Monday, April 21, 2014

Royal Belum Trip (Part I)

Sebab kengkawan lain dah cerita macam-macam intro kat blog diorg, so aku skip la, malas nak repeat citer kuih mak aku la, kuih kaswi la, sesat tak jumpa jeti la. Mohon ke blog mereka-mereka itu. Bukan saja aku nak skip cerita intro, tapi aku nak bagitau jugak aku tak amik gambar masa mula-mula sampai sini, sebab macam tak rasa nak amik gambar, aku macam nak tengok je dengan mata sendiri, ha gitewwww..boleh?

Jadi aku kasi Aqilah yang pegang camera dan inilah jadinya masa atas houseboat tu. Time ni aku memang fefeling nak tidur sangat dah, sedap gile kot, ada tilam bagai, dengan angin sepoi-sepoi, belum kira lagi tengok pokok kiri kanan hijau je, segar mata memandang. Inilah Royal Belum! Antara tempat terbaik untuk charge ion-ion positif yang makin berkurangan di badan selama duduk di Kuala Lumpur ni. So bila ada peluang nak charge ion-ion positif ni, mestilah grab peluang ni kan!


Kami pun ada bawak ustaz sendiri :) Ustaz Afif in the house y'all.

Miss B, Aqilah and Sami, cute!

First stop untuk hari ni!





Kat belakang tu la houseboat kami. Paling best antara semua houseboat yang ada di Royal Belum ni. Ruang terbukanya sangat besar, ada 2 bilik saja. Tapi sememangnya kami suka houseboat yang ni, lagi tak banyak dinding lagi bagus, sebab luas mata nak memandang, tak payah nak berebut usha dari tingkap je kan? Memang terbaiklah, kiri kanan terbentang hutan tertua di Malaysia ni. Oh lupa nak cakap, sebabkan aku ni penakut sikit toilet yang kotor-kotor, so mulanya agak gerun la nak tengok toilet, tapi Alhamdullilah, bila mata sendiri dah tengok, nasib baik bersih toiletnya, lega sangat rasa hati ni :)

Sebabkan houseboat ni best sangat, sampai terbaring dia amik gambar. Gigih sangat tengah panas mengelejat tu..hee idak le teman..heheheh

Aktiviti santai kami ketika menuju ke destinasi lain selepas rafflesia tadi, masing-masing sibuk duduk dekat depan houseboat, dekat tempat letak kasut plak tu! Demi sangat! Sentap la tu kan tak dapat cop hammock macam aku hew hew hew..

Aku amik gambar dari hammock je, demi dengki tak mo diorg curi hammock tu ahahaha..Sami pun aku halau main kat lain (aku sebenarnya curik hammock Sami... #matilah kena dengan kakak cantek) Anak aku masa ni entah ke mana la, kejap aku tengok ada kat bawah, sekali pandang lagi takde, sekali lagi tengok dia baru turun dari tangga, sekali lagi pandang tengok duduk depan houseboat. Suka betul dia atas houseboat ni. Maklum la percutian murah mengalahkan naik yatch di Bahamas, haruslah excited! Royal Belum hanya satu di dunia weh..mau tak excited kan?


 Ya ampun tak sabar nak tunggu BBQ malam ni, lapar mengalahkan singa betina time ni hahahaha

Sebabkan aku malas bangun nak join kengkawan lain kat depan yang mungkin tengah cemburu dengan aku duduk atas hammock tu, so aku terpaksa posing sendiri dengan seluar baru hiks.

 Air dari bawah houseboat. Hijau ok!

Ha datang dah budak kecik ni. Tapi aku buat tak layan je, melayan perasaan katanya hahaha


 Aktiviti kedua, melawat kampung orang asli.




Kampung ni kecik je, macam dekat atas sebuah pulau kecil. Katanya di sini diorg ni ada dapat subsidi dari kerajaan, macam beras dan barang keperluan asas yang lain. Dan mengikut kata abang Hisham, kadang-kadang ada orang luar yang mengajar di sini subjek basic matematik dan bahasa Melayu, untuk memudahkan orang asli ni keluar dan berkomunikasi ketika membeli barang runcit di pekan Gerik. Ada jugak sekolah berhampiran terletak 20KM dari sini, tapi tak semua budak yang nak pergi sekolah.


Ini bukan orang asli hehehe. Tapi captain Amereka katanya, dan juga merangkap president Travelholicawesome yang baru sessi 2014/2015 sehingga mantan president balik semula ke tanahair ahahaha. Jaga-jaga dia ni, sebab ada banyak ilmu memikat hati orang, bukan hati perempuan je dia pikat, malah hati laki aku jugak dia pikat! Sentap kejap..sob sob.. (biar je la aku je yang tau apa yang jadi antara suami aku dan dia ni..sedeyyy ;p)


 Tansree dan anak-anak orang asli

 Tengah pilih gambar la tu nak instagram, nanti ada line terus update je kan? saya tau dah!

