Agenda hari ni nak menghabiskan fulus. Pagi-pagi lagi dah terjah H&M. Damaged yang dilakukan boleh tahan besar!!! Huhuhu..tapi Aqilah la yang paling banyak shopping, sampai terjuling-juling dia tengok semua tu. Berjam-jam jugak kami bertiga duk dalam ni, sampai Cawan dan Maliki pun naik bengang tunggu!!!
Kat Malaysia tak de nih, tu la cam jakun sikit huhuhu
Kalau la tau plan nak ke New Zealand menjadi kenyataan.....memang ade yg kena rembat dah ish ish ish
Longest Outdoor Esclator & SoHo
Claimed to be the longest outdoor esclator in the world. Really?? duhhhh.. tipu betui la..ada gap je in between tuh..so tak aci la nak kate LONGEST kan..muka-muka dalam gambar tu, pretend je cam best hahaha..tapi nasib baik la ada esclator nih, sebab kalau nak menapak kat jalan biasa, memang confirm la pancit, sebab kena daki jalan-jalan tu. Kat belah island nih, tanahnye berbukit bukau haaa..
Berdekatan sini, ada Hollywood Road, tempat untuk beli barang-barang antik. Sapa yang suka collect benda macam tu, boleh la tuju ke Hollywood Road tu.
Tak perasan pulak ada tram yang macam ni kat belah Kowloon. Mula-mula ingat nak try gak hop hop ni, tapi memandangkan ada stroller Aqilah, so tak jadi la. Tram ni tak benti lama-lama pun, kejap je. Semua kena pantas-pantas kalau nak naik hehehe..
Wajib buat setiap kali kami travel, sebab nak buat kenangan..
The Peak Tram
Sampai jugak akhirnya ke sini. Dengan berjalan kaki ok!!! Jauhhhhhhhhhhhhh plak tu, dah la ruang pejalan kakinya sempit, jalan raya pun sempit. Nak tolak stroller Aqilah satu hal lagi..dugaan betul!!! Boleh je nak naik bas/taxi. Tapi kitorg saja gatal nak explore (ceh konon).
Nak naik ke Peak ni, boleh naik bus atau tram ni, tapi kalau nak ganas lagi, jalan kaki la daki bukit tu. Masa tram ni bergerak nanti, baru la nampak view Hong Kong.
Madame Tussaud's
Madame Tussaud's ni terletak kat atas the Peak. Harga tiket tak ingat la berapa, tapi kitorg beli tiket combo HKD 180, yang ni termasuk Peak Tram (Return) dan Entrance Fee ke Madame Tussaud's. Kepada yang tak tau, Madame Tussaud's ni adalah wax museum. Dekat Asia cuma ada di Hong Kong je kalau tak silap. Yang paling grand sekali terletak di London. Sebab tu la kitorg tergedik-gedik nak ke sini sangat!!! (Nak pegi London tak tau bile kan??)
Real kan?? Biqque, tarik nafassssssssssssssss...
Kelakarnya Eddie Murphy nih, tergelak kitorg dibuatnye..
Symphony of Light
Setelah bermalam-malam berada di HK, malam terakhir baru kitorg sempat nak tengok Symphony of Light ni. Shownya cuma 15 minit setiap hari, bermula dari jam 8 malam. Huhuhu tak sia-sia kitorg berkejar-kejar turun naik MRT semata-mata nak tengok nih..hahaha
Red Junk, sungguh classic, tapi tak sempat nak naik, mungkin lain hari??
Sikit je gambar? Sila lihat di sini
P/S: Esok harinya, kami berangkat pulang ke KL..oooh sungguh tidak best sekali...
5 comments:
dah nak balek tewww.. uhuhu
celakaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa! lama u sorok johny depp tu kannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn??? inikah entry surprise tuuuuuuuuuuuuuuuuuuu??? ya Allahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! bestnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!
p/s: kepada shahrul nizam zainal rashid, sila amik perhatian! SAYA NAK PEGI SINI!
hoohoho biqque.. aku dh peluk cium dah johny depp ko tu..
takyah pg situ...pg sini je 1486 N Sweetzer Ave, L.Angeles, Cali.
Hahahahaha...tak de la suprise mana pun..sebab u dah tau dari awal lagi... Ha apa lagi..beli tiket ke Cali laaaa woot woot woot
Post a Comment