Saturday, October 29, 2011

Koleksi B & W

Beberapa bulan lepas, aku berjaya menghasilkan -->Koleksi Mini. Saja-saja test, tak de la pandai sangat. Terima kasih daun keladi pada abang Google, yang banyak membantu dalam penghasilan Koleksi Mini aku tu..hehehe

So kali ni, aku dengan Koleksi B & W pulak (black and white). BUKAN BMW ok!!! Yang ni paling mudah, sebab tak payah susah-susah nak edit sana sini. Tekan je function BW dalam software tu dan tadaaaaaaaaa..jadi lah gambar yang diinginkan.. Tapi part yang paling leceh sekali ialah pemilihan gambar, sebab bukan semua gambar cantik bila dah transform ke BW ni. Letih jugak tang sini. Tambah lagi kalau gambar tu di shoot dalam keadaan bercolor-color atau JPEG, leceh la sikit, sebab kena ambil kira ISO semua, nanti kalau ISO tinggi, confirm la nampak grainy kalau dah convert ke BW ni huhuhu (hmm mungkin lepas ni boleh try amik RAW plak). Jadinya, sedikit sebanyak, kena tweak sana sini kat software tu, untuk mendapatkan hasil yang sedap mata aku nak pandang (kalau mata korang tak sedap pandang, mintak maaf bebanyak la yek, sebab aku buat ni saja untuk syok sendiri je)

Kalau ikutkan sejarah photography, mula-mula dulu, semua dalam black and white je, tapi lama-lama bila teknologi dah canggih, slowly, semua dah bertukar menjadi warna warni. Kelebihan black and white ni boleh menampakkan gambar tu lebih nostalgic dan lebih classic (tertakluk pada gambar masing-masing)

Jom kita tengok jadi ke tak, kalau nak komen pun sila la..takde hal punya :) (sapa-sapa pun boleh komen, yang pro ke, tak pro ke..jemput la..)

















Agak-agaknya korang leh teka tak mana satu gambar pakai DSLR, atau pun pro compact? Sapa teka betul aku kasi 10 markah!! hehehe


Tuesday, October 25, 2011

Calling for Japan 2012

Pada yang belum ada agenda untuk tahun depan, boleh la try usha-usha tiket ke Japan nih..Murah gile. Lagi murah dari aku beli hari tu!! (aku beli RM 636), tak caya?? Ha korang tengok la sendiri!!!

Fatt, Kemang, Bdk2, dan travelholic yang lain pastikah anda dah banned web AA tu??? Takpe la aku kasi tau jugak, kot2 korang malas nak bukak web tu kan, travel date dari 4 May - 20 September 2012, booking plak dari 25 - 30 October 2011

Aku pun terkejut macam ni pagi tadi bila tengok inbox ada email pasal sale Japan ni!!! ish ish..nasib dah beli dah, kus selamat...

 Harga return - Osaka

 Harga return - Tokyo

Sedikit info pasal Japan untuk waktu summer ni. Walaupun semua orang gila nak pegi Japan time Sakura ataupun autumn, tapi bulan Jun-September jugak tidak ketinggalan cantik jugak. Sebab time tu, adalah season bunga lavender, lupin, lilies, poppy dan yang seangkatan dengannya, dan ada macam-macam festival kat Japan, antaranya Kyoto Gion Matsuri, Nebuta Matsuri, Awa Odori dan macam2 ler.

Kalau nak cuba lain dari yang lain apa salahnya kan??? Tapi apa-apa pun sila cek suhu dan cuaca sebelum rembat tiket tu, kang tak pasal ada typhoon ke, musim hujan ke, naya plak kan..

Untuk cuci mata travelholic sekalian..

 Lavender..

Untuk keterangan lebih lanjut, sila masuk website ni, macam-macam adooo.. Japan Guide


Akhir kata Selamat Mencuba, dan mencuci mata... sekian..


Thursday, October 20, 2011

Colors

Hari ni aku buat post mortem untuk gambar-gambar dekat Canon yang aku amik masa kat NZ hari tu. Sebab apa? sebab aku tengok gambar aku amik tak semengah gambar yang Cawan amik hehehe. Tapi aku nak compare dari segi warna je la. Sebab bab-bab creativity ni, agak subjective, memang susah nak compare antara satu sama lain. Interest orang kan berbeza!

