Sunday, August 15, 2010

Al Kisah Bulan Ramadhan..

Hari ni birthday Cawan. Tapi takde plan apa-apa yang special. Midnight tadi cuma wish birthday je kat dia. Kesiannn daddy Aqilah... So hari ni, pagi-pagi lagi kami dah bergerak ke Midvalley, kononnya nak jalan-jalan je. Jadi aku pun ambil kesempatan belanja Cawan beli baju dan seluar baru untuk dia dan seplastik keluaran Hotwheel edition terbaru, sempena hari jadi dia (kira hadiah la kan bebeh???). Itu pun dia ada hati lagi mau suruh aku belanja jeans baru kat HK nanti..wah wah wah....

Si Aqilah pula, aku belanja baju kurung sepasang. Susah betul nak cari saiz dia, almaklum ler, kecik sangat. Yang beli tadi pun saiz 4-8 months. So balik Ipoh raya nanti, kena suruh Opah Aqilah alter sikit mana yang patut, untuk kasi nampak cantik lagi.. Baju raya Aqilah ada banyak, sebab tu tak nak beli dah. Auntie Biq dan mak nyah Lane ada kasi masa diorg kat oversea hari tu. Cun-cun belaka. Masih belum pakai, so boleh la dia taram raya nanti. Sangat sesuai baju-baju tu, untuk cuaca panas time raya nanti. Seksi la Aqilah nanti..

Untuk aku pulak, takde beli baju raya atau apa-apa yang berkaitan dengannya, tapi beli makanan jek (selera gajah, alasan penyedap hati, sebab nak produce susu banyak huhuhu), biasa la orang tak boleh puasa kan, selera tetap macam orang berpuasa..(bukan saja-saja tak puasa ye, tapi masih "bercuti" lagi)

Hari ni juga untuk first timenya, berjaya ambil gambar kami 1 family..itu pun masa tengah duduk hilangkan penat berjalan kt MV tadi..

Abaikan rambut Cawan yang serabai tu..dan Aqilah yang sedang kaget..huhuhu


Setia menunggu Cawan membelek rak-rak Hotwheels kt JJ MV..Kesabaran je la...


Aqilah baru bangun tidur, bila cukup tidur, bangun senyummmmmmmmm jek..


Ni muka nak cari gaduh, sebab mummy lambat tukar diaper dia..sudah hangin satu badan itu budak..
Itu la al kisahnya...sekian...

6 comments:

Biqque said...

happy bday cawan!

aqilah, auntie biq luvs u to the bones! muah! nanti jgn lupa, "panda" kecik utk aqilah!

na, u look good :)

Unknown said...

heheehe..tq tq (on behalf cawan)

Panda kecik..huhu bestnye..Jom la kita berbuka puasa ramai2..leh jumpa2 dan makan2..

Biqque said...

haa planla hari apa kat mana. ibu berpantang yg decide la hehehe...

Cawan said...

ha, mane kek cawan saye ni.. masih tak dpt merase any kek lg..

biq na tu dh abis pantang.. smua benda trlarang dia telan.. & kalo nk main ngan Aqilah jemput2 laaaa.. (nk tlong jaga pun bulehhh)

panda panda.. mesti cute ;)

Lily Riani said...

nak cakap happy bird day tapi take kenai, kira aci ler, org wish... kot2 berkat kann...

awat aqilah cam nak naik angin...ehhehe

Unknown said...

Biq, utk berbuka puasa, sila vote di forum. Aqilah kata tak sabar nk main panda..

Tak pe lily, kenal ke tak kenal ke, tak kisah la..hahaha.. Aqilah nak naik angin sebab lambat tukar diaper dia..hahahaha