Tuesday, September 27, 2011

South Island - New Zealand (Part 2)

~ Christchurch . Ashburton . Farlie ~
Malam sebelumnya, dah set jam konon nak bangun jam 5.30 pagi, untuk solat subuh, KONONnya nak terus gerak ke Ashburton. Huhhhhhhhhhhhh hampeh.. entah berapa kali alarm tu snooze, baru le bangun, subuh pun dah hampir-hampir nak abis waktu dah. Tung tang tung tang, siapkan breakfast segala bagai, lebih kurang jam 7.40 pagi baru gerak!! Behind schedule nih!!

Maka bermulalah misi road trip ke South Island, route hari ni adalah Christchurh to Mt.Cook. Along the way banyak la tempat yang kitorg berhenti. Tapi belum sampai Ashburton lagi, kami dah disajikan dengan pemandangan yang hebat-hebat. Asyik snap gambar jek. Stop yang first sekali Ashburton. Ha layan la gambar di sekitar Ashburton ni yek. Memang berhenti sini semata-mata nak amik gambar je, dan toilet break! Hahaha..

First time tengok, rupa macam pokok cherry. Ala-ala sakura kat Jepun nuh.. tak tau le betui ke idak..sampai l a last day kat Christchurch baru tau, memang sebenarnya pokok-pokok yang ala-ala sakura ini, adalah pokok Cherry yang tengah blossom!!! fewittttt

Ni aku tak tau statue apa benda dan apakah tujuan nya berbentuk begitu hahaha

Jam ni buatkan kitorg tersakit jantung kejap, sebab Cawan parked keta betul-betul depan jam ni. Sekali dia ding dong ding dong...adeh..

Seberang jalan tempat parking keta, pokok cherry bertaburan. Local yang lalu lalang confirm hairan tengok kitorg asyik amik gambar pokok ni jek hahaha

Ok mari teruskan perjalanan.. Ini view sepanjang Ashburton ke Farlie. Aku pun dah lost track nama tempat semua, kecuali tempat yang betul-betul aku target nak pegi jek! 

Lagi berenti..bukan senang nak dapat view cenggini kan?

Dan lagi..

Huh..letih beb asyik nak petik butang camera jek..kitorg pun rase macam tak larat nak benti. Cawan dah bising-bising (driver la katakan) asyik nak benti jek, bila nak sampainya? (kata dia!)... tapi dalam bising-bising tu, dia benti jugak, siap kuar keta amik gambor plak tu.. Aku pun confused gak hahaha..Bak kata pepatah, mulut kata tak nak, tapi hati mau. Inilah penangan South Island!


Tak usah heran sangat atau risau yang korang susah nak jumpe sheep kat NZ nanti ok.. Sebab diorg ni ada dimerata-rata.. sampai korang tengok pun nak muntah. Aku, Cawan tengok sheep memula cam ooooo aaaaa comelnya, wahhhh cantiknya padang dan sheep...lepas tu amik gambar! amik gambar!.. tapi sampai satu tahap..macam dah bosan dah, tengok sheep macam tengok kucing kat tepi jalan jek hahaha.  Aqilah pulak tengok sheep, tapi bunyi eowwwwww eowwwww meeowwww hoooo hoooo hoooo... Aku pun heran dengan bunyi-bunyian yang dia buat tu. Baru nak mengenal binatang la katakan hahaha

Yeah memang unspoiled. Setiap sudut korang berdiri mesti cun!


Eh eh sukanya dia.. tercapai jugak impian nak ke NZ. Asyik kena teased dengan Cawan je, sebab aku cakap aku nak ke NZ sejak dari sekolah rendah! Jadi Cawan kata, dia akan ikut segala cakap aku masa di NZ hari tu, sebab KONONnya nak merealisasikan impian aku ler KONONNYA! buwekkkk.. 

Tak tau la banjaran gunung apa ni..tapi semua nya bersalji lagi. View memang marvelous! Time ni aku dah tak larat dah nak kuar masuk keta, Cawan je la yang kuat semangat lagi nak kuar dan amik gambar hehehe.. kus selamat...

