Thursday, December 1, 2011

Chocolate Cake & Chocolate Sauce by Chawanna

Huh, tajuk cam gempak, Chocolate Cake & Chocolate Sauce by CHAWANNA tuuuuuuu..padahal resepi tiru kat internet jek.. Ada hati mengaku hasil kerja sendiri konon..haha tak pe la, janji kek aku dah jadi...

Ok semalam lepas selesai kerja-kerja office, aku bergegas ajak Cawan pergi shopping barang-barang buat kek. Habis aku heret Aqilah dan Icam sekali, semata-mata kek coklat punya pasal. Selesai saja shopping, balik rumah, bukak tudung semua, terus ke dapur, siapkan bahan-bahan, dan cari segala peralatan untuk buat kek, punya la semangat. Cawan hanya tengok je la. Tapi sayang, masa sibuk dengan segala bahan-bahan tu, camera pulak takde bateri, so terpaksa la charge kejap, jadinya, semua gambar-gambar tepung, telur, apa segala tu, tak dapat la nak dirakamkan. Tau-tau je dah sampai part mengadun/pukul bahan kek sampai naik!

Ni kalau guna tangan ni mau lenguh, dalam resepi tu takde pulak kasi tau berapa lama aku kena pukul kek ni, katanya cuma pukul guna speed perlahan dulu, lepas tu baru pakai yang laju, tapi masanya tak pulak diberitahu, dia cuma kata biar sampai nampak moist! So aku terpaksa la agak-agak sendiri.

Loyang ni aku beli khas malam tadi, semata-mata nak buat kek punya pasal, takde loyang bulat, 4 segi pun jadi la, janji kek aku siap! Masa ni aku tak tau la nak kata adunan kek tu dah kembang ke, sebati ke, memang aku agak-agak je, mata aku tengok macam dah ok, so aku tuang dalam loyang, sedia untuk dibakar. Oven, Cawan dah tolong pre-heat dulu, 180 celcius, dan haruslah kek ni dibakar selama 30-40 minit, (mengikut keadaan). Bila loceng oven tu dah berbunyi, cek la dengan sudu garfu/lidi tengok kek dah masak ke belum, kalau masa tarik keluar garfu/lidi tu ada sisa-sisa kek basah ikut sekali, tu tanda tak masak lagi la, so tambah la lagi masa 5-10 minit (ikut keadaan kek masing-masing), kang hangus tak pasal jek hehehe..

Ok sementara menunggu kek aku masak, aku teruskan aktiviti lewat malam aku tu dengan membuat Chocolate Sauce. Mula-mula aku nak buat icing coklat je, tapi Cawan kata tak mo,dia nak yang ala-ala macam makan kek kat Chillis atau Secret Recipe tu, yang macam cokat Hershey's syrup tu.. So aku pun google la resepi nak buat chocolate sauce tu, kebanyakkannya semua nak guna cream!! Sebabkan aku takde bahan tu, aku terpaksa la search resepi WITHOUT Cream! Nasib baik la ada..

Campurkan semua bahan-bahan dalam periuk, 170 g Chocolate bar (cooking chocolate bar tu), potongkan kecik-kecik supaya senang nak lebur. 170 ml air, 115 g gula (aku taruk 4 sudu je), 2 oz/55g butter, dan 1 sudu/penutup esen vanila. Lepas tu masakan semua bahan tadi atas dapur dengan api perlahan, sampai semua cair. 

Ni part yang paling best sekali, sebab nak tunggu bahan-bahan tadi cair takde la lama sangat, sebab bahan-bahan tu semua dalam room temperature je, so dalam 5-7 minit semua dah cair. Jadi sambil aku kacau-kacau tu, aku agak kehairanan, napa la tak pekat-pekat kan, sebab makan kat kedai diorg buat pekat jek!!! Jadi aku tunggu lagi 10 minit. Time ni Cawan dah kecoh-kecoh gelakkan dan kondem aku, katanya sauce aku tak jadi!! Hee memang memalukan aku betul la kan!! Lepas 10 minit tadi, aku tengok tak jugak pekat! Hadui, aku tak tau nak alter macam mana lagi dah! Sekali Cawan cakap, "u dah baca abis ke instruction resepi tu, cuba u cek balik macam mana nak kasi dia pekat.."

