Tuesday, April 10, 2012

Osaka: Keseronokan Tidak Mencapai Tahap Maxima

Ish..marah orang Osaka baca tajuk entry aku nih hahaha. Sorry la if aku dah spoilt kan mood kepada para-para pengembara yang akan ke Osaka akan datang nanti. (Ini pendapat aku saja, pendapat orang lain mungkin berbeza)

Oh ya satu lagi, entry kali ni aku tak kan bercerita panjang dan eloborate macam-macam, sebab hati aku memang dah ke lain ditambah lagi dengan keMALASan tahap MAXIMA, maka pendek saja la ye.. yang penting kena jaga hati peminat (bak kata Janggel kekeke)

Mencari arah tuju, dari hotel nak menuju ke Osaka Castle. Aku bukan macam blog lain yang akan tulis turun station mana, exit kat mana, platform nombor berapa etc etc blah blah blah, sebab agak membosankan, jadi if korang nak tau station mana nak ke Osaka castle atau mana-mana saja destinasi korang nak pergi dekat dalam Japan, sila cari sendiri di Jorudan atau Hyperdia. Sekian wasalam..

Osaka Castle


Western gate di Osaka Castle. Sebaik melangkah masuk ke kawasan Osaka Castle, hujan mula turun rintik-rintik, nasib tak lebat, kalau tak confirm lenjun. 

Osaka castle dikelilingi sungai kecil..eh sungai ke?

Osaka castle ni antara istana yang popular di Jepun, dan selalu menjadi tumpuan pelancong asing dan rakyat tempatan.


Central tower Osaka Castle. Aku tak masuk dalam castle ni, sebab malas nak berebut-rebut dan beratur. Dalam tu memang crowded dengan orang diorg je. So aku skip. Tengok dari luar la kekdahnya.

Jangan tingalkan abanggggg! Kata panglima jepun di belah kanan nih hahaha

First time merasa takoyaki, 400 Yen saja. 

Jom kita ke plum grove pula, tengok apa yang ada!

Banyak pokok plum, tapi tak semuanya tengah berbunga..ada la segelintir macam ni yang kembang tersenyum lawo..heheheheh

Osaka Museum of History

Berdekatan dengan Osaka Castle tadi. Jadi dah alang-alang ada Osaka Unlimited Pass, kami dapat masuk sini secara percuma, kalau tidak kena bayar 600yen seorang. Nak tau pasal Osaka Unlimited Pass? Sila click Sini.

Dalam ni ada history tentang Osaka sepanjang 4 zaman. The Age of Naniwa, The Age of Osaka Greater Distribution, The Age of Greater Osaka dan The Age of Osaka Hongan-ji temple. Korang akan disuruh naik lif ke level 10, untuk memulakan misi menjejak sejarah Osaka. Dan dari situ korang akan turun dari satu floor dan floor berikutnya sampai le ke bawah okeh!





Osaka castle dari museum ni..

If sesiapa nak mencuba pakai kimono percuma, dalam Osaka Museum of History ni ada disediakan. Tapi aku malas nak cuba, sebab malas aku nak main sarung-sarung ikat sana sini hehehehe. 

Replika rupa bandar Osaka bila dah masuk ke era moden. ok nextttttttttttt..

Dotombori

Tak sah rasanya kalau ke Osaka dan tidak menjejakkan kaki ke Dotombori. Sebab ni salah satu tempat menarik untuk dilawati. Macam-macam ada. Tapi aku tak feel sangat kat sini. Tak tahu kenapa entah. Tiba-tiba je rasa menyesal tak duk lama kat Kyoto! cissss

Hmm tiba-tiba hujan renyai-renyai muncul sekali lagi petang itu. Tapi nasib baik kitorg dah bawak payung siap-siap.


Luas, dan besar. Tak larat aku nak jalan setiap lorong-lorong yang ada. 

The famous crab! Hahaha. Kat Dotombori ni BANYAK sangat restoran makanan. Takoyaki bersepah-sepah. So if korang jenis kaki makan, sila la try, tapi aku tak jamin halal la ek. Pachinko parlor pun banyak gila kat sini...zzzz

Aku terkejut masa nampak Ju-on ni..

Muka tak excited hahahah..dipaksa senyum oleh Cawan!

Ok masuk toilet sat, nak lepaskan hajat. Cawan tanya, ada tak aku main tekan ke button flusing sound tu, aku jawab tak! Aku tak darat sangat cam dia! hahahaha


BIC Camera, salah satu chain kedai kamera yang terbesar di Japan. Aku tak masuk tengok, sebab aku yakin harganya mahal. Baik aku pegi Low Yat or BB Plaza jek..kekekek

DenDen Town

Katanya lebih kurang macam Akihibara di Tokyo..ye ke?

