Thursday, October 6, 2011

South Island - New Zealand (Part 7)

~ Queenstown - Glenorchy ~

Pagi ni kitorg dah planned nak bersantai-santai sambil menikmati scenery. Ke mana? Ke Glenorchy, terletak lebih kurang 45KM dari Queenstown (kalau tak tau lokasi sebenar Glenorchy, sila lihat Google Map, aku malas nak citer panjang) Kenapa aku pilih nak ke Glenorchy? Hmm sebab kat sinilah Peter Jackson, bertapa untuk shoot Lord of the Rings (kebanyakkan scene dibuat disini). 

Tengok tag line Glenorchy tu.. GATEWAY TO PARADISE. Aku setuju sangatttt..

Glenorchy ni sebuah pekan kecil je, adalah 2 baris kedai. Hotel/resort pun limited. Gambar kat bawah ni, ialah Glenorchy Water Reserved. Cantik. Oklah, senang cakap Glenorchy ni memang cantik kebabom punya, gambar-gambar yang kitorg captured ni pun belum tentu can do justice la untuk Glenorchy. Kalau aku kata Milford Sound tu super cantik, yang ni pun super cantik. Kalau tiba-tiba aku koma pastu bangun kat sini, lepas tu orang kata aku kat syurga, mungkin aku percaya kot hahahah..



Sebenarnya aku teringin sangat nak buat kayak kat Dart River tu ataupun horseback riding, tapi memandangkan ada Aqilah, nak berkayak cam mana pulak kan, nak naik kuda merentasi Dart Valley pun ada limit age, kalau tak memang aku angkut je Aqilah atas kuda tu hehe..next time je la yek..



Aku tak tau ni pokok apa, tapi sangat menarik la untuk diambil gambar. Ha kalah tak Mirror Lake di Milford tu? 


Anda nak ke Paradise? Berani? hehehe. Tapi kami pilih untuk ke Routeburn. Keputusan buat last minit, masa tengok signboard ni.. saja nak suprisedkan diri sendiri, tengok apa yang ada di sana nanti.. 

Antara sungai-sungai kecik yang dijumpai, on the way nak ke Routeburn dari Glenorchy, tak boleh tahan tengoknya..

Drive tanpa hala tuju, ikut je jalan yang ada, sampai la nampak signboard ni. Mt.Aspiring National Park. Hmm kiri kanan hutan je... Jalan kecik je, masa dalam ni teringat pulak scene kat Fangorn forest LOTR tu. Pokok-pokok tinggi lampai, lepas tu di bawahnya penuh dengan lumut-lumut hijau. Drive lagi sampai la jumpa satu sungai..Routeburn River, kat sini boleh memancing, dan juga entrance to Routeburn track. Kalau ada banyak masa memang teringin nak cuba tramping (hiking), sebab Routeburn track ni antara track tercantik di NZ, tapi tu la, perlukan masa 3-4 hari juga untuk aktiviti ni. Emm mungkin lain kali..

Hmmm lepak-lepak je la tepi sungai sambil ambil udara segar, Aqilah tidor dalam keta, kitorg berdating berdua hehehe..


Tepat jam 11 pagi, kami balik semula ke Queenstown, nak isi perut dulu, pastu baru gerak untuk aktiviti berikutnya. Bahagia betul rasanya bila dapat lihat pemandangan secantik ni sepanjang jalan. 

Jalan kat Glenorchy ni, banyak masuk iklan kereta (sumber dari Internet), sebab memang cantik. Gambar ni pun aku ambil dari dalam kereta jek, Lake Wakatipu yang sentiasa maintain cun. 


~ The Remarkables ~

Yang ni pun last minit punya plan. Sebabkan kitorg ada extra hari di Queestown, so nak la cari aktiviti yang boleh dibuat seisi keluarga pada waktu yang sama, dan yang paling penting murah hehehe.. Malam sebelumnya ada bersembang-sembang dengan budak-budak kat Bumbles tu, diorg suggest pegi Remarkables, sebab ada sightseeing lift dan boleh pegi Ozone Tubing Park, yang ni, khas untuk orang yang tak reti untuk main snow sport ..kitorg la tu kan hehehe..

