Thursday, September 29, 2011

South Island - New Zealand (Part 4)

~ Dunedin - Invercargill ~

Pagi yang cerah di Dunedin. Tak sabar dah rasanya nak memulakan aktiviti hari ni.

Lihat cabin kitorg, comel kan, macam duduk dalam kotak. Tapi dalam tu ada double decker bed untuk 3 orang, meja makan, dan shelves barang. Nampak je macam kecik, tapi boleh sumbat lagi 2-3 orang dalam satu masa hehehe. Harga 1 malam kat cabin ni NZD 68 je. Tu sebab time peak season, plus ada Rugby World Cup, kalau tak dalam 50-55 dollar je per night leh dpt.

Rumput yang diselaputi ais. Malam semalam, suhu di Dunedin memang sejuk bangat, nak bukak pintu bilik pun rase takut!

Sudah-sudah la korang bergambar, moh kita gerak sekarang..kata Aqilah

~ Baldwin Street - The Steepest Street in the World ~


Attraction yang ni memang unik. Kalau sesiapa nak pegi, cari je street ni, insya Allah jumpe. Kawasan ni sebenarnya, kawasan perumahan orang. 

Ha cam mano tu? Ada berani?

Larat ke weh nak berjalan sampai ke atas tu? Korang rasa cam mana?

Main skateboard best jugak nih kan? hahaha


Kitorg telah diiktirafkan segulung sijil (cewah segulung sijil tu!!! ha jangan main-main!) sebab dah tawan world's steepest street ni. Korang ada??? :p


~ Cadbury Dunedin ~

Disebabkan masa tidak mengizinkan kami berjimba lama-lama di Cadbury ni, kitorg cuma masuk ke Cadbury shop dia jek, untuk membeli sebarang dua coklat yang takde di Malaysia. Cadbury factory ni terletak dekat je dengan Dunedin Railway Station. Boleh jalan kaki je ke sini, tak yah susah-susah cari parking.





Tak de kat Malaysia kan yang nih? 

Dunedin Railway Station di siang hari pula..meriah dengan bunga-bunganya.. Sebenarnya Dunedin ni bandarnya ala-ala zaman Victorian dan Edwardian. Ramai immigrants yang berasal dari Scotland kat sini. So sebab tu la bangunannya banyak bercirikan Victorian. Dunedin juga terkenal dengan gelaran *Edinburgh of the south*


Church. Disinilah Chawanna dan Biqque terpisah untuk seketika. Kononnya nak menuju ke I-site. Hmm haram I-site mana tah..Jenuh berpusing-pusing 2-3 kali, kot-kot terjumpa balik.. Tapi memang jodoh kitorg kuat, akhirnya berjumpa dekat souvenir shop dekat town. Haih..macam jejak kasi, aku dengar Biq terjerit-jerit nama aku dari jauh..drama sungguh la.. hahahah

Jangan betulkan computer anda. Ni bukan world's steepest street, ni jalan biasa yang aku tak tau namanya apa. Aku terpikir cam mana diorg kuar keta, nak berjalan masuk ke rumah tu kan, mesti senget-senget. Masa ni aku dalam kereta nak menuju ke jalan kat bawah nun.. senget kan?

~ Highcliff Road ~

Berikutnya, Chawanna dan Biqque, menuju ke Highcliff Road. Actually sini tak de apa sangat, tapi kitorg pegi jugak, sebab nak tengok view dia yang cantik. Mula-mula salah jalan, kami ikut Portobello Road, so patah balik la. Bila dah u-turn tu, terjadi sekali lagi adegan perpisahan tu. Chawanna tunggu kat lain, Biqque tunggu kat lain. Penyudahnya, pegi lain-lain. Kitorg kena lalu kawasan perumahan nak menuju ke sini. Ingatkan salah jalan dah. Macam nak patah balik pun ada, tapi signboard asyik tunjuk ke Highcliff road je. Haaa akhirnya, nampak kereta Biqque, so betul la jalan tu. Nyaris dah gps tu nak kena campak ke laut huhuhu.



Jalan Highcliff road ni juga boleh sampai ke Lanarch Castle. The one and only castle di New Zealand!

Boleh nampak town Dunedin dari sini. Kalau langit biru, lagi megancam kot..