Lepas balik dari Kampung Orang Asli tu, kami ke basecamp di Sg Tiang untuk bermalam di situ. Katanya kawasan ni animal active. Malam-malam kadang-kadang ada harimau atau gajah datang melawat kawasan ni. So kena la hati-hati sikit. Lepas solat magrib, kami semua turun ke bawah, untuk dinner dan bbq.

 Kambing..sedapppppppppppppppppp.. 

Driver dan co pilot hehehe.

Sebelum masing-masing masuk tidur, kami ada session tidak formal untuk kritik gambar. Haih memang berdebar-debar nak tunjuk hasil, maklum la tak terer, Hang Dhamin punya pasal la paksa-paksa aku suruh pegi amik camera jugak tunjuk hasil! eiii takpelah, walaupun kena kritik, tapi membina, bukan bro Hilmi sesaja kritik, kata nak gambar lawa kan? Harus lah..hehehe.. 

Jam 11.30 malam, masing-masing balik ke tempat beradu memasing. Yang perempuan semua tidur di atas. Yang paling bestnya dapat tidur bergolek-golek ramai-ramai di kelilingi tasik dan hutan-hutan, sunyi sepi. Angin malam tu agak sejuk jugak. Pengalaman yang paling best sepanjang 2014 dan sepanjang hidup la, sebab tak pernah tidur open macam tu je, ala-ala safari sangat hehehe.

Pakej RM 150 dari Belum Outdoor (BOA), memang sangat affordable, makan usah cakap la, walaupun harga pakej murah, tapi makan SEDAP! Tak dan nak lapar dah ada makanan lagi. Aku yang makan nasi sehari je, kat sini makan nasi 3 kali sehari oi! Dan krew-krew dalam houseboat ni jugak sangat knowledgable dan baik hati, senyum-senyum je belaka, takde la rasa macam ikut trip yang bosan-bosan tu, sebab diorg boleh sembang macam member je.

Ok nantikan seterusnya entry ke dua, sebab lagi best! AWAS! 


16 comments:

Biqque said...

Hahaha lawak part cop hammock siap dengki xnak bangun takut org curi hahaha!

Lily Riani said...

rule of third ok, diam diam uni berisi qilah ni.

hammock ngan tetami tuh mmg idaman semua.

Ren said...

Omg bongok punya na! Hahhahaaa nasib baik ada cawan yg memahami! Hahahahhahahaha

Nanatron said...

besnya..dah lah murah gilers. berbaloi baloi kan..
takda nampak any animals ka?

Hang Dhamin said...

aqilah amik gamba aku smpi over exposure. tak la aku gelap susah nak setting kene pki flash ! ahahah

Ok muka aku gagal menyerlah dalam trip kali ni. aku akan cuba lagi hahahah

hammot tu bile kosong . kosong betul. tp bile teringin confirm penuh

Time Traveller said...

tetiba aku rasa macam watak utama pulak.. gambar aku dimana2 jer.. tenku tenkiu.. :D

Ok nanti akan di balas dalam blog kita pulak ( tapi ada ke muka Chawana yg banyak ) hahahaaa..

Aqilah yg pandai amik gambar.. aqilah rileks masuk hutan seluar pendek + selipar.. huhuuu..

Naramas Aman said...

Wah sekarang Mama boleh rileks. Aqilah dah boleh ganti mama. Kalau asyik ambik gambar je, tak sempat nak appreciate suasana sebenar, kan.

Hai, tak mahu jengok blog akak ke? Kali ni kalau jengok tak rugi :)

Ely Hasrul said...

sume org berani naik hammock, dh la brader tu pasang dekat2 untuk sami suci aku serum nk naik, takut koyakkk hhaahahaahhaha

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

Wahhhh sekeluarga terer tangkap gambar ni..aqilah yg kecik molek pun dah pandai tangkap gambar ala2 pro..

Bibie Karim said...

Aqilah watak utama. Siap seluar pendek masuk hutan. Tapi memang ah part nak conquer hammock tu kelakar. Siap halau budak kecik. Then ada hati tayang seluar baru . Motif sangat. Hahaha.

Anash said...

muka akak bersepah....
i lap u na
even dok syok baring dalam hammock
i still lap you
I feel you...tetiba?

(biarkan janggel dgn cawan tu...)

hahahah
apa punya komen ...

jaga-jaga..nak pastelink nih

PaE said...

Apsal muka aku hitam berkilat???? tidakkk... Haishhh kene tepek fair and lovely lebey sikit nih... huhu

shah_rule said...

ciss bukan main senang hati mak dia atas hammock anak ntah kemane.. haha
hati keras betol~

part tido dalam dagu tu cukup2la, sebenarnya aku pun iri hati hammock aku kene curik.. haha

DJ said...

banyak2 cerita pasal belum ni, kat sini je ada cerita psl toilet!hahaha duk was-was gak cemana la rupa paras toilet atas boat besar tuh....sebab dulu pnah naik bot kecik, toilet dia hazabbb....hehehehe

jiwaluva said...

Nk contact number tekong tu pls.tq

Anonymous said...

curry shoes
supreme shoes
off white outlet
off white
kd 12
bape sta
supreme t shirt
golden goose
adidas yeezy
fear of god outlet