Banyak la kedai-kedai games dan toys di sini. Of course Cawan sengih la, aku muka toya jek..tiada perasaan hahaha..

Minah maid yang bekerja di restoran kucing perasan lawa, nampak Cawan nak amik gambar, main nyorok-nyorok plak. 

Masuk kedai toys. Syurga buat Cawan. Katanya banyak yang tak masuk Malaysia. Tapi harga lebih kurang macam kat KL je, so kalau nak beli cuma beli yang tak masuk Malaysia je la.


Tomica Shop @ Umeda

Tak puas di Namba dan Denden town tadi. Cawan mengajak aku ke Tomica Shop di Umeda. Pergh..tetiba je dia nak pegang map dan bertanya kat orang kat sana mana nak cari kedai ni. Sampaikan tulisan dalam Jepun pun dia mintak orang tu translatekan, sebab alamat dalam buku Tomica tu semua dalam Japanese! GIGIH sangat!

Ha sebesar-besar alam...

Ha pilih-pilih! Memang aku kasi chance kat Cawan amik la masa lama mana pun nak pilih kekekek.. Kat sini leh buat custom car dan lihat sendiri cam mana diorg pasang keta ni sebijik macam kat kilang Tomica. Tu yang dia beria-ia sangat nak pegi tu.

Ni la booth pasang keta Tomica tu. Kecik je pun, tak sampai 1 minit dah siap assemble..apa daaaaa

Aqilah pun sama nak tolong daddy dia pilih keta. Maklum la daddy dia dah rambang mata. Damaged hari itu RM 400+ ...GIGIH dua beranak nih hahahah

Merchandise lain yang ada dalam Tomica Shop ni..nasib takde baju budak pompuan yang comel, kalau tak, dengan aku sekali damage nak membayor hahaha

Umeda Floating Garden


Sebabkan masuk sini percuma jugak dengan pass tadi, kitorg pegi la tempuh jugak, walaupun dah lewat malam. Ketinggian Umeda Sky Building ni ialah 173meter. Katanya boleh nampak satu Osaka.

Macam nak naik kapal angkasa pun ada nih. Wah memang bergemerlapan sky gardennya.

Osaka skyline dari Umeda Sky Building ni. Aku tak keluar pun, sebabnya angin sangat kencang, dan satu lagi sebab aku gayat, tempat ni macam terlalu open. So aku duk belah dalam je dengan Aqilah.

Umeda Sky Building ni pernah masuk dalam Amazing Race dulu hahahah..

Aqilah gigih menemani aku yang kesejukan dan kecut perut di situ

Berbaloi sangat amik Osaka Unlimited pass tu, sebab boleh naik semua subway dan ada banyak attractions menarik yang percuma. Cuma korang larat nak kejar masa nak tengok semua ke tidak..itu je..tapi kitorg berjaya jugak dapat balik modal dengan pass tu hari ini.. Puas hati? tak puas! Sebab apa aku tak rasa se-best macam Kyoto nih?? Aku tak feel Osaka! 


Nota kecil: Mungkin aku je berperasaan begitu kot, orang lain mungkin suka. Pada aku, Osaka adalah satu bandaraya besar! That's it la..lain-lain tu macam biasa je.. 



34 comments:

Ren said...

Wow cantiknya Osaka Castle tu!!!!

Besar giler kedai menan!!! Suka!

Bestnya..bilelah aku nak ke sana ni.....[pasrah]

Rozita said...

Akak rasa cam nak ke osaka-kyoto jer sepanjang panjang baca entri Na ni. Siap suruh husband alert AA punya promo.
Akak pon rasa cam kyoto tu lebih best dari osaka berdasarkan gambar gambar yg cantik cantik.
Comeinya dak aqilah tuuu..

Unknown said...

Janggel: Osaka castle tu memang lawo. Tp time aku pegi ari tu ramai gile org naik atas tu. Ko pn suka menan ke? eee ..kata thn depan nk ke sana, tp kite jgn p Osaka okeh.

Rozita: Kyoto memang best! So wajib pegi! Osaka kalu nk p, satu hari je la. Kitorg pn ada 1.5hari kat osaka aritu, tu pn rasa cam lama jek hahhaha..

Ely Hasrul said...

aku pasti yg paling puas cawan dgn qilah haha..

aku xgayat tp kalu angin kuat seram gak takut melayang eh mcm la kurus hahahhaa

Lily Riani said...

td page break tak tau kenapa. lupa lak what was the earlier comment.

i tak cover this area but instead we went to USJ, the day that was left kene entertain orang cari minyak in whole namba. sigh.... next time, next rejeki.