So semalam kebetulan pulak tetiba je si Biqque, bertubi-tubi tanya aku macam-macam pasal gambar NZ, walaupun aku sendiri pun tak tau nak jawab, so aku jawab je la mana yang tau. Tapi sebabkan aku tak puas hati gak dengan jawapan sendiri. So aku buat la research yang tidak seberapa ni, dan baru ni dapat jawapannya hehehe.

Kenapa warna gambar dari Canon aku amik tak sama dengan Nikon? Itulah persoalan utama disini. Lepas mencari jawapan, conclusion yang aku boleh buat pasal color dekat camera2 nih, ialah, setiap camera colornya MEMANG BERBEZA, tak kisah la camera cap ayam atau pun cap glamour2 tu. Sesetengah camera, warna lebih cool, dan ada sesetengah warna lebih warm. 

TAPIIIIIIIIIIIIIIIIII...

Color-color tu semua boleh di'adjust' mengikut kehendak kita (baru kini ku tahu, padahal Cawan dah suruh dari kat NZ lagi, tapi aku buat dek je, sebab kat LCD screen nampak ok je semua hahaha). Perhatian, sila jangan hempuk dan baling camera anda, camera tak salah, orang yang guna camera yang salah  (aku le tu ngeh ngeh ngeh)


Nikon Picture Control
Kita mulakan experimentasi dengan Nikon dulu, sebab camera ni yang ada kat rumah hehe.. Aku test setiap picture control yang ada dalam Nikon tu, STANDARD, NEUTRAL, VIVID, MONOCHROME, PORTRAIT, dan LANDSCAPE.

Nikon Picture Control ni ada 6 jenis, aku cut & paste dari website Nikon yek..
1. Standard - Gives you standard, balanced images with no inconsistencies in the strength of the subject’s sharpening, contrast, brightness, saturation and coloration.
2. Neutral - Delivers images that are closest to the actual original scene. To reproduce the subject’s unique 
colors and gradations with maximum authenticity, avoid extreme enhancements.
3. Vivid - For distinct, colorful, fresh-looking images with just the right emphasis on your subject’s contrast and sharpening. Compared with Standard, Vivid bestows a more glamorous overall impression. It’s ideal for situations where you wish to emphasize primary colors, such as colorful fashions, city streets, fresh fruits and floral arrangements.
4. Monochrome - Gives you monochromatic shadings, such as black-and-white or sepia.
5. Portrait - Imparts more natural appearing skin. Skin tones are more lifelike, projecting a real sense of depth  as if shot with professional-quality film for a clear, authentic finish.
6. Landscape - Produces a more profound intensity than Standard. Compared with Vivid, Landscape 
creates more soothing, relaxed colors, effective for nature scenes. Rich gradations with an eye-catching appeal enhance the vibrancy and liveliness of landscapes, nature and even city street scenes.


Dan barulah aku tau kenapa rupa-rupanya gambar dari Nikon aku berbeza dengan Canon, mungkin sebab Cawan guna color setting Vivid, ataupun Landscape, so aku pun tanya la pada Cawan, setting color mana yang dia guna sepanjang di NZ tu!!! Dan jawapannyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ialah LANDSCAPE. Tak sempat aku nak tanya soalan sebab apa dia pilih setting tu, dia terus menyambung lagi "..i gune Landscape, sebab kita nak amik gambar scenery, baru la color cantik, apa guna ada setting color tu tapi tak guna, I dah suruh u cek kat Canon tu, u yang buat tak tau je..jangan la nak pot pet kat i plak...blah blah blah blah..." terus membebel berterusan macam tiada penghujung.... ishhhhhhhhh

Dan ternyata setiap setting tu, memang berbeza warnanya. Boleh korang nampak tak perbezaan tu? Focus point aku dalam 4 gambar ni adalah pokok lavender yang beratur memanjang warna purple tu. So korang sila focus kat situ yek..

