Thursday, October 20, 2011

Colors

Hari ni aku buat post mortem untuk gambar-gambar dekat Canon yang aku amik masa kat NZ hari tu. Sebab apa? sebab aku tengok gambar aku amik tak semengah gambar yang Cawan amik hehehe. Tapi aku nak compare dari segi warna je la. Sebab bab-bab creativity ni, agak subjective, memang susah nak compare antara satu sama lain. Interest orang kan berbeza!

So semalam kebetulan pulak tetiba je si Biqque, bertubi-tubi tanya aku macam-macam pasal gambar NZ, walaupun aku sendiri pun tak tau nak jawab, so aku jawab je la mana yang tau. Tapi sebabkan aku tak puas hati gak dengan jawapan sendiri. So aku buat la research yang tidak seberapa ni, dan baru ni dapat jawapannya hehehe.

Kenapa warna gambar dari Canon aku amik tak sama dengan Nikon? Itulah persoalan utama disini. Lepas mencari jawapan, conclusion yang aku boleh buat pasal color dekat camera2 nih, ialah, setiap camera colornya MEMANG BERBEZA, tak kisah la camera cap ayam atau pun cap glamour2 tu. Sesetengah camera, warna lebih cool, dan ada sesetengah warna lebih warm. 

TAPIIIIIIIIIIIIIIIIII...

Color-color tu semua boleh di'adjust' mengikut kehendak kita (baru kini ku tahu, padahal Cawan dah suruh dari kat NZ lagi, tapi aku buat dek je, sebab kat LCD screen nampak ok je semua hahaha). Perhatian, sila jangan hempuk dan baling camera anda, camera tak salah, orang yang guna camera yang salah  (aku le tu ngeh ngeh ngeh)


Nikon Picture Control
Kita mulakan experimentasi dengan Nikon dulu, sebab camera ni yang ada kat rumah hehe.. Aku test setiap picture control yang ada dalam Nikon tu, STANDARD, NEUTRAL, VIVID, MONOCHROME, PORTRAIT, dan LANDSCAPE.

Nikon Picture Control ni ada 6 jenis, aku cut & paste dari website Nikon yek..
1. Standard - Gives you standard, balanced images with no inconsistencies in the strength of the subject’s sharpening, contrast, brightness, saturation and coloration.
2. Neutral - Delivers images that are closest to the actual original scene. To reproduce the subject’s unique 
colors and gradations with maximum authenticity, avoid extreme enhancements.
3. Vivid - For distinct, colorful, fresh-looking images with just the right emphasis on your subject’s contrast and sharpening. Compared with Standard, Vivid bestows a more glamorous overall impression. It’s ideal for situations where you wish to emphasize primary colors, such as colorful fashions, city streets, fresh fruits and floral arrangements.
4. Monochrome - Gives you monochromatic shadings, such as black-and-white or sepia.
5. Portrait - Imparts more natural appearing skin. Skin tones are more lifelike, projecting a real sense of depth  as if shot with professional-quality film for a clear, authentic finish.
6. Landscape - Produces a more profound intensity than Standard. Compared with Vivid, Landscape 
creates more soothing, relaxed colors, effective for nature scenes. Rich gradations with an eye-catching appeal enhance the vibrancy and liveliness of landscapes, nature and even city street scenes.


Dan barulah aku tau kenapa rupa-rupanya gambar dari Nikon aku berbeza dengan Canon, mungkin sebab Cawan guna color setting Vivid, ataupun Landscape, so aku pun tanya la pada Cawan, setting color mana yang dia guna sepanjang di NZ tu!!! Dan jawapannyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ialah LANDSCAPE. Tak sempat aku nak tanya soalan sebab apa dia pilih setting tu, dia terus menyambung lagi "..i gune Landscape, sebab kita nak amik gambar scenery, baru la color cantik, apa guna ada setting color tu tapi tak guna, I dah suruh u cek kat Canon tu, u yang buat tak tau je..jangan la nak pot pet kat i plak...blah blah blah blah..." terus membebel berterusan macam tiada penghujung.... ishhhhhhhhh

Dan ternyata setiap setting tu, memang berbeza warnanya. Boleh korang nampak tak perbezaan tu? Focus point aku dalam 4 gambar ni adalah pokok lavender yang beratur memanjang warna purple tu. So korang sila focus kat situ yek..

