Friday, October 29, 2010

Levi's

Di pagi Jumaat yang mulia...

Si Isteri : U, I dah boleh butang la Levi's nih, tak yah tahan nafas dah macam hari tu... (sambil posing depan suami..)

Sang Suami: Ooo ye ke..bagus la tu.. saiz berapa Levi's tu?? (endah tak endah je pandang, sambil sapu sampah)

Si Isteri: 30 (hati berbunga-bunga)

Sang Suami: Ooo..bila nak saiz 28..? (Soalan cepumas ditanya tanpa rasa bersalah...)

Si Isteri: rolling eyes.. (tak terjawab, dalam hati...isteri menjerit... suamiku memang kejammmmmmmmmmmm)

Thursday, October 28, 2010

why oooh why??

Setiap kali, aku nak pegi travel, PASTI ada je benda nak buat!!! Dan tidak terkecuali kali ini!!! Dah elok planning nak pergi bercuti November nih, tiba-tiba pula kena masuk project baru 1 Nov ok!!!! Haih..ingatkan hari tu interview dengan client tak dapat dah, lamaaaaaaaaaaa gila membisu..tup tap...dapat email pulak susuh pegi client site untuk onboarding session...
Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

I hate you boss!!!

Tak kira, nak cuti jugak!!!

Monday, October 25, 2010

Dia sudah boleh..

Meniarap!!!!! clap!clap!clap!

Hasil usaha Aqilah dari petang semalam, membuahkan hasil pagi ini...




Semua untuk Aqilah

DSC_0725_1
Untuk Aqilah..dibasuh dengan tangan semalam..adeh..

Bulan ni memang pokai habis-habisan, duit belanja yang diperuntukan khas tiap-tiap bulan untuk diri sendiri, semuaaaaaaaaaaaa lepas ke Aqilah, so bulan ni, tiada barang yang boleh dibeli untuk diri sendiri...

Minggu lepas, selang dua hari, aku mesti keluar berjalan ke Mid Valley just nak cari barang untuk Aqilah. Kalau dah tengok, rasa nak kena beli pulak..memang gatal je tangan ni rasanya, tiap-tiap hari tekan mesin ATM hehehe..

Hujung minggu ni, nak pergi cari leggings untuk Aqilah pulak, hari tu masa kat MV tak jumpa leggings yang comel untuk dia. So ke OU pulak la kita ye Aqilah??? Haa satu lagi nak cari hairband untuk Aqilah jugak, sebab hari Sabtu lepas, Auntie Biq cakap, ada jual untuk budak jugak...so kena la cari sampai dapat!!!! gegegege..

Tuesday, October 19, 2010

Hepatitis B & iPhone

Terkejut dengan tajuk entry ni? Jangan! Tiada kaitan antara Hepatitis B dan iPhone? Emm memang tak de kaitan pun hahahaha...
Teruskan membaca ok?? Ini kejadian sebenar, bukan rekaan semata-mata.

Hepatitis B

Penulis baru saja selesai menunaikan tanggungjawab pada suatu petang. Sambil mengenakan anak tudung, dan membelek-belek muka di cermin, masuk la dua sekawan ke surau. Penulis tidak menghiraukan mereka berdua, sehingga la....

Orang 1: Emmm aku risau la..nak buat check up minggu nih...nak ambik darah tu paling seriau sekali...
Orang 2: Tak pe la..kalau ko tak buat..mana nak tau ko sakit apa..
Orang 1: Tu la..nak tak nak..terpaksa gak pegi.. sebelum ni aku rasa cam rileks je..tapi ni dah dekat tarikh nak jumpa doctor..aku jadi seram pulak..
Orang 2: Biasa la tu..tapi lebih elok ko pegi..mana la nak tau kan..Hepatitis B ni bahaya jugak...
Orang 1: Emm aku tau..tu la pasal aku kena jumpa gak..nak dapatkan kepastian..

Penulis tertarik nak mendengar cerita dua sekawan ni..maka penulis, melambat-lambatkan lagi proses pemakaian tudung di kepala hahahaha..busy body betul penulis nih!!

Orang 2: Hepatitis B ni, memang bahaya tau, sebab dia boleh buatkan kita sakit jantung..
Orang 1: Haaa sakit jantung?? Betul ke?
Orang 2: Eh betul laa, sebab tu la orang takut kalau kena Hepatitis B..