~ The Catlins ~

Disinilah terletaknya Southern Scenic Route. Memang tidak dinafikan, route nye sungguh cantik, sebab view memang superb. Sebenarnya ramai orang yang visit New Zealand, skip laluan ni. Sebab dia yang paling hujung sekali. Tapi kitorg belasah jugak la.

Mula-mula kitorg singgah di Kaka Point, lepas tu baru ke Nugget Point. Jalannya takde tar. So memang bawak kereta slow la. Padahal jaraknya dekat je..ish ish.. Sebenarnya kitorg ni dah lewat banyak dah. Imagine la pit stop aku yang terakhir untuk hari ni ialah Invercargill, Biqque plak pit stop dia nun kat Te Anau. Haihhhh pengsan oii

Ingatkan terus sampai depan lighthouse. Sekali kena jalan la pulak. Apakan daya, dah sampai kan, so jalan je la..adoii. Tapi lighthouse dia kecik je, dan tak setanding la macam lighthouse di Byron Bay yang pernah kitorg pergi dulu keh keh keh.. (i miss Byron bay)

Kalau korang bernasib baik, boleh jumpe fur seal, dan penguins kat Nugget Point ni. Tapi sayang, waktu kitorg pergi tu, sekor pun tak nampak.

Itu la dia light housenya..





Nugget point la nih. Ada macam nugget?


Dah puas bergambar, kami harus meneruskan perjalanan. Dan akhirnya Chawanna dan Biqque, terpaksa membawa haluan masing-masing. Kitorg meneruskan perjalanan ikut scenic route ni, Biqque pulak, kena patah balik ke Balchuta, dan sambung perjalanan diorg terus ke Te Anau.

Bila tengok jam, aku memang tau sangat dah, yang kitorg tak kan sempat tengok semua attraction sepanjang The Catlins ni. Tapi tak pe, aku tekad sangat nak ke tempat ni. Bayangkan lah, masa tu dah jam 4.50 PM! Sunset lebih kurang 6.30 petang! Nak menuju ke destinasi berikutnya lebih kurang 40 minit lagi. Dah la tu, kena berhenti isi minyak. Cawan ni kalau benti isi minyak, dia mesti bawak turun camera sekali, sambil-sambil tu berjalan pegi amik gambar. Aku asyik tengok jam jek!!! Haih bila nak sampai ke destinasi berikutnya nih!!!

~ Purakaunui Falls ~

40 minit kemudian, sampai sudah kitorg ke Purakaunui Falls. Jalan tak bertar, dekat parking satu kereta pun takde. Kiri kanan jalan hutan! Aku cakap kat Cawan, suruh dia je la jalan masuk dalam hutan tu, sebab Aqilah tidur. Tapi dia kata, dukung la Aqilah bawak dia jugak!!!! (Mungkin dia pun takut nak masuk utan sengsorang kan? hahaha) . Aku tengok jam dah 6.10 minit. Matahari memang dah takde dah time nih, langit pun dah kelabu je. Aku berat hati jugak nak bawak Aqilah masuk utan time-time senja ni. Kitorg cuma ada lebih kurang 20 minit je untuk Purakaunui nih..


Tak jauh pun nak berjalan, 10 minit je. Tapi sebabkan dah senja, jalan nak menuju ke dalam tu gelap. Sebab matahari memang dah takde, pokok-pokok dalam tu semua tinggi-tinggi, so cahaya sikit sangat masuk. Bunyi air terjun memang kuat gila la. Aku seram sebenarnya, mulalah membayangkan macam-macam. Aku teringat citer-citer hantu melayu, kot-kot ada benda tengah menyorok kat belakang pokok ke apa ke. Masa ni aku dukung Aqilah, dan jalan laju gile. Segala doa aku baca, sambil tu jalan tunduk bawah je. Nasib dia masih tidur lagi! Jalan, dan berjalan lagi..rase macam jauh je, tak sampai-sampai. Makin ke dalam, makin gelap. Kalau ikutkan aku, memang nak patah balik, tapi Cawan kata sikit je lagi. 