Aku suka warna warni, so aku akan pilih vivid atau landscape..korang suka yang mana? tapi lepas ni kena tengok situasi la gambar apa nak amik, baru leh pilih picture control setting yang betul, takde la balik rumah dah transfer gambar rasa cam nak hentak pala kat dinding huhuhu..

Untuk Nikon user, boleh refer pada article ni Nikon Picture Control System, untuk mendalami lagi berkaitan benda alah ni..hehehe

Standard dan Neutral lebih kurang sama, landscape dan vivid agak garang sikit..focus point dalam gambar ni adalah tulisan Jamie's Kitchen warna kuning tu..


Canon Picture Style

Sebagai pengguna Canon jugak (cewah, padahal pinjam camera adik aku jek, buat cam harta sendiri plak!!), aku gigih google nak cari pasal setting2 color dalam Canon pulak, dan berjumpalah aku dengan Picture Style. Ada 6 color settings yang boleh dipilih oleh pengguna mengikut citarasa masing-masing.

1. Standard - Glowing prints with crisp finishes.It is the basic color of EOS DIGITAL.
2. Portrait - For transparent, healthy skin for women and children.
3. Landscape - Crisp and impressive reproduction of blue skies and green trees in deep, vivid color.
4. Neutral - Giving the greatest latitude for image processing.
5. Faithful - Accurate recording of the subject’s color, close to the actual image seen with the naked eye.
6. Monochrome - Filter work and sepia tone with the freedom of digital monochrome.

Pengguna Canon boleh refer pada website ni Canon Picture Style. So Biqque, diharap ini dapat merungkai segala misteri yang menyelubungi diri kita selama ni hehehe.. (kita tau nak warna warni jek hahaha)

Jadi boleh la cek exif data dalam gambar masing-masing, untuk cek style apa yang digunakan masa kat NZ. Mungkin lepas ni leh cube yang lain plak (Canon dah balik Puncak Jalil, so tak leh nak test Picture Style nye ha..)

Nota Penting: Canon Picture Style dan Nikon Picture Control ni, BUKAN SCENE MODE tau! Ni adalah setting untuk mendapatkan color yang TERBAEK untuk gambar yang bakal diambil oleh camera-camera anda sekalian..

Brand lain, mintak maaf bebanyak, aku tak sempat nak cari, sebab aku cuma guna dua brand ni jek. 

Untuk pengguna point n shoot/compact camera, tak kisah la apa-apa brand, korang tak perlu risau, select je scene mode yang berkaitan, sebagai contoh, Landscape/Scenery, Beach, Night mode, Sport, etc, zassssssssss insya Allah dapat hasil yang agak memberangsangkan jugak..selamat mencubeeee...



12 comments:

kemang~ said...

gua rase, pakai vivid lg cun, eh?

sbb dia ala2 fokus gitewwww... fokus kat tulisan tu..

Ely Hasrul said...

aku tak peka sgt dgn bende cenggini so aku rasa gambo ko mmg santek hahahha

zilla said...

saya biasa guna vivid..sharpness pun saya adjust siap2 so bila ada subject depan mata terus shoot tak pyh nak setting2 dah hehehe

Biqque said...

KAPOW!!! U'VE GOT IT RIGHT!!! GOOD JOB!!!

soooooo, ada gunanya jugak kita diskusi secara ilmiah kan??? kan??? ini la hasilnya!!!

