Wednesday, September 28, 2011

South Island - New Zealand (Part 3)



~ Mt.Cook - Lake Pukaki ~

Yeay  sunrise.... suka betul kitorg bila tengok matahari naik pagi tu. Aku cuba memujuk Cawan untuk kembali semula ke Hooker Valley track, tapi malangnya, Cawan tetap berkeras kata tak payah buang masa, sebab semalam dah pegi, lagi pun nak ke sana semula dah ambil masa 20 minit, tambah lagi dengan berjalan kaki dan amik gambar itu ini, mau sejam lagi. So terpaksa la aku mememdamkan niat nak pegi ke situ. Lain kali la gamaknya yek..

Sebelum bergerak ke Lake Pukaki, jiran sebelah cabin kitorg tengah sibuk cek alat cuaca dia, so Cawan pun beramah mesra la dengan dia, sambil cakap kat dia, cuaca hari ni nampak cerah. Jiran sebelah ni dari semalam duk pegi hunting kat area ni. Lepas tu dia tengok balik kat Cawan, dan cakap "emmm nope..cloudy is coming..." sambil geleng-geleng kepala..emmm Cawan pun geleng la sekali hahaha


Nampak je macam panas pagi tu, tapi aku, terketar-ketar duk petik camera..sejuk mencengkam!

~ Lake Pukaki ~
On the way ke Lake Pukaki, kitorg dah mula nampak perubahan warna langit, dari biru ke putih! Oh apakan daya, memang diluar bidang kuasa kitorg lah nak adjust cuaca kan..terima je la seadannya.. Tapi nasib baik langit putih je, tak mendung macam nak hujan..

Lake Pukaki adalah lake terbesar di South Island ni. Air dari lake ni juga datangnya dari Tasman dan Hooker Glacier. Warna air nya sama macam air di Lake Tekapo. Cantik kan??

Bunga lupins yang belum menjadi lagi..kalau tak mesti lagi cun..


Banyak batu besar-besar kat lake ni, agak leceh nak berjalan dekat dengan lake tu, so aku amik gambar dari jauh sikit la..
Berhenti kejap kat i-site Lake Pukaki, tapi tutup la pulak.. Awal sangat ke kitorg sampai? huhuhu

Ha budak ni, baru bangun tidor..ish ish..tak senonoh!

~ Twizel - Omarama - Aviemore ~
Perjalanan kami diteruskan lagi ke Twizel, berhenti kejap untuk sessi amik gambar. Comel jek town ni, semua  mini-mini..suka betul aku tengok. Driving distance dari Lake Pukaki ke Twizel tu dekat je, dalam 30-40 minit saja.

Next Omarama.. tapi sebelum tiba ke town Omarama, kitorg terserempak dengan lake ni. Tak tau nama apa, sebab dia tepi jalan, dan kecik je. Yang buatkan aku suh Cawan stop sebab suka tengok pokok-pokok yang macam warna oren-kuning tu, ditambah lagi dengan warna turquoise air lake tu..haih..memang cun la jadinya kan..

Ha cantik kan??? Sukaaaaaa..napa la lake depan rumah aku tak de pokok dan air tasik warna turquoise nihh...
Lagi... tak boleh tahan tengok view macam nih.. Sampai la Cawan cakap "u dah sudah ke belum tu..jauh lagi nih..." ok terpaksa la move on...

Next attraction yang aku nak pegi adalah Clay Cliffs. Jauh jugak la melencong ke dalam dari main road. Dalam 10 KM.. tak de la jauh sangat kan?
Sebaik je sampai..ha korang tengok la signboard tu.. Kena bayar untuk entry..Hmm ok aku tak kisah, sebab dia charge ikut sebijik kereta = 5 dollar. So cari la kaunter nak bayar.. tapi haram tak de, keliling tu semua ladang kambing, lembu jek!! Bila baca yang bahagian bawah, dia kata kena bayar dekat Information Centre, terletak di Omarama Hot Tubs.. HARAMMM JADAH betul..napa aku tak tau pun pasal ni, dalam website tak de mention pun, lepas tu, jangan cakap Information Centre ke Hot Tubs ke, memang tak jumpe pun sepanjang jalan tadi!!!
Mungkin lembu-lembu ni tengah gelak kan kitorg sebab tak dapat masuk ke Clay Cliffs tu..hahaha

So kitorg pun patah balik ke jalan besar, dan sambung perjalanan.. Tak lama lepas tu, baru la jumpa signboard WELCOME TO OMARAMA! Besar punya.. dan tak lama lepas tu baru la nampak Information Centre diorg!! Cis! Cis! Cis! Kot ye pun letak la signboard awal-awal sebelum orang nak masuk ke Clay Cliffs tu, supaya orang tau nak bayar kat mana..cinabeng betul laaa!! Letak la dari 2 arah, satu dari arah Twizel, dan satu lagi dari arah Kurow. Barulah adil dan saksama namanya..