Ok secara realiti nya driving di South Island ni ok je sebenarnya. Nak kata kena bawak kereta slow sangat tu, memang la ada tempat-tempat yang kena slow. Macam masuk town, speednya dalam 50km/h. Tapi kat state highway, dalam 80-100 km/h. So ok le kan. Cume jangan memandai-mandai memecut sesuka ati sudah la. Tapi aku tengok local kat sana, ada je yang selamba pecut bawak lebih laju lagi dari 100km/h! 

~ Lake Tekapo ~

Haaa sampai pun akhirnya setelah berpuluh kali stop untuk amik gambar! Ish ish.. Lihat lake wane biru tu!!

Ok dah sampai Lake Tekapo. Parked dekat town dia yang kecik tu, sambil menunggu Cawan ke toilet. Sambil-sambil tu masuk la kejap kedai souvenir, dapat la magnet Lake Tekapo seketul, dan poskad, lepas tu sessi berfotograpi la kejap dengan Aqilah.. Hmm Aqilah apa lagi..pantang tengok camera hala ke dia!!


Atas kereta pun jadi! Mentang-mentang la kereta warna merah hahaha.. Sesuai dengan langit yang membiru tu..

Eh lagi dia..

Selepas menunaikan hajat, kitorg drive dan parked keta dekat dengan camping/picnic zone di tepi Lake Tekapo tu. Ada orang tengah bbq la, bercinta pun ada.. Haih kitorg pun ada bekalan makanan jugak, TAPI  maggi goreng jek!! ha jadi la, dah la sejuk bedi plak tu magginya..Ish ish..

Berjalan menuju ke Lake Tekapo. Subhanallah sangat cantik view di sini. Memang rezeki kitorg la dapat tengok tempat secantik ni hari tu..


Emm Lake Tekapo ni antara lake yang terbesar di South Island. Air di lake ni datangnya dari glacier di sekitar kawasan tu. Dan warna aqua/turquoise air tu terhasil dari batu-batu glacier yang ada dalam lake ni. Dan Tekapo tu sendiri adalah perkataan Maori yang bermaksud Sleeping (Teka), Po (Night). Lake Tekapo ni jugak merupakan antara kawasan yang paling banyak menerima cahaya matahari, hujan cuma 23 inci setahun! So chances untuk dapat cuaca yang baik ketika di Lake Tekapo sangat tinggi hehehe..

Haih cantik nya..sampai aku dan Cawan tak larat dah nak amik gambar. Nak blah dari situ macam sayang nak tingalkan view yang cantik ni..


Disebabkan masing-masing sibuk dengan camera sendiri dan tengah feeling layan view yang cun tu, so aku amik le gambar sendiri. Gambar kasut plak tu hahaha..

Aqilah tengah bengang dengan angin dan air hingusan dia yang dah mula keluar, sebab sejuk kat lake ni boleh tahan jugak, nampak je macam panas..

Air dalam lake ni, sangat jernih! In fact semua lake yang aku visit, air nya memang jernih. Kat Malaysia ada? haaa sapa nak jawab tu???!!!



Church of good shepard. Gambar dari jauh je la...

~ Mt. Cook ~
Ok dengan berat hati, terpaksa jugak kitorg meninggalkan Lake Tekapo dan meneruskan perjalanan ke Mt. Cook. Perjalanan ke Mt Cook dari Lake Tekapo lebih kurang 1jam lebih. Sebelum tu, kami kena melalui Lake Pukaki. Tapi tak berenti amik gambar pun, sebab takut lewat sampai ke Mt. Cook. Plan asalnya nak buat aktiviti walking dekat valley-valley Mt.Cook tu. 

Check in dulu di Glentanner Holiday Park, kemudian kami teruskan perjalanan ke Mt Cook Village, lebih kurang 20 minit driving dari Glentanner. Waktu masa tu lebih kurang 5 petang lebih.. Cuaca masih terang dan cuma matahari dah mula condong. 

Kami dikelilingi oleh gunung yang bersalji sepanjang jalan menuju ke Mt.Cook Village. Gunung yang nampak cerah-cerah tu, sebab menghadap matahari, yang oppositenya tu semua dah malap je, jalanraya pun dah gelap, sebab gunungnya dah blocked cahaya matahari masuk.


Sampai jugak ke sini..tapi sejukkkkkkkkk

Memang dah planned awal nak ke Hooker Valley Track ni, sebab ni merupakan track yang paling senang, dan dekat, untuk view Mt Cook. Track lain ada juga, macam yang ada dalam papan tanda dalam gambar tu..