Dan akhirnya, sampai la kitorg ke Purakaunui Falls tu. Ya Allah cantik betul. Purakaunui Falls ni, multi-tier waterfall, dan merupakan the most photographed waterfall di New Zealand. So aku beria la nak pegi kan. Berbaloi!!!!

Dia juga pegang title, antara attractive waterfall di New Zealand. Aku order je kat Cawan, nak gambar sebijik macam dalam poskad tu. Dan tadaaa...ni la hasilnya. Boleh la kot kan..hahaha

Hmm sambil-sambil Cawan meng-adjust camera, dan amik gambar. Aku asyik tengok jam je. Dah 6.20 petang! Cawan ni kalau amik gambar, tak sah la kalau ada berkeping-keping kat satu tempat tu je kan. Aku plak dah kasi signal kat dia, jom blah, sambil tunjuk jam. Dia boleh angguk-angguk, duk lagi kat situ amik gambar!!! Heeeeee geram betul. Aqilah plak dah jaga. Dia melilau tengok kiri kanan..

Berani nak mandi?

Sebabkan aku dah bising-bising ajak keluar dari situ secepat mungkin, Cawan boleh suruh aku jalan dulu!! Heee gile.. Aku tak berani hahaha. Last-last dia pun akur, so balik la kitorg. Aku jalan lajuuuuuuuuuuuuuuuu gila. Tak pandang apa dah, cepat-cepat bukak pintu keta, dan masuk. Pasang Yassin siap-siap. Aku tak mo Aqilah nangis-nangis malam karang hahaha. 

Nampak gayanya tu la attraction The Catlins yang terakhir aku sempat pegi. Sebab 5-10 minit lepas tu, langit dah gelap. Dan kami terpaksa gak ikut scenic route tu merentasi The Catlins National Park. Haih seram usah cakap la, sebiji kereta pun takde sepanjang jalan. Town apa pun tak jumpa. Yang aku tau, belah kiri aku, laut, kanan utan banat! Lama weh.. aku berdoa je la sepanjang jalan tu supaya takde apa-apa. Bila toleh belakang kereta, memang gelap gelita je. Imagine la National Park!!!! Bukan ada apa pun leh nampak malam-malam buta tu. Camera pun tak guna, sebab signboard apa pun tak nampak. Dekat sejam lebih gak dalam route tu, turun naik bukit semua la. Last-last baru jumpa state highway, dan tak lama lepas tu baru jumpe Invercargill. Kitorang sampai Invercargill dalam jam 8 malam.

Invercargill di malam hari. Kecik je town dia. Kitorg pegi makan dulu kat restoran Turki. Seharian tak makan dari tengah ari tadi. Dan malam ni, kitorg takde luck nak upgrade ke cabin, so tidor dalam keta. Suhu sejuk campur hujan, hasilnya, kaki beku macam ais. Gile!!!



21 comments:

Fatt said...

wah cantik waterfall tu...taka rugi pegi even timing tak kena. tapi mmg pun aku kalau duk trekking dlm hutan dia aku rasa cuak...asik terbayang scene Blair Witch Project. penah tgk movie ni? yg pasal 3 org student buat projek nak jejak Blair Witch ni? siyes scary sbb dia pakai kamera handheld je...actually tu movie DIY, tp seems like real. thumbs up!

Unknown said...

Fatt: Penah tgk blair witch project tu..seram..wah lama gile dah citer tu..zaman2 sekolah dulu..dah tua aku.. Waterfull tu memang cun :)

Anonymous said...

asai sikit sgt gambo aqilah nye haaa...

Unknown said...

Totty: Gambar Aqilah nanti upload kat FB. Ada byk lagi gambar dia ha.. cumi2 kene seksa kat sana dengan dia..

Harlaney said...

aik cumi2 pun ikut ke NZ ke?? nak cekelat!

Biqque said...

i kat sana tak pikir lgsg hantu melayu...i asik pikir zombie jek! hahaha!

eh i tak pasan ada ais kat rumput tu! and waterfall tu SUMPAH CUN! bleh tapau la pro photog! :D

anne rmz said...

waterfall tu mmg cantik!! berbaloi2 u pegi even dah lewat & asik tgk jam je.. tak rugi lah..

3plepl8 said...

gambar cun kira timing kena la tu...takde matahari takla tricky sgt. Mmg bestla south island ni...terbaekk

Unknown said...