Aku suka warna warni, so aku akan pilih vivid atau landscape..korang suka yang mana? tapi lepas ni kena tengok situasi la gambar apa nak amik, baru leh pilih picture control setting yang betul, takde la balik rumah dah transfer gambar rasa cam nak hentak pala kat dinding huhuhu..

Untuk Nikon user, boleh refer pada article ni Nikon Picture Control System, untuk mendalami lagi berkaitan benda alah ni..hehehe

Standard dan Neutral lebih kurang sama, landscape dan vivid agak garang sikit..focus point dalam gambar ni adalah tulisan Jamie's Kitchen warna kuning tu..


Canon Picture Style

Sebagai pengguna Canon jugak (cewah, padahal pinjam camera adik aku jek, buat cam harta sendiri plak!!), aku gigih google nak cari pasal setting2 color dalam Canon pulak, dan berjumpalah aku dengan Picture Style. Ada 6 color settings yang boleh dipilih oleh pengguna mengikut citarasa masing-masing.

1. Standard - Glowing prints with crisp finishes.It is the basic color of EOS DIGITAL.
2. Portrait - For transparent, healthy skin for women and children.
3. Landscape - Crisp and impressive reproduction of blue skies and green trees in deep, vivid color.
4. Neutral - Giving the greatest latitude for image processing.
5. Faithful - Accurate recording of the subject’s color, close to the actual image seen with the naked eye.
6. Monochrome - Filter work and sepia tone with the freedom of digital monochrome.

Pengguna Canon boleh refer pada website ni Canon Picture Style. So Biqque, diharap ini dapat merungkai segala misteri yang menyelubungi diri kita selama ni hehehe.. (kita tau nak warna warni jek hahaha)

Jadi boleh la cek exif data dalam gambar masing-masing, untuk cek style apa yang digunakan masa kat NZ. Mungkin lepas ni leh cube yang lain plak (Canon dah balik Puncak Jalil, so tak leh nak test Picture Style nye ha..)

Nota Penting: Canon Picture Style dan Nikon Picture Control ni, BUKAN SCENE MODE tau! Ni adalah setting untuk mendapatkan color yang TERBAEK untuk gambar yang bakal diambil oleh camera-camera anda sekalian..

Brand lain, mintak maaf bebanyak, aku tak sempat nak cari, sebab aku cuma guna dua brand ni jek. 

Untuk pengguna point n shoot/compact camera, tak kisah la apa-apa brand, korang tak perlu risau, select je scene mode yang berkaitan, sebagai contoh, Landscape/Scenery, Beach, Night mode, Sport, etc, zassssssssss insya Allah dapat hasil yang agak memberangsangkan jugak..selamat mencubeeee...



Tuesday, October 18, 2011

Travel Bible - versi Europe


Aku tengah gigih study pasal mereka-mereka semua nih..ish ish..tak tau la berjaya khatam ke tak, sebab aku sebenarnya suka cari info dari internet, salah satunya dari RickSteves.com, tapi bila baca Rick Steves' edition buku ni, boleh tahan gak mata aku melayan. Salah satu sebab tetibe je aku ada bible-bible travel ni, sebab booksale ari tu la..kalau takkkkkkkkkkk..memang haram aku nak beli..Mahal

Tapi jangan tertipu, walaupun ada 4 buah buku untuk negara-negara tu, aku baru confirm nak pegi dua jek. Lagi dua masih main-main osom lagik :))

Misi pandang ke timur in progress sekarang ni.. Dengan keazaman dan ketekunan yang tinggi, mungkin boleh settle tak lama lagi hehehe.. 


Nota kecik:  Kan ke bagus kalau time sekolah dulu aku rajin study2 macam ni kan?? mesti sejuk ati mak aku hehehe

P/s: Europe ni project mega Chawanna je, Biqque dan partner tak dpt join, diorg ada mega yang lain pulak...

Monday, October 17, 2011

FINALE: South Island - New Zealand

~ Christchurch - Akaroa - Hagley Park - Christchurch Airport ~

Emm kalau ikutkan hati ni, memang dah 50-50 nak ke Akaroa. Satu sebabnya, takut hujan, sebab pagi tu memang hujan renyai-renyai di Christchurch. Dan satu sebab lagi, perjalanan nak ke Akaroa tu, ambil masa dekat 1jam lebih gak.

