela time lambai2 tu kitorg sdap melayan kopi panas kt deck bawah hehe...

Lily Riani said...

u all tak overnight ke?

BlueEwoke said...

Biq: Hahahaha Pak mat jual roti!!!!

3plepl8: Begitu la kekdahnya.. Lain kali la plak kita main lambai2 huhuhuh

Lily: Tak overnight atas kapal lily, I overnight kt Milford Lodge kat situ jek.. Mahai sangat la, tak mampu huhuhuh

Cawan said...

hei, kutuk nampakkk..

huh, Mirror Lake yg tak mirror pun.. ni itik punya pasal.. serious nk bling jek batu halau..

te anau tu simpan next day nye melawat :)

pasai bot tu dh u wait kt depan Co. boat disebut, huh! malas laa amik gambar lagi.. blah laa..

biq, asal ko tak lambai kt boat sambil pakai kain rentang?!! ni nak marah ni!

Biqque said...

tu la cawan, tak sempat nak cat kain rentang tu! hahahaha!

lily, cukup dah merasa overnite kat ha long bay...tapi sumpah jauh lagi bersih dari ha long bay to kan!

AKO @ retna said...

lagi lagi citer... excited dah ni!! hehee

3plepl8 said...

ooo...keta baru car wash ye?? tp wiper blkg dia lupa angkat la plak. cermin blkg tarak cuci ka?

kemang~ said...

jeles

*berlalu pergi*

BlueEwoke said...

Hahaha kain rentang plak dah!!

Ako: tengah gigih mengarang nih..heheh

Kemang: Eleh...dia pn byk plan thn depan..bersabor la yek..nanti turn ko plak..hehehe

kuntum said...

frm invercargill to te anau ni ko lalu scenic route ke jln biasa? bape jauh nk smp te anau?

BlueEwoke said...

Kuntum: Yang ni aku ikut jalan biasa, sebab nk kejar ke Milford. Inver to Te Anau lebih kurang 160KM

bpk muliadi said...

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل


KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA MBAH , NOMOR YANG MBAH BERIKAN/ 4D SGP& HK SAYA DAPAT (350) JUTA ALHAMDULILLAH TEMBUS, SELURUH HUTANG2 SAYA SUDAH SAYA LUNAS DAN KAMI BISAH USAHA LAGI. JIKA ANDA INGIN SEPERTI SAYA HUB MBAH_PURO _085_342_734_904_ terima kasih.الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل