Monday, December 6, 2010

Shenzhen - Window of the World

Around the world in one day...

Shenzhen ni reachable dari Hong Kong dengan hanya menaiki MRT. Perjalanan ke Shenzhen hanya 40-45 minit je. Tapi pastikan korang ada visa China before enter Shenzhen ni.


Emmm sampai jugak akhirnya, selepas berhempas pulas cuba mencari metro station kat Lu Wo tadi tuh....

Kalau nak datang ke sini, bolehlah menaiki Shenzhen Metro Line 1, dan berhenti di station Shijiezhichuang.


Harga tiket Window of the World ialah CNY 140 ataupun bersamaan RM 60-70 (tertakluk pada currency semasa). Kat sini ada 130 reproduction tourist attractions di seluruh dunia. Kawasan ni memang luas, jadi prepare la kasut yang sedap untuk berjalan. Tapi kalau tak larat nak jalan, boleh sewa buggy, scooter ataupun naik monorail. Tapi monorail tu tak lalu kat semua tempat, cuma sebahagian je. Tapi kalau nak sewa buggy dan scooter, memang pengsan jugak la, sebab sewa ikut jam. Tapi cara yang terbaik nak tengok benda-benda dalam ni, adalah berjalan kaki..

Window of the World ni, ada 5 bahagian, antaranya, Asia, Europe, Oceania, Africa dan America.

Angkor Watt, Cambodia

Eh eh..sakura pun ada..

Shinto Shrine kat Japan


Taj Mahal, India.. (tak sabornye nak jejak kaki huhuhu)

Yang memang tak tau nama apa...sebab tak jumpe signboard pun kat sini..

Sydney Opera House & Sydney Bridge

Typical Netherland... tulips dan windmills

Ha nampak Eiffel tower tu?? Tingggiiiiiiiiiii..terasa macam real je..dari luar, memang boleh nampak dia..

Cologne Cathedral, Germany..



Sudah sampai Paris!!

Arc de Triomphe, Paris..

Tak sia-sia datang sini, memang berbaloi sangat walaupun harga tiket macam mahal sikitkan... Masa yang diperlukan kalau datang ke sini? SEPANJANG HARI!!! Memang sakan bergambar, sebab tempatnya cantik-cantik, sampaikan nak pilih gambor ni pun amik masa..untuk gambar seterusnya, sila lihat disini --> Lagi gambar WOTW

7 comments:

Ely Hasrul said...

senang gitu xyah round the world. twin tower takdak ka? haha

Biqque said...

benci la camni...

Unknown said...

Ely: tu la..kejap je dh pusing dunia..tp twin tower tak de la..malaysia tak fofular kot..

Biq: Jgn benci2..nanti esok u sampai gak ke sini..ingat kite nak ke Gereja Isa tu??

Cawan said...

bestnye kat sini, boleh keliling 1 dunia..

en_me said...

baru nk tanya pasal klcc twin towers .. uhuhu

Waniwisy said...

pergi dgn tourguide ke pergi sendiri? apa lagi yg menarik kt shenzhen ni?

Unknown said...

Waniwisy:Pegi sendiri je..benda lain yg menarik katanya shopping, tapi saya tak pegi pun, xcukup masa..