Dah la bangun pagi tadi lewat, sebab hari ni kat NZ, diorg day light saving. Jam tangan aku tak berubah apa pun, so bila Cawan cakap handphone dia dah kul 7.30 pagi, aku cam musykil sikit, sebab jam tangan aku baru 6.30 pagi. Mengenali si Cawan yang memang lok lak sikit, so aku tak caya la cakap dia, tarik selimut dan sambung tidor lagi, sejam lepas tu baru bangun..toinkkkkk..rupa-rupanya dah pukul 8 lebih dah..haih..tepuk dahi je laaaa time tu..

Akhirnya Cawan berjaya convincedkan aku, supaya meneruskan perjalanan ke Akaroa, sebab dia kata, kat Akaroa insya Allah cerah... eh eh..tau-tau je dia..
Perjalanan kitorg ke Akaroa yang sejauh 75KM dari Christchurch, cuma ditemani cuaca mendung je, sekali sekala ada la rintik-rintik, sehingga la nampak signboard suh belok ke Akaroa.

Ada banyak town-town kecil sebelum tiba di Akaroa, antaranya Little River dan Hill Top. Jalan nak menuju ke Akaroa ni, ada 2 pilihan tak silap aku, satunya ikut SH75 ataupun Akaroa Tourist Route.

~ Akaroa ~


Akaroa Tourist Route, jalannya kecil, tak banyak kereta lalu pun..

Bila mula je masuk ke route ni, kiri kanan memang dah nampak view cantik, sampai la kat atas bukit tu, lagi la cantik, sebab dah nampak Bank Peninsula.


Harbour Akaroa nun dibawah sana..kat bawah tu la tempat yang kitorg akan tiba tak lama lagi..

Yang berbukit bukau, bergunung ganang ni, semua volcanic ni tau.. sebab tu mukabumi nya berbentuk cam ni...ha dont play play!

Mummy nak susuuuuu..embekkk..kata anak-anak kambing nih..hehehe

Sebenarnya Akaroa tourist route ni agak jauh berbanding SH75. Bayangkan kitorg spend masa dekat 1 jam lebih drive kat atas ni, sampai nak ke town Akaroa kat bawah tu. Tapi memandangkan view dan scenerynya yang sangat cantik kebabommm..takde la kitorg kisah sangat.. 

Kitorg drive sampai ke puncak (agaknya la) sampai la rumput-rumput dan tumbuhan yang hijau tu dah berubah warna jadi putih, sebab belah atas gunung ni, masih diselaputi salji.

Kecikkan tourist route ni, sepanjang jalan kitorg lalu ikut laluan ni, cuma jumpa 3-4 buah kereta je. Tu pun kereta yang turun, bukan naik macam kitorg. Matahari time ni main nyorok-nyorok, kejap ada, kejap lagi hilang..

Nampak gayanya salji kat sini macam baru jek, sebab bila aku pijak, masih lembut lagi..agaknya la kan hehehe..

Ha tengok jalan tu, penuh dengan salji. Lepas tu pulak, jalan yang ada bekas kenderaan lalu tu, kat belah kanan, so maknanya memang takde orang naik lagi la pagi tu. Disebabkan Cawan tak confident nak bawak kereta tu atas jalan yang berais, so kitorg guna la jalan sebelah lagi tu, senang sikit kan, tak payah risau licin ke apa ke..hehehe (dengan harapan takde la kereta dari depan)

Ice sedang melting. Waktu ni kalau datang dekat macam ni, memang boleh dengar ice tu cam bunyi pop-pop kecik2, tengah mencair agaknya..

Rumput-rumput dan tumbuhan kat belah atas ni penuh diselaputi salji, dan ditepi-tepi jalan, boleh tengok ais tu tengah cair, dan jalanraya ni pulak habis dibasahi air ais yang cair tu.. Teruja jugak aku tengok view macam ni, bukan selalu pun kan hehe..

Disebalik yang bersalji tadi, on the way nak turun dari tourist route menuju ke town Akaroa, ada pulak tumbuhan warna kuning-kuning ni. Memang cun la.. tak sia-sia..

