Sunday, September 25, 2011

South Island - New Zealand (Part 1)

14.September.2011
Sepatutnye hari ni aku masuk office, tapi entah macam mana rasa liat pulak nak ke sana, so terus email encik Bos, dan apply 1 hari cuti lagi. Jadi boleh la bermalas-malasan, sambil-sambil tu boleh settlekan apa yang tak settle untuk trip NZ ni. Flight ke Christchurch dijadualkan jam 11.40 PM, jadi kami ada banyak masa la nak berlenggang kangkung hehehe..

Flight ke Christchurch dijangka lebih kurang 10 jam! So imagine la macam mana aku nak habiskan masa dalam flight sepanjang 10 jam tu? Adeh..pengsan! Ha sementara duk menunggu turn kami nak naik flight ke Christchurch, sempat la bersua muka dengan Cik Nili (kawan time ACCP dulu, entah berapa kurun tak jumpe aku pun tak ingat, tapi memang lamaaaaaaaaaaa la), sempat la berchit chat lebih kurang 10 minit, bertanya itu ini, sebelum kami membawa haluan masing-masing (dia nak ke Seoul).

Hmmm, 10 jam dalam flight,mati kutu dibuatnya, Aqilah dengan cara dia, Cawan dengan cara dia, yang pasti aku tetap tak boleh tidur! Ok, sebenarnya aku nak mengaku, aku memang suka travel, TAPI AKU TAK SUKA DUDUK DALAM FLIGHT BERJAM-JAM, 2 jam dalam flight pun boleh buat aku panas bontot, panas ati, apatah lagi berjam-jam kan! So sesiapa yang kata syok naik kapal terbang, aku tak paham la tang mana yang syok nya!! Melainkan korang duk first class (memang la syok kot kan??)

15 September 2011
Selepas 50 kali tengok jam (drama!), akhirnya kapten tu buat announcement yang kami akan landed dalam masa 20 minit lagi. Aku terus jadi bersemangat berkobar-kobar tak sabor-sabor nak pijak kaki kat tanah orang Maori ni! Sambil-sambil tu asyik duk pandang ke luar je, sebab dah Nampak rupa bentuk muka buminya, dan akhirnya sampai la kami ke satu kawasan yang awannya sangat la tebal, pandang kat luar semua putih bersih je, macam iklan Breeze tu.. lepas tuuuuuuuuuuuuuu tak disangka-sangka..ha Nampak la benda yang tak pernah aku tengok secara live sepanjang idup aku.. haaaa cube le teka apa dia??? Snow capped mountain!!!!!!!!!!! Yaaa Allah bestnya..dan sangat la cantik!!!


Disebabkan kejakunan tahap maxima tak pernah tengok snow capped mountain, jadi kami berdua asyik “wooooo waaaaa wooo waaaa, u cantik nya..u tengok tu..u, Nampak sungai..uuuuuuuuuuu” nasib la orang lain pun sama mcam kitorg, termasuk la mamat British depan kitorg hehehe..

10 minit kemudian, captain buat announcement lagi dan update kitorg pasal cuaca di Christchurch. Suhu  masa tu 8 degrees, dan CLOUDY! Huhhh sedih betul bila dengar perkataan cloudy time2 travel nih! Selesai urusan immigration, dan luggage, terus kami ke information counter, dan bertanyakan cam mana nak buat call ke car rental company tu. Rupanya mudah saja, angkat je gagang telephone yang warna biru, dan dial nombor yang company tu dah kasi, tak payah masuk coin pun, terus panggilan dilayan. 

Kitorg kena amik cab sendiri dari terminal menuju ke car rental company tu, yang hanya terletak lebih kurang 7-8 minit driving saja. Tapi harga taxi sampai 20 dollar! So bayar je la, sebab company ni kasi claim balik jumlah taxi yang kami kena charged.

Dah dapat kereta, terus melencong ke shopping mall berdekatan sebab nak beli barang keperluan untuk diri sendiri dan masak nanti. Cuaca tak cloudy langsung seperti yang dikatakan captain tadi! Dan aku Berjaya merembat sepasang boots yang murah gile, walaupun dah convert duit RM! Cawan dapat Hotwheels dia J



Lepas shopping, terus pusing-pusing town center, dan Hagley Park.. Perghhh…inikah yang dikatakan cloudy? Terang je aku tengok, langit siap biru lagi..





Dinner malam tu, disediakan oleh Cawan, telur dadar +sup sayur+nasi putih..  J Kami bermalam di Amber Park Holiday Park, jenis ensuite cabin. Sejuk nak mampus malam tu, kitorg bertiga langsung tak mandi, amik air sembahyang pun terketar-ketar. Malam tu semua bungkus macam ulat yang dalam kepompong tu hahaha..
 
Aqilah dalam sleeping bagnya


P/s: Tak sabor nk share gambar NZ :).. tgh layan gambar sambil lepak di Christchurch airport nih..

14 comments:

kemang~ said...

wah ! oke jeles !