Pffff..penulis terus terkedu tat kala bila Orang 2 mengatakan Hepatitis B boleh menyebabkan sakit jantung. Nak terguling-guling gelak pun ada..kalau ikutkan hati penulis, nak je tolong betulkan facts sebenar pasal Hepatitis B yang mereka sembangkan tu, tapi biar la... Gelihati melihat gelagat dua sekawan ni, hampir tergelak penulis dibuatnya... Selesai memakai tudung, penulis terus berlalu pergi, meninggalkan dua sekawan itu terus bercerita tentang Hepatitis B mereka..hahahahaha

 ----------------------------------------------------------

iPhone

Penulis berada di dalam lif, sedang menuju ke restaurant berdekatan untuk mengisi perut, sambil memikirkan menu makanan yang sesuai untuk tengahari itu..sambil berangan-angan, penulis diganggu oleh perbualan di bawah..

Si A: Aku teringin la nak pakai iPhone..cantik laaa
Si B: Tak payah la...
Si A: Apasal pulak?? muka kehairanan..sambil menanti si B melontarkan hujah-hujahnya..
Si B: Ko tau tak, iPhone tu, screen dia, body dia, dibuat dari kaca??
Si A: Habis tu kenapa?
Si B: Ko tak rasa rugi ke beli phone mahal-mahal, pastu jatuh..pecah?? ko tak sayang duit ke??

Penulis terkujat mendengar hujah si B..dan teruskan mendengar lagi..

Si A: Ye la..tapi aku suka...
Si B: Memang la ko suka..tapi susah nak jaga dia..kaca tu...
Si A: Emmm.. terdiam..sambil terkebil-kebil memandang handphone lamanya..

Kasihan di Si A, baru berangan nak pakai iPhone, dah kena pelekeh dengan Si B yang tak de ilmu langsung pasal iphone..kasihan kasihan.... Si B pun, agak-agak la, kot ye pun dengki dengan Si A yang nak pakai iPhone, jangan la takut-takutkan Si A pasal kaca tu hahahaha..ingat Apple tu bodoh sangat nak pakai kaca biasa nak buat iPhone tu ha? ha? lawak cipan betul la depa nih!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Kesimpulannya..cakap tu sila pandang kiri dan kanan, cari la info dulu kot ye pun nk tunjuk terer..kang kena gelak tak pasai jek..hahahahha...

Friday, October 15, 2010

Focus!! Focus!!

Emm countdown kat sebelah tu makin hampir. Tapi preparation macam tak berapa siap lagi, tapi boleh pulak sibuk-sibuk pasal trip bulan February tahun depan. Apa kes kan? Bukan takat sibuk pasal trip tahun depan jek, sibuk pasal trip yang tidak pasti hala tuju, sejak 2-3 hari ni pun ya jugak, al maklum la, AA tengah promo kan..

Banyak tempat dah di'KIV', pegi nye entahkan bila...Pukul 5 pagi semalam, masa main dengan Aqilah, aku ajak dia tengok National Geography - Childhood Promises tu. Alamak best pulak tengok diorg pegi tempat-tempat tu, tempat yang sangat rare orang nak pegi..bayangkan anak dan bapak ni turun naik keretapi, dari Beijing hingga la ke Paris!!!! Masa perjalanan lebih kurang 2 bulan!!! Huih..kalau aku ada cuti sebanyak tu, dan fulus yang mencukupi, sumpah aku pun teringin nak buat hahahaha...

Cakap pasal promo 100million guests AA nih, Cawan ada ajak pegi Mumbai. Aku heran sangat dengan Cawan nih, tak tau la apa relationship dia dengan negara India nih..ish..hari tu ajak pegi Delhi, dah termakbul dah impian dia..kali ni Mumbai?? Huh?? Apa cerita??

Susah betul la nak focus buat apa saja sejak akhir-akhir ni..banyak sangat intervention... Cawan pun pening kepala nak layan. Mula-mula cakap pasal nak beli barang rumah, lepas tu tetiba je, aku duk tanya pasal camera, lepas tu, tiba-tiba je, aku duk cakap pasal tiket, pastu citer gosip kat office, eh pening betul laaa..patut la Cawan sampai tertidur-tidur dengar aku celoteh..pfffff!!!


Emm sebenarnya tak tau nak tulis apa ni, sebab tu meraban lagi!! Ok udah tu..nak sambung buat kerja..tapi tak de mood sebab dah Friday..boleh tak, nak balik rumah je?? dan surfing internet sesuka hati dari pagi sampai petang?? Boleh tak?  Boleh tak??