Sooooo aku pun pegi la baca balik dari A-Z...laaaaaaaaaaaaa rupa-rupanya, sauce tu kena sejuk kan dulu baru la dia pekat!!!!!!!!!!!!!!!!!!! zzzzzzzzzzzzz...memang memalukan diri sendiri betul laaa! Nasib aku baca balik, kalau aku buat bodoh sombong, confirm la berjam sampai pagi esok aku duk kacau nak kasi pekat!!

Ha ni la rupa chocolate sauce tu masa baru lepas angkat dari dapur. Macam mana la aku tak sakit jantung tengok color tak dark macam kat kedai!! Hadeh..

Tak lama kemudian, KE-TINGGGGG..oven aku dah berbunyi, so maknanya kek aku dah siap, rupa gelap je, sebab nama pun kek coklat, tapi bau macam harum je. Masa ni dah jam 12.15 malam, Cawan dah masuk tidur.. So aku tanpa buang masa terus potong kek dan buh chocolate sauce tu... Masuk bilik dan kejutkan dia dari tidor, sebab aku nak suruh gak dia rasa kek aku buat, kalau tak aku nak merajuk 3 tahun setengah dengan dia..

Tadaaaaaaaaa..siap dah, tapi sauce masih panas dan cair lagi, aku paksa Cawan duduk, dan suruh dia test tengok sedap ke tak!!! (gila kan main paksa2! hahaha).... Sambil dia merasa dengan mata tertutup, dia kata boleh la tahan, sauce tu ada la rasa macam ala-ala kat kedai, walaupun cair..sejuk kata hati dia, kalau tak rugi je beli bahan-bahan kalau tak sedap!! hahahaha.. 

Malam tadi aku tidur lena, sebab kek aku menjadi, first time weh, kalau tak ada je tak kena hahahah..

Pagi ini...


Ha ni la rupa sauce tu pagi tadi, dah likat dan pekat, dan lagi hitam legam dari malam tadi..pagi tadi semua orang breakfast makan kek coklat aku jek, aku tak kasi makan benda lain! Rugi dan membazir kalau tak habiskan..hahahaha


P/s: Aku lupa nak save page resepi kek coklat tu, nanti aku cari balik dan update, tapi chocolate sauce ada di --> Chocolate Sauce Resepi

18 comments:

Lily Riani said...

aku tunggu ... dah kul 5.38pm nih... kek tak sampai lagi tingkat 5 hp towers. mana oh dimana kek ku!

Lily Riani said...

chup! kalau chawan kat sini instead of cj, ada ler harapan aku nampak bayang bekas kek tuh kaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaan. sob sob sob....

kemang~ said...

uiii !! rajin gila! siap hias bagai..aha

Biqque said...

hoi bleh masuk masterchef ok!

i nakkkkkkkkkkkkkk! dah la i gilekan kuah coklat disiram ni!

tak kira, buat and kasi kat i!

Ren said...

Nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!! ko kejam!

Unknown said...

Lily: Hahaha tunggu ke, Cawan mana ada kat Damansara tu dah, dia kat Cyber, dah la hari ni tak keje. Nanti i try tanye dia kot2 dia rajin nk pegi anto esok ke hahaha (tak janji)

Kemang: Mana ada aku hias..kosong je la..harap kan coklat siram tu je hahaha, ngn daun lalang kat dapur aku je interframe dlm gambo tu keh keh keh..