WOOHOO!!! puas hati aku. maka dgn ini, rajin2 la main ngan setting. for me, as a color junkie, i akan amik yg terang lagi disuluh. hahaha!

REGARDLESS CANON OR NIKON, ada pros n cons. kalo tak, takde la model baru asik kuar je kan. kihkih!

Ako Retna said...

erkk alamak yg vivid ngan landscape nmpk mcm sama jer... ke mata ako yang kureng penglihatan kat situ ek??

btw klu kita amek gmbr orang berlatar belakang pemadanngan, so kena amek landscape jgk ker? means fokus tu bkn pada objek orang, tapi pd scenery ker???

aduhaii mmg FAIL la bab2 bergambar ni.

Anonymous said...

muni pun suke vivid jugak haa, baru banyak kaler warna warni. tapi olympus ni tade pun setting tu, boleh main contrast n saturation je haa... nak setting temperature pun tade :(

Anonymous said...

chawana compact camera nikon vs canon yg
mana lebih bagus....pening2,tolong bg pendapat sikit....xtau nk pilih mana satu.pilihan sendiri atau pilihan org tua ha222.....

penjejak awan

Unknown said...

Kemang: Aku pun suka vivid hehehe..

Ely Hasrul: Hahahaha..kalau ko jadi juri gambo, mesti semua org menang nih, sebab semua ko kata cantik hahahah

Zilla: Hmm vivid dan landscape color mcm lagi best. Pas ni dah reti la aku nk adjust. Hari tu harapkan Cawan jek huhuhu

Biqque: Memang pun, kalau satu camera je bagus, lingkup la brand lain. Pros & cons setiap brand tu ada la..baru competitive kan, yg paling syok consumer la, sb byk pilihan..ting ting ting..

Ako: Susah aku nk menjawab soklan ko nih, tapi kalau ko gune compact camera, kalau nk amik gambar org, blkg ada pemandangan, ko gune je la portrait, lanscape kat belakang tetap leh nampak jugak hehehe..

Totty: Olympus ada setting lain, nanti Cawan cek balik, dia kata ada, tapi nama lain..

Penjejak Awan: Kalau ko nk suh aku compare antara nikon & canon compact ni,memang aku tak tu la. Sb utk compare camera aku gune lumix, so far memang best la lumix aku tuh, kalah camera2 compact mahai yg lain hahahaha. Tapi secara generalnya, aku suh ko pilih Canon la, Nikon aku tak tau sgt. Tak penah cek dan gune compact Nikon.

Nota kecik utk hasut ko: Lumix GF2 tu pun cam best. Aku duk usha tu gak hahahaha.. GF3 ada gak, paling latest, tapi GF2 lagi best...hehe

Ely Hasrul said...

Na, aku mmg tokleh jadik juri pertamanye aku berat sebelah hahahaha

weh aku tunggu biqque google rate hotel tp dia ade mention copthorne aku pon sukak hotel tuh. tp nih papi ade fwd email tadik

http://www.groupsmore.com/cities/multiple-cities/deals/paradise-sandy-beach-resort

nk expired dah lagik 3 ari. mcm besh + murah + ade bekfas tp utk 2 mlm la. korg blk on saturday gak ke?

Biqque said...

lumix terbaek...siap bleh lawan ricoh 8 i yang dikipau tu...sob sob...

(if ada tiket lagi, sila roger)

Cawan said...

then mmng kena pilih ikut situasi object.. xkan semua nk bubuh pic jadi vivid, and tunggang langgang setting nye.. it depend..

tang compact mane trbaik? ade yg freak ngan branding, tu susah laaa nk ckap.. it back to your budget, quality product, and pilihan function..

cawan suggest go for semi-pro compact camera, ade few kelebihan..

Anonymous said...

ok tma kasih2 byk2 ...mmg aku rsa nk amik semi-pro camera....arigatoooo(sebab demam jepun korang yg terbaru ha222)

penjejak awan