Dah sampai pun ke town Akaroa. Akaroa ni sebenarnya adalah penempatan orang-orang Perancis yang pertama datang berhijrah ke New Zealand suatu masa dulu. Bangunan kat sini ada la sikit-sikit influence dari France. Pekan Akaroa ni kecik je sebenarnya, tapi memang best la. Sebab view kat sini cantik. 

Lepas parked kereta, kitorg berjalan-jalan kat sekitar kawasan tu, dan singah la kat kedai-kedai souvenir yang ada, untuk beli apa patut. Ni nampak je terik, padahal sejuk nih, memang tertipu betul. 

Perasan tak tulisan di signboard kat Akaroa ni, kebanyakkannya dalam French? hehehe..menarikkan..terasa macam berada di France plak dah.. Nama-nama jalan pula semua starting dengan Rue, atau dalam bahasa english nye Road/Rd.

Sepanjang berada di NZ ni, hari ni la baru kitorg try fish & chips. Memang best la makan kat tepi laut, menghadap harbour dan gunung-gunung hijau tu. Harga fish & chips kat sini murah je, NZ10 dollar, portion sangat besar. Aku beli satu je, dan share dengan Cawan..memang berbaloi..hehe

Lepak-lepak sejuk kan mata sebelum berangkat balik ke tanah air malam ni..ish ish sedih betul..

Bila tengok ada palm tree, boat dan kapal layar, lepas tu dengan matahari terik, dan cafe-cafe ditepi jalan, memang ala-ala French riviera gitu. Cer korang try google French riviera..ada rupa tak macam ni sikit2? 

Lepas makan fish & chips tu, ktorg bergerak semula ke Christchurch, waktu ni dah jam 1 tengah hari. So half day dah abis di Akaroa, lagi balance kena ronda Christchurch la nampak gayanya, sebab flight malam.

Cherry grove..cantik tersusun rapi..view ni on the way nak balik dari Akaroa..

~ Christchurch ~

Setibanya di Christchurch, kitorg singgah sekejap di Baby Factory Outlet, untuk cari baju Aqilah. (lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..ish ish). Bukannya apa, aku memang tak leh tahan tengok yang factory outlet ni, mesti nak masuk jugak. Kedai ni dekat sangat dengan Westfield Riccarton. Nasib la parking senang jek. Masuk je kedai, terus tengok yang best buy item, akhirnya berjaya rembat satu untuk Mika, Jacket Rugby World Cup 2011 ..huhuh amboii Mika!!

Dah sejam bertapa kat factory outlet tu, kitorg terus menuju ke Hagley Park. Saja nak ambil gambar dengan flora-flora kat sini plak. Hari first day lalu, tengok dari luar je, so kali ni nak masuk la pulak. Tapi kali ni aku tak tau masuk ikut belah north ke, south ke..main hantam saja, janji aku nampak bunga banyak-banyak tu pun dah ok.


Kalau banyak masa lagi, boleh la berjalan satu park ni, sebab dalam park ni, ada Botanic Garden jugak. Kebetulan time ni, kat Hagley park ada buat macam-macam event untuk Rugby World Cup, so memang macam-macam aktiviti ada kat sini time tu.

Banyak kan daffodils..

Pokok cherry pun ada banyak dalam ni, yang warna putih, pink, semua la ada..ko larat dan tak je nak berjalan tengok semua..

Close up pokok cherry..Hasil dari Canon 450D 18-55mm nih..jangan main2!!


Pokok cherry ni nampak suci sangat, sebab bunganya warna putih.. tapi jauh sangat la plak aku duduk..ish ish..

Avon River, tapi satu punting pun takde lalu sini, tak tau la bukak ke tak lepas gempa ari tu..

Ok sudah-sudah tu..jom ke lain plak..cantik kan tengok pokok cherry ni tepi-tepi jalan..ish geram..napa la kat KL takde pokok cam ni!!

Hagley Park sudah, so ke bandar Christchurch pulak, tapi sayang, semua jalan utama menuju ke city center ditutup. Takde terpikir la pulak nak berjalan masuk, sebab masa ni dah jam 4.30 petang, so amik gambar depan ni je la..