Sampai je dekat parking, satu bijik kereta pun tak de. Aku macam suspen jugak kan. Tak kan la takde orang langsung, sambil tu tengok jam..hmm dah nak dekat pukul 6. Macam tak sempat je nak walking nih. Actually masa yang diperlukan untuk berjalan di track ni 30 minit je, return. So ok la kan. So kami pun memulakan perjalanan. 

Sepanjang jalan tu, cuma dengar suara kitorg, bunyi camera, dan bunyi tapak kasut kami. Diselang seli dengan bunyi-bunyi burung dan angin yang bertiup agak kencang. Di kiri kanan kami memang gunung yang penuh dengan salji. Hmm suspen gak ni. Cuaca makin gelap, walaupun bila dongak ke atas, langit masih biru lagi. Tapi nak jugak cuba kan..macam rugi je kalau tak jalan. Lagi pun bukan nya jauh sangat 30 minit walking je, kat shopping mall boleh je kan hahaha...

Jalan, dan berjalan lagi..tiba-tiba rasa cam ada benda turun..mula-mula ingatkan hujan, lepas tu bila tengok betul-betul..lohhh salji ke? Rupa macam salji, tapi macam dah nak cair (maklum la tak pernah tengok/sentuh salji betul, so confuse la kejap).. Wah tak sangka betul leh jumpa salji turun dari langit. Tapi takde la banyak sangat, sikit je. Dapat la merasa hehehe..



Gigih ni nak jugak pergi.. Aku dah mula rasa tak best dah. Takut sebenarnya, sebab takde orang lain kat sana. Cuma kitorg jek, dah la kat celah-celah gunung plak ni..buatnya avalanche ke, serigala ke.. (wah imiginasi tinggi!) mana aku nak lari gendong Aqilah kan?? Tapi Cawan kata tak pe..dia ada (elehhh macam la dia superman/batman), dia ajak gak aku jalan. Mula-mula tu aku ikut la..tapi sampai beberapa langkah, aku cakap aku nak pusing balik, mungkin lain kali je la kite ke Hooker valley tu. Bila hati tak tenteram, mula la rasa tak best kan.. ha cabut! cabut!

Senang je jalan kat track ni, tapi masa je tak sesuai, sebab dah lewat sangat. Sunset jam 6.30 pm cam tu..uhuhuhu

Bergambar je la di tengah jalan ni..buat syarat kata orang ish ish..

Alpine memorial..tak tau ada apa atas tu..tak larat nak panjat. Kat celah-celah pokok renek tu, ada la 2-3 ekor rabbit tengah main nyorok-nyorok!

Avalanche advisory

Matahari nak masuk tidor dah...mungkin lain kali saja ke track tu..sob sob sob..

Malam tu, kononnya nak tengok bintang di luar bilik, sebab kawasan Mt Cook ni antara the darkest skies di NZ, sangat sesuai untuk tengok bintang-bintang. Tapi HARAM ktorg buat, sebabnya sejuk nak mampus, nak pegi toilet pun kena pikir 40 kali dulu... So sambil-sambil berjalan berlari ke toilet, aku dongak je la ke langit untuk tengok bintang, memang banyak bintang! tak tipu punya, korang kene pegi dan tengok sendiri. Tapi disebabkan kesejukan di tahap melampau, memang hasrat melihat bintang di malam hari dibatalkan.. Kerja gile betul!!





27 comments:

fatt said...

sbnrnya klu ko stay kat tekapo tu...senang je ko bleh shoot gmbr shooting star, star trail...lawa..dan aku nak ckp ko rugi tak singgah lake pukaki...sbb sana pun cantik...ko tak singgah salmon farm kat2 situ ke? murah2 salmon kat sana. nmpknya byk ko tertinggal ni..mmg kene ripit. hehe

klu time hjg2 musim bunga nak ke summer, kat keliling lake tekapo tu byk gila bunga lavender...mmg cantik. ada tak masa ko pegi aritu? klu takde tu mebi ko sampai awal musim bunga

ko ada try celup tgn dalam air kat lake tu? sejuk lebih dr ais ketul..hehehe

sbnrnya kat mt cook tu mmg sunyi...mmg tak byk org kat situ..klu summer mmg ramai org buat trekking

BlueEwoke said...

