Sunday, August 2, 2009

Melbourne-Sydney Backpackers Budget

Kalo cover guidebook to Melbourne & Sydney dah siap, harus la budgeting dah siap awal-awal lagi kan.. Meh sini aku kongsi perbelanjaan trip ke Melbourne & Sydney backpackers style utk seorang heheheh..

Flight = KL -> Melbourne -> Sydney -> Melbourne -> KL = RM 922.50
Lodging Melbourne & Sydney = RM 403.85
Car Rental Melbourne & Sydney = RM 475.30
Entrance Fees ke tempat2 menarik = RM 150.80
Makan & Minum = Tak payah tukar
Shopping = RM 287.00
Train - Sydney City & Airport = RM 43.50
Toll & Parking & Petrol = RM 345.00
Grand Total utk seorang = RM 2627.95

Time kitorg tukar duit AUD minggu lepas adalah bersamaan dengan RM 2.87 = AUD 1.00
--------------------------------------------------------------------------------------------
Antara benda2 yang mengurangkan cost perbelanjaan..
- Utk penginapan, kitorg dah save 1 malam sebab time kitorg tiba kat Melbourne dah kul 12++ midnight waktu diorg, so tidor kat airport je la senang.

- Duit makan minum kat sana, memang kitorg tak tukar dah, sebab ni memang gune duit balance yg kt GC ari tu ada balance AUD 186 lagi, sebab ari tu kat GC kitorg memang over estimate makan kat sana mahal, padahal AUD 150 dollar tu more than enough for two pax!! lagi pun kat hostel ade pantry utk masak2, leh la masak2 simple2 utk roti bakar ke, grg telur ke, maggi ke kan..?
- Untuk shopping, kali ni memang aim utk beli brg2 utk diri sendiri dan kaum keluarga terdekat jek, cam fridge magnet dan seangkatan dengannya. Kalo nk shopping lebih2, sendiri mau ingat la, unless ada duit terlebih lagi kan..


- Utk 1st day kat Sydney, kitorg akan gunakan public transport iaitu monorail dan train dari airport dan sekitar Sydney town, lagi pun tiket monorail beli sekali je, tapi leh pakai utk 1 hari. Attractions dlm Sydney city pun walking distance je, 2nd & 3rd day baru naik keta pegi ke South Coast NSW, sejauh 300 km ..
- Utk kereta sewa kat Melbourne dan Sydney, total harga yang disebutkan diatas adalah harga online yang paling maximum sekali dr Avis & Hertz, maybe kat airport murah lagi. So tgk la nanti cam mane kat sana nanti..harap2 dpt harge lagi murah..
- Budget utk toll, parking dan petrol memang di'overestimate' kan, especially petrol. Tapi utk parking dan toll, rase nye tak guna banyak, sebab hostel kt Melbourne & Sydney dh sediakan parking percuma, maybe kena byr parking2 kt tempat lain?? toll diorg cam tak byk je lalu, mostly lalu kat freeway jek.
- Kali ni visa tak perlu buat lagi, sebab yang hari tu punye masih valid..sini sudah jimat sebanyak AUD 20. Oh ye, kepada sesapa yang nk ke Oz nih, baik korang pegi buat visa kat travel agent je, jgn buat kat website ETA tu, sebab kalo buat kt travel agent sini bayar dlm RM 20 sahaja!! :) aku pun baru tau pasal ni dr org lain..
- Emm kalo dibandingkan budget perbelanjaan pegi GC hari tu, kitorg cuma kuarkan RM 2250 seorang (all inclusive) dengan kadar tukaran RM 2.43 = AUD 1. Tapi yang ni cam lebih sket la kan, ape nk buat, currency AUD dh naik..
Apa-apa pun kitorg dh ready nak pegi nih, cuma countdown tu je tak sudah2 lagi :S, kesabaran betul la....

4 comments:

biqque said...

extra budget tu kat accommodation ngan keta kan? sbb berdua...if berempat berlima berenam bertujuh berlapan mesti lagi murah :D

pape pun, tengah jeles!

BlueEwoke said...

ha a kat acco & keta sewa, tang tu mahal sket la. I rase nk amik terus kat sana je keta sewa, sb cam leh dpt murah lagi jek, dari book online. Yg hostel tu tak leh buat ape2 la kan, kena gak sewa siang2,kang tak pasal tak de tempat nk tido plak..hehehe

Cawan said...

xsabar nye cawan nk pergi shopping.. Aussie here i come!!

NATASHA said...

salam...sy nk travel ke canberra dr sydney n cadang nk rent car dr sydney...
kalau sy sewa kereta kat sane terus lg ok or online booking lg ok?
kalau sewa kat sana terus agak2 risky ke?