Hmm memang dah takde hala tuju dah ni. Nak ke shopping mall, memang takde harapan la petang-petang macam ni. Jam 5 petang, semua dah bungkus. So kitaorg menuju ke International Antarctic Centre yang terletak dekat dengan airport. Niat dihati nak masuk la kan tengok apa ada. Sekali sampai, diorg kata nak tutup jugak dah. Waktu tu baru jam 5 petang!! Haiihhhhhhh semua tutup awal la diorg nih!! 

Apa boleh buat, sekadar berjalan bergambar di depan tu je la, tengok kedai souvenirs, dan bergambar dengan Hagglund hehehe..


Hmm apa lagi nak buat ni yek, flight pulak tengah malam karang. Jadi kitorg buat keputusan untuk pergi mana-mana supermarket tengok-tengok apa patut, dan beli coklat lagi. Nasib la ada Countdown berdekatan airport tu. Berjaya la merembat beberapa keping Whitaker Kiwi untuk kitorg dan family. Dan bosan ronda dalam tu, kitorg pun pergi hantar kereta sewa yang terletak 10 minit dari airport, dan nasib baik company tu baik hati nak hantar kitorg ke airport, tanpa sebarang charge.

Setiba di airport, ktorg cari port untuk melepak, sambil-sambil tu, amik turn berjalan cuci-cuci mata tengok apa yang boleh dibeli lagi. Dan Cawan dapat la sehelai tshirt RWC jugak, tapi mahal 6 dollar dari harga kat luar! (sorry aku malas nak letak gambar airport)

Hmm nampak gayanya, nak tak nak, memang setakat ni je la journey Chawanna di South Island ni, sehingga berjumpa lagi New Zealand.... 


Nota kecik: haih lega aku dah abis dah pasal NZ, nak menyibukkan diri untuk aktiviti tahun depan pulak.., dengan Project Mega Sekupang lagi..NZ dah boleh tutup buku..tataaaaaaaaaaaaaa


Thursday, October 13, 2011

South Island - New Zealand (Part 10)

~ Greymouth - Arthur's Pass - Castle Hills - Christchurch ~

Hari ni hari untuk bermalas-malasan dan aktiviti santai. Jadi tak perlulah check awal pagi sangat. Ditambah lagi dengan hujan renyai-renyai pagi tu di Greymouth, lagi la lambat kitorg bersiap.

Greymouth pagi itu memang kelabu, dan perjalanan kitorg menuju ke arah Arthur's Pass juga kelabu, sebab diiringi oleh hujan gerimis, dan juga kabus..sabor je la... 

Ronda bandar Greymouth sekali lalu je, sebab memang kurang memberangsangkan hehehe, main snap je apa yang ada..mood belum mari pagi tu hehehe

~ Arthur's Pass ~

Hmm dah sampai pun ke Arthur's Pass Village. Berhenti kejap, nak amik gambar apa patut. Townnya kecik je, so tak yah jalan jauh-jauh. 

Ni depan toilet Arthur's Pass, burung kea punya la banyak kat sini. Time ni hujan agak lebat, beserta angin kencang, sampai nak terkencing aku dibuatnya hahaha

Sambung lagi perjalanan menuju ke valley-valley gunung di Arthur's Pass..langit kejap kelabu, kejap biru..

Banyak pokok alpine sepanjang di Arthur's pass ni.


Arthur's Pass lokasinya adalah diantara Christchurch dan Greymouth. Dari Christchurch kalau nak ke sini lebih kurang 2 jam, kalau dari arah Greymouth lebih kurang 1 jam 15 minit saja.




 Bridge di Arthur's Pass. 

Mengikut sejarahnya, Arthur's Pass ni dibina untuk menghubungkan West Coast dan Christchurch pada waktu gold rush dulu. Tapi pembinaan jalan ni tidak la semudah mana, sebab geografi kawasan ni yang berbukit bukau, dan berbatu, ditambah lagi dengan cuaca yang tidak menentu, memang mencabar mental dan fizikal. 

