Monday, April 7, 2014

Tokyo: Ameyoko, Omotesando & Tokyo Camii Mosque

Ok entry last untuk Japan.

Hari terakhir di sana kitorg takde plan apa sangat pun, kami ke Ueno, sebab aku nak shopping barang sikit, lepas tu ke Ometosando di Shibuya dan akhir sekali ke masjid terbesar di Tokyo dan di Japan.

Ameyoko Shopping Street di Ueno.

 

Boleh dikatakan murah barang-barang di Ameyoko ni. Barang cosmetik bersepah di sini, dan harga boleh tahan murah dari harga di Malaysia. Kedai makanan halal pun ada 2-3 kedai kat area sini, mostly semua makanan arab/pakistan. Jadi rajin-rajin la ronda kawasan tu ye kalau nak cari barang. 

Omotesando, Shibuya.

Ke sini sebab nak tengok bangunan pelik-pelik dan tengok orang, itu je hehe.



Tokyo Camii Mosque

Masjid terbesar di Tokyo dan Japan. Tapi nak cari masjid ni leceh sikit. Sila refer di website masjid tersebut Tokyo Camii. Yang menariknya tentang masjid ni, senibinanya seakan kelihatan seperti Blue Mosque di Turkey. Ini kerana architect dan interior designernye semua dari Turkey. Boleh dikatakan masjid ni semua dipengaruhi oleh Turkey la, salah satu sebabnya dekat sini, komuniti masyarakat Turkey jugak agak besar, so masa mula-mula orang Turkey ni migrate beberapa puluh tahun dulu, diorg yang mula-mula buat masjid ni, dan dibantu dan dapat sokongan dari kerajaan Japan.

Masjid ni jugak memainkan peranan sebagai Islamic Cultural Center terbesar di Japan.

Dan masa kitorg di sini, sempat merasa berjemaah bersama muslim di Tokyo. Pemandangan yang jarang dapat dilihat semasa kitorg kat sini. Ada yang baru balik kerja, berpakaian lengkap dengan kot dan name tag pun turut bersolat ke sini, yang bawak anak kecil pun ada. Lepas solat diorg belajar mengaji Al-Quran dengan Imam masjid, yang belajar tu pulak, bukan anak-anak diorg je, dengan bapaknya sekali, pakai kot okay! Semoga mereka dirahmati dan terang hati la dapat belajar dan mengaji dengan cemerlang :D



Hmm nak balik dah, Japan kami akan kembali lagi selepas ni (bukan dalam masa terdekat hehehe), tunggu ya!

So aku nak share sikit budget untuk trip kali ni, sebab maklum la ramai sangat sekarang nak pegi Japan semenjak tak perlu visa ni, dulu orang takut nak pegi, sebab nak kena buat visa, perlu ada duit dalam account la, dan macam-macam la.

Budget (per pax), ialah seperti berikut;

Flight AirAsia X (return) : RM 715
Penginapan                  : RM 712.50  (7 mlm double room, 1 mlm single room)
JR Pass                      : RM 930 (7 days pass)
Bus (to Shirakawago)   : RM 141 (return) 
Retro Bus (Fuji)            : RM 21 (return)
Lain-lain pengangkutan : RM 100
Makan & Minum            : RM 200 (budget sikit je, sebab tak berapa sangat dengan Japanese food ni)
Entrance fees                : RM 200 (total untuk semua tempat berbayar yang kitorg masuk)

Grand total semua    : RM 3019.94 (tak masuk shopping)

Please note ye, budget diatas tertakluk pada minat dan preference masing-masing dan juga jumlah hari travel. Jadi budget korang mungkin berubah jadi mahal atau murah tertakluk pada pelbagai faktor. Yang penting tepuk poket dulu, kalau rasa hati girang je, maknanya ok la tu, kalau sayu je, paham-paham sendiri :)


14 comments:

Naramas Aman said...

