1. Ok Aqilah ni bukanlah sebenarnya project terbengkalai, dia ni memang project yang dirancang hehehe. Tapi bukan pasal Aqilah yang aku nak story (dia memang menyibuk tiap kali nampak aku pegang camera, dan dan tu dia nak posing!), tapi pasal master bedroom aku. Entah tahun bila la agaknya nak siap. Percaya tak wardrobe yang kat belakang tu masih kosong lagi, bukan la kosong cam takde baju langsung, tapi macam banyak lagi space yang belum diutilisekan lagi. Aku pun tak tau la bila nak start, seriusly aku memang malas betul bab-bab nak kemas baju ni... Ada sapa-sapa nak volunteer tolong aku kemas wardrobe aku nih???
2. Yang ni project aku sendiri. Sebab Cawan dah pun jalankan tugas dia tolong cat bilik tu seperti yang aku nak, so aku nak decorate la ruang kosong tu dengan wall panel DIY aku hehehe. Kain tu semua dah ada, cuma batang kayu frame tu je tak cukup satu lagi, so tak tau la bila si Cawan nak tolong belikan kayu tu kat hardware store, sebab dah berabuk dah wall panel aku. Ingat tak aku penah cakap nak revealkan bilik master bedroom aku bila dah siap semua nanti? Haa nampak gayanya kena postponed la lagi, sebab tak siap-siap.
3. Ni latest project aku, gambar magazine yang depan sekali tu bukan yang latest bulan ni punya edition, yang bulan November punya ada gambo singa kat belakang tu. Tapi aku paling suka mag yang atas sekali (Fab 50s) sebab aku sendiri memang suka pakai prime lens (Cawan tak suka pakai prime tambah2 lagi time travel, sebab dia kata susah sikit sb focal dia fix kat 50mm je) Aku ada banyak koleksi magazine ni, sebab maklum la nak menambahkan ilmu di dada. Ni bukan Cawan punya koleksi tau, tapi aku sendiri. Untuk beginner macam aku, memang sesuai sangat la nak try & shoot seperti yang diajar dalam mag ni. So dalam mag bulan November ni, ada satu assignment menarik yang buatkan aku dan Cawan bertegang lidah dan urat nak mempertahankan teori masing-masing, tapi aku belum berkesempatan lagi nak cuba, tunggu la esok lusa bila aku dah dapat balik lens aku dari John, insya Allah boleh mulakan eksperimen..kita lihat siapa yang kena!!
4. Ha ini je koleksi fridge magnet aku lepas pindah rumah..yang lain-lain tu masih dalam kotak lagi, dan ada sesetengah aku tak jumpa lagi kat mana..hmm memang ilang ingatan la..tapi beberapa minggu yang lepas Cawan dah jumpa satu kotak FM aku yang tersorok dalam bilik stor tu.. tapi aku simpan je kotak dalam laci kat dapur..malas betui nak main tempek-tempek ni..
Taraaaaaaaaa dah jumpe..Mungkin boleh mintak Aqilah tolong tampal kan, dia dah reti main-main fridge magnet nih..huhuhu
5. Ni project paling lama sekali terbengkalai. Ini bilik stor temporary, sebab hari tu masa pindah main longgok je barang dan termasuk la semua koleksi mainan Cawan (diecast car, robot-robot segala tok nenek la). Dalam kotak tu semua penuh koleksi dia je, tu belum kira dalam plastik bundut-bundut yang bersepah kat sekeliling bilik tu lagi. Masa aku masuk amik gambar tadi, memang dah sama tinggi aku kotak-kotak tu semua dengan aku. Ni aku tak tau nk buat display macam mana nih, sumpah takde idea..korang ada idea? Aku rasa beli cabinet display pun tak cukup nih..
6. Ni sepatutnya bukan project terbengkalai, tapi wishlist aku la kiranya. Sebabkan koleksi majalah dan buku macam dah takde tempat nak taruk, so aku ingat nak beli la rak buku ke atau apa-apa yang seangkatan dengannya la, janji aku leh simpan buku-buku/album dan majalah/semua bahan bacaan kat satu tempat. Persoalannya sekarang ni, bila nak belinya?? huhuhuhu..
Harapnya adalah satu dua project terbengkalai ni akan siap before end of 2011, kalau tak, memang tak tau la aku nak cakap apa, sebab tahun depan ada project lain pulak..ha cam mana tu??
10 comments:
sudah ku bilang, buat entertainment/game room! buat display rack sepanjang dinding keliling! sumpah cun ok! mags pun leh susun skali...
umah korang comel, lagi senang patutnyer nak decorate...i suka jer! comel!
tampal fm tu cepatttt! nak tgkkkk! hahaha!
Aku pon dah tak tersimpan dah majalah kemera tu....banyak giler macam dah boleh buat library...sesuai dan sangat bagus untuk beginers kan!!! Hehehehe
Biqque: Iyaaa mbah Biqque, akan ku buat entertaiment/game room itu, tapi uangnya enggak ada lagi donk, harus dikumpul-kumpulan duluuuuuuu..
FM itu akan ditampal oleh Aqilah kenot nanti hehehe..
Janggel: Itu la, nak jual macam sayang jek, sb gambo2 dlm tu kalepul sangat. Ye sangat sesuai utk beginners, i loike!!
Uiiii mak aiiiii, banyaknya mainan!!!!!! Itu koleksi dari kecik ke atau dah sekarang nih????
itu la, muni suruh upah muni jadi interior designer tanak, kedekut nak bayor. kalau tidak dah siap haa sepanjang muni duduk 4 bulan kat sane. ish ish ish
Hi Chawanna!!
I'm your new foloer...tengah katam your blog....you really have awesome pictures!!...suka tengok gambar2...and anak u pun cute!...keep on blogging and piclogging..I love your blog!
masMZ: Mainan tu Cawan dah kumpul sejak zaman universiti lagi,tu yg menimbun tu hehehe
Totty: Mahai sangat upahnya, tak mampu haaa..
Almiraz: Hi, tq sb sudi baca hahaha, I'm honoured. heheheh, teruskan membaca ye...:p
Chawana, caner nak jawab kuiz ko tu? mana tempat komennye? puas aku cari tak jupe. huhuhuhu
Chawana,
Soalan sama cam Janggel, cam beriya nak jawab nih! Haha
Janggel & masMZ: Hahahah memang semangat korang ye!! Sori ada teknikal problem, aku dah fix dah, pegi la letak jawapan korang kat entry tu heheheh..
Selamat mencubeeee..
Post a Comment