Tuesday, October 4, 2011

South Island - New Zealand (Part 6)

~ Milford Sound - Te Anau - Kingston - Queenstown ~


Hari ni check out dari Milford Sound Lodge, macam rumah kampung kan lodge nih? tapi bersih . Belakang lodge ni, boleh nampak Milford Sound, dan ada sungai kecik.

Perjalanan hari ni merupakan yang terjauh sekali, dijangkakan akan tiba di Queenstown lebih kurang jam 1 tengah hari. Kami bertolak dari Milford lebih kurang jam 8.30 pagi. 

Jumpa tempat stop untuk salji. Tak mahu lepaskan peluang untuk bergambar hehehe.

Ish..tak tau pose apa sebenarnya yang cuba aku lakukan time ni, tapi yang pastinya, aku tengah cover mata aku dari silauan matahari yang menyuluh ke muka ni. Lupa pulak nak pakai sunglasses time nih..eh eh...

Salji putih melepak..suci je aku tengok..tapi dah penuh dengan tapak kaki anjing aku tengok kat situ huhuhu..

 Berhenti kejap di Hollyford Valley lookout..tengok la warna air dalam sungai tu, jernih je, dengan pantulan langit membiru..haih cam nak terjun jek mandi manda..

Sedang menuju ke arah Queenstown melalui Te Anau Milford Highway. Jalan ni memang takde option, tak kisah la korang nak cepat mana, tapi kena lalu jugak Te Anau, memang tak boleh mengelat. Dah kira macam pusing balik, takde short cut separuh jalan ke apa ke. Sebab tu aku kata route hari ni agak jauh sikit. Lebih kurang 4 jam driving la. (4 jam tak masuk berhenti amik-amik gambar, kalau ada, sendiri mau ingat la, mau jadi 5 jam kot, hehehe..)

Ha ni yang mahal ni hahahaha.. Time ni sebenarnya aku terlelap sekejap, maklum la duk belakang, tengok pulak Aqilah berkroh-kroh, tau-tau aku pun kroh sekali, tapi tak sempat aku bermimpi, tiba-tiba je aku dengar suara Cawan cakap "u kambing! KAMBING! KAMBING!..cepat laaaaaaaa" ...aku terus terpinga-pinga, apa tah yang kambingnya, ingatkan dia panggil aku kambing! memang nak kena la kan, rupa-rupanya sekumpulan kambing tengah melintas jalan nak masuk kandang...haih...kelam kabut la bukak camera dan amik gambar ni.. Cawan kata dia pun tak sangka nak jumpa kambing-kambing ni, sebab masa tu dia dari selekoh, tau-tau je ada kambing, so bawak la slow-slow dan berhenti kejap.. 

Hijau, sejuk mata memandang...

~ Te Anau ~

Sekali lagi kitorg singgah di Te Anau, saja nak tengok-tengok apa patut, sambil-sambil tu refill minyak. Cawan pulak time ni baru nak cek minyak hitam dengan air dalam keta selepas dia nampak ada signboard suruh cek condition kereta..haihhh bertuahkan si Cawan tu, dah beribu KM baru nak cek!! Dah la cek kat tepi highway tu, sampai polis peronda pun berhenti tanya perlukan bantuan ke apa, agaknya dia ingat kereta rosak kot hahaha..

Berhenti jap di pekan Te Anau untuk beli souvenir, hantar poskad dan belanja diri sendiri ice cream.. Dan pokok cherry ni tak pernah berhenti dari buat aku teruja setiap kali pandang dia!

Antara view menarik dari Te Anau menuju Queenstown.. 

~ Kingston & Devil's Staircase Lookout ~

Toilet break sekejap di Kingston. Tak pegi pun town dia, sebab rasa macam dah lewat nak tiba di Queenstown.