Menariknya info tentang makanan halal dan masjid tu. Senibina macam ni ada juga pada masjid di Xinjiang, China yang juga mempunyai pengaruh Turki.

syieda said...

Omaiii unik betol bangunan tu.

dzuchan said...

1) gambar cantik. saya mmg suka style street photography. suka jelah, nak memotret nggak pandai haha
2) omotesando tu cantikkk..pernah baca yg sini macam pusat fesyen & barangan berjenama. art exhibition pun kadang2 dibuat kat sini
* bila nak belanja pembaca blog gourmet coffee?* haha

Chawanna Na said...

Kak Naramas: Agak besar jugak pengaruh turkey di belah2 Far East ni..

syieda: :D

dzuchan: Ye la, kitorg pn suka street photography. Ha a Omotesando tu memang tempat org2 kaya je, kedai satu pun kitor tak mampu nk masuk.. Belanja gourmet coffee? hahaha nanti mai la raya nanti hahaha

Mie said...

Dah lama betul tinggalkan Nippon... Insya Allah akan ku jejaki lagi suatu hari nanti...

Kalau shopping saya suka ke Ueno... agak murah barang di situ...

Kalau night life tentulah di Shinjuku dan Roppongi... hehe

CIKU said...

Salam,
TQ Chawana..antara blog yang byk ciku refer untuk ke japan tempoh hari.ciku dah selamat pulangpun..ciku ada gak terjah takeshita street harajuku dan Omotesando, Shibuya tu..naik escalator(betui ke eja gitu..hihi) kat bangunan unik area situ tu dan majoriti kedai kedai mahal mahal.ciku g daiso area takeshita street ajes..hihi.

Hang Dhamin said...

teringin nak ade muka aku dalam blog nie. mohon sekeping dua untuk entry terbaru nnt. hahahahha

zaraab said...

I fall in love with your color tone! Smart gile! Korang mmg otai lar dalam street photography. Talking about the mosque, I scrolled up and down a few times looking at the detailed interior design. Terbaik! Turkish mmg terror bab2 interior detailing nie.

Lily Riani said...

gambar mosque tuh lawaaaaaa.... but agree on costing, depending on budget/interest and time.

liza said...

Salam..best la tgk gambar dlm blog nih..semua gambarnya cantik2.saya sebenarnya baru balik di japan minggu lepas.nih mcm nak repeat utk autumn plak..
Boleh share x date travel nih? Nak buat survey2 gak masa peak autumn nyer.

Chawanna Na said...

Mie: Semoga tercapai cita2 tu..insya Allah

Ciku: Oh ye ke..so suka tak Japan? hehehe..tq sebab baca blog ni :D

HD: Entry akan datang sure la ade muka ko! kbai..

Zara: Jom Turkey?! hehe

Lily: Yeszaa..seperti yg selalu kita bincangkan..

Liza: Date travel saya adalah 22-30 Nov, tapi tu date tahun lepas, faktor cuaca memberi impact pada setiap kecepatan/kelewatan daun2 bertukar warna ketika musim autumn. So sila cek cuaca dari masa ke semasa..hehehe

BIBIE KARIM said...

Alhamdulillah baru je balik dari Jepun last Sat. Best! Thanks for sharing stories lepas2, sangat berguna untuk buat rujukan walaupun hanya thru pics. Masjid ni x sempat jejak so ganti ngan yang kat Kobe. Insha Allah repeat visit nanti nak jejak sini. Thanks again Chawanna.

Almiraz said...

Oh my, awesome pictures as usual, u buat I nak pegi Jepun sekarang!...

JBT Rafidi said...

Salam, Saya ada menganjurkan satu pertandingan menulis entri didalam blog dengan hadiah utamanya adalah pakej percutian ke Jelun. Jika berminat, sila layari http://ayaharif.blogspot.com/2015/01/bonus-awal-tahun-2015-pakej-ke-jepun.html