Emm mungkin retail therapy can help refocus kepala ni? Eh tak boleh, tak boleh!! Simpan duit, karang ada tiket murah kang, takde duit plak nak beli..pffff!!!

Eh tetiba je rasa cam nak update template blog..ni semua Biq punya pasal huhuhuhu, dia asyik tukar itu ini jek..cam menarik gak ni..

Eishhh focus!! focus!! satu per satu ok??!!!! #$%^&*()#$%^

Thursday, October 14, 2010

The more you read...


Imbas kembali..
Teringat masa kecik dulu, mak selalu belikan magazine Kuntum, Dewan Pelajar, Pelita Bahasa setiap bulan, masa ni aku dan Lane masih lagi di primary school. So sangat la sesuai bahan-bahan bacaan macam tu..Kami dua beradik mesti berebut nak baca dulu magazine tu, tiap kali mak beli. Selalunya aku la yang kena mengalah, sebab anak sulung kan?? nyampah!!!!! Selain buku, komik Doreamon pun kitorg baca gak. Tapi yang ni, Lane selalu pow kat mak, sebab dia pow selalu dapat punya. Tiap-tiap pagi Ahad, mak pegi pasar basah Kg. Simee, mesti kitorg ikut, sebab nak beli komik Doreamon hahahaha... pastu macam biasa, mesti berebut-rebut nak baca!!!! eee saiko betul laaaa. FYI, komic Doraemon tu sekarang, dah jadi bahan bacaan Cawan tiap kali balik ke Ipoh..begitu juga dengan Icam huhuhu...

Bila dekat sekolah ada pesta buku, aku pasti akan bergegas pegi tengok. Lepas tu suka hati je buat senarai buku mana yang nak, balik rumah terus present kat mak senarai tu, tapi mak selalu kasi beli 1-2 jenis buku cerita je..huhuhuhu kesian.. Dan buku cerita yang paling syok sekali kitorg layan time kat primary school dulu, adalah buku penyiasatan Enid Blyton... best gilaaaaaaaaaa ok!!! Sampai berangan nak jadi ahli penyiasatan bila besar nanti hahahaha..Kitorg ada banyak sangat siri buku tu, sampai sekarang masih tersimpan lagi kat rak buku kat rumah Ipoh tu, sayang nak buang..

Bila masuk secondary school, mak selalu beli kan Reader's Digest, tiap-tiap bulan walaupun harganya sedikit mahal..huhuhu sayang mak!! Content RD ni agak berat sikit la, berbanding majalah kanak-kanak kitorg tu, tapi best juga, sebab di'introduce'kan dengan benda-benda baru. Novel yang menjadi igauan kami time kat secondary ialah, SVH (Sweet Valley High).. Kitorg sanggup simpan duit belanja sekolah semata-mata nak beli novel ni kt Parkson, Ipoh Parade!! Dah la duit belanja sekolah time tu RM 1.50 jek, harga novel tu lebih kurang RM 13-14...huhuhu..makanya berdiet la kitorg semata-mata nak beli buku citer tu. Dasyat betul.. Novel Hut antara tempat lepak kami. Sebab macam-macam novel english ada dan yang paling best, buku kat situ MURAH sebab secondhand hik hik hik..tiap hari Sabtu, mesti kami berdua keluar pegi Ipoh Parade, untuk cek novel yang best2 hahahaha.. Sampai ke hari ni, buku-buku SVH dan yang lain-lain, masih tersimpan rapi di dalam kotak atas almari bilik kami kat Ipoh.. eh ye ke? ke mak dah buang?? huhuhu balik nanti kena cek balik..

Masuk je aku form 4, masa tu Lane form 2, kitorg start layan bola EPL plak..tak tau la cam ne plak tetibe leh minat, masa tu ada tayang kat Tv3. Team yang kitorg sokong, MU. Sampai hari ni aku masih tak tau napa aku pilih MU. Time ni Beckham baru nak naik, pakai jersey no 24. Tak terkenal langsung hahahaha.. Takat tengok kat tv je tak best sangat. Jadi kami pun beli la majalah bola yang diimport khas dari UK!!! Harga mahal gile. Kedai tu dekat je dengan bus stop kitorg nak balik rumah, kat Ocean tu hahaha.. So apa lagi...kumpul lagiiiiiiiiiiiiii duit, nak beli majalah bola punya pasal..adey...sampai aku habis SPM, penuh dah satu kotak majalah bola..Nasib mak tak bising-bising hehehehe...

