Thursday, August 13, 2009

H1N1 Vaccine

Ni nak citer ni, tadi pas balik office, terus ajak Cawan pegi klinik kt Bukit Antarabangsa, sebab nak amik shot untuk H1N1. Tetapi, shot H1N1 yang bakal kitorang amik ni, bukan lah H1N1 Swine Flu, tetapi H1N1 jenis-jenis yang lain , sebenarnya H1N1 ni ada banyak jenis, yang terbaru, H1N1 Swine Flu yang sedang hebat melanda sekarang ni. H1N1 Swine Flu vaccine yang sebenar masih belum kuar lagi, ura-uranye end of this year. Tapi vaccine H1N1 yang lain-lain memang sudah ada.

Walaupun ni bukan vaccine H1N1 Swine Flu yang sebenarnya, tapi doctor cakap masih boleh digunakan untuk protect badan kita dari terkena H1N1 yang seangkatan dengannya. Tetapi yang ni masih belum boleh protect dari mendapat H1N1 Swine flu, sebab strain nya amat berbeza. Strain dalam vaccine ni, memang dikeluarkan untuk seasonal flu. So since kitorang nak pegi Melbourne dan Sydney bulan September ni, iaitu lepas winter dan seasonal flu season di Australia tu, elok la diambil vaccine nih.. mana la nak tau kan..

Ni la gambar kotak H1N1 Influenza Vaccine yang kitorg amik tu..Kata doctor tu, yang vaccine nih, Australia punya. Aku pun tak sure apa yang Australianya..Dalam vaccine nih ada strain2 berikut, yang kata doctor merupakan seasonal flu strain, dan disebabkan itu, protection terhadap swine flu adalah amat tipis.
•A (H1N1): an A/Brisbane/59/2007 (H1N1) - like strain, 15 µg HA per dose
•A (H3N2): an A/Brisbane/10/2007 (H3N2) - like strain, 15 µg HA per dose
•B: a B/Florida/4/2006 - like strain, 15 µg HA per dose

Oleh itu, mari lah sama-sama menjaga kesihatan dan kebersihan, ikutlah nasihat dari Kementerian Kesihatan atau yang seangkatan dengannya,demi kesejahteraan bersama..

2 comments:

biqque said...

ha kan dah ckp mmg H1N1 punya, cuma version lain je la kot kan...janji suntik!

BlueEwoke said...

iye betui betui :)