Aku tak sure pokok apa yang putih kat belakang tu, tapi memang menarik sangat la rupanya.,lokasi gambar ni dekat sebelah public toilet Kingston huhuhu

Selepas beberapa minit meneruskan perjalanan dari toilet tu tadi, kitorg pun dah mula nampak bayang Lake Wakatipu..Dari jauh dah nampak airnya yang biru kehijauan tu..So kitorg pun berhenti la kejap di Devil's Staircase lookout tu. Masya Allah, cantiknya.. 

 Lake Wakatipu, view dari Devil's staircase lookout.. lihat warna air tasik tu!!!!!!!

Jalan menuju ke arah Queenstown yang terletak lebih kurang 35 KM dari Devil's Staircase ni..

Mungkinkah ini yang dimaksudkan Devil's staircase? Pastu tuju ke mana? lake tu ke? hahaha


~ Million Dollar Cruise @ Lake Wakatipu ~

Lepas bergambar terus zasss ke Queenstown, waktu tu dah jam 1 PM. Haih..serius dah lewat ni. Kena ada dekat jetty 15 minit before departure. Ni kalau salah percaturan nih, confirm burn tiket cruise ni..adeh..

Aku cam biasa, kejanya tengok jam jeeee, encik Driver (Cawan) macam biasa jugak, buat dek je..macam takde apa-apa berlaku! Bila aku suruh cepat sikit, dia jawab, dia bawak ikut kelajuan yang ditetapkan, tak boleh nak laju lagi dah..heeee keras jugak la duk dalam keta menahas nafas sebab takut lewat sampai..

Sebaik je nampak rupa cam bandar, aku dah mula bernafas semula. Lepas tu dah nampak signboard Frankton, dan tak lama lepas tu, dah mula nampak signboard menuju ke city centre. Huhhh lega. On GPS, dengan harapan, jumpa la Queenstown Bay, so senang la kitorg nak menuju ke jetty Million Dollar Cruise tu..hummmmmmmmmm..harammmmmm..GPS tak dapat detect la pulak..sumpah aku rasa nak campak je GPS tu ke Lake Wakatipu tu.. Penyudahnya, aku turun dari kereta, masuk dalam restoran tu, dan bertanyakan arah ke jetty Million Dollar Cruise tu..katanya, kalau aku jalan kaki dari restoran dia, adalah dalam 5 minit je!! Dangggg, rupanya kat belakang kedai dia je... Lepas berterima kasih, tanpa membuang masa, terus masuk kereta, dan suruh Cawan cari parking. Last-last parked dekat Bumbles Backpackers jugak, kebetulan dekat je dengan jetty tu. Lepas tu berlari jalan laju-laju macam tak cukup tanah..haihhhh..

Dah tunjuk print out tiket, dan collect boarding pass, so kitorg pun masuk la dalam boat/kapal tu. Mesti korang tertanya-tanya, cruise apa yang aku naik ni kan? Sebenarnya Million Dollar Cruise ni, cruise biasa-biasa je, yang TAK BIASANYA, adalah pemandangan dari Lake Wakatipu yang LUAR BIASA! Semua orang ambil gambar dari shore Lake Wakatipu, so aku dan Biqque Sharul, adalah buat research sikit pasal Million Dollar Cruise ni, dan mostly TripAdvisor review kata berbaloi, dan sangat best! Ditambah pula dengan harga tiket yang murah, cuma NZD 15 je, so kitorg pun rembat la dari Bookme.com. Harga biasa NZD 25. Dan tadaaaaaaaaaaaaa..korang tengok la hasil gambar-gambar dari Lake Wakatipu yang cun ni...

TSS Earnslaw Lake Wakatipu Cruise. Yang ni terus bawak penumpangnya ke Walter Peak Sheep Station. Cruise yang ni mahal sikit, siap ada bbq. Tapi route dia tak sama macam route Million Dollar Cruise nih huhuhu.

Million Dollar Cruise bermula dari Queenstown bay, melalui Queenstown Garden, di sebelah kirinya, dan diteruskan sehingga ke Frankton Arms, Willow Islands dan sipi-sipi lagi nak sampai ke Kawarau river hehehe..Dan Captain kami bernama Wayne, dialah owner Million Dollar Cruise! Sangat informative, dan kelakar. Setiap ceruk yang kami lalui masa dalam cruise tu, pasti ada ceritanya sendiri.