Bila masuk university, novel-novel romance pulak menjadi pilihan..hahaha over betui!! English or Malay, semua aku tapau!!! Tapi kejap je baca novel romance ni, sebab kadang-kadang cam bosan, asyik jiwang karat je. Sekali sekala aku baca gak National Geography, tapi baca kat kedai je la, sebab masa kat uni dulu mana ada duit sangat, so kena la jimat cermat, majalah hiburan cam urtv tu pun selalu gak layan, saja amik tau pasal artis hahaha..dah tu je yang murahnya.. Travel magazine pun aku selalu jenguk-jenguk kat kedai majalah, pastu mula la berangan nak pegi situ, nak pegi sini, maklum ler, time tu tak mampu, angan-angan mampu la...

Dah masuk alam dewasa ni..cewahhhh.. Minat membaca lebih kepada benda-benda informative sikit, semua benda la aku baca, segala topic, cuma politik je tak berapa sangat, sikit-sikit tu ada la..sumber dari internet ke, magazine ke, newspaper ke..aku layan je.. Paling syiok bila lepak kat Borders/MPH dan baca buku/magazine kat situ huhuhu..amik feel dulu, baru beli kan???  Sekarang aku suka layan novel yang cerita lawak-lawak sikit, sesuai sangat dibaca time santai, bila baca aku akan tersengih2 sendiri cam kerang busuk sampai Cawan pun naik hairan.. Baru-baru ni Cawan ada hadiahkan buku cerita terbaru dari Sophie Kinsella, tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii baru baca 2-3 muka surat dah stop..sebab Aqilah merengek mintak perhatian..ee kacau daun betul la budak tu... Rasa nya dah 2-3 kali baca page yang sama, tapi masih tak lepas lagi satu chapter..adeh..!!! 


Baru beli buku ni kat MPH Mid Valley hari ni, sebab too excited nak introduce Aqilah dekat buku. Kecik lagi?? Emm reading books to new born adalah salah satu important step untuk reading development diorg !!! Membaca boleh stimulates senses kat baby, boleh introduce numbers, languages (banyak bahasa Aqilah kena belajar nih, senang translate utk mummy dan sekupang team bila travel ke non english speaking countries nanti..so tak de la kitorg buat sign language ekk, itik terbang, kapal terbang, kuda laut, lintas jalan, angkat2 tangan kaki semua ok? ), improve listening, vocabulary, colors, shapes dan yang paling penting, untuk menyemaikan sikap suka membaca pada baby, sampai la dia dah besar nanti..
Jadi Aqilah kena la rajin membaca ok?? Best membaca ni tau!!! Betul tak kawan-kawan???? Bak kata pepatah inggeris “The more you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you'll go.”  Ha the more places you'll go tu yang part paling best sekali hahhaha...
Emm best betul baca buku ni..sukanya sayaaaa...

Eh iklan best ni...tengok tv la jap..

Saya rasa mcm nak masuk je dlm buku ni..

..ball..errr..socks..err...chair..err..car.. sedang mengingati

Thursday, October 7, 2010

Double Chin

Aqilah Smiling
Si kura kura comel..muahsss

Tuesday, October 5, 2010

अविश्वसनीय दिल्ली!!

Lewat malam tadi, errr tak la lewat sangat, lebih kurang 12.10 AM, aku bersengkang mata menghadap PC, buat project baik bersama si dia (laki si Biqque tu la, err jangan marah ye puan Biqque) ..cari punya cari..dan cari lagi, dan lagi..dan lagiiiiiiiiiiiiiiii.soalan demi soalan diutarakan...akhirnya kami sepakat...

Tup tap tup tap..next..dan next lagi...processing...confirmed...... Akhirnya ia dalam gengaman..Puas!!!

Menuju ke bilik tidur, dalam hati bernyanyi-nyanyi...sambil membayangkan kemeriahannya nanti..
Jai Ho, Jai Ho, Jai Ho, Jai Ho

(Aaja Aaja Jind Shamiyane Ke Tale
Aaja Jariwale Nile Aasman Ke Tale
Jai Ho, Jai Ho)
Jai Ho.., Jai Ho.., Jai Ho.., Jai Ho..


Akan Tiba..
15 February 2011

Monday, October 4, 2010

Cinta Baru

D90 ...bersama Nikkor 50mm f/1.8