Nak ke sini dari Queenstown ambil masa dalam 1 jam. Dari Queenstown nak ke pintu masuk Remarkables yang bawah tu memang dekat je, dalam 15 minit, tapi sebabkan naik ke atas tu yang buatkan lama, sebab jalannya tak bertar, 10KM + kalau tak silap aku. Hazab jugak la kan hahaha.. belasah je la, bukan selalu..Bila dah half way mendaki (dengan kereta la tapi), dah boleh nampak view cantik-cantik dah kat bawah tu. Tapi kitorg tak stop pun, sebab nak cepat ke atas.

Selain The Remarkables, ada ski field lain jugak, macam Coronet Peak, yang ni kena tanya kat Bdk2@John hehe, sebab dia pegi yang tu.

Ha sampai pun..hehehe..


Sebelum naik menatang nih, aku tertanya-tanya jugak, ni escalator untuk orang main ski/snowboard je ke, or untuk semua orang? Maklum la, first time..rupa-rupanya boleh naik..yang ni terus bawak sampai ke office/info center Remarkables. Sebaik sampai kat Info Center tu, aku terus pegi bayar untuk tubing, dan sightseeing lift. Total sorang NZD 35 je. Murah la kan??

Pass ni digunakan untuk naik ski lift tu, yang ada pass je boleh naik chair lift ni. Kalau tak mo beli pass ni, korang jalan kaki sendiri daki gunung yang diselaputi salji tu yek..

Haaa dah naik pun ..hehehe..cam jakun kejap, selalu tengok dalam tv je kan, ni sendiri merasa..ish excited teman hahaha. Ozone tubing park tu, disebalik puncak yg sana nun..

Bila sampai je tempat turun tu, orang yang jaga chair lift ni, terus arahkan kitorg ke Ozone tubing park, yang terletak nunnnn kat belah bawah. Ok tade hal nak berjalan ke bawah, TAPIIII kitorg tak pakai snow boots tu, dan jalan nak ke bawah tu, agak licin, salji lembut + salji yang dah keras..haih mau ada yang tergolek ni..Dengan cover malu, perlahan-lahan la aku berjalan, sambil dukung Aqilah. Adoiii aku tunggu masa nak tergolek je ni, Aqilah pulak cam takut-takut nak jalan atas salji tu, mungkin sebab bila jalan dia mendap agaknya..kejam betul Aqilah kat mummy!!!


Setelah perlahan-lahan jalan ke Ozone Tube Park ni, akhirnya selamat la jugak kitorg sampai. Haih..kontena jek??? Tak ramai sangat orang main kat Tube park ni. Ok bagus!!


Gambar kiri sekali: Aku duduk sat amik angin, semput dukung Aqilah turun ke sini. Gambar 2: Memang kejam diorg ni, sapa kena baling dengan gumpalan snow ni, confirm lebam. Gambar 3: Orang main ski, beginner tak silap aku yang dekat sini. Gambar 4: Cik Aqilah tunggu turn dia nak tubing, tapi yang main hanya mummy dan daddy saja hehehe

Yang paling tak sangkanya, kat atas yang penuh salji ni, tak le pulak sejuk sampai mengigil-gigil, aku tengok budak-budak mat saleh tu main, pakai tshirt biasa je! Tapi cermin mata hitam wajib pakai, sebab kat sana terang benderang, dengan cahaya mataharinya + salji yang putih melepak, silau mata aku, nak bukak mata pun susah. Hmm mula-mula nak main benda alah tu, cam segan gila kan, sebab mostly semua cam budak-budak je, ada la orang tua 3-4 orang, tapi bangsa-bangsa diorg jugak la. So kitorg mula-mula usha jek la kan, tengok dulu cara-caranya. Lepas tu baru Cawan mula dulu hehehehe. 

Bila turn aku, memang aku seram la sikit kan, nampak cam senang je, ha sekali ko dah kat atas tunggu masa nak slide ke bawah, hadoiii menjerit macam orang pompuan aku , memang la aku pompuan, tapi yg ni lagi pompuan (malu nak letak video aku amik time main nih, sebab aku menjerit tak hingat punya, mula-mula jek)

Ada 4 lane untuk main tubing ni, besar pulak tu, dan jauhhhh, nampak cam kecik je kan. Rasanya diorg buat benda ni dengan jentolak je kot, cam tambak-tambak kiri kanan buat lorong, pastu ratakan salji..tadaaaa siap la tempat tubing tu, patut la murah, sebab tak yah ada guide apa segala. Cuma masa nak naik ke atas tempat nak meluncur tube je, ada orang jaga, dia akan sangkutkan tube tu dekat satu alat, dan kita akan duduk atas tube tu, dan benda tu akan tarik kita sekali, pastu dicampaknya kita dalam lubang tu, pastu ko bangun la sendiri, tarik tube tu, dan ready la nak slide ke bawah..