Million Dollar Cruise baru bergerak keluar dari jetty..  Queenstown dikenali sebagai Adventure capital of The World! Bungy jumping, sky diving, canyoning, skiing, snowboarding, jetboating, rafting, ha cakap je la apa-apa yang extreme, semuaaa adaaaa.. $$ je make sure kena ada ok?? hehehe

Captain boat ni penyokong team England agaknya, penuh dengan bendera England, nasib takde yang panas hati hehehe

Picturesque!! Aku rela tak keluar negara, kalau depan/belakang rumah aku ada view macam nih..bleh? hehehe

The Remarkables yang gah..cantik oo view dari boat ni..tak tipu punya..memang spectacular lah!! Aku memang recommend cruise ni pada sesiapa yang nak ke Queenstown, memang tak rugi satu sen pun, murah pun murah!!!

Berehat kejap, dah tak larat nak ambil gambar..tak berhenti-henti dari tadi, so sekarang layan view pulak..


Nak tau sebab apa nama cruise ni dipanggil Million Dollar? Mengikut kata captain cruise ni, sebabnya rumah-rumah yang mengeliling Lake Wakatipu ni, semuanya bermillion-million dollar! Dan harga tanah di kawasan ni memang mahal-mahal. Itulah sebabnya! Bersesuaian la namanya Million Dollar Cruise ni, sebab view nya pun memang mengancam! Dan rumah-rumah yang menghadap Lake Wakatipu ni, sebenarnya, adalah  bahagian toilet rumah diorg! Hebat kan, toilet menghadap Lake Wakatipu, depan rumah ada Remarkables!! Wallah...memang macam syurga!! (syurga dunia la tapi)


Semua orang ada boat dan jetty sendiri huhuhuh..jelesnye teman..

Rumah dan resort mengelilingi Lake Wakatipu. Walaupun banyak rumah dan resort, tapi kebersihan tetap tip top!!

Abandoned ship. Eh tak la..ni boat for sale! Owner boat ni ialah seorang raja. Beliau agak kecewa dengan reka bentuk pintu boat yang kecik, sebab dia susah nak masuk, last-last tingal cam tu je. Tapi tak mentioned plak raja dari negara mana hehehe..

Cantik tak? cantik tak?? The Remarkables & Lake Wakatipu..what a combination weh!!! 

Membelakangkan The Remarkables. Captain boat ni memang memahami betul orangnya, dia berhentikan kejap boat ni, sambil kasi peluang pada passengers untuk ambil gambar berlatarbelakangkan The Remarkables.. So lepas sorang-sorang la amik turn bergambar, kecuali aku..memang low profile, nanti kang, sama pulak gambar macam semua orang kan..hehehe


Ha tengok la air di Lake Wakatipu ni. Memang crystal clear, macam air kat Bora-bora gitu. Dekat Lake Wakatipu ni ada 12 pulau kecik, dan yang ni adalah salah satu daripadanya. Dan air di Lake Wakatipu ni adalah air yang ke dua paling purest di dunia selepas air di Antartika. (walahualam, ni kata Captain boat tu la, bukan aku kata, aku tulis balik je). Dalam lake ni ada ikan trout jugak, tapi time aku ari tu tak nampak la pulak kan..Itik-itik banyak la berenang hehehe. Hmm kata captain tu, itik-itik yang ada di Lake Wakatipu ni, asalnya dari Australia. Diorg ni kena rescue, masa Australia kena banjir dulu (tak tahu tahun bila), so sekarang, itik ni dah jadi permanent la kat NZ, mungkin dah dapat PR jugak agak nya hehehe.



Queenstown wujud, bukan kerana sebab-sebab lain, pertanian pun tidak, agri-culture pun bukan, perikanan pun nehiiii, apatah lagi industrial, hanya tourism semata-mata! Quenstown adalah resort empat musim yang paling premier di Hemisfera Selatan!