Fatt: Lake Pukaki tu kitorg singgah esok harinye. Salmon farm aku tak singgah. Lavender ke lupins? Tak silap aku lupins, belum season lagi masa aku tu, sb early spring. Aku rase dlm bulan October-November baru ada kot. Celup tangan dlm air memang ada, sejuk gile hahaha.. Ripit? Haih..memang dah plan nk ripit pun. Yang ni baru amik-amik feel je nih..jommmmm!!

Biqque said...

nantikan kisahku di mt cook, lake tekapo dan lake pukaki! rasa nak penendang dgn kaki pun hado! hahahaha! bestnyer rasa salji skit2 tu kan!

weh beria nak tgk cherry blossom kat japan, kat nz bersepah! kahkahkah!

BlueEwoke said...

Biqque: Ha nanti update la kisah2 tu hehehe.. Lain orang lain cerita nya, baru meriah, kalau semua org buat benda sama, tak meriah la ye dakkkkkk??

Itu la..kite gegile nk kejar cherry blossom kat Jepang, sekali kat NZ bersepah..siut betul ler..

Biqque said...

yup...kena unique skit cara orang lain berjalan2 ni, baru bleh share experience :)

Iskandar said...

tak boleh tahan!...tengok gambar2 kat sini menguatkan azam nak repeat balik ke NZ within 2 tahun lagi...ari tu pegi tak puas rasanya...NZ memang bestttttttttttttt.....

Anonymous said...

cantiknya gambar2 diambil, hmmm.....tunggu gambar2 lain nih.TQ,TQ.

fatt, akak di sana hujung2 spring,InsyaAllah, siap tukar route lagi, gara-gara nak singgah lake tekapo dan mt cook.



zany

Cawan said...

Lake Tekapo ni mmng cantik gile!, dgn air tasik dr ais yg cair buat dia jadi color mcm ni.. phuhhhhss...

Sesampai je kt MtCook mmng seronok bermandi salji.. sejukkkk.. Holiday park ni mmng gelap, terceruk, sejuk, and diaorg siap pasang trap utk binatang buas!! klasik bile dining/tv room ade unggun api..

BlueEwoke said...

Iskandar: Hahahaha..ripit jgn tak ripit!! :) Kitorg pegi 11 hari pun rase tak puas gak ni..gile betui!

Zany: Time u pegi tu insya Allah leh jumpe banyak lupins kat Lake Tekapo. Mesti cun terbabas2 gambar nanti hahah..

Cawan: Mari2 kite pegi lagi..

Ely Hasrul said...

jap jap jap aku xabis baca tp aku nk komen dulu

1. aqilah comellll!!!

2. view mmg santek

3. ko SUMPAH KURUS!!!! fuhhhh hot sgt2 dahhh hahhahahahha

juanita aka tetikusrusak.net said...

ehh yer rr...
na kuruss nyer...makan apa ehh
:D

BlueEwoke said...

Skin: Hahahaah lawak la ko nih...

Eta: Kurus lepas balik India. Sebelum pegi India, ada try Herbalife, tapi tak jalan sgt, lepas balik India yang berat asyik turun jek..huhuhu

Ely Hasrul said...

korg tak pg tmpt lord of the rings ke? hihihi

sumpah cun! ntah2 kalu aku pg gambo xsantek mcm nih hahha.. seram gak Na kalu nk jln 30min pon rasa lama.. au pon dh tbyg tetiba werewolf kuar terkam hahaha

blum winter dh sejuk cam gitu, time kt melben dulu spring pon aku xtahan sbb windy gile tp bila dh 2minggu kt sana blk KL aku mandi xpakai heater sbb rasa air kt sini tak sejuk kahkahkahkah

3plepl8 said...

iklan: sape nk kurus pegila india barang seminggu...kalu time summer 10kilo pun bleh turun.

kan bagus kalu jln kt KL camtu...

BlueEwoke said...