Laney: Cumi2 mini ikut Aqilah la..ganti cumi2 beso. Cekelat ada aqilah beli.

Biq: Hahaha confident jek nk tapau pro...1 gambar je baru. Skali pro kuar 100 gmbar..ha menyorok bawah katil terussss tak kuar..

Anne: Berbaloi, tapi semput nak balik ke kereta, cam tak cukup tanah nk jalan secepat mungkin, nk lari takut tergelincir plakkkk..hahaha

3plepl8: Memang terbaek dari ladang.. thn depan kite tapau Japan plak..huhuhu tak sabor nih!!

just.HY said...

wow!!! umah api and waterfalls tu mmg superb!!! cntik abes. the weather was soooo good chawanna!!! jeles lak i bila u pegi spring. much better compared to winter. bykkk awan. huhuhu

Ako Retna said...

chawana,
cantek!

eh boot tu pun cantek.. berapa ek?
btw, sambung la lagi citer hehe.. n nnt stori plak pasal cabin n accomodation lain kowang stay k ;-)

Biqque said...

season apa pun sapa2 nak pegi, kena tgk objective...so aku rasa mmg cun je setiap trip tu IFFFF orang tu pandai meng-cun-kan ia...ewah! takkan nak mandi laut waktu winter, takkan nak ski waktu summer, lebih kurang camtu la...(ye, aku tau, lain la tempat tu panas tapi ada salji, ha blasah la cukup2 :D) nanti kita merasa winter kat harbin ok???

Unknown said...

bkd2: Rumah api tu cinonet je dlm realitinye. Memang tipu betui hahaha. Waterfalls tu memang tidak bleh disangkal lagi, antara yg terbaek di NZ. Tak usah jeles, kata nk repeatkan..pegi la time spring/autumn/summer pulak nex time. Fatt dah rancang nk pegi dah tu thn depan..huhuhuh

Ako: Terima kasih daun keladi :), Boot tu murah je Ako, aku beli kt sana. Nak beli kat sini semua cam mahai2 jek. Kat Eastgate shopping Mall - Christchurch. Nama kedai numberoneshoes. Ko google confirm dapat. Rege? NZD 29.90 saja!!!

Biq: Ha a..tgk objective masing2 la. Kot2 nk time bunga2 kembang semangkuk elok la time spring. Nak tgk daun2 merah/oren/pokok togel, time autumn la. Nak main salji pegi la time winter. Harbin? Haaa mari2.. jgn kite keras cam sculpture tu sudah ngeh ngeh ngeh..

Ako Retna said...

wah!
ok ok nmpk gaya kena soping kasut kat sana jgk la ye.. hehee

orait nnt nk masuk list ni.. TQ ;-)

Lily Riani said...

lawa nugget point... laparr.....

Cawan said...

bila ade geng gilak2 buat kerja mcmni mmng seronok.. lg ramai lg best.. ha ha.. tu bile lost kjap pun dh ralat sgt.. tp prjalan ttp di truskan.. :p

tambah info, kalo nk msuk kedai Cadbury ni ptt kena ade ticket tour shj, tp atas jasa biq, tah ape dia ayat mamat counter :)

yg castle ni even dh sampai dpn gate mmng xnampak langsung, so nak ke tak, you all kena pilih nk bayar ticket masuk (melalui taman trtutup) pandai diaorg ni..

Dr Kaka Point ke Nugget ni jln xbrturap ye, and very jauhhh.. + berjalan kaki ke Light house tu adelah 900meter dr car park! near 1KM laa tu kannn.. pengalaman..

Biqque said...

aku ngayat bahasa maori cawan :D

Unknown said...

Ako: Shopping jgn tak shopping!

Lily: Boleh tahan ler kecantikan nugget point tu..

Cawan: Memang drama kes hilang2 tu..

Biq: Hahahaha

Shana Ahmad said...

salam maaf nk tanya, macam mana nk contact cabin tu? harga tu utk seorang atau macam mana?

Miss said...

tumpang tanyo..yg certificate of achievement tu kene bayo ek?

Unknown said...

Nice blog. Nice pics. Tq share. Waterfall tu mmg cantik gilerrrr!!!