Mungkinkah railway ini pernah digunakan untuk membawa gold suatu masa dulu? hehehe..comelkan? kalau aku wujud sejak kecil disini, confirm aku main keretapi terjun ke tasik!! hahaha

Mengikut kata Wayne (captain boat tu) pernah wujud aktiviti gold mining satu ketika dulu, tapi akhirnya terbengkalai, empangan yang dibina oleh penduduk tempatan untuk tujuan gold mining, akhirnya menjadi musibah besar kepada diorg, sebab empangan tu tak mampu nak tampung air ketika hujan, dan menyebabkan Queenstown boleh kena banjir, so nak tak nak, diorang terpaksa lepaskan air di empangan tu demi mengelakkan banjir berlaku, dan emas-emas yang ada habis dihanyutkan. Dan sejak tu, aktiviti gold mining dihentikan, sehingga la sekarang.

Dan population di Queenstown sangat la sedikit berbanding dengan jumlah tourist yang datang ke sini. Resort city la katakan..

Hmm kali ni Cawan tak salah ambil nama boat lagi macam semalam huhuhu.. Million Dollar Cruise, memang berbaloi-baloi..

Cruise kami berakhir 1 jam setengah kemudian.. hmm puas hati..tapi rasa macam nak naik lagi!! Sekali lagi aku nak cakap, cruise ni memang berbaloi sangat nak buat. Recommended by Chawanna..cewahhhh

On the way balik dari Million Dollar Cruise di Queenstown bay menuju ke Bumbles Backpackers, walking distance dalam 10 minit je. Syok betul jalan ambil angin petang-petang dalam cuaca macam ni. Alangkah indahnya....


Dah tiba di Bumbles Backpackers. Ok sila ambil perhatian untuk family yang ada anak! Actually hostel ni tak terima baby tau (less than 2 years), aku pun entah macam mana boleh booking private double room di Bumbles ni, confident jek!!! Sekali sampai sana dia kata tak accept baby, tapi disebabkan kecomelan Aqilah yang mata bulat terkebil-kebil, dia kata takpe, no extra charge! Dia tak terima sebab takut orang lain buat bising, takut baby tak boleh tidor or vice versa. Nasib la Aqilah ni memang tak banyak ragam 2 malam kami di situ. Bila balik KL, aku cek balik email aku, rupa-rupanya tu hostel lain daa..bukan Bumbles Backpackers nih!!! (maklum la banyak sangat email mintak quote sana sini hehe, sampai lupa yang mana satu) cisss..tak penah lagi tersilap percaturan bab2 booking accomodation ni..hampeh kepada diri sendiri! (sambil menepuk dahi)

Dah selesai urusan check in, kitorg terus simpan beg segala, dah buat apa patut, sebelum meneruskan aktiviti bershopping. Sebelum keluar dari hostel tu, kami turun kat reception, dan bertanya dulu souvenir shops kat mana, dia pun explain dan kasi peta Queenstown, dan bulatkan semua kedai-kedai souvenir yang ada. Maka berjalan kaki la kitorg tiga beranak menuju ke city center yang terletak lebih kurang 10 minit berjalan.. best betul kan distance dekat-dekat macam ni..hehehe


Ha pilih-pilih nak yang mana. Memang banyak sangat souvenir shops kat sini. Magnets, tshirt, cap, keychain, semua jenis la ada. Harga pun ok la. Tapi setiap kedai memang berbeza sikit la harganya. Ada yang buat promotion beli 5 magnet dapat 1 percuma, dan etc etc. Antara banyak-banyak kedai yang aku dah pegi sebelum ni, dekat Queenstown la paling murah dan banyak pilihan. Korang akan rasa macam nak beli je semua magnet tu. Dan aku jumpa tshirt NZD 10 for 2!! Best kan?? So aku rembat yang tu untuk kasi souvenir kat family hehehe..