Fatt said...

jadi ko bygkan la beb camne aku survive time winter aritu...hahaha..but spring is better, pada aku suhu dia nice2 elok...but winter...aku rasa beruang kutub pun pasang unggun api. hehehe...

aku slalu kalau nak naik flight more than 5hrs aku akan pastikan aku tak tido night before so bila aku on board aku ngantuk tahap gaban then aku akan tido the whole flight.

lagi 1, jgn katakan ko dgn mat british tu je yg jakun waktu nampak snowcapped mountain, sbb apa, local pun sama. aritu masa aku fly dari chch ke qtown, org sebelah aku local..dia punya jakun smpai berkeping2 gmbr gunung tu dia amik...lol!

but it's nice..i love nz :)

norh said...

bestnya...

Biqque said...

hoi dah kuar post! i dah draft, sok kuar :D

siut la masa korang bgtau nampak snow capped mountain dgn sakura look-alike tu i dah terkinja2 ok!

cloudy tu kapitan tu nampak kat atas hahaha! cantik la gambarrrrrrrrrrrrrr :D

nily said...

naaa....aku nk tgk gmbar aqilah more!!

bdk2@John said...

Welcome home!!!

ape rasa kat nz? cantikk bangat siiii.......hahah keep on updating as i'm reading these!

Ely Hasrul said...

santekkknyeeeee!!!!

blum ape2 dh dpt hotwheels? cekap hahaha.. rase kapten tu ckp cloudy dr pandangan dia time kt atas kot haha..

tbyg qilah kesejukan hihihi

lagik .. lagikkk...

just.HY said...

SubhanaALLAH...cantiknyaa!!! i akan datang lagi, but this time spring! hahaha...

hurry up report, i'm waiting for this! nak dtg lagi tak?

shah_rule said...

wow cantik nya, how was nz? xdpt tgk view macam tuh sbb smpai2 dulu ngan AAX dah malam.. temperature still below 0 ke? rindu nye~
cannot wait for ur next entry~ hehe
cannot wait to be back someday~

Harlaney said...

cantik siot.. wawawawa tak leh jadi.. tp apa kebenda budak kecik tu tgh buat.. hahah comel!

3plepl8 said...

kapten tu ckp cloudy sbb ada awan kot, walaupun sikit. kalu msia tu kira cerah sesangat la.
btw, qilah tgh mengulat di atas lantai tu nape???
apakah nama shopping mall dkt airport tu? cari tak jmp pun.

Unknown said...

Kemang: Hahahha..jgn jeles :p

Fatt: Memang tak dpt aku nk bayangkan cam mana ko leh survive dlm winter. Aku pegi spring pun terketar. Nak mandi atau keluar bilik pun rase mcm nak kena hukuman gantung..takut sejuk sehhhh.. hahaha.. Emm aku pun dah in love dgn NZ nih!

Norh: Memang best. Sila dapatkan tiket ke NZ dengan kadar segera! :))

Biqque: Hehehe snow capped mountain tu memang tak disangka langsung! I dh google dah pasal bunga yang ala-ala sakura tu. Memang betul pun cherry blossom! Smlm jalan2 kat Hagley Park pun, ada tampal signboard kat pokok cherry tu! Huhuhu so kite dh tgk cherry blossom seblum tiba di jepang kuang kuang kuang..

Nily: Ha nanti aku upload lagi gambo budak tu..hehe

Bdk2: Huhhhh confirm nk datang lagi. Insya Allah..gila la kalau tak mo dtg lagi ke NZ hahahah, memang org tu terencat akal!

Shah Rule: Ha a malam agak susah la jugak. Ktorg pun nasib baik je tu, sebab flight sampai siang. Takpe next time ada lagi! :) Temperature below 0 masa kat Queenstown hari tu. Tempat lain macam antara 2-8 celcius je, tp aku tetap rase mcm kat Antartic jugak hahaha..

Laney: Ha cantik..tu la ko tak mo pegi.. nanti beli tiket la kalau ada promo. Pegi time spring/autumn la cun kot. Summer pun ok gak rasenye.

3plepl8: Ye le kot tu. Mungkin tu cloudy ikut standard NZ, bukan KL! hahaha.. Aqilah tu tengah usaha panaskan badan dekat depan heater la tu, sambil menangis nak makan Whitaker Kiwi hahaha.. Shopping mall dekat airport aku tak tau jugak. Yang aku pegi semua luar dari kawasan berdekatan epot..

Cawan said...

Wooweee... negara ni mmng best, bile selamat sampai tu, kena ready n go dh, xde buang2 mase.. and nasib baik GPS cabuk tu berfungsi di negara asing ni, jadi tak perlu laaa sewa (NZ$5 Per-day) so, tak sesat :)

Hot Wheels tu dh mcm wajib! ambik mane2 yg limited jek.. he hee..

Snow cap tu mungkin Mt Cook??!

CIKU said...

Ciku baru start nak baca ttg NZ tetiba tengok ada kat blog ni..hiCiku baru start nak baca ttg NZ tetiba tengok ada kat blog ni..hihi.cantik!hi.cantik!