Biqque: Hahahah masterchef nanti kutuk i kata resepi tak ori la, tak itam la..nanti i bunoh diri plak.. Kalau riwayat kek tu panjang, esok/luse sampai la kat u.. (tak janji)

Janggel: Nanti kita gathering ramai2 nanti aku try la buat sekali lagi, kalau jadi sama mcm ni, aku bawak la kasi korang rase..kalau aku tak bawak tu, sendiri2 paham la yek kah kah kah...

Anonymous said...

naa aku order hg htr mai penang bleh x.....
lepas ni bleh laa p temuduga master chef malaysia ....hu222

PENJEJAK AWAN

masMZ KaKiJaLaN said...

Haduiiiii..... tengok gambar je dah lahzatttt...... kalao dapat makan tak tau larrrrr lahzattttt sampai menjilat pinggan kot?!!!!!! Wahahaha.... Nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!

just.HY said...

weyyy...apsal ko letak mentega bykkk giler dlm topping coklat tuh! org letak skit jela. aku tgk mentega lagi byk dr coklat tu haaaaaaaa...plus, sila letak susu pekat ye instead of gula. mcm pelik je. mentega tu fungsinya utk kasik moist tu berkilat. cair sgt topping ko nih.

sori mengajar pulak. hihih

masMZ KaKiJaLaN said...

woitt john, tak tido lagi ke?

Unknown said...

John: Mana la aku tau mentega kena sikit, aku ikut resepi jek hahaha..ok lepas ni aku nk buat lagi, aku mintak respi ko plak hehehehe..

masMZ: Hahahaha nak ke? Nanti lain kali buat lagi kasi korang terai, tengok sedap ke tak, kena cirit birit jgn salahkan aku hahahah

just.HY said...

nak tryyyy!! aku tak kisah, jadi ke tak jadi..ngap aje. LOL

Zilla said...

beb, utk buat topping choc kalo takde cream blh ganti dgn susu cair..ini resepi aku, simple aje main2 campak2..susu cair tu ko panaskan tapi jgn smpai gelegak tutup api dan masukan cooking choc..kacau sampai choc cair dan masukan sedikit butter utk kasi kilat..kalo ko tgk topping tu tak pekat2, tambah sikit lagi choc..utk resepi ini biasanya tak payah tunggu sejuk atau semalaman, topping ini dah pun pekat...

utk adunan tu pulak, biasanya kalo dah masukan tepung jgn guna mixer..gaulkaup je guna senduk perlahan2 sampai semuanya sebati...

Anash said...

....err...
nak cuba...wat...
err..ada resepi?
sebab so far buat cekelat kek...
memanjang fail..(ie tak gebu..)
waaaaaaaaaaaa.....

Ely Hasrul said...

yg aku xtahan tuh.. dh ler cawan suka nk kondem2 ko tapi dia bleh layan ko bgn tido siap rasa smbil tutup mata hahahahhahahahhahahahha lawak..

ok ko dh berdosa kat ibu mengandung. bila nk bagi aku makan???

Unknown said...

zilla: emm lain kali aku cube plak buat chocolate topping, yg ni aku memang cari chocolate sauce yg main siram2 tu, dlm resepi aku ikut tu tak de mention pun pakai susu/cream so aku follow je la mana yg mudah hahaha..

Penjejak awan: Adeh, jauhnye nk anto sampai penang, kalau sedap cam jilat jari kaki berani gak aku p antar hahaha!

John: Dah nk abis kek nye, nanti aku buat lagi, leh kasi ko rase plak..(kalau jadi la)

Anash: Resepi kek lupe nak save, saya pun memang fail buat2 kek nih, ni baru berjaya hahaha..

Ely Hasrul: Kek nk abis dah, nanti aku buat lagi, aku kasi ko rase..boleh la ko kondem/puji sedap ke tak hahaha..aci?

kemang~ said...

@john



ko pandai buat kek kah? *kagum*

Ely Hasrul said...

no worries Na, aku kalu pasal makan sume sedap! hahahahaha