Friday, February 21, 2014

Tokyo: Suasana Malam

Tokyo, bandar metropolitan yang super sesak dengan orang, mana-mana ceruk pun ada orang. So sebagai traveller cum tourist, di kota terbesar di Japan ni, haruslah kami pun pegi jalan-jalan diwaktu malam nak tengok sendiri, suasana kat sana disebelah malam.

Akihabara - Electric Town

Mission utama kat sini adalah nak pegi beli cable charger iPhone aku, sebab masa kat Lake Kawaguchi semalam, Cawan dah rosakkan cable tu. Rengsa rasanya bila tak dapat charge handphone tau! Ye la dah kata ni Electric Town kan, katanya famous dengan kedai-kedai yang jual barangan electronik, petik je nak apa, semua ada..hew hew hew

Ni lah station Akhihabara, ikut je signboard ke Electric town, insya Allah tak sesat. Tokyo ni sebenarnya tak susah pun nak jalan dengan subway diorg, tak payah hafal subway map pun boleh sampai, tak tau kenapa orang exaggerate kata susah la, pening kepala la. Kalau reti english (oh by the way, signboard pun banyak guna english kat Japan ni, memang tourist friendly la), if tau nak turun mana, naik kat mana, semuanya petik jari je. 

Katanya tadi nak beli cable iphone, tapi nampak tak kedai mana yang aku tuju tu? Matsumoto Kiyoshi! Ini macam ala-ala Guardian farmasi kat Malaysia, kat sini ada jual macam-macam benda, aku masuk sebab nak pegi cek barang Kose, katanya murah! Sementara aku leka tengok barang kosmetik, Cawan masuk kedai jual barang-barang mainan dan komik anime tu, saja-saja cuci mata katanya..phewww..nasib dia tak beli apa-apa.

Toilet mainan pun ada, ingat nak beli untuk Aqilah, bleh dia main remote control dengan baby dia, tapi tak muat beg pulak.

Berjaya rembat sebekas moisturizer KOSE..phew..harga memang murah dari harga kat KL. Beza dalam RM70-80 jugak la, kalau bernasib baik kadang-kadang ada diskaun lagi.

Street utama di Akihabara. Sepanjang street ni, macam-macam ada, maid cafe ada, kedai electronik usah cakap la, kedai manga dan anime pun bersepah. So kepada otaku-otaku semua mungkin tempat ni haruslah korang pegi.


Tokyo Tower


Mt Fuji dari Mori Tower di Roppongi ketika sunset. Kalau nak naik Sky deck Mori tower ni kena bayar 2000 Yen yang ni open space la, takde tingkap, tapi tiket tu sekali dapat masuk dengan art museum dalam Mori tower tu, puas hati la amik gambar kat situ, Cawan sorang je naik. 

Kalau nak murah sikit, pegi observation deck satu lagi, dalam bangunan ni jugak, tapi harganya mahal jugak 1500 Yen. Tapi awas, kepuasan amik gambar di sini ada sedikit keciwa, sebab glare kat cermin sentiasa ada, unless korang ada equipment yang cukup, boleh la kot. Sebenarnya ada je tower dan observation deck yang free, tapi saja je kami pilih yang ni, sebab nak amik gambar Tokyo tower dari dekat.

Kalau nak tower lain, boleh la try Tokyo Skytree, ataupun Tokyo Metropolitan Government Building (free) atau pun ke Ebisu View Tower.

  Tokyo tower, sekali pandang macam Eiffel Tower. 

Dapat jugak tengok view macam ni kat Tokyo ni, dulu kat Paris tak kesampaian, takpelah nanti kita cuba lagi..sob sob sob

 Yang nampak dot dot di angkasa tu adalah kapal terbang yang baru depart dari Haneda airport. 