Dan kedai yang paling banyak aku perabis duit adalah di DF Souvenir (Tq to Bdk2@John, sebab tau dari blog dia nih!). Memang betul kata ko, kedai ni paling murah antara semua kedai hehehe. Aku tak ingat exact location DF Souvenir ni, tapi memang berdekatan dengan The Mall tu la, kalau tanya-tanya kat orang kat situ, confirm diorg tau, so rajin-rajin la bertanya ok.

Kalau ikutkan aku, sebelum shopping tadi nak makan dulu, tapi Cawan paksa gak suruh shopping dulu, sebab dia malas nak shopping esok harinya, so hari ni kena settlekan semua, makan kendian. Jadi lepas selesai shopping, baru la kitorg makan, di Turkish Kebab, terletak dalam O'Connells Shopping Centre (dekat jugak dengan The Mall) Turkish Kebab ni aku search dekat google, memang ada certified Halal. Aku tibai Lamb Kebab, dapat sekali dengan nasi. Harga 13-14 dollar sepinggan. Portion dia agak banyak, tapi sebabkan lapar tahap gaban, kitorg amik satu sorang hehehe..

Menarik tak nampak kebab tu??? emm lapar la pulakkkk..Senang je nak cari O'connells nih, pusing-pusing dalam town dia mesti jumpa, kalau tak jumpa-jumpa jugak, tanya la local, confirm korang leh sampai..

Lepas makan, sambung balik shopping. Dekat Queenstown ni, kedai-kedai souvenirs kebanyakkannya tutup lewat, dalam pukul 9.30 -10 malam macam tu baru tutup. So sapa-sapa yang berhajat nak shopping malam-malam sikit boleh la..

Dah dapat semua barang yang dikehendaki, kitorg pun balik ke hostel. Malam tu yang paling sejuk antara malam-malam sebelum ni, suhu cecah -1 celcius, terketar-ketar mandi (dengan air panas ler), sebab hari ni belum mandi lagi hehehehe.. Lepas tu tarik selimut, on lappy, layan tengok gambar sampai tertidor..huuhuhu.. 




16 comments:

Biqque said...

telepati lagi! i pun cite pasal rumah kat remarkables tu! hahaha!

captain kita sama, kitorang panggil mike :D weh steam boat tu jalan ke??? i ingatkan dia restoren tepi lake jerrrrrrrrrr hahaha! (kes ignorance)

i shopping sakan kat mary's sheep. berbakul2 ko!

bab nampak kambeng tu, AWESOME! kitorang nampak lembu jer nak lintas secara berkumpulan :D

kat salji tu, i baring2 berenang2 macam orang gile ok! buduh tul hahahaha!

Unknown said...

Biq: Standard la kite memang telepati dari dulu lagi.. I rase pun captain sama, steam bot tu memang jalan daaaaa heheheh.. I ada gak bershopping di Mary' sheep tu, magnet yg pertama dibeli disitu heheheh..

Kambing tu memang tidak disangka langsung!

Ako Retna said...

shoping mmg berbaloi ek kat area sini?
so kira klu nk soping tempat lain, better borong kat sini terus, camtu ker?

kemang~ said...

wah... lawa gila.....

btw, rasenye fatt ade tinggal kenangan kat bumble backpackers tu... rase nye die tulis name blog die kot? ade jumpa x??


huhu, takpela, tade rejeki lg nak gi sane.. nak abehkan south east asia dulu... huhu

Unknown said...

Ako: Ye memang berbaloi. DF souvenir tu ada gak kt Christchurch tp tutup, sebab quake ari tu, so shop je la bebanyak kt Queenstown, mcm2 fridge magnet dan mcm2 souvenir ada kat queens tu.