Unknown said...

Skin: Memang puas ati la 2 orng tu.. haha pas pantang ni konfirm ko kurus..kate nk 2 pis kat redang!!

Lily: It's ok lily, next time tak yah dtg pn takpe, but since u tak cover lagi Osaka castle, leh touch n go je okeh..pastu berdesup kite ke lain..aci? muahahaha

masMZ KaKiJaLaN said...

bila qilah beso sikit je lagi, sohih cawan pun kalah part2 ngambek meinan nih... hahahahahahahaha... sila bersiap sedia~

kalao jadik g t, nak pakai gak kimono pastu nak pakai lipstik tak penuh gaya2 kucing2 tu... hehehehehe

just.HY said...

ok baru nak baca. kali ni byk gambar takde ko nk membebel panjang2 ek. hehehe. cantikkk osaka castle tu! awesome mak bedah sgt ok! hahha

ju-on tu aku terkejut berukkk tadi! ingtkan btol2 coz gmbr tu nampak mcm real. ha ha taktau...better ko check bilik mainan cawan tu. kot2 ade bertenggek kat dalam tu.

Unknown said...

Masmz: Tu yg aku tak nak tu, aku nk train aqilah main batu seremban ngn galah panjang jek, jimat duit aku. Sihat tubuh badan dari main kete vrom2 tu hahaha.. Ok nanti kite beli lipstik baru okeh.

Danny/John: Hahaha aku dh kehabisan idea sesangat nk citer.
Ju-on bertenggek? haram ko!! aku paling takut kat Ju-on tu ler..aku masa mula2 nampak pn terkejut..hampeh!

MasZuber said...

takde idea sgt mesti sebab dalam kepale ade europe jea nehhhh..heheheee

pepehal, agak2 ade orang buat bungy jumping tak dari atas bangunan tue?

Hamra said...

Sedap x takoyaki tu?nmpk cm bebola kaya je..sgt comey aqilah cm anak jepun da sekali tgk,ptt ambik gambar aqilah pkai kimono..hehe
osaka unlimited pass tu valid 4 one day je ke?

Anonymous said...

Hi, I juz came across ur blog bila tengah cari pasal takoyaki kat internet. Takoyaki tu nampak sedap! Tapi macam mana nak tau halal ke tidak? Macam was was nak makan kalo tak tau ape yg dimasok kan kat dalam takoyaki tu. Did u ask the seller what's the ingredients used to make the takoyaki?

rayyan haries said...

Hello2, 1st time comment, selalu silent reader jer.

Macam best jer Osaka! Part Museum interesting lah! Coz minat sgt kat museums..hehe...

Unknown said...

Maszuber: Hahaha gila ko tak excited..rasa tak nyempat2 dah ni nk ke sana. Beg pn aku dah kuar dari store! Tak tau plak ada org buat bungy ke tak kat bangunan tu..

Hamra: Takoyaki tu i rasa biasa jek. Rupa cam bebola kaya. Osaka unlimited pass tu ada utk 2 hari jugak. Harge for 2 days pass = 2700 yen, sehari = 2000 yen.

An0ynmous: Kitorg try takoyaki tu lepas tanya seller tu la, dlm tu inti octopus jek, yg lain2 tu tepung, pastu ada seeweed. Kitorg tawakal je lepas tanya tu, sb tu beli. U can google from internet takoyaki ingredients.

Rayyan: Part museum tu agak menarik sebenarnye. Cuma tak byk english kat dia nye 2D show semua, so kitorg nganga je la. Ada museum lain lagi kat Osaka, PEACE OSAKA pn mcm best, tp kitorg tak sempat. If u pegi, jgn lupe peace osaka.

rayyan haries said...

huhuhu...kena prepare nihongo lah camni untuk full exprience! haha..bila lah nak gi...Yen agak mahal...

Unknown said...

Rayyan: Actually Yen agak murah skrg berbanding awal tahun ni. Skrg lebih kurang RM37-38 = Yen1000. Lalalalalaa

Biqque said...

area kansai satu hari hujan...hmmm...menci tau! tapi kitorang blasah gak gi cari ninja n temple...sonok tu sonok tapi area osaka ni totally lain la prangai orang n suasana nyer...kan?

tak sabar nak baca blog eu u plak!

Unknown said...

Biqque: Oo ye ke..takpe, ujan tu tak lebat sgt kan? kitorg pn redah je dulu. Tak cari ninja kat Ninja village tu ke? dlm tu yg ada show..tp tak tau la kalau ada certain2 season je pulak..hmmm

Blog EU berkurun ler lagi, nk pegi nye awal may, balik dah tengah may..kekeke

Biqque said...