Ok next???? Sebenarnya setiap lokasi yang aku citer dalam ni, kami pergi di malam yang berasingan, kalau nak kejar semua tempat ni dalam satu malam, memang tak sempat la kot)

Shibuya

Tak sah kalau ke Tokyo tanpa lihat sendiri Shibuya crossing. Iaitu crossing paling famous di dunia! Tapi ada sedikit ralat di sini, pada aku la, sebab aku rasa lampu-lampu kat situ tak berapa meriah sangat. Ini sure sebab penjimatan electrik gara-gara kes tsunami hari tu.. hew hew hew.. 

 View dari jejantas ketika keluar dari Shibuya station. 

 Bila lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau, terus memasing laju je jalan menuju destinasi mereka.

Berpusu-pusu orang tengah melintas Shibuya crossing ni. 4 penjuru hokey! Aku suggest if nak tengok orang kat Shibuya crossing ni, lebih baik pegi ke tempat yang lebih tinggi, baru dapat rasa nikmat sebenar tengok orang lalu lalang kat situ, boleh tengok time diorg benti tunggu lampu hijau, boleh tengok waktu diorg nak melintas. If berdiri level sama nanti tak nampak la corak tu..ha giteww..

Selain aktiviti tengok orang lintas jalan di Shibuya crossing ni, aktiviti lain yang boleh dibuat adalah bershopping, macam-macam jenis department store ada kat sini, janji poket tebal je. Macam aku takde la, sebab takde duit sangat, tengok-tengok orang je la kan. 

Kot-kot ada yang nak try Love Hotel, kat sini la tempatnya, katanya tempat ni paling banyak offer Love Hotel, so korang-korang yang dah ada pasangan yang sah dan halal tu, boleh la mencuba, aku tak cuba pun hari tu, sebab takde allocate budget untuk tu pun hohoho. FYI, harga Love Hotel tu untuk 2-3 jam semurah 5000 Yen ke 10000 Yen. 

 Oopss benti dulu..kasi laluan kat kereta pulak jalan..

Tempat ni sekejap je penuh orang..lepas 1 batch melintas, tak sampai 2-3 minit dah penuh orang balik di setiap penjuru..memang kagum tengok orang ramai macam ni hahaha  

Dah turun dari jejantas tadi, kami pulak nak join diorg ni melintas, sebelum tu Cawan sempat panjat tiang nak amik gambar tinggi sikit, nak harapkan aku? alamatnya gambar ketiak orang je la nampak kot hew hew hew

 2-3 kali kitorg main-main lintas Shibuya crossing ni hahaha....takde apa pun, saja-saja suka nak merasa je.

Ha apa lagi, dah penat main lintas jalan, kitorg naik ke Starbucks seberang jalan tu, nak lepak atas tu pulak sambil minum-minum.

 Shibuya crossing, view dari Starbucks tempat duduk kami..

Lepas order kopi feveret aku, terus cari tempat duduk, nasib dapat tempat walaupun tempat ni pack dengan orang. Best betul sekali sekala dapat duduk minum berdua-duaan tanpa orang ketiga (Aqilah) hehehe, tapi dalam best-best tu, aku pulak asik teringat dia, terpaksa la berWeChat dengan dia kejap dari Starbucks ni..Aqilah tanya mummy kenapa pegi kerja lama sangat? bila nak balik kerja..uwaaa..sebak kejap sambil telan kopi hehehe

 Entah kali keberapa dah tengok orang lintas kat sini..yawnnnnn...jomlah kita balik beradu pulak

Babai zebra crossing yang terfamous di dunia! Lain kali kami datang bawak cik Qilah pula :)

Dah abis kopi, dah abis sembang, badan pun dah penat, kami tamatkan aktiviti kami malam itu, dan balik ke hotel semula, esok last day di Tokyo, nak shopping abis-abisan di Ueno pulak, katanya kat sana lagi banyak kedai farmasi jual kosmetik branded.. Tak sabar!!



P/s: Oh ya lupa nak cakap, aku berjaya beli cable charger iphone original kat Akihabara tu, harga lepas convert RM60 -+. Murah dari KL! Girang betul rasa hati ni...hew hew hew




16 comments:

BIBIE KARIM said...