Disebabkan frust tak dapat tengok clay cliffs tu, kitorg teruskan lagi perjalanan, tapi sekali lagi terjumpa lake yang cantik. So aku paksa gak Cawan berhenti untuk amik gambar, tak kisah la rupanya lebih kurang ke hape ke, janji tempat tu cantik!

Ok berhenti kejap di Aviemore dam ni. Air dia warna turquoise jugak!

Lake Aviemore ni sebenarnya man-made lake. Merupakan project hydroelectik di Waitaki. Dan dekat lake ni ada empangan. Aviemore dam namanya, siap dibina pada 1968. Hmm punya la lawa kan, walaupun man-made!


Jalan depan lagi sikit, jumpa dengan Lake Waitaki. Merupakan the smallest dan oldest lake antara 3 man-made lake untuk hydroelectric project di Waitaki. Lake ni berdekatan dengan bandar Kurow.

Lake Waitaki...
Bangunan dekat town ni pun comel-comel belaka.. dah la warna striking macam ni..kelas!!!

~ Kurow - Duntroon - Ngapara Pass ~

Tiba di Kurow, terletak 55KM dari Oamaru. Ok takde la jauh sangat kan..lega dah hampir separuh jalan.

Tak pasti shop ni memang real punya shop atau for display je hehe. Tapi memang unik la..

Bandar berikutnya, Duntroon. Merupakan Vanished World Heritage CentreAntara attraction di sini ialah Maori Rock Drawings. Vanished World Heritage Centre ni memang ditubuhkan khas untuk showcase geology di Waitaki dan juga preserve fossil-fossil yang dijumpai di sekitar Waitaki, antaranya dua species penguin. 

Emmm banyak trail nye ni..yang mana satu nak? Pilih-pilih..

Unik kan?


Ini pula bandar Duntroon. Comel jugak kan?


Perjalanan diteruskan lagi. Misi berikutnya Elephant Rocks. Sebab apa aku nak ke sini? Elephant Rocks ni merupakan filming location untuk Narnia, atau lebih specific lagi, lokasi untuk camp Aslan (singa tu) masa diorg berkumpul beramai-ramai before nak pergi berperang dengan witch jahat tu. 

Masa driving nak menuju ke Elephant Rocks ni, satu signboard pun takde (aku tak nampak sebenarnya), so terpaksa la patah balik ke town centre Duntroon tu balik (nasib dekat je dalam 6-7 KM), dan berhenti dekat Fossil Geology Information Center tu, dah bertanyakan lokasi sebenar (dalam GPS pun tak de tempat nih!!!). Rupa-rupanya aku dah lalu tadi, tapi signboard dia cinonet je!

So kami teruskan ke Elephant Rocks melalui Ngapara Pass, jalan ni boleh juga sampai ke Oamaru. Sebenarnya ni route alternative dari State Highway 83 nak ke Oamaru. 
Hmm sampai jugak akhirnya..hehehe


Batu-batu di Elephant Rocks ni dah wujud berjuta-juta tahun dahulu, iaitu dari zaman Oligocene Epoch, dianggarkan 20-25 juta tahun dahulu (cewah cam hebat je aku tulis bahasa-bahasa geology ni hahahah, padahal aku petik dari http://vanishedworld.co.nz/elephant.htm). Rupa bentuk batu yang pelik ni adalah remainder dari Otekaiki Limestone.


Angin dan air telah bekerja sama membentuk batu-batu ni jadi sebegini rupa! 

Macam kura-kura pun ada nih..cer korang tengok betui-betui!

~ Oamaru - Moeraki Boulders ~

Dari Elephant Rocks nak ke Oamaru lebih kurang 30 minit driving jek. Sebaik je tiba di Oamaru, terus cari toilet untuk melepaskan apa-apa hajat yang terpendam dari tadi. Sambil-sambil jalan tu, ada gak tengok-tengok sekeliling, kot-kot jumpa Biqque ke kan hahaha.. tapi bayangpun tak nampak, mungkin diorg dah sampai Dunedin kot. Waktu masa tu lebih kurang jam 4.30 petang..

Menarik betul town Oamaru ni, macam-macam jenis display ada. Kitorg cuma ronda-ronda kejap je, amik-amik gambar sikit sebab nak kejar ke Moeraki Boulders yang terletak lebih kurang 40KM dari Oamaru.

Hmm langit masih memutih jek..takde chance nak dapat langit biru, kecuali pagi tadi..memang betul la alat cuaca jiran sebelah cabin kitorg tadi tuh huhuhu


Sudah sampai ke Moeraki Boulders. Actually ada 2 entrance nak ke sini, satu ikut kedai souvenir, paling dekat denga boulders tu, satu lagi entrance umum yang terletak agak jauh dari boulders. Kitorg pilih ikut souvenir shop tu, sebab nak cari fridge magnet dan poskad. So dapat la guna entrace tu for free, kalau tak kena bayar (tak ingat la berapa kena bayar, tak pun sumbangan iklas kan Biqque??)