Kitorang gi tempat ninja, dlm internet kata kul 3pm, kitorg mmg on schedule tapi smpai je hujan, lebat gak la smpai kena beli payung. Patu rupanya diorg dah cepatkan ke 2.30pm sbb hujan! Bleh?! Layan ninja keras je la dlm tu hahaha! Best gile, takde org!

Tgk gmbar Osaka cam best jer tapi tak sempat nak explore sbb ikut plan mmg tido jer, tak merayau. If mcm Tokyo, mmg I suka sesgt la kan.

Ala dah la u gi lama, nak tunggu u blk lg, pilih gambar lg, karang cite lg, lambatnyerrrr...tak sabo ni nak jeles tahap maksima!!!

Harlaney said...

sedapnye takoyaki.. fave maliki tuh!! amboi kuat shopping ye aqilah!!

Ely Hasrul said...

murahnye la rate yen tuh la la la la gak cis hahahha.. jap ape motif ade antu ju-on tuh?

Azizan Zolkipli said...

bunyi 'flushing sound' tu kalau dibuat ringtone, agak2 best tak ? hehehehe ...

Resm A. said...

Aku pon tak feel sangat dok kat Osaka tuh...satu sebab mahal...satu lagi sebab nak bergerak dari satu attraction ke satu attraction berbelit belit...tensen...

Unknown said...

Biqque: Cis sia2 je..show dia satu timing je ke? I tak tau tokyo cam mana, tp osaka cam biasa2 je..bandor besar je..patu semua cam moden2 jek..itu je le..

Laney: Biasa la aqilah tu, semuanya utk dia..

Skin: Ha a memang murah skrg ni rate YEN. Kalau ko nk pegi, elok la beli sikit2 dr skrg..memang berbaloi2. Motif ju-on tu takde apa, saje je memperingati ju-on..

Azizan: Best jugak..cer ko try buat, pastu tgk reaksi org hahahah

Muhamadakmalwahab: Eh ko pn rasa cam tu ke..hahahah..

Almiraz said...

Alamak tajuk cam tak feel.....heheheh...tapi kalau i dapat pegi sure i carik kedai 3 coins, 100 yen, gashapon dulu....sebab kedai2 ni merata tempat ada....hehheheeh...so, ni kira entry terakhir tentang jepang la ni ek?....:(

Anash said...

osaka...
sebab cawan masuk kedai menan..so, cawan yang terlebih feel suka ...
heheeh
jaga-jaga..aqillah nampak cam leh warisi tahta peel ayahandanyer tuh...

Unknown said...

Almiraz: Emm kedai cam tu memang byk kan, larat tak larat jela nk jejak satu per satu huhuhuhu.. ada satu lagi entry osaka.tp serius malehhhhh

Kak Anash: Ha a..dia feel la agaknye tu.. Aqilah tu nk kena sebat, baru la xde peel ayahandanye haaa hahaha

Orga said...

laa...osaka xbest ker?visa baru lulus je nih,adeyy...tapi pics korang memang cantik,xjemu mata memandang,ahaha...

Unknown said...

Orga: Aku je yg rasa mcm tu, mebi org lain rasa best kot.. Bila ko nk pegi? bapa lama?

Ain Mardhiah said...

*bersinar-sinar mata baca*

Akulah.com said...

so nice osaka...

fifa said...

hi,

saya silent reader blog ni...
Nak tanya, antara Kyoto+Osaka & NZ mana yang lagi best?actually saya dah beli tiket nak p osaka tp bila baca label under NZ tu terus drooling tgk scenery yg superb tu,rasa nak tukar haluan p NZ.

lagi satu...kalo nak jln2 dekat NZ tempat awak p tu naik bas je ok tak?

thanks :)

Unknown said...

Salam Fifa: Japan dan NZ dua negara berbeza. Memang tak leh compare. Scenery wise, NZ menang.. Jepun pun best..tp lawa jepun memang lain dari lawa NZ hahaha..memang susah la nk explain, kena pegi 2-2 baru tau kot..

Kt NZ i suggest u amik keta sewa la, sb kalau naik bas, susah nk benti2, nanti tgk scenery dr dlm bas jek, memang potong abis, dan sia2 hahaha.. Driving kat NZ sangat best, sebab sepanjang jalan pemandangan dia memang sgt lawa..ni sumpah i tak tipu..heheheh

fifa said...

hu3...nmpknya kena p dua2.ok noted pasal kereta sewa.hv fun in europe :)