Ha tu diaaa.. Cawan dan aku main tube hehehe..syok woooo.. Mula-mula gayat, pastu nak lagi, nak lagi!! Tak heran kat Aqilah dah.. 

Hampir sejam kat situ terkinja-kinja keseronokan, kitorg meninggalkan tube park, dan naik balik lift untuk ke base dan sambung untuk naik sightseeing lift plak. Dua tempat lift ni berbeza, yang sightseeing lift ni lagiiii tinggi. Yang ni memang gayat! Dan la ada palang besi seketul je, untuk ko pegang masa naik lift tu..huhhh

Menuju ke Shadow Basin Chair, tengah korek poket cari pass tadi hehe..

Dekat atas ni ada lookout, boleh nampak Lake Wakatipu, tapi kena berjalan ke atas lagi la, aku pun tak pasti ada jalan ke atau main hentam je jalan atas salji tu. Kalau ikutkan masa, orang yang jaga lift ni dah warning dah, yang ni lift yang kira last la, sebab 4.15 petang diorg tutup dah, tapi diorg izinkan jugak ktorg naik, sebab kitorg cakap nak sightseeing je, tak turun pun. So dia kata ok la. Dia risau kitorg tersangkut atas tu, sebab orang lain naik semua yang main ski. So diorg turun memang dengan cara skiing la kan, atau snowboarding, kitorg nak ski apanya? hahaha, memang patut la mamat french tu risau, kang tak pasal-pasal dia kena OT, sebab nak bawak kitorg turun plak hehe (Pekerja kat Remarkables ni, aku tengok nametag dia ada negara sekali, sorang tu, American, sorang lagi French, taktau la aku kalau tu nama department dalam Remarkables ni ke kan?)

Ish syok betul la tengok diorg main ski, mungkin satu hari nanti nak try jugak la.. hehehe..Hmm patutnya Aqilah hari tu tak yah bawak ke NZ!!

Sepanjang naik lift ni, view di kiri kanan memang gunung bersalji je la, tapi yang bestnya sebab kat bawah kita orang duk main ski dan snowboard, meriah betul. Lagi tinggi naik, lagi kuat plak anginnya, tak macam kat bawah tadi. Sejuk jugak la kan. Tapi yang aku perasan kat sini, kitorg je duk usung camera, orang lain usung snowboard, dan ski! Lepas tu ada plak yang tanya asal dari mana, bila aku kata Malaysia, diorg macam terpinga-pinga. Dan yang paling kelakarnya, ada pulak yang wish kat kitorg "Konichiwa" aku dan Cawan tergelak je la..tang mana yang diorg nampak cam Jepun entah! 


Aku risau je tengok ada orang main ski kat situ, sebab hujung tu macam dead end je. Kang tak pasal-pasal ada yang terjun plak..

~ Arrowtown ~

Hmm 20 minit duduk atas lift tu turun dan naik..hehehe pengalaman baru nih. Lain kali boleh cuba main ski plak ye dak? Ok disebabkan aktiviti di Remarkables kitorg dah abis, kami teruskan perjalanan ke Arrowtown. 

Pekannya kecil je. Ni bekas pekan gold mining di kawasan Otago dulu. Memang comel la, kedai-kedai cuma ada 2-3 baris je, Post Office pun cinonet je. Aku jalan-jalan sekejap je kat sini, sebab nak cari magnet, kedai souvenirs ada 2-3. Dan jumpa magnet dan hantar poskad, kitorg pun gerak balik ke Queenstown yang jaraknya cuma dalam 20-30 minit driving jek..