Eh eh dua beranak nih..sibuk je nak bergambar..

Time aku nak bergambar, tetiba je ombak besar datang, haih nasib la sempat panjat..

Batu ni macam ada garisan-garisan yang macam tunggu masa nak crack je kan? Agak-agaknya berapa tahun la lagi nak crack tu..



Ha banyak kan boulders nih. Semua besar gedabak. Mengikut kata wiki, boulders ni saiznya antara 0.5 hingga 1 meter. Dan semestinya boulders ni dah wujud berjuta tahun dahulu jugak, sebab bukan senang nak dapat shape macam ni sekelip mata kan..

Penat betul mengeraskan diri untuk hold camera tak mo kasi goyang, semata-mata nak buat gambar long exposure, (nak tiru gambar pro le kata kan!!) hahaha, entah attemp berapa kali baru jadi. Cawan pun dah naik atas tingalkan aku sengsorang kat sini. 

~ Dunedin ~

Hari dah makin senja, on the way menuju ke Dunedin. Malam ni kononnya nak tidor di campsite.. Jadi sebelum tu, siap-siap tapau makanan kat restoran turki, ada sijil halal, lepas tu pegi solat di masjid Al-Huda.

Sebelum check in di holiday park, sempat pegi ke Dunedin railway station, saja nak tengok view di malam hari.

On the way ke holiday park, aku dah berbincang dengan Cawan pasal suhu yang sejuk tak hingat malam tu, larat ke nak camping dalam kereta. Rasa macam nak upgrade je. Sebaik je tiba di holiday park, reception tu bagitau, kawan kitorg dah check in dan diorg cari aku. Sapa lagi kalau bukan Biqque kan? hahaha..rupa-rupanya diorg pun dah upgrade ke cabin, so aku pun mintak la cabin sebelah diorg, nasib baik available. Jumpe je diorg terus sembang macam 4 tahun setengah tak jumpe..drama betul hahahaha..

Tak sabar nak berjalan sama diorg esok...confirm terkinja-kinja keseronokan kuang kuang kuang..



11 comments:

Biqque said...

gile banyak tempat korang pegi! bestnyer batu gajah tu! cantik ek? kitorang kat oamaru pagi, so langit agak biru disitu :D lake diorang sume cam ijo2 cair kan? macam ada raksaksa je hahaha!

kat moeraki, ha gi baca blog i hahaha!
http://biqque.blogspot.com/2011/09/dunedin-to-te-anau.html

cepat buat dunedin! i delay satu hari just for u (kes malas nak taip lagi...)

BlueEwoke said...

Sebenarnya kalau ikutkan itinerary I ada beberapa tempat je nk singgah, tapi bila lalu sana, jumpa plak macam2 yang tak penah jumpe dlm WWW, singgah je la. Lake diorg ijau2 tu yg tak tahan, misteri dan cantik..

Dunedin coming up, gambar dah cari, nak resize dulu..petang sikit i kasi up hahaha..

3plepl8 said...

walaweh...gigih....aisey, ktorg xlalu route omarama-oamaru tu...nx time.
oooo itu ke lupins....aku igt bunga lalang NZ haha....

BlueEwoke said...

3plepl8: Macam biasa, mesti ada lain kali punya hahaha.. kite bedal SA la plak..

shah_rule said...

wah cntik la batu2 gajah tuh..
oamaru mmg cantik town die~ bnyak rupenye tmpat leh pergi berdekatan situ rupenye...
next visit mmg nak singgah.thanks 4 sharing that~

BlueEwoke said...

Shah_Rule: Hehehe..pegi pegi! :))

anne said...

the pics mmg awesome. i tak bleh tahan to put comment here, huhu.
[all this while i cuma curik2 baca je, hehe.. nice blog, btw!]

BlueEwoke said...

Anne: Terima kasih Anne, rezeki dapat gambar ok , kadang2 tak ok jugak.. Jemput la datang lagi lain kali yek..huhuhu

bdk2 @ John said...

gerammmnye aku sbb bykk tempat aku tak pi lagi!!! owhhhhhhh....damn miss NZ soo much. spring mmg cantikkkk laaahhh!!! cayalah weyyy gmbr2 ko mantop abes daa..

batu gajah tu mmg superbbb!!! tp kan, spring pn still sejukkk...sama mcm winter aritu je.

BlueEwoke said...

John: Ala aku pun byk jugak tempat yg termiss..nanti aku story kat entry lain. Emm spring mcm cun, tapi aku pegi early spring, byk bunga tak bangun tidor lagi. Batu gajah tu memang superb la..nanti leh la ko ke situ len kali..

Biqque said...

takpe john, mmg kena ripit gayanya...dalam dok cover, kitorang pun ada yg tak cover jugak...TAPI MMG CUN DAN SEJUK LA! GILOS!