Ely Hasrul: Ada pegi, tapi entry akan datang..heheh.. Gambo cun sebab pakai filter kt lens, naik color semua ha hehehe. 10 minit aku jalan pun dah rase seram jek.. Sama la aku p melben time spring, tak tahan jugak, sb melben sangat windy hahahah, aku mandi selang 2 hari dulu kat melben kuang kuang kuang

3plepl8: Ye betul..sila grab tiket ke India kalau nk kurus dengan kadar segera huhuhuhu..

bdk2 @ John said...

ya ALLAH...rindunyaaa aku kat NZ. tmbh2 tgk gmbr ko lagik ni. spring is the best season to visit. rindu aku kat lake tekapo tak puas......huhu. mlm2 penuh ngn bintang. gelap gelita langit tp penuh ngn bintang2.

cantikkk gilos gmbr ko nih!!!! nak pegi lagiiii!!!!

BlueEwoke said...

bdk2: Disebabkan semua yg dah penah jejak kaki ke NZ mengidam nak repeat balik, apa kata kite reramai beli tiket ke NZ huahuahua..leh gathering kt NZ..kelasssss gitu kuang kuang kuang...

Sapa setuju angkat tangan????? :))

Iskandar said...

memang setuju!!! hahahaha :)

Biqque said...

setuju! kita gerak asing2 patu janji kat pit stop, jumpa! patu cite apa yg kita buat before jumpa tu! perghhhhhhhhhh!

3plepl8 said...

apa dia? north island?

Cawan said...

kalo tak silap laluan dr Ashburton ke MtCook takde Salmon Farm.. Salmon Farm trletak laluan Twizel - Omarama.. ye dak? for Lake pukaki, mmng sepanjang laluan ke MtCook tu lake nye, ade je singgah :p it a next day story..

Cik Nur said...

sy suda tertawan ngn NZ sbb blog cawan ni..gambar2 semua sgt cantik..hopefully leh sampai sini nanti..Insya Allah..

sy nak tanya soklan yg langsung xde kaitan ngn travel..soklan luar alam sikit..takleh nak tahan..nak tanye gak..ekeke...sy sangat sukaaaaaa jaket merah cawan tuuuuu...kat mner nak beli tu eh..gulpp..TQ :)

BlueEwoke said...

Cik Nur: Memang buat saya tergelak. Cawan tu hubby saya la..hahaha, saya yg nama Blueewoke tu. Anyway, thanks dtg ke blog ni. Insya Allah satu hari nanti u pun leh sampai ke sini.

Mengenai soklan yang tiada kaitan dengan travel tu hahahah..kisahnya, jacket tu adik beli masa dia pegi US hari tu, harga dalam USD 30 jek, kat malaysia tak tau ada ke tak. Yg tu brand Forever21. Kalau rajin pegi la tgk2 kat mana-mana Forever 21 yg ada kat KL ni.. Hari tu ada ternampak jaket merah cam tu jugak, tp rasenye CK kot (dekat the Gardens MV), tak berani i nk tgk rege..

Cik Nur said...

ehhh...salah nama rupanya...sori blue..ehehe..

thanks for the info! bestnya leh rembat harga USD30 jek..kalau dh sampai kat KL mesti makin berkepok2 rege dlm dolarnya..*double gulp* :)

sy tak dok kat KL so tak baper tahu sgt tpt2 ni..after google nampak Forever 21 kat pavillion jer?..sure akan mensurvey kalau bkesempatan ke KL sbb suka sgt tgk u pakai jacket tu...nak fly g paris (1st time..uhuk2) tu yg menggedik nak beli jacket wpon peginya setahun lagi..aduh maluuu..hehe

erkk kalau CK kat Gardens MV sy tak brani lah nak dekat..:)

BlueEwoke said...

Cik Nur: Tu la, saya pun cari kat KL jaket2 yg mcm merah tu, tp tak jumpe la yg murah2, semua price range RM300-700+, memang pengsan.

Nak pegi Paris bulan bile? Saya pegi jugak, tapi May tahun depan huhuhuh

Cik Nur said...

Yes!Yes! sy pegi Sept..Insya Allah...autumn..so saya sempat lah berguru kat blog awak ni nanti..ekeke..tak sabo nak tunggu ur trip..:)
Planning nak cover Paris,Swiss dan London jer sbb time constraint (1 week only)..blue ade plan ke Swiss tak?

BlueEwoke said...

Cik Nur, kiteorg pegi 18hari, plan nak cover 3-4 countries, setakat ni baru plan nak ke Netherlands, Germany, Swiss and France. Tapi tak tau la kot2 ada perubahan, sebab cam rambang mata nk decide negara mana nih..semua negara saya tak study betul2 lagi..