Mengikut fakta, jalan di Arthur's Pass ni siap dibina kurang dari setahun, walaupun dengan keadaan muka buminya yang mencabar tu. Selain naik kereta untuk menikmati pemandangan di sini, korang boleh cuba Tranz Alpine jugak. Apa benda Tranz Alpine? Tranz Alpine ni scenic train, boleh ambil dari Christchurch dan stop di Greymouth, train ni akan lalu la kat Arthur's Pass ni.. so sapa yang berminat pegi la cek website Tranz Alpine tu.

Bunga-bunga kuning ni pun bersepah di sepanjang Arthur's Pass ni..

Aku suka tengok warna gunung tu, sebab macam kena paint je, ada warna putih/kelabu/hitam, ala-ala cat jatuh melimpah gitu..


Jalan raya di Arthur's Pass, berliku-liku..dan jalannya turun naik mendaki bukit/gunung. Masa ni keluar dari kereta nak ambil gambar, angin sangat kencang, sampai aku nak berdiri pun rasa tertolak ke belakang.

Ha nampak tak ada part yang cerah, ada yang malap? Di Arthur's Pass ni, matahari macam main selindung-selindung di sebalik awan, so mana-mana celah awan yang lopong tu, memang tembus la cahaya matahari tu, so jadi la landscape yang menarik kat bawah ni.

~ Castle Hill ~

Yang ni memang aku teringin jugak nak pegi, sebab tempat ni ialah lokasi salah satu scene Narnia - "The Great Battle". Dalam movie, tempat ni memang marbeles cunnya, sampai aku rasa nak masuk-masuk dalam tv tu. So dah alang-alang lalu sini, niat dihati nak singgah la kan. Tapi sayang, angan-angan aku musnah di dalam kereta, bila tengok signboard, kena jalan KAKI ke dalam lagi. Terus Cawan macam malas nak berhenti. Hmmm sedih betul!! Panjang jugak la muncung aku untuk seketika time tu huhuhu..


Dapat ambil gambar Castle Hill dari tepi jalan je, jadi la buat syarat..

Perjalanan kami diteruskan lagi menuju ke Christchurch, mengikut plan asalnya nak ke Akaroa lepas tu..

Lihat awan tu, elok je panjang macam tu.awan sedang berarak menuju  ke Christchurch, mungkin Christchurch akan mendung tak lama lagi.. 

Arthur's Pass dibelakang sudah tak mendung lagi..

Nampak gayanya terpaksa batalkan hasrat untuk ke Akaroa hari ni, sebab takut hari hujan, jadi kitorg menghabiskan masa di Christchurch saja.

~ Christchurch ~
Sebaik tiba di Christchurch, kitorg terus buat keputusan nak shopping, di Dress Smart Outlet, yang terletak di Hornby. Kat sini semua outlet je, banyak jugak la choice kat sini, yang penting $$$ kena ada hahahaa.. Aku banyak shopping untuk Aqilah je, sebab baju budak boleh tahan murah. 

Dari kiri, 1. List outlet yang ada dalam Dress Smart ni. 2. Saja nak merasa, padahal kat KL pn ada hehe, 3. Suasana dalam Dress Smart, 4. Aqilah menghilangkan bosan tunggu aku shopping

Berjam-jam jugak la kitorg bershopping kat dalam tu, sedar-sedar je dah pukul 5 petang. Tempat untuk bermalam ni belum cari lagi. Tapi memandangkan Amber Park Holiday Park tu ok, so kitorg decided nak bermalam sekali lagi di situ. 
Yang ada pintu hijau tu kitchen, sebelah kanannya, bilik untuk tengok tv dan internet, bilik kitorg yang belah kiri kitchen tu. Bilik cabin ensuite, cuma NZD 74 saja.

Sesiapa yang berminat nak cuba campervan, boleh juga stay di sini, sebab ada powered site.

Lepas check in, sekali lagi kitorg keluar bershopping apa yang patut, tapi kebanyakan shopping mall dah tutup time ni, so pusing-pusing je la mana yang ada. Malamnya, kami lepak di bilik je, sebab nak susun barang dalam bag, esok malam nak berangkat balik ke KL dah. Dalam hati masih terpikir-pikir lagi nak ke Akaroa ke tidak esoknya...hmmm