~ Queenstown Gondola ~

Patutnya, semalam kitorg nak ke sini, tapi disebabkan tarikan untuk bershopping tu lagi kuat, so kitorg pegi la shopping dulu, dan hari ni baru ke gondola pulak. But this time, tak naik luge la, sebab tadi dah main tube kat Remarkables, sekadar naik cuma untuk ke viewing dek je, untuk cuci-cuci mata sikit, dan tengok sunset..kononnya! 

Gondolanya kecik je, besar lagi yang kat Langkawi, tapi boleh laa.. Ternampak plak AJ Hackett Bunjy & Swing masa on the way naik ke atas tu. Hmm macam rendah..echehhhhhh...cer aku try terjun tengok, jerit ke tak hahaha.. 


Sampai kat atas tu, terus ke kedai souvenir..cari-cari apa yang patut la kan..macam biasa jugak le.. Lepas tu terus menuju ke viewing deck. Hmm ramai dah visitor amik port masing-masing. Semua bawak tripod! Aku pandang je Cawan...ha mana tripod?? Dia buat muka confident je.. Ada sorang mamat mat saleh ni, beg camera dia punya la besar, lepas satu-satu lens dia try sebab nak amik shot cam postcard tu agaknya, amik satu gambar, pastu dia geleng-geleng, amik satu lagi gambar, dengan lens lain, dia geleng-geleng lagi. Last-last, dia simpan semua terus masuk dalam. Aku tak tau la dia berjaya amik gambar yang dia nak, atau dia malas dah hehehe..

Hmm matahari nak terbenam dah..tapi tak berapa nak orange..amik je la port yang sesuai, boleh la kan....jangan berputus asa cam mat saleh tadi tu, rugi-rugi! hehehe

Hmm dah terbenam pun matahari, tapi langit cam tak berapa gelap lagi, dan Queenstown dah mula diterangi cahaya-cahaya lampu jalan dan kedai-kedai. Ni kalau ada tele ni, lagi best kot hehehe..

Dah puas lepak kat viewing deck tu, sambil amik gambar yang entah ke berapa kali dah, dan angin pun makin kencang, ditambah lagi dengan suhu yang makin sejuk, kitorg pun turun dari skyline, dan menuju ke Fresh Choice, untuk beli lauk nak masak. Menu hari ni, salmon goreng, disediakan oleh Cawan.. Makan sampai kenyang, balik je ke bilik, terus buat apa patut, dan sekali lagi melayan gambar-gambar yang diambil hari ni, sampai tertidur lagi..

Esok akan meninggalkan Queenstown, menuju ke West Coast pula..ohhhh tak sabar nak lihat apa yang bakal diketemu esok..ewahhh


20 comments:

Ako Retna said...

ok remarkable WAJIB pegi!!
hahah nak main gak tubing tu!!!
cam syiok je main salji...

Ako Retna said...

na,
kowang gi NZ ni berapa hari ye?

Unknown said...

Ako: Heheheh ha a memang best pun, maklum ler kt KL takde .. Kitorg ada 11 hari full kat sana

Biqque said...

first of all...i menangis menitik2 ayaq mata tgk chairlift dgn u main tube tu...

sob sob...

RUPANYA I TERSALAH TENGOK GAMBAR IDAMAN BEFORE PEGI NZ TUH! WAAAAAAAAAAAAAAAAA! NAK NAIK CHAIRLIFTTTTTTTTTTTT NAK MAIN TUBEEEEEEEEEEEE...

*nangis*

kuntum said...

LIKE !!!

Unknown said...

Biq: U tgk gambar chairlift yang mana satu sebenarnya? Cawan duk tanya kat i, tp i tak ingat u ckp yg mana satu tadi hhehehe.. Kt skyline Queenstown tu ke?

Udah tu nangisnya, jom kite pegi lagi..

Kuntum: :)

Ely Hasrul said...

okek aku lgsg tak mo baca dh ko punye entry sbb aku hanya taksub kat gambo2 nye hahhahahahhahahahhaa sumpah cun!!!

just.HY said...

YA ALLAH....cantiknyaaa shooting location LOTR tu!!! gmbr2 ko cntikk gilos! makin bertambah NEED to do list aku ke NZ nih!!! hayohhhh...makin tak sabar lak. cmne nie??

the remarkables mmg terbaekkk!!! pandai laa korang amek pics. clear elokk je! cuaca pun cantikkk!!!

anne rmz said...

pics kat glenorchy tu is truly awesome! kalau lepak kat situ sehari suntuk pun rasanya tak boring, hehe..

