Saturday, August 15, 2009

Panasonic Lumix DMC-FS15

Dari malam tadi aku dan Cawan sibuk research pasal compact camera. Tapi nak beli yang murah-murah je, sebab kami dah ada camera digital semi-pro Olympus SP550 tu. Tapi satu camera je la kan.. Lagi pun cam malas nak pinjam camera Sony Along tu, diorang confirm nak pakai time raya nanti...

So cari punya cari, ada la 3-4 jenis yang berkenan. Yang paling utama sekali, nak amik gambar outdoor yang cantik, dan color mesti cun. Megapixel aku tak berapa kisah, 7-8 Megapixel dah cukup bagus, bukan nak print poster saiz pun kan..hehehehe..

Antara camera yang menjadi pilihan dari hasil research kami adalah Canon Powershot A480, Sony Cybershot S930, Nikon Coolpix L20 dan Lumix DMC-LS85. Harga camera ni semua under RM600 (harga dari forum Lowyat, kat luar mesti lebih sket) , iaitu dlm range budget aku...kedekut gile kan??

Tup-tup sampai sana, tertukar pikiran pulak. Tiba-tiba je macam terminat Lumix DMC-FS15, salah satu sebabnya, sebab ada sale, pas tu dah test camera tu dengan model-model yang kami cari malam tadi, cam yang ni lagi best, ada wide angle 28mm, Leica DC Vario-Elmar lens with 5x optical zoom (tak heran, Olympus kitorg ada 18x optical zoom), 12 megapixel (alamak terlebih pulak), intelligent auto mode, intelligent scene selector , mega I.O.S (menghalang blur akibat dari hand shake) intelligent ISO control, color pun cantik dan yang paling penting, navigation dia very user friendly, battery lithium ion, boleh shot sebanyak 330 shot. Yang lain-lain features tu ada la lebih kurang macam compact camera lain, image stablization la, 2.7 inch LCD screen la, dan blah blah blah. Yang ni dapat memory 2G je, kira ok la kan? lagi pun pakai SD card, kalau nak tambah lagi 2G, baru RM20++ je. Ni tak pe, leh pow kat Cawan suh dia belanja nanti..hehehe

Ni lah camera nya (pic was taken with Olympus :p)

Harga asal dari kedai Panasonic RM899. Harga Camera Fair kat Sg Wang Plaza RM799. Harga promosi kat Tarita RM699, tapi pas pusing kat 2-3 kedai Tarita yang lain, dan jugak kedai-kedai yang seangkatan dengan nya, last-last dapat la RM670. Terlebih RM 70, ok tutup mata!!! Terus amik!!!

Lepas ni aku leh la amik gambar sesuka hati dan sesedap rase aku, tak yah nak suruh Cawan, sebab dia suka jalan-jalan, pastu tiba-tiba hilang, so aku kena tunggu, jenuh plak tu nak tunggu dia, dah la amik gambar lama-lama pulak tu, leh naik temperature aku kadang-kadang tu.. Sekarang? Tidak lagi..sebab dah ada 2 kamera..hehehehe..

Hari berikutnya, kami ke Taman Tasik Titiwangsa untuk aktiviti bergambar, klik utk hasilnye :p

4 comments:

3plepl8 said...

waaa sudah ada kamera baru ke. pasni bleh amik gambar lagi banyakla. cayala bluewoke.

biqque said...

cayalah geng! its best to always have two cameras kan? kan? kan?

BlueEwoke said...

hahahahah best jugak rase nye..pas ni makin bertambah la gambar2 travel kite..Phuket-Krabi-Hanoi-France, bukan 3000 gambar, mau BERIBU-RIBU LEMON!!!

Daniel Wong said...

Hi,

Boleh bagitau kedai mana you beli itu kamera? RM670 memang murah..saya nak beli satu untuk girlfriend saya :-)