Kemang: Jgn risau, insya Allah satu hari ko mesti sampai sini punya. Amin.. Ha tu la..ari tu masa kat kitchen bumbles tu, ada ternampak nama fatt kat situ..tak tau la plak dia memang duk kat situ sblum nih..hehehe

Biqque said...

kat tempat lain if u rasa nak beli, beli jer terus ako, kang nyesal if takdak kat tempat lain...but dlm sume tempat, queenstown la yg bleh beli banyak2 sbb chc dah tutup town nyer...

Ako Retna said...

wookeeii....
take note!

hehehe TQ ..
yg part FM mmg wajib beli tu hehe yg lelain tu blhe consider nak beli or tak je la :p

just.HY said...

bencilaaa aku kat ofis aku nih. blog ko aku takleh komen. dh 2kali aku type, sume hilang!!! arghhhh.....

JELES JELES JELES! lawaaanyaaaaa langit! i love spring more than winter. mmg kene ripit lagi kalo pi spring. btw, sepanjang jalan menuju ke Qtown tu, i tak nmpk tasik time pegi cz dh malam. so sadd....tp mmg cntikkk!!!!

cruise 1 juta tu cambest je...aku tak nmpk lak iklan psl cruise. kalo tau, confirm2 aku join jugakkk! kejap aku, kejap i. camne ni? hahaha

DF souvenirs mmg terbaekkk kan? hahaha. byk ke ko borong?

Unknown said...

Ako: hehehehe ha tulih! tulih! betui jgk kata biq tu, jgn tunggu2, mana yg ko jumpe, rembat je terus..dont think twice!! cewahh

bdk2: Hahaah apasal tah tak leh comment plak..aku pn tak tau nk adjust cam mana. Cruise tu aku ambik dari bookme.com la..aku rase time ko ari tu takde kot, tak pun ko yg tak pasan..

Hahahah..gune aku/ko je la senang..

DF Souvenirs tu memang best la, aku byk borong magnet & tshirt utk kasi org, dan diri sendiri. Ish ish..rambang mata, jenuh angkut bakul keliling kedai huhuuhu

3plepl8 said...

mmg tak rugi la cruise tu...walaupun terik dok atas deck tu tp view sungguh cuns...

Biqque said...

mmg tak rugi :D tak sangka sungguh sana terik sbb tak terasa lgsg! blk mesia baru sume orang kata muka aku tanned hahahaha!

Unknown said...

Tu la, sejuk tu sengaja mengaburi kita, padahalnya kulit terbakor hahahaha

just.HY said...

owhhh pasal kulit tanned tu. aku balik dr perth sama. matahari terikk je...tp sejuk. tu yg tak terasa bahang. tp balikk msia, gelap gulita daaaa....hahaha

Ely Hasrul said...

huhuhu kambing tu menuju kt korg kan? haha comel aje satu group.. gambo sungai kt hollyford tu buat aku tingat kt cite twilight.. hehe

mmg santek lake wakatipu nih.. kalu xsejuk ade org mandi dak? sume gambo buat cam geram aje nk terjunn

Lily Riani said...

komentar pertama : gambo tgk mentari tuh classic giler... ala ala model gitus.

komentar kedua : i didnt take the cruise... tak da masa tuh, mana dia nyorok ntah. nih yg lain air naik naik dan naik kan... i kat bucharest dok review blog korang with wahidah nih. we all gi stea, engine instead and dengar tour guide bercerita history tempat nih.

Unknown said...

bdk2@john: hehe..tu la lain kali kite kena pakai sunblock byk2 sikit..

Ely Hasrul: Ha a menuju ke arah kitorg, pintu kadang dekat je dengan keta. Haih..aku pn hampir2 nk terjun, tapi nyaris tak hahaha

Lily: Hahahah kelako la gambar tu.. Cruise million dollar tu paling ujung skali, steamboat tu kat ujung satu lagi kan dkt realjourneys punya ofis, yg ni ujung satu lagi. Hmm yg cruise ni pn captain boat tu byk bercerita mcm2 dari citer2 zaman moden ke history. heheh..i pun lupa dah dia story apa..zzz.. Syok nya, u kat sana, i tunggu u update blog/fb lagi hehehe