:)

Unknown said...

Ely Hasrul: Hahaha taksub..tp kat sana memang cun pun.

Bdk2@John: Nanti AA kuar promo 0 fare ke apa ke..ko rembat la NZ tu...heheh. The Remarkables tu pn best, leh ko try gak.
kebetulan pulak cuaca cun time tu huhhh kusss selamat..

Anne: Itulah yang kitorg rase, cam tak mo pegi dari situ. Kalau ikutkan tade apa pn, tp scenery dia memang mantop la!

Biqque said...

i dok ingat chairlift salji ni kat skyline...rupanya dua i silap...dah la tu, being ignorance, tak tanya sharul...

smlm blk i tanya dia, memula dia kata dia tau tempat ni! i marah2 la dia...dia kata sape suh tak tlg buat iti! patu i ckp mana tau, dia kata u bgtau...ceh, kira dia tau pun lepas balik laaaaaaaaaaaa...tak pasal2 kena sedas!

Harlaney said...

wohhh best giler!! cun giler la scenery kat sana~~ wajib pegi!

3plepl8 said...

fuiyooo...tak sia2 nama remarkables....marbeles!

Lily Riani said...

cite nye.... salji warna putih tuh memang tak sejuk... yang sejuk bila angin tiup jek.... infact lagi panas ada ler sbb as you go up on the mountain, you are closer to the sun.

i dak gi sbb salji turun mencurah2 so we all kena cancel semua plan and drove to CHC from QTN.

next time gi, nak aim north island.

chup! i tried tubing kat korea, mmg best, tubing canyon/air pun i dah try kat bali... best! ehheh... glad you enjoyed the trip.

Unknown said...

Biq: Takpe, lain kali dah tau, leh pegi ok..main la tungang langang cam mana pun, nak terjun dari chairlift pn bulihhhh hehehe.

Laney: memang cun, tak sia2 drive hehehe

3plepl8: ha a..tak sia2 nak atas tu..memang marbeles

Lily: Tu la..i pn tak penah tau atas tu agak panas. Ish lepas ni kalau nk p main ski,leh la try pakai tshirt plak hahaha.. tp kat atas tu memang terasa bahang mahatahari. I rase tubing kat mana2 pun best kan..hahahah..nk try north gak next time..

Ako Retna said...

Na,

jgn la hilang mood hapdet pasal NZ ni...
hari2 ternanti2kan kisah sterusnya perjalanan NZ u all ni... menarik!! x sbar nak baca....

Darab Dua said...

cantek gambau! can see my house in ur last n 2nd last pic!

Anonymous said...

beb, time summer agak2 tubing tu available x?

Unknown said...

Darab Dua: Wahh duk sana ek..mesti dah tak heran tengok cam kitorg ni kan!! :)

Anonymous: Time summer tak pasti la ada ke tak, mebi leh cek kat website ke..

traveller said...

Salam.nak share pengalaman jelajah south island NZ. B4 this kami biasa ke perth and we memang regular guest di mahira holiday homes and car rental pty ltd. SubhanaAllah, memang no words to describe.servis mereka memang the best.owner very helpful and accomondating. Owner org islam yg asalnya dari malaysia. Rumah2 bungalow holiday home mereka juga sgt baik dan cantik.lengkap dgn semua kelengkapan dan peralatan.sgt selesa dan bersih juga. Memang sgt berbaloi dgn harga yg dicaj. Mereka juga buat road adventure south island tour.subhanallah memang sgt cantik,tmpt tmpt yg mereka bawa dan diberi masa yg byk utk menikmati permandangan dan to appreciate keindahan ciptaan yg maha Esa. Kalau ikut tour bus,huhu sgt singkat masa yg diberi juga sentiasa rushing dan tidak byk tmpt yg dpt dilawati. Pakej mereka sgt menarik dan worth berbaloi yg amat .harga juga sgt berbaloi. Di Nz mknan halal hanya terdpt di bandar2 besar,tetapi jgn risau bila ikut mahira mereka siapkan segalanya dan itinenary mereka thumbs upp!!! Boleh hubungi anak owner di +60123360098 siti. I memang rekomen pd semua yg hendak ke australia dan NZ.mereka ini NZ dan Australia expert