Beruntung gila dapat seat kat Starbucks tu. Dengar cerita kawan2 yang dah pernah pi Shibuya, hazab sikit nak cari seat kat dalam cafe tu. Kalau lah dapat buat magic, nak je aku masuk dalam gambar2 ni. Superb.

Anash said...

hahahahaah
penceritaan yang santai
sebak tapi sempat minum kopi kat starbak...

cis sangat

hahhahah

suka la baca entry nih...
(ntah apa2 le akak komen?)

Mie said...

Pernah melintas di sini belasan tahun yang lalu. Macam tu lah keadaannya, tak pernah surut sampai sekarang.

Kat Shibuya ni ada juga restoran halal. Kedutaaan Malaysia pun tak jauh dari sini...

Chawanna Na said...

Bibie Karim: Nasib menyebelahi kitorg, nasib ada seat time tu hehe..

Kak Anash: Malas nak tulis drama panjang2..sekali sekala santai, indah jugak hew hew hew

Mie: Hahaha ye ke..untungla dh pegi jepun sejak dulu kala lagi :p

Orga said...

view waktu malam dekat tokyo memang superb, even penuh dengan bangunan pun still nampak cantik. untung la kroang dapat tengok shibuya terang-terang, aku dulu hujan, kuciwa betoi...

Liza said...

gambar first kt Mori tower tuh ambil dlm pukul berapa?cantik sangat gambarnya

Hafiz Azmi said...

Oh rindunya Jepun... berbeza sangat dengan time saya p dulu. Zaman tu dulu kalau english signboard tu leh kira even subway yang ada english hanya Ueno :p haha... in sya ALLAH tahun depan kesana lagi. Mengubati rindu yang sarat ini... hehe... peace.

Azra said...

Gambar superb wehh ... aku mmg cite2 nak pegi Mori Tower tuh nanti

Naramas Aman said...

Inilah jalan yang teringin nak pergi ni...tapi tak pergi pergi lagi

Chawanna Na said...

Orga: Ha a Tokyo ni jalan memalam baru feel sikit, kalau siang sedikit hambar gitew hahaha..

Liza: Gambar first tu dalam jam 5.30 petang, sb sunset awal masa tu. U cek la sunset time waktu u nk pegi nanti..

Hafiz: Yeay bestnye nk pegi Jepun lagi.. :D

Azra: Ha pegi la..cun view dr situ..

Kak Naramas: Pegi kak jangan tak pegi :p

Nina Hamdan said...

Ajar sikit cara nak ambil gambar waktu malam..

Dari saya yang failed mengambil gambar

Biqque said...

ok sat nak gelak, asalnya nak cite beli cable charger, tapi last2 kecik nor tulisan nyer dah beli HAHAHAHA!

ok, cantik gambar malam nampak tokyo tower tu...kalo padat, penuh lampu, mmg cun kan!

love hotel tu kitorang pun rasa nak try tapiiiiiiii mahai...pfft! kat crossing tu i ngan sharul panjat tembok divider hahaha! mmg siut tul gak la sbb pendek...sonok tul tgk org...gigih amik gambar ulang pi balik pi balik kat situ hahaha!

Liza said...

thank u,thank u,
nak pergi hujung bln depan,,nih masih survey tempat nak visit. and ur blog one of my reference.Gambar2 semuanyer ohsemmmmm bangat

Lily Riani said...

atas sebab i tak nampak you lintas jln tuh, i rasa you tipu. kah kah kah (kata kata sang pendengki)

Ren said...

Ya ampun ramainya org kat shibuya street tu....
Untungla pegi shibuya..
kbai hahaha

Chawanna Na said...

Nina Hamdan: Prektis bebanyak hehehe...lama2 terer la ;D

Biqque: hehe huhu haha

Liza: Semoga selamat semuanya :D

Lily: Ok i tipu

Ren: Kbai jgk.