Tuesday, December 28, 2010

2010 - The Stories

January 2010 - Masuk tahun baru. Masa ni lebih kurang 2.5 months pregnant. Mood kurang menarik masa ni. Bosan betul. Buat apa pun rasa tak kena. Aku dan Cawan dalam preparation nak masuk ke rumah baru. Tak expect pun nak masuk rumah baru secepat ni, macam tiba-tiba je, sebab ingat dalam bulan June baru leh masuk huhuhuh..Kelam kabut jugak la jadinya..

February 2010 - Aktiviti survey barang-barang rumah. Kedai lampu, kedai kipas, tempat kami tuju. Sakit kepala dan sakit otak, nak cari yang berkenan bukan mudah. Nak tak nak kena pikir juga, tak kan nak masuk rumah baru, takde lampu, takde kipas kan? Last-last berjaya jugak. Hujung Feb, kami selamat pindah ke rumah baru. Trip ke Hanoi kami cancelled. Sebab timing tak sesuai sebab time tu sibuk nak pindah randah.

March 2010 - Trip ke Hanoi sekali lagi kami cancel. Sebab takde mood nak pegi travel. So burn la dua-dua tiket yang dibeli 2009 hari tu. Gegegegege..

April - June 2010 - Tiada aktiviti menarik. Cuma bersantai-santai dan bershopping je. Orang ke sana, ke sini, aku tengok je, tiada perasaan. Sudah hilangkan nafsu travel ku ini??

July 2010 - Aqilah telah lahir untuk melihat dunia dan menjadi mini travelholic yang berjaya. Yeay..sudah ada member baru dalam family Chawanna. Aktiviti masa confinement sangat mencabar minda.

August 2010 - Masih lagi dalam confinement. Nafsu travel sudah kembali. Maka berangan la aku bersama ci comei nak ke sana dan ke sini. Puas mencari destinasi untuk travel, last-last jumpa jugak. Ke Hong Kong la kami. Beli gadget baru untuk aktiviti travel huhuhu (camera baru)

September 2010 - Hari raya sudah tiba. Begitu juga hari untuk bekerja. Tak sukanya kena datang office!!! Percubaan ke 24 kali untuk menekan button *Beli* ke Japan gagal sama sekali!!!! Marah. Kecewa. Satu bulan AA kena maki dengan Sekupang team. Rasa tercabar kerana kaki travel macam kami ni akhirnya TEWAS dek system baru yang dipakai oleh pak Tony dan kroninya!!! Kena up plan dan strategi baru ni!!

October 2010 - Kat office, aku masih berstatus on-the-bench. Sibuk mencari info pasal HK dan kawasan seangkatan dengannya. Super excited nak ke HK, sebab lama gila tak berjalan. Travelholic dan gang berkonspirasi untuk Delhi.

November 2010 - Travelholic, mini travelholic & travelholic family travel ke HK. Satu lagi berita mengujakan - AAX akan fly ke Paris!! Woot..woot.. Tapi sekali lagi, travelholic and gang Sekupang melepaskan peluang keemasan ini. Tanpa rasa frust menonggeng seperti Japan hari tu. Takpe, takpe, nanti kitorg balas balik..ha pegi la semua orang!! pegi laaaaaaaaaaaaaaaaaaa.. Plan dan strategi baru oleh Sekupang team sudah terbentang di depan mata. Semua worst case scenario telah dibincangkan, begitu juga dengan solutionnya. Harap-harap membuahkan hasil. Teaser NZ oleh AA sudah up di website mereka. Geng Sekupang sudah ready!!!

December 2010 - Travelholic dan gang Sekupangnya, menanti dengan penuh debaran dan akhirnya, berjaya merembat tiket ke GerejaIsa yang terletak di Kiwiland. Ha kan dah kata, gang Sekupang akan bangkti semula hahahahah..!! Susah payah travelholic dan keluarga travelholic bersama mini travelholic berkampung di MCD Taman Melati di waktu subuh, semata-mata nak tekan button *Beli* tidak sia-sia.. Nota: Plan dan strategi Sekupang team, tidak mungkin akan direvealkan kepada awam heheheheh..


Ikuti, kisah/cerita/ragam Chawanna, family dan rakan-rakan untuk 2011 nanti yaa....Selamat Menyambut 2011.

5 comments:

Biqque said...

hahahahaha gelak sampai berair2 mata baca...macam2 cite 2010 kita kan? haih...adakah kita akan merinduinyer? I BET I WILL!

2011, SEKUPANG TEAM TERJAH LAGIIII!

Unknown said...

Hahahah tu la..citer cam bengong, memang macam pandir betul la..Pasti akan dirindui la kes2 mcm nih..Harap2 2011 Sekupang team lagi gempak dan happening lagi, dan harap2 ahli2 sekupang yg malap2 tu, bersinar la thn 2011 nih, kalau tak, keahlian ditarik HAHAHAHAHA

3plepl8 said...

adehh...hahah...dh lupa yg chawanna ada cancel trip pi hanoi dulu. sungguh kelakar time tu..

Lily Riani said...

wow... detail tuh. best best, you guys definitely enjoy the upcoming trip.

Unknown said...

Emm tu la, aku sendiri pun hmpir terlupe pasal hanoi tu, terperasan masa check email, tgk ada folder hanoi huhuhuh..

Harap2nye best la lily oi...